Thursday, 23 January 2020

Tips Cium Hajar Aswad.

Image may contain: one or more people
Percubaan saya untuk mencium Hajar Aswad menggunakan kaedah yang diceritakan oleh Prof Kamil Ibrahim dan berjaya.
Kaedah paling mudah ikut turutan :
1. Dari Arah C - Anda ada tempat untuk berpegang sekiranya ditolak.
2. Dari Arah A - Beratur dengan sabar. Akan sampai giliran anda.
3. Dari Arah B - Ramai orang datang dari arah ini dan kecewa.
Tahukah anda, Setiap kali selepas jemaah dapat mencium Hajar Aswad, Jemaah akan naikkan kaki ke tembok Sharzawan dan menolak dengan sekuat hati dengan kaki untuk keluar Kearahnya adalah bertentangan dengan B. Sebab tu orang yang datang dari Arah B akan selalu tertolak keluar. Dari Arah C yang paling selamat kerana sentiasa dapat berpegang pada tembok.
1. Niatlah dengan ikhlas untuk mencium Hajar Aswad karena mengikuti Sunnah Nabi S.A.W. Jangan bawa barang berharga.
2. Hajat untuk Mencium Hajar Aswad hendaknya jangan di gabung perkara lain.
3. Berangkat dari hotel dengan penuh keyakinan bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala pasti akan membantu kita.
4. Berdoa ketika saat memasuki Masjidil Haram denga penuh kerendahan hati.
5. Berdoalah ketika melihat Kaabah dengan penuh harap.
6. Menghormati Masjidil Haram dengan cara tawaf sunat dan solat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim.
7. Berdoalah sebelum berusaha mencium Hajar Aswad di depan Multazam
8. Berusahalah mendekati Hajar Aswad dengan mengikuti arus jamaah yang sedang tawaf sambil mendekati Multazam.
9. Sebaiknya, Anda masuk dari pintu Kaabah atau Multazam (Arah C) sambil berdoa (Robi ya sir wala tu' a'sir ..... ) dan beritikad untuk tidak tolak menolak sesama jamaah. Sabar, Sabar, Sabar.
10. Dari arah pintu Ka’bah, teruslah merapat ke dindingnya dan berusahalah mendekati kaki polis dan jangan sekali­kali datang dari arah depan Hajar Aswad (Arah B), karena anda akan tertolak keluar oleh jemaah yang sudah mencium Hajar Aswad.
11. Sambil mendekat ke Hajar Aswad, ketika berada di depan kaki polis atau di Multazam, berdoalah sambil menunggu jamaah di depan kita mencium. Peganglah tembok marmar di kaki polis atau kiswah di atasnya bila sudah dekat dengan Hajar Aswad agar kita tidak tertolak kehadapan.
12. Memiringkan badan, kecilkan bahu, rendah badan serta tangan berada dihadapan akan lebih memudahkan kita. Posisi badan menghadap Multazam, bahu sebelah kiri digerakkan menuju Hajar Aswad, dan posisi tangan kanan tetap memegang tembok marmar. Ketika hendak mencium Hajar Aswad, peganglah erat­erat hujung kiswah/bingkai perak dan tunggu giliran untuk cium.
13. Tanpa mengangkat suara, tetaplah berdoa. Ketika mencium Hajar Aswad, ucapkan “Bismillaahi Allaahu Akbar”. Setelah mencium, usaplah sekali Hajar Aswad dengan tangan kanan sambil membaca “Bismillaahi Allaahu Akbar... Ketika mencium, jangan terlalu lama agar tidak di marahi oleh polis dan jamaah lain yang menunggu dibelakang kita.
14. Setelah mencium dan mengusap, agar kita tidak tersepit dan tidak terpijak oleh jemaah lain, sementara posisi kita masih di
depan Hajar Aswad dan ingin keluar, angkatlah kaki kanan di atas syazarwan. Ini bertujuan untuk menghimpun tenaga sebelum berusaha keluar ke Arah B. Dengan menekan kaki ke syadarwan, kita boleh keluar dengan bantuan tenaga kaki di samping mengangkat tangan tanda anda telah selesai.
15. Keluar perlahan­lahan tanpa menyakiti jamaah yang lain. Kalau tidak sengaja menyakiti (minta maaf) sambil
memegang bahunya. Ketika hendak keluar, ikut arah orang yang sedang bertawaf.
16. Tidak disunnahkan mencium Hajar Aswad bagi jemaah wanita. Ini kerana membahayakan keselamatan mereka.
17. Setengah jam sebelum Azan, biasanya ramai lelaki akan beratur untuk mencium Hajar Aswad.
18. Setelah mencium Hajar Aswad, bersyukurlah sebanyak­banyaknya.
KEISTIMEWAAN BATU HAJARUL ASWAD
Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu "Ya tuhanku dia kucup aku, dia betul-betul ikhlas"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat yang boleh dilakukan semasa kita mengerjakan haji dan umrah.
Nabi Muhammad menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain bererti kita melakukan sesuatu yang 'haram' semata mata untuk melakukan sunnah ini.
1. Jangan tolak orang lain.
2. Sentiasa berdoa.
3. Tunggu dengan sabar.


No comments:

Post a Comment