Masjid ni mengambil sempena perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh Nabi s.a.w.
(Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani).
Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman
bin
Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam.
Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah"
Disini adalah antara Miqat untuk Umrah. Jaraknya lebih kurang 24km dari Masjidilharam. Ini adalah miqat yang paling jauh di bandingkan masjid Tanaim dan Ja'ranah.
Ni tempat kedua kami pergi untuk berniat umrah di miqat. Al-Hudaibiyah ini berada di luar batas tanah suci, iaitu jalan antara Makkah dan Jeddah dan sekarang lokasi ini dipanggil Syumaisi, dinisbahkan kepada Bi’r Syumaisi.
Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun dengan batu hitam bersimen.Pada tahun 6 Hijrah, Nabi Muhammad s'a.w. bersama umat Islam menuju ke Makkah untuk kali pertama dalam tempoh enam tahun. Tujuannya ialah untuk melawat kaabah dan menunaikan haji. Tapi kaum kafir Quraysi menahan umat Islam dari masuk ke Makkah. Ini kerana membenarkan umat Islam masuk ke Makkah sama macam menerima kekalahan.
Orang Quraisy Makkah menghantar wakil mereka untuk berunding dengan Nabi Muhammad s'a.w. supaya membatalkan hasrat masuk ke Makkah. Mereka menghantar wakil sebanyak tiga kali. Dalam rundingan kali ketiga itu, Nabi Muhammad s'a.w. bersetuju untuk tidak masuk ke Makkah pada tahun. Satu perjanjian di adakan antara Nabi Muhammad s'a.w dengan wakil orang Quraysi tadi. Perjanjian itu dinamakan Perjanjian Hudaibiah bersempena dengan nama tempat mereka mengadakan perjanjian tersebut. Kononnya nama Hudaibiah tu berasal dari nama seorang lelaki yang menggali sumur (macam telaga) di situ yang dinamakan telaga Asy-Syumaisi. Tak dapat dikesan masa bila pula didirikan masjid di situ. Masjid tersebut terletak kira-kira 25km dari Masjidil Haram.
No comments:
Post a Comment