(آيبون تائبون عابدون ساجدون لربنا حامدون
صدق الله وعده ونصر عبده و هزم الأحزاب وحده).
Dia menghantar berita tentang kepulangannya kepada keluarganya dan
janganlah dia pulang secara mengejut kerana perbuatan itu adalah
dilarang.Apabila sampai di tanah airnya dia membaca:
(اللهم إني أسألك خيرها, و خير أهلها, و خير
ما فيها, و أعوذ بك من شرها, و شر أهلها و شر ما فيها اللهم اجعل لنا بها
قرراً و رزقاً, اللهم ارزقنا جناها, و أعذنا من وباها, و حببنا إلى
أهلها, و حبب صالحي أهلها إلينا).
Apabila dia sampai ke kawasan tempat tinggalnya, dia pergi ke
masjid kemudian sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu
yang dilarang mendirikan sembahyang kemudian dia masuk ke rumahnya dan
mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat, memuji Allah s.w.t
serta bersyukur di atas taufiq dan hidayatNya.Disunatkan bagi orang yang bersalam dengan orang yang pulang dari mengerjakan Haji supaya berdoa:
(قبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك).
Yang bermaksud: Semoga Allah menerima ibadat Haji kamu dan mengampunkan dosa kamu serta menggantikan perbelanjaan kamu.
Jemaah Haji pula menjawab:
(غفر الله لنا ولكم).
Yang bermaksud: Semoga Allah mengampunkan dosa kami dan dosa kamu semua.
Sepatutnya selepas jemaah Haji pulang dia hidup dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya kerana ia melambangkan bahawa ibadat Hajinya diterima dan melakukan kebaikan dengan lebih banyak lagi.
No comments:
Post a Comment