JANGAN bergegas balik selepas soLat Subuh di Haraam (masjidil Haram). Baca 10 helai ya'ani 1 juzuk Mushaf. Atau, Tasbeh Juwairiah. Atau Tawaf Sunat. Penuhi waktu sehingga Syuruk dengan ZikruLlah..
Dirikan soLat sunat Syuruk, 2 raka'at; ganjaran nya Satu Pahala Haji. Tamam, Tamam, Tamam..
x 100,000... Masya'ALlah Tabarakallah. Jangan lepaskan peluang ini bila berada disana..
Keutamaan Solat Isyraq.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa
solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga
naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq).
Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna,
sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai
tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya
sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita
banyak melakukan dosa.
.
.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini
dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran
setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12
minit setelah terbit matahari.
.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak
waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang
yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan
sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu
Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila
matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk
syaitan.” (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah
sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah
Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh
itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah
Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya
waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
Keterangan Hadis
Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
.
- Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.
- Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti'” menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
- Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.” (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
- Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.
- Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
- Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
- Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu..
.
1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
.
2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
.
3. Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
.
4. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
.
5. Selepas salam bacalah doa ini;
No comments:
Post a Comment