Saqifah Bani Sa'idah, Madinah
Lokasi Saqifah Bani Sa'idah terletak di sebelah Barat Masjid Nabawi iaitu bersebelahan sumur Badza'ah.
Dalam sejarah Islam, Saqifah Bani Sa'idah menjadi tempat dimana para sahabat memberi Baiah kepada Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Disinilah berkumpulnya sahabat-sahabat baginda Nabi dari golongan ansar & muhajirin untuk bermusyawarah bagi mencari pemimpin setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW
Nama-nama calon dari 2 pihak diangkat, akhirnya mereka sepakat memilih Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah dan pengganti Nabi Muhammad SAW setelah berlaku perdebatan antara golongan muhajirin & ansar berkenaan siapa yang lebih layak antara golongan mereka.
Peristiwa ini juga menjadi sebahagian hujah oleh golongan syiah yang tidak bersetuju dengan lantikan Saidina Abu Bakar tanpa keberadaan Saidina Ali ketika itu.
Antara pengajaran lain dari kisah ini ialah betapa pentingnya mempunyai pemimpin walaupun ketika itu jenazah baginda Nabi belum lagi dimaqamkan kerana mereka tidak mahu malam yang dilalui tanpa imamah setelah tertegaknya kerajaan Islam di Madinah.
No comments:
Post a Comment