Monday, 22 August 2016

PERBANYAKANLAH MELAKUKAN KEBAIKAN WALAUPUN SEDIKIT SEKALIPUN.



Banyak-banyaklah melakukan kebaikan walau sedikit sekalipun. Rebutlah peluang untuk membuat kebaikan dimana sahaja khususnya di Arafah dan Mina. Ramai yang memerlukan bantuan.
Jika nampak sesuatu yang 'aib, cepat-cepatlah beristighfar; dan berdo'a lah.
"Ya ALlah, jika maseh ada dosa ku terhadap kedua ibu-bapaku yang menjadi penghalang kepada do'a ku ini; Kau sahaja lah yg dapat mengampunkan dosa-dosaku itu. Tidak terlintas pun aku ingin melukakan hati mereka.
Ya ALlah, kepada Siapa aku harus mengadu; Kau sahajalah Tuhanku. Ampunkan daku."
Ameen Ya Rabb.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَسْكُتْ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِ حَدِيثِ أَبِي حَصِينٍ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ
Dari Abu Hurairah r.a., "RasuluLlah s.a.w berkata: "Barangsiapa beriman kepada ALlāh dan hari akhirat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan barangsiapa beriman kepada ALlāh dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan barangsiapa beriman kepada ALlāh dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik-baik atau diam."
Dari Abu Hurairah dia berkata, "RasuluLlah SAW bersabda seperti hadith Abu Husain, hanya dia menyebutkan, 'Dan hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya'.
‪#‎PENGAJARAN‬:
1. Sebagai seorang Islam kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada jiran tetangga kita; semasa Haji rakan katil sebelah adalah tetangga terdekat kita.
2.Sesiapa yang beriman kepada ALlah dan hari akhirat dilarang daripada menyakiti jiran tetangga. Bertanya khabar, ada apa yang boleh kita bantu dia. Gembirakan hatinya.
3. Orang yang beriman kepada ALlāh dan hari akhirat hendaklah sentiasa memuliakan tetamu; semasa musim Haji tetamu yg mulia itu adalah Dhuyufur-Rahman.
4. Mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu mengeluarkan perkataan yang baik-baik dalam pertuturan kita. Ceria selalu.
.
Jadilah Manusia yang Paling Baik
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ.
Dari AbduLlah bin Busri berkata, “Ada seorang Arab Badwi bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?’
Baginda s.a.w jawab, ‘Orang yang panjang umurnya dan baik 'amalnya.’ ”
Mari kita pastikan umur yang ada ini kita berbuat 'amal saleh yang mendekatkan kita kepada ALlāh; Ya ALlah, permudahkan lah.

No comments:

Post a Comment