Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Allâhumma innî a’ûdzu bika min al-‘ajzi wa al-kasl wa al-jubn wa al-haram wa al-bukhl, wa a’ûdzubika min ‘adzâb al-qabr, wa a’ûdzubika min fitnah al-maḫyâ wa al-mamât.
Ya ALlāh.., Sungguh aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, keburukan di usia tua, serta sifat kikir, dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kehidupan dan setelah kematian.
Banyak-banyaklah melakukan kebaikan walau sedikit sekalipun.
Rebutlah peluang untuk membuat kebaikan dimana sahaja khususnya di
Arafah dan Mina. Ramai yang memerlukan bantuan. Jika nampak sesuatu yang 'aib, cepat-cepatlah beristighfar; dan berdo'a lah.
"Ya ALlah, jika maseh ada dosa ku terhadap kedua ibu-bapaku yang
menjadi penghalang kepada do'a ku ini; Kau sahaja lah yg dapat
mengampunkan dosa-dosaku itu. Tidak terlintas pun aku ingin melukakan
hati mereka. Ya ALlah, kepada Siapa aku harus mengadu; Kau sahajalah Tuhanku. Ampunkan daku." Ameen Ya Rabb.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ
الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَسْكُتْ عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِمِثْلِ حَدِيثِ أَبِي حَصِينٍ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ فَلْيُحْسِنْ إِلَى
جَارِهِ
Dari Abu Hurairah r.a., "RasuluLlah s.a.w berkata:
"Barangsiapa beriman kepada ALlāh dan hari akhirat, maka janganlah dia
menyakiti tetangganya. Dan barangsiapa beriman kepada ALlāh dan hari
akhirat maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan barangsiapa beriman
kepada ALlāh dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan
yang baik-baik atau diam." Dari Abu Hurairah dia berkata,
"RasuluLlah SAW bersabda seperti hadith Abu Husain, hanya dia
menyebutkan, 'Dan hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya'. #PENGAJARAN:
1. Sebagai seorang Islam kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada
jiran tetangga kita; semasa Haji rakan katil sebelah adalah tetangga
terdekat kita.
2.Sesiapa yang beriman kepada ALlah dan hari
akhirat dilarang daripada menyakiti jiran tetangga. Bertanya khabar, ada
apa yang boleh kita bantu dia. Gembirakan hatinya.
3. Orang
yang beriman kepada ALlāh dan hari akhirat hendaklah sentiasa memuliakan
tetamu; semasa musim Haji tetamu yg mulia itu adalah Dhuyufur-Rahman.
4. Mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu
mengeluarkan perkataan yang baik-baik dalam pertuturan kita. Ceria
selalu. . Jadilah Manusia yang Paling Baik
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ
خَيْرُ النَّاسِ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ.
Dari AbduLlah bin Busri berkata, “Ada seorang Arab Badwi bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?’ Baginda s.a.w jawab, ‘Orang yang panjang umurnya dan baik 'amalnya.’ ”
Mari kita pastikan umur yang ada ini kita berbuat 'amal saleh yang mendekatkan kita kepada ALlāh; Ya ALlah, permudahkan lah.
Usahakan SatuPahala Haji, Setiap Hari
JANGAN bergegas balik selepas soLat Subuh di Haraam (masjidil Haram). Baca 10 helai
ya'ani 1 juzuk Mushaf. Atau, Tasbeh Juwairiah. Atau Tawaf Sunat. Penuhi
waktu sehingga Syuruk dengan ZikruLlah..
Dirikan soLat sunat Syuruk, 2 raka'at; ganjaran nya Satu Pahala Haji. Tamam, Tamam, Tamam..
x 100,000... Masya'ALlah Tabarakallah. Jangan lepaskan peluang ini bila berada disana..
Keutamaan Solat Isyraq.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:
“Sesiapa
solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga
naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq).
Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna,
sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai
tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya
sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita
banyak melakukan dosa.
.
.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini
dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran
setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12
minit setelah terbit matahari.
.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak
waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang
yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan
sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu
Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila
matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk
syaitan.” (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah
sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah
Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh
itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah
Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya
waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
KeteranganHadis
Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
.
Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’
mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya
matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat
dhuha.
Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’“… sampai matahari terbit“.
diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu
tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti'” menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa
Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat
subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari
terbit dan meninggi.” (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi
orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat
sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang
tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar
masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.
Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah
hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah
melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah
jika dia mampu..
Cara Melakukan Solat Isyraq
.
1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
.
2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
.
3. Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di surga. Tak seperti umumnya gunung di Madinah,
Jabal Uhud seperti sekelompok gunung yang tidak bersambungan dengan
gunung yang lain. Karena itulah penduduk Madinah menyebutnya dengan
sebutan Jabal Uhud yang artinya 'bukit menyendiri'.
"Jika kita
ingin melihat bukit yang ada di surga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud.
Nabi SAW bersabda, 'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang
ada di surga'," demikian hadis yang dirawikan HR Bukhari.
Bukit
Uhud atau Jabal Uhud adalah sebuah bukit berjarak 5 kilometer dari utara
Kota Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter, selalu dikenang
oleh umat Islam karena di lembah gunung ini pernah terjadi peperangan
besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy pada 15 Syawal 3
Hijriyah (Maret 625 Masehi) yang menyebabkan 70 pejuang Islam mati
syahid.
Rasulullah SAW bersama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar
Al-Faruq RA, dan Sayyidina Usman bin Affan RA. Setelah keempatnya berada
di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.
Rasulullah
kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda, "Tenanglah kamu Uhud.
Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu
membenarkannya." Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar.
Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.
Di
lembah bukit ini pernah terjadi perang dahsyat antara kaum muslimin
sebanyak 700 orang melawan kelompok musyrikin Mekah sekitar 3.000 orang.
Dalam pertempuran tersebut kaum muslimin yang gugur sampai 70 orang
syuhada, di antaranya paman Nabi, Hamzah bin Abdul Muththalib, yang
digelari AsaDullah wa Asadur Rasul (Singa Allah dan Rasul-Nya), Mush'ab
bin Umair, dan Abdullah bin Jahsyin.
Para syuhada itu dimakamkan
di tempat mereka gugur, di sekitar Gunung Uhud. Nabi Muhammad SAW
sendiri dalam peperangan tersebut mendapat luka-luka. Dan
sahabat-sahabatnya yang menjadi perisai untuk Rasul gugur karena
badannya dipenuhi anak panah.
Pemakaman Syuhada
Setelah
perang usai dan kaum musyrikin mengundurkan diri kembali ke Mekah, maka
Nabi Muhammad SAW memerintahkan agar mereka yang gugur dimakamkan di
tempat mereka roboh, sehingga ada satu liang kubur terdiri dari beberapa
syuhada.
Muhammad SAW bersabda, "Mereka yang dimakamkan di Uhud
tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada di dalam burung hijau
yang melintasi sungai surgawi. Burung itu memakan makanan dari taman
surga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa
yang akan menceritakan kondisi kami kepada saudara kami bahwa kami sudah
berada di surga."
Maka Allah berkata, "Aku yang akan memberi
kabar kepada mereka." Maka dari situ kemudian turun ayat (Qs 3:169) yang
berbunyi, "Dan janganlah mengira bahwa orang yang terbunuh di jalan
Allah itu meninggal."
46 Tahun kemudian, yaitu pada masa Khalifah
Marwan bin Hakam, terjadi banjir besar sehingga makam Hamzah dan
Abdullah bin Jahsyin rusak berat. Ternyata, meski sudah lebih dari 40
tahun di dalam kubur, jasad kedua sahabat itu masih segar, seperti baru
saja meninggal. Maka jasadnya dikubur di tempat lain tapi masih di
kawasan Gunung Uhud.
Pada tahun 1383 H, dibangun tembok tinggi
yang mengelilingi makam Hamzah dengan celah-celah jeruji, agar peziarah
dapat menyaksikan makam tersebut. Di dalam areal pemakaman tidak ada
tanda-tanda khusus seperti batu nisan, yang menandakan ada makam di
sana.
Kecintaan Rasulullah kepada para syuhada Uhud, terutama Hamzah
mendorong beliau melakukan ziarah ke Jabal Uhud hampir setiap tahun.
Jejak ini diikuti pula oleh beberapa khalifah setelah Rasul wafat.
Dengan demikian Jabal Uhud menjadi salah satu tempat penting untuk diziarahi oleh para pengunjung, khususnya jemaah haji.
Seperti
yang terlihat pada Selasa 1 September 2015, Saat itu jemaah haji
Indonesia dan mancanegara mencoba mengenang perjuangan para pejuang
Islam dan berziarah.
"Bagaimana dulu ya, para pejuang melepaskan
dan membidik panah kepada lawan mereka. Apalagi mungkin saat itu cuaca
sangat panas," kata Kholid anggota jemaah asal Indonesia dari bukit
kecil dekat kuburan para tentara yang mati sahid atau syuhada sambil
memandang ke Bukit Uhud.
Tidak hanya berziarah, banyak anggota jemaah haji
yang melakukan foto dan jemaah juga bisa membeli oleh-oleh atau cendera
mata atau kurma di sana. Di sepanjang jalan dari pemakaman menuju
parkir kendaraan, terdapat puluhan pedagang yang menawarkan barang
dagangannya. (Ans/Ron)
Maqam Ibrahim lokasi berdo'a untuk kebahagiaan keluarga ;
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ. Waktu afdhal ialah waktu antara selepas adzan Subuh hingga soLat fardhu Subuh. .
Tempat ini juga, adalah tempat soLat sunat Tawaf. Berdo'a lah
seolah-olah Tawaf tadi yang terakhir; "Ya ALlah, jika ini adalah tawaf
terakhir ku maka jadikan ia pertaruhan ku yg terbaik untuk syurgaMu."
MUSTAJAB BERDO'A DI RUKUN YEMENI. Berdo'a hajat disini dengan cara
mengusap nya. Jangan pula di cium Rukun Yemeni, itu orang yang lemah
'ILMU mereka.
Nabi s.a.w bersabda : “Setiap kali aku melewati Rukun Yamani tampak ada 70 mala'ikat yang mengucapkan Amiin, Aamiin, Aamiin".
Ibnu Mas‘ud r.a. berkata : ”RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda : Setiap
kali aku sampai pada rukun Yamani itu, Aku selalu bertemu dengan Jibril
a.s. di situ.”
Waktu afdhal soLat disini selepas soLat 'Asr dengan do'a mohon diampunkan dosa dan dilindungi dari azab neraka.
Beri saLaam kepada dua(2) Mala'ikat Jibril dipintu masuk Hijr
Isma'il. SoLat dalam Hijr Ismail sama seperti soLat dalam Ka'abah.
Berdo'a lah seperti Sunnah RasuluLlah s.a.w. Angkat kedua-dua tangan
tinggi menyerah kepada ALlah. Lekapkan dada dan pipi kanan ke dinding
Ka'abah.
Umrah pertama Wajib; yang kedua dan berikutnya sunat. Harus Buat
Badal untuk yang dikasehi ya'ani almarhum ibu dan Ayah. RasuluLlah s.a.w
buat empat(4) kali sahaja.
SoLat
lima(5) waktu fardhu, Wajib; dan setiap hari berikutnya tetap wajib. Tak
boleh ditinggalkan. Usahakan soLat di Haraam. Pastikan boleh nampak
Ka'abah. RUGI besar tak nampak Ka'abah.Bila Tawaf, kita #berdoa. BUKAN membaca buku do'a. Letakkan hati kita pada ALlah. Merintih, mengadu dan berharap pada ALlah. . Lihatlah #Kaabah
semasa istilam, atau melambai Hajr Aswad; BUKAN lampu hijau didinding.
Bila boleh di lihat dua muka dinding Ka'abah, istilam lah dan sebut
dengan tetesan air mata memuji kebesaran ALlah ; بسم الله الله اكبر .
Melihat Ka'abah dapat 20 Rahmat, Tawaf 60 Rahmat dan soLat di Mataf, 40
Rahmat; ya'ani 120 Rahmat hadiah teristimewa hal Ka'abah