Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.
Apakah
sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa
kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah
syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban
dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan
sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi
kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?
Dalil atau ayat dalam al-Quran yang berbicara tentang ritual qurban antara lain:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Artinya: “Maka laksanakanlah sholat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah
(sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).” (Q.S. al-Kautsar:
2).
Selain itu, dalil tentang mimpi Nabi Ibrahim a.s. ketika diperintahkan
Allah swt. untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail a.s., namun
akhirnya Allah swt. menggantinya dengan seekor domba adalah sebagai
berikut:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْىَ قَالَ
يَبُنَىَّ إِنِّى أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّى أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا
تَرَى, قَالَ يَاَبَتِ افْعَلْ مَاتُؤْمَرُ, سَتَجِدُنِى إِنْ شَآءَ اللهُ
مِنَ الصَّبِرِيْنَ. فَلَمَّآ أَسْلَمَا وَتَلَّهُ, لِلْجَبِيْنَ.
وَنَدَيْنَهُ أَنْ يَآِبْرَهِيْمُ. قَدْ صَدَّقْتَ الرُّءْيَآ, إِنَّا
كَذَالِكَ نَجْزِى الْمُحْسِنِيْنَ. إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَؤُاْ
الْمُبِيْنُ. وَفَدَيْنَهُ بِذِبْحٍ عَظِيْمٍ.
Artinya: “Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha
bersamanya, (Ibrahim) berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi
bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia
(Ismail) menjawab: “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan
(Allah) kepadamu, insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang
yang sabar.” Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim)
membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (untuk melaksanakan perintah
Allah). Lalu Kami panggil dia: “Wahai Ibrahim! Sungguh, engkau telah
membenarkan mimpi itu.” Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada
orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian
yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang
besar.” (Q.S. ash-Shaffat: 102 – 107).
Demikianlah
antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian
ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan
ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga
kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung
perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan
kita lakukan ini.
PENYEMBELIHAN QURBAN
Qurban
ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji
(selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13
Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu
sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya
disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan
telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu
memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah
ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat).
Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan
beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak
meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah
menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Daripada
Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada
suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang
lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban.
Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang
berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan
sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya)
telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan
(pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Zaid
bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah
Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi
bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan."
Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda
yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu
kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
HUKUM BERQURBAN
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
*Islam
*Merdeka (Bukan hamba)
*Baligh lagi berakal
*Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah
s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat
kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh
al-Sunnah)
PERLAKSANAAN QURBAN
*Binatang
yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa
yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau
telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
*Binatang
itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya,
kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya,
tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau
berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga
kita sayang kepadanya.
*Waktu
menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah
selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika
matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah
Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
*Daging
qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging
qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang
utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
3.
Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging,
satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi
dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAT
*Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
*Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
*Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
*Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
*Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
*Akan
memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat
al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada
hari kiamat."
AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah
pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak.
Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang
disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang
telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara
dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada
hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud,
al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu
Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada
mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang
melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba
menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.
Daripada
Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang
bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan
hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud,
al-Turmuzi dan Ibnu Majah).
Menurut
Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati
dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat
mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.
HUKUM AQIQAH
*Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
*Penyembelihan
aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke
empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa
selagi anak itu belum baligh.
*Jika
anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi
dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri.
Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda
s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
*Anak
zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu
tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan
Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak
sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi
nafkah kepadanya.
*Anak
lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan
perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah,
bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih
aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk
anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas
r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah
untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu
Dawud)
HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH
*Jika
menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini
qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika
penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini
sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
*Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
1)
Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas
diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah
untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima
sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau
aqiqah untuk anakmu...)." (PERINGATAN: Orang yang
menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh
diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).
2)
Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas
zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku
(atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat
menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada
orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang
berakad tadi).
*Daging
qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada
orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak
dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
*Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
*Disunnatkan
tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama
ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah
diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka
tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang
utama).
*Daging
aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti
kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang
yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk
mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau
harta benda yang lainnya.
*Orang
kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban,
sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan
daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
*Daging
atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram
dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.
No comments:
Post a Comment