Monday, 1 April 2013

Panduan Lengkap Ibadat Haji & Umrah





Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

 Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.


Dalil dari hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Islam dibina atas lima rukun." Baginda s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.wyang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai Rasullullah?" Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamu berkemampuan."


Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukun Islam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.


Fardu:

Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama ada sah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.



Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.
2- Wuquf di Arafah.
3- Tawaf Ifadhah.
4- Bersaie di antara Safa dan Marwah.

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara wajib didalam Haji:
Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.


Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.
2- Wuquf di Arafah.
3- Bermalam di Muzdalifah.
4- Bermalam di Mina.
5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
6- Melontar setiap Jamrah.
7- Tawaf Wida'

Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.


Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.


Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:

1- Mandi sunat Ihram.
2- Bertalbiah.
3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.
4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.


JENIS-JENIS HAJI


Haji Tamattu':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan seperti yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia hendaklah menyebut:

Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram dengan bercukur atau bergunting. Jemaah Haji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Haji dari tempat dia turun sambil berkata:


"Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Haji daripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Telah aku penuhi seruanMuwahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dan semua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yang Engkauharamkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahai Tuhan sekelian alam."


Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan."


Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Haji mengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan, tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama seperti hukum Haji Qiran.


Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan dengan berkata: Yang bermaksud: "Aku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah."


Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah seterusnya disyarakkan di sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Haji sebagaimana Haji Ifrad manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahaja kerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Haji sehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.


Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itu permudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku."


Lantas bertalbiah. Apabila memasuki Kota Mekah jemaah Haji mula melakukan pekerjaan Haji di Masjidil Haram di mana apabila melihat Baitullah jemaah Haji bertakbir kemudian mengucapkan LA ILAAHA ILLALLAH dan bertasbih seterusnya melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali sambil menutup bahu kiri dan berlari-lari anak pada tiga pusingan pertama.


Cara tersebut adalah sunat di sisi jumhur dan wajib bagi Mazhab Maliki. Penduduk Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut. Setelah selesai melakukan Tawaf Qudum, dilakukan pula Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh pusingan. Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan berihram. Apabila tiba hari Tarwiah dia berangkat ke Mina dan berada di sana sehingga selesai mendirikan sembahyang Subuh hari Arafah. Setelah itu bertolak pula ke Arafah dan berada di sana serta mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar pada waktu Zuhur (Jamak Taqdim). Setelah tenggelam matahari jemaah Haji mula ifadhah (beredar) sehingga tiba di Muzdalifah lalu mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak. Apabila terbit matahari pada Hari Nahar (Hari Raya Korban), jemaah Haji ifadhah (beredar) lagi ke Mina lantas mula melontar. Talbiah tidak lagi disebut setelah bermulanya lontaran pertama. Kemudian menyembelih korban jika ingin berbuat demikian lantas bercukur atau bergunting sebagai bertahallul, dengan demikian jemaah Haji dihalal semua perkara yang diharamkan semasa dalam keadaan berihram kecuali perempuan (bersetubuh).


Setelah itu jemaah haji kembali ke Mekah lalu melakukan Tawaf di Baitullah sebagai Tawaf ziarah sebanyak tujuh pusingan seterusnya bersaie di antara Safa dan Marwah jika tidak melakukan Saie selepas Tawaf Qudum. Setelah selesai bolehlah bersaie dan bertahallul serta dihalalkan baginya perempuan (bersetubuh). Jemaah Haji kembali semula ke Mina dan berada di sana sehingga selesai melontar ketiga-tiga jamrah sama ada jemaah Haji yang tergesa-gesa ingin cepat pulang atau yang masih mempunyai banyak masa. Setelah itu jemaah Haji kembali lagi ke Mekah melakukan Tawaf Wida'.


Haji Untuk Orang Lain:
Sesiapa yang mempunyai perbelanjaan untuk mengerjakan ibadat Haji tetapi tidak terdaya untuk menunaikannya sendiri, sama ada disebabkan sakit ataupun tua, dia hendaklah menghantar seseorang supaya mengerjakan Haji untuknya berpandukan kepada hadis Al-Fadli bin Abbas: Bahawa seorang perempuan dari Khath'am telah bertanya kepada Rasullullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memfardhukan ibadat haji keatas hambaNya, aku dapati ayahku terlalu tua dan tidak dapat bertahan diatas kenderaan, bolehkah aku mengerjakan haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya."


Ini adalah mengikut pendapat Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah manakala pendapat Imam Malik: Tidak wajib. Fardu Haji tidak gugur ke atas orang sakit yang sembuh selepas penggantinya menunaikan Haji untuknya dan dia diwajibkan mengulangi ibadat Haji. Mengikut pendapat Imam Ahmad fardu tersebut telah gugur apabila dia sembuh dari sakit. Sesiapa yang telah menunaikan Haji nazar sedangkan dia belum menunaikan Haji yang fardu, Haji tersebut akan dikira Haji yang fardu kemudian hendaklah dia menunaikan Haji nazarnya. Sesiapa yang meninggal dunia sebelum menunaikan ibadat Haji, ataupun Haji yang dinazarkan, walinya wajiblah mengupah seseorang untuk menunaikan Haji untuknya daripada harta peninggalannya dan ini merupakan pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali.

Manakala pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki pula:
Pewaris tidak diwajibkan menunai Haji untuk si mati melainkan apabila si mati telah mewasiatkannya dan hendaklah dia menunaikan Haji untuk si mati (dengan perbelanjaan) satu pertiga daripada harta peninggalannya.

Orang yang ingin menunaikan Haji untuk orang lain disyaratkan:
Telah menunaikan Haji untuk dirinya sendiri sama ada dia berkuasa atau tidak. Ini berpandukan riwayat daripada Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.telah terdengar seorang lelaki berkata: "Aku telah penuhi seruanMu untuk Syabramah.": Lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Apakah kamu telah mengerjakan haji kamu sendiri?" Dia menjawab: "Tidak". Baginda s a.w. bersabda lagi: "Kerjakanlah haji untuk diri kamu, kemudian kerjakanlah haji untuk Syabramah."


Ibadat Haji Orang Perempuan:
Orang perempuan tidak wajib mengerjakan Haji sehinggalah dia mempunyai suami atau mahram yang boleh menemaninya di dalam perjalanannya berdasarkan kepada hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang perempuan tidak boleh bermusafir melainkan bersama marham." Seorang leleaki telah berdiri lalu berkata: "Wahai Rasulullah, isteriku telah keluar untuk mengerjakan haji sedang aku ditugaskan menyertai peperangan?" LaluBaginda s.a.w. bersabda: "Pergilah dan kerjakan haji bersama isteri kamu."


Mengikut pendapat Mazhab Hanafi dan Mazhab Hambali, kedua-duanya meletakkan syarat:
Orang perempuan tidak boleh keluar (untuk mengerjakan Haji) melainkan bersama suami atau mahram.


Mengikut pendapat Mazhab Syafie:
Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah (dipercayai) dan ada yang berpendapat cukup hanya dengan seorang perempuan yang thiqah sahaja.


Mengikut pendapat Mazhab Maliki:
Orang perempuan dibolehkan keluar untuk mengerjakan Haji dengan ditemani oleh seorang perempuan yang dipercayai dengan syarat jarak di antara dia dan Mekah adalah perjalanan selama satu hari satu malam dan apabila seorang perempuan menyalahi syarat ini dan mengerjakan Haji tanpa ditemani suami atau mahram, Hajinya dikira sah tetapi dia berdosa.

Meminta Keizinan Suami Untuk Mengerjakan Ibadat Haji:
Suami tidak boleh menegah isterinya dari mengerjakan Haji yang fardu dan Haji yang dinazarkan manakala Haji sunat bolehlah dia menegahnya. Orang perempuan wajib ditemani mahram atas perbelanjaannya manakala mahram atau suami tidak diwajibkan bermusafir bersamanya.

Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas, dia dibolehkan mengerjakan semua perkara yang dilakukan oleh orang Haji tetapi tidak boleh melakukan Tawaf di Baitullah, berpandukan kepada hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: "Aku tiba di Mekah ketika sedang haid dan aku tidak melakukan Tawaf, sama ada di Baitullah ataupun di antara Safa dan Marwah." Katanya lagi: "Aku telah mengemukakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Haji tetapi janganlah mengerjakan Tawaf di Baitullah sehingga kamu telah suci."

Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Qudum gugurlah pekerjaan tersebut dan dia tidak dikenakan apa-apa. Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas sebelum mengerjakan Tawaf Ifadhah, dia hendaklah kekal berada di dalam Ihram sehingga telah suci kemudian bolehlah mengerjakan Tawaf. Sekiranya seseorang perempuan mengerjakan Tawaf sedangkan dia didatangi haid, Tawaf tersebut tidak sah mengikut pendapat Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali, manakala mengikut pendapat Mazhab Hanafi pula tawaf tersebut sah tetapi makruh yang membawa kepada haram dan dia juga berdosa serta dikenakan Badanah (Dam seekor unta atau lembu). Apabila seseorang perempuan didatangi haid atau nifas selepas Tawaf Ifadah dia tidak perlu lagi mengerjakan Tawaf Wida'.


Ibadat Haji Anak Kecil (Kanak-kanak):
Kanak-kanak tidak diwajibkan mengerjakan Haji tetapi sekiranya dia mengerjakannya, Haji tersebut dikira sah tetapi tidak mendapat ganjaran Haji yang fardu.

Diriwayatkan bahawa seorang perempuan telah mengangkat seorang kanak-kanak (untuk ditunjukkan) kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Adakah (kanak-kanak) ini boleh mengerjakan haji?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ya dan kamu mendapat pahala."
Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: "Kami telah mengerjakan haji bersama Rasulullah s.a.w. dan bersama-sama kami juga terdapat wanita dan kanak-kanak, kami telah bertalbiah untuk kanak-kanak kami juga telah melontar untuk mereka."


Apabila kanak-kanak mengerjakan Haji sebelum sampai umur (baligh), dia diwajibkan mengerjakan Haji apabila telah sampai umur dan begitu juga dengan seorang hamba, apabila dia mengerjakan Haji ketika menjadi hamba kemudian dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekiranya dia mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya.

Ibnu Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Mana-mana kanak-kanak yang telah mengerjakan Haji kemudian dia telah baligh, wajiblah dia mengerjakan Haji sekali lagi. Mana-mana hamba yang telah mengerjakan Haji kemudian telah dimerdekakan, wajiblah dia mengerjakan Haji sekali lagi".

Apabila seseorang kanak-kanak telah mumayyiz bolehlah berniat Ihram sendiri dan menunaikan ibadat Haji, jika belum mumayyiz walinya bolehlah berniat Ihram dan bertalbiah untuknya, membawanya melakukan Tawaf dan Saie, Wukuf di Padang Arafah serta melontar Jamrah untuknya. Sekiranya seseorang kanak-kanak sampai umur (baligh) sebelum Wukuf di Padang Arafah atau ketika berada di sana, Hajinya dikira Haji fardu.


Imam Malik berpendapat:
Tidak dikira Haji fardu.

Pendapat Mazhab Hanafi:
Dikira sebagai fardu sekiranya dia memperbaharui niat Ihram selepas baligh.


JENIS-JENIS DAM
Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
Berpuasa tiga hari
Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang.


Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
Boleh memilih jenis Fidyah sama ada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.


Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
Boleh memilih sama ada memberi makanan atau berpuasa.


Fidyah kerana menggauli isteri:
Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.


Fidyah bersetubuh:
Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:
Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:
Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.


DAM:
Definisinya:
Dam ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.


Dam Tatawwuk
Definisinya:
Ialah binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Dalilnya: "Nabi Muhammad s.a.w. telah mengorbankan sebanyak seratus ekor badanah (unta dan lembu) semasa mengerjakan Haji Akbar, Baginda s.a.w. juga pernah mengorbankan kambing."


Hukumnya:
Sunat bagi mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan mereka yang mengerjakan Umrah serta disunatkan memakan daging yang dikorbankan itu kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah memerintahkan supaya sembelihan tersebut dipotong, dimasak dan memakannya serta menghirup kuahnya." Harus bagi mereka yang tidak berada dalam Ihram menghantar Damnya ke Mekah supaya dikorbankan di sana untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Tempat Penyembelihan:
Tanah Haram.


Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur genap lima tahun, lembu yang berumur genap dua tahun atau kambing yang berumur genap enam bulan.


Dam Tamattu:
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa mengerjakan Ibadat Haji.


Dia boleh melakukannya, kemudian wajiblah dia menyembelih Dam yang mudah didapati. Sekiranya tidak didapati Dam tersebut ataupun harganya hendaklah berpuasa selama tiga hari semasa mengerjakan Haji dan tujuh hari setelah kembali kepada keluarganya (tanah airnya). Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing).

Tempat Penyembelihan:
Wajib dikorbankan di Tanah Haram dan dibahagikan kepada orang-orang miskin dan harus dibahagikan Dam tersebut kepada seluruh orang Islam yang fakir.


Dam Ihsar:
Definisinya:
Binatang ternakan (berkaki empat) yang dikorbankan di Baitullah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Dalilnya: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati."


Hukumnya:
Wajib kepada mereka yang terhalang dari bertahallul sebelum sempat menyempurnakan ibadat Haji.


Tempat Penyembelihan:
Di tempat berlaku sebab-sebab yang menghalangnya.


Jenis-jenisnya:
Satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.


Korban:
Definisinya:
Menyembelih unta, lembu atau kambing untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.


Waktu Penyembelihan Korban:
Waktu penyembelihan bermula selepas sembahyang pada Hari Raya Haji sehingga berakhir Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah).


Hukumnya:
Sunat Muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah s.w.t. ialah penyebelihan korban, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya, sesungguhnya Allah s.w.t. akan menerima penyembelihan korban tersebut sebelum darahnya tumpah kebumi, maka hendaklah kamu ikhlaskan diri kamu semasa kamu melakukan penyembelihan korban tersebut."


Ia disyariatkan pada tahun kedua Hijrah: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyembelih korban dua ekor kabasy yang berwarna antara putih dan hitam serta mempunyai dua tanduk, kedua-duanya disembelih oleh Baginda s.a.w.dengan tanganya. Baginda s.a.w. mengucapkan Basmalah dan bertakbir serta meletakkan kaki dibahagian tepi rusuk kibasy tersebut.


Jenis-jenisnya:
Unta yang berumur lima tahun, lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur enam bulan. Adapun unta dan lembu hanya perlu diambil satu bahagian sahaja dari tujuh bahagian.


Pembahagiannya:
Disyarakkan kepada orang yang berkorban memakan satu pertiga daripada daging tersebut, satu pertiga dihadiahkan dan satu pertiga lagi disedekahkan. Dia diharuskan memakan lebih dari satu pertiga daripada daging korban tetapi sekiranya dia memakan kesemua daging tersebut dan dia hanya ingin menyedekahkan harga bagi sedikit daging korban sahaja, dia bolehlah berbuat demikian.


Penyembelihannya:
Disunatkan supaya bertakbir kepada Allah s.w.t selepas mengucapkan Basmalah dan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkata: Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Engkaulah yang menciptakan aku dan kepadaMu aku akan kembali, oleh itu terimalah korban daripadaku."


Panduan Mengerjakan Haji dan Umrah


DOA SEPANJANG MENGERJAKAN HAJI


1. DOA SOLAT SUNAT MUSAFIR

اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ آفَاتِ الدُّنْيَا وَعَاهَاتِهَا ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا بِرًا وَتَقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرضَى ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَطْوِىَ لَنَا الأَرْضَ وَتُهَوِّنَ عَلَيْنَا السَّفَرَ وَأَنْ تَرْزُقَنَا فِي سَفَرِنَا هَذَا سَلاَمَةً فِي الْبَدَنِ وَالدِّيْنِ وَالْمَالِ ، وَتُبَلِّغَنَا حَجَّ بَيْتِكَ وَزِيَارَةِ قَبْرِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَکَآبَةِ الْمُنْقَلَبِ وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالأَصْحَابِ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي جِوَارِكَ وَلاَ تَسْلُبْنَا وَإِيَّاهُم نِعْمَتَكَ وَلاَ تُغَيِّر مَابِنَا وَبِهِم مِنْ عَافِيَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

Maksudnya ;
Ya Allah! Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai, ya Allah, peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerosakannya, ya Allah sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan takwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai, ya Allah kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami dan kurniakanlah kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda, sampaikanlah maksud kami mengerjakan haji dan mengunjungi maqam nabiMu Muhammad s.a.w . Ya Allah! sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara- perkara yang mendukacitakan, jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami. Ya Allah! letakkanlah kami dan mereka sekalian di dalam peliharaanMu, janganlah Engkau lucutkan nikmatMu dari kami dan mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


2. DOA KETIKA MELIHAT RUMAH-RUMAH DI MEKAH.
   (tanpa menadah tangan)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ , اللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ بِهَا قَرَارًا ، وَارْزُقْنِيْ فِيْهَا حَلاَلاً

Maksudnya ;
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Ya Allah kurniakan kepadaku di sini tempat tinggal yang tetap dan rezeki yang halal.

3. DOA KETIKA MEMASUKI KOTA MEKAH.

اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْحَرَمَ حَرَمُكَ ، وَالْبَلَدَ بَلَدُكَ ، وَاْلأَمْنَ أَمَنُكَ ، ،وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ ، جِئْتُكَ مِنْ بِلاَدٍ بَعِيْدَةٍ بِذُنُوْبٍ کَثِيْرَةٍ ، وَأَعْمَالٍ سَيِّئَةٍ ، أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمُضْطَرِيْنَ إِلَيْكَ ، الْمُشْفِقِيْنَ مِنْ عَذَابِكَ ، أَنْ تَسْتَقْبِلَنِيْ بِمَحْضِ عَفْوِكَ وَأَنْ تُدْخِلَنِيْ فَسِيْحَ جَنَّتِكَ ، جَنَّةِ النَّعِيْمِ .

اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا حَرَمُكَ وَحَرَمُ رَسُوْلِكَ ، فَحَرِّمْ لَحْمِيْ وَدَمِي وَعظْمِيْ عَلَى النَّارِ .

اللَّهُمَّ آمِنِّي مِنْ عَذَابِكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ أَسْأَلُكَ بِأَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ ، أَنْ تُصَلِّىَ وَتُسَلِّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ تَسْلِيْمًا کَثِيْرًا أَبَدًا

Maksudnya ;
Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu, hambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Engkau terima daku dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,

Ya Allah sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api neraka .

Ya Allah amankan daku dari azab Engkau di hari Engkau membangkitkan hamba Engkau. Aku memohon dengan Engkau kerana Engkaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kerana Engkau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.

4. DOA KETIKA MEMASUKI BABU SALAM (PINTU AS-SALAM)

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالْسَّلامِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَکْتَ وَتَعَالَيْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِْکْرَامِ .

اللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَمَغْفِرَتِكَ وَأَدْخِلْنِيْ فِيْهَا ، بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya ;
Ya Allah, Engkaulah Yang Bersifat Sejahtera, dari Engkaulah sahaja kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat sejahtera, Maha Suci dan Maha Tinggi Engkau, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan .

Ya Allah kurniakanlah daku rahmat dan keampunanMu , masukkan daku ke dalamnya dengan nama Allah, segala puji- pujian tertentu bagi Allah, selawat dan salam ke atas Junjungan kami Saidina Muhammad s.a.w .

5. DOA KETIKA LALU DI BAB BANI SYAIBAH 

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ ، وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا ، وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ، إِنَّ الْبَاطِلَ کَانَ زَهُوقًا ، وَنُنَزِّلُ مِنَ القُرآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ ، وَلاَ يَزِيْدُ الظَّالِمِينَ إِلاَّ خَسَارًا.

Maksudnya ;
Wahai Tuhanku, masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia, dan berilah kepadaku dari sisiMu hujah, keterangan dan kekuasaan yang menolongku. Katakanlah ( wahai Muhammad ) telah datang kebenaran ( Islam ) dan hilanglah kebatilan . Sesungguhnya yang batil itu sememangnya perkara yang telah lenyap. Dan Kami ( Allah ) turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran itu ayat-ayat suci yang menjadi penawar bagi orang-orang yang beriman dan tidaklah Al-Quran itu menambahkan apa-apa nikmat kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.

6. DOA KETIKA MELIHAT BAITULLAH KAABAH :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،
اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ  الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ . أَعُوْذُ بِرَبِّ الْبَيْتِ مِنَ الْکُفْرِ وَالْفَقْرِ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَضِيْقِ الصَّدْرِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم .

 اللَّهُمَّ زِدْ بَيْتَكَ تَشْرِيْفًا وَتَکْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًا وَزِدْ يَارَبِّ مِمَّن شَرَّفَهُ وَکَرَّمَهُ وَعَظَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ وَاعْتَمَرَهُ تَشْرِيْفًا وَتَکْرِيْمًا وَتَعْظِيْمًا وَمَهَابَةً وَرِفْعَةً وَبِرًّا.

Maksudnya ;
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah,
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung .
Tidak ada Tuhan yang disembah  dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu, ku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas Saidina Muhammads.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.


7. DOA KETIKA TAWAF

Pertama

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَکْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .

اللَّهُمَّ  إِيْمَانًا بِكَ وَتَصْدِيْقًا بِکِتَابِكَ وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ وَحَبِيْبِكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِيْ الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.

Maksudnya ;
Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah , Allah Yang Maha Esa, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah 

Ya Allah Tuhanku! daku kerjakan ibadat ini ialah kerana beriman kepadaMu dan membenarkan kitabMu, menyempurnakan janji denganMu dan menurut perjalanan (sunnah) nabiMu dan kekasihMu, Saidina Muhammad s.a.w .

Ya Allah, sesungguhnya daku meminta kepadaMu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan dari bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.

8. DOA DI ANTARA DUA RUKUN (SUDUT KAABAH)

رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا غَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Maksudnya ;
Wahai Tuhan kami berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan), wahai Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian alam.


Kedua

اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْبَيْتَ بَيْتُكَ ، وَالْحَرَمَ حَرَمُكَ ، وَاْلأَمْنَ أَمْنُكَ وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ ، وَهَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ النَّارِ ، فَحَرِّمْ لُحُوْمَنَا وَبَشَرَتَنَا عَلَى النَّارِ .

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِيْ قُلُوْبِنَا ، وَکَرِّهْ إِلَيْنَا الْکُفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِيْنَ .

اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ . اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ.

Maksudnya ;
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya rumah ini rumahMu, Tanah Haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaanMu, daku ini hambaMu, dan anak hambaMu di sini tempat orang berlindung denganMu daripada api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya.

Ya Allah ya Tuhanku! jadikanlah kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang benci kepada kekufuran, derhaka dan maksiat, jadikan kami dari golongan orang-orang yang bijak.

Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah diriku daripada azabMu di hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku syurga tanpa dihisab.

Ketiga

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّكِ وَالشِّرْكِ وَالشِّقَاقِ وَالنِّفَاقِ وَسُوْءِ الأَخْلاَقِ ، وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ وَالْمُنْقَلَبِ فِيْ الْمَالِ وَاْلأَهْلِ وَالْوَلَدِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan ragu-ragu (syak), syirik, permusuhan, munafik, perangai yang jahat, pandangan yang buruk dan daripada perubahan yang tidak baik sama ada terhadap harta, isteri dan anak-anak.

Ya Allah, sesungguhnya daku pohon daripadaMu keredhaan dan syurgaMu, daku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan neraka.

Ya AlIah ya Tuhanku, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup dan mati.

Keempat

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حِجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْکُوْرًا ، وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا ، وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً ، وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ يَا عَالِمَ مَا فِيْ الصُّدُوْرِ أَخْرِجْنِي يَا اللهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوْرِ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ کُلِّ إِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالْنَجَاةَ مِنَ النَّارِ ، رَبِّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَنِي وَأَخْلِفْ عَلَى کُلِّ غَائِبَةٍ لِيْ مِنْكَ بِخَيْرٍ.

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah hajiku haji yang diterima, usaha yang dipuji, dosa yang diampunkan, amal salih yang makbul dan berdagangan yang tidak rugi. Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui isi hati, keluarkanlah diriku daripada gelap gelita kepada terang benderang cahaya, ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya daku pohon dariMu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmatMu serta mendapat keampunan, keselamatan daripada segala dosa, beroleh segala jenis kebajikan, berjaya mendapat syurga dan selamat daripada api neraka. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dariMu.


Kelima

اللَّهُمَّ أَظِلَّنِي تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّكَ ، وَلاَ بَاقِيَ إِلاَّ وَجْهُكَ ، وَاسْقِنِي مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيْئَةً مَرِيْئَةً لاَ نَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيْمَهَا وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ .

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah daku naungan ArasyMu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan ArasyMu, tidak ada yang kekal melainkan zatMu dan berilah daku minum dari kolam nabiMu Muhammad s.a.w  satu minuman yang sedap, lazat yang kami tidak akan merasai dahaga sesudah itu buat selama-lamanya.

Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku pohon kepadaMu kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh nabiMu Muhammad s.a.w , dan daku berlindung denganMu dari kejahatan seperti yang dipohon perlindungan oleh nabiMu Muhammad s.a.w.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya daku pohon daripadaMu syurga dan nikmatnya juga daripada apa-apa yang menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan. Daku berlindung denganMu daripada neraka dan apa-apa jua yang menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan.

Keenam

اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ حُقُوقًا کَثِيْرَةً فِيْمَا بَيْنِيْ وَبَيْنِكَ ، وَحُقُوْقًا کَثِيْرَةً فِيْمَا بَيْنِي وَبَيْنَ خَلْقِكَ .

اللَّهُمَّ مَا کَانَ لَكَ مِنْهَا فَاغْفِرْهُ لِي وَمَا کَانَ لِخَلْقِكَ فَتَحَمَّلْهُ عَنِّي وَاغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ ، يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ .

اللَّهُمَّ إِنَّ بَيْتِكَ عَظِيْمٌ ، وَوَجْهَكَ کَرِيْمٌ ، وَأَنْتَ يَا أللهُ حَلِيْمٌ کَرِيْمٌ عَظِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya banyak tanggungan-tanggunganku terhadapMu dan diantara daku dengan makhlukMu.

Ya Allah ya Tuhanku, apa-apa jua kesalahanku terhadapMu, maka ampunkanlah, apa-apa juga kesalahan di antara daku dan makhlukMu, maka daku minta Engkau tanggungkan untukku. Dan kayakan daku dengan yang halal dari yang haram, dengan ketaatan dari kemaksiatan dan dengan kurniaanMu dari kurniaan selainMu. Ya Tuhan Yang Maha Luas Keampunan

Ya Allah sesungguhnya rumahMu ini Maha Agung, zatMu itu Maha Mulia dan  Engkau ya Allah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung sukakan keampunan, ampunilah dosaku.


Ketujuh

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا کَامِلاً ، وَيَقِيْنًا صَادِقًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَقَلْبًا خَاشِعًا . وَلِسَانًا ذَاکِرًا ، وَحَلاَلاً طَيِّبًا وَتَوْبَةً نَصُوْحًا ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَاحَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً بَعْدَ الْمَوْتِ ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ. وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ بِرَحْمَتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ.

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya hambaMu pohon dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa menyebut-menyebut namaMu, barang-barang halal yang baik, taubat yang bersungguh-sungguh sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan dengan mendapat syurga, dan keselamatan dari neraka, dengan kasihan belasMu ya Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Pengampun, ya Tuhan, tambahkanlah ilmu kepaddaku dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yang baik.

9. DOA DI MULTAZAM

اللَّهُمَّ يَارَبَّ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ اعْتِقْ رِقَابَنَا وَرِقَابَ آبَائِنَا وَأُمَهَاتِنَا وَإِخْوَانِنَا وَأَوْلاَدِنَا مِنَ النَّارِ ، يَا ذَا الْبِرِّ والْجُوْدِ وَالْکَرَمِ وَالْفَضْلِ وَالْمَنِّ وَالْعَطَاءِ وَالإِحْسَانِ .

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي  الأُمُورِ کُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الآخِرَةِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَاقِفٌ تَحْتَ بَابِكَ ، مُلْتَزِمٌ بِأَعْتَابِكَ مُتَذَلِّلٌ بَيْنَ يَدَيْكَ ، أَرْجُو رَحْمَتَكَ وَأَخْشَى عَذَابَكَ ، يَا قَدِيمَ الإِحْسَانِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تَرْفَعَ ذِکْرِي وَتَضَعَ وِزْرِي . وَتُصْلِحَ أَمْرِي . وَتُطَهِّرَ قَلْبِي وَتُنَوِّرَ لِي فِي قَبْرِي . وَتَغْفِرَ لِي ذَنْبِي ، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ آمِيْنَ .

Maksudnya ;
Ya Allah Tuhan yang mempunyai Al-Baitil Atiq (Baitullah), bebaskan diri kami, diri bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, saudara-mara kami dan anak pinak kami daripada neraka.

Ya Tuhan yang mempunyai kemewahan, kemurahan, kelebihan kurniaan dan belas kasihan.

Ya Allah ya Tuhan! perelokkanlah kesudahan da1am segala urusan-urusan kami dan jauhkan kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku ini hambaMu dan anak hambaMu, berdiri di bawah pintuMu mencium jenang pintuMu, merendah diri di hadapanMu dengan mengharapkan rahmatMu dan takutkan azabMu. Wahai Tuhan yang sentiasa bersifat ihsan,

Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku meminta kepadaMu supaya Engkau muliakan sebutan namaku, gugurkanlah dosaku, bersihkanlah hatiku serta terangkanlah kuburku, ampunkanlah dosaku dan daku memohon kepadaMu darjat-darjat yang tinggi di dalam syurga, amin.

10. DOA KETIKA MINUM AIR ZAMZAM

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ کُلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Maksudnya ;
Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit .

11. DOA DI MAQAM IBRAHIM A.S

اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ سِرِّي وَعَلاَنِيَّتِي فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِي ، وَتَعْلَمُ حَاجَتِي فَاعْطِنِي سُؤْلِي ، وَتَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي فَاغْفِرْلِي ذُنُوبِي .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِي وَيَقِيْنًا صَادِقًا حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّهُ لاَ يُصِيْبُنِي إِلاَّ مَاکَتَبْتَ لِي رِضًا مِنْكَ بِمَا قَسَمْتَ لِي ، أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَالِحِينَ .

اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا فِيْ مَقَامِنَا هَذَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا ،  فَيَسِّرْ أُمُوْرَنَا ، وَاشْرَحْ صُدُوْرَنَا ، وَنَوِّرْ قُلُوبَنَا ، وَاخْتِمْ بِالصَّالِحَاتِ أَعْمَالَنَا .

اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَحْيِنَا مُسْلِمِيْنَ ، وَأَلْحِقْنَا بِالْصَّالِحِيْنَ ، غَيْرَ خَزَايَا وَلاَ مَفْتُونِيْنَ.

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku, dan perbuatanku yang terang maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku maka ampunilah dosaku.

Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku meminta kepadaMu iman yang teguh di hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga daku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan daku pohon keredhaan dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah yang menolongku di dunia dan di akhirat, maka matikanlah daku di dalam Islam dan sertakanlah diriku bersama orang-orang yang salih.

Ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat yang mulia ini dosa, melainkan Engkau ampunkan. Janganlah Engkau biarkan kesedihan hati dikalangan kami melainkan Engkau menghilangkannya dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan dan mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkanlah dada kami. Terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan,

Ya Allah ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang salih dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana.

12. DOA DI HIJR ISMAIL

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ بِهِ عِبَادُكَ الصَّالِحُونَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عِبَادُكَ الصَّالِحُونَ .

اللَّهُمَّ بِأَسْمَائِكَ الْحُسْنَى ، وَصِفَاتِكَ الْعُلْيَا ، طَهِّر قُلُوبَنَا مِنْ کُلِّ وَصْفٍ يُبَاعِدُنَا عَنْ  مُشَاهَدَتِكَ وَمَحَبَّتِكَ ، وَأَمِتْنَا عَلَى السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَالشَّوْقِ إِلَى لِقَائِكَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِکْرَامِ .

اللَّهُمَّ نَوِّرْ بِالْعِلْمِ قَلْبِي ، وَاسْتَعْمِلْ بِطَاعَتِكَ بَدَنِي ، وَخَلِّصْ  مِنَ الْفِتَنِ سِرِّي ، وَاشْغِلْ بِالإِعْتِبَارِ فِکْرِي ، وَقِنِي شَرَّ وَسَاوِسِ الشَّيْطَانِ وَأَجِرْنِي مِنْهُ يَا رَحْمَنُ حَتَّى لاَ يَکُوْنَ لَهُ عَلَيَّ سُلْطَانٌ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

Maksudnya ;
Ya Allah Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Engkau, Engkaulah yang telah menciptakan, daku adalah hambaMu, berpegang kepada perjanjian dan taat setia terhadapMu, sedaya upayaku, daku minta perlindungan denganMu dari dosa yang telah kulakukan. Daku mengakui limpah kurnia Engkau ke atasku. Daku mengakui juga segala dosa yang telah daku kerjakan, maka ampunilah dosaku itu, kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau jua ya Allah .

Ya Tuhan, daku memohon kepada Engkau apa yang paling baik yang pernah dipohon oleh hamba-hambaMu yang salih dan daku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hambaMu yang salih.

Ya Allah ya Tuhan, dengan keagungan namaMu dan dengan sifatMu Yang Maha Suci dan Mulia, bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaranMu, belas kasih sayangMu, matikanlah kami di atas perjalanan ahli sunnah dan jemaah dengan rasa kecintaan untuk mengadapMu, wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.

Ya Allah ya Tuhan, terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan jadikanlah tubuh badanku untuk mentaatiMu, bersihkanlah hatiku dari fitnah dan jadikan fikiranku dorongan untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah daku daripada waswas syaitan dan keluarkanlah daku daripada bahayanya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga syaitan itu tiada berkuasa ke atasku. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.

13. DOA DI BUKIT SAFA

أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ وَرَسُولُهُ ، إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ .

Maksudnya ;
Daku mulai dengan apa yang telah dimulakan oleh Allah dan RasulNya . “Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersa'ie (berulang-alik) di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala. Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui.”

14. DOA SAIE apabila naik tangga bukit safa maka sebutlah :

اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ  , اللهُ أَکْبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ
Maksudnya ;
Allah Maha Agung, Allah Maha Agung, Allah Maha Agung, Segala pujian hanya bagi Allah.

Pertama

اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ  , اللهُ أَکْبَرُ ,
اللهُ أَکْبَرُ کَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ کَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ الْکَرِيمِ بُکْرَةً وَأَصِيْلاً ، وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلاً طَوِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ ، لاَ شَىْءَ قَبْلَهُ وَلاَ بَعْدَهُ ، ،يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ دَائِمًا لاَ يَمُوْتُ وَلاَ يَفُوتُ أَبَدًا. بِيَدِهِ الْخَيْرِ وَإِلَيْهِ الْمَصِيْرُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ .

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَکَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَکْرَمُ )

رَبَّنَا نَجِّنَا مِنَ النَّارِ سَالِمِينَ غَانِمِينَ فَرِحِينَ مُسْتَبْشِرِينَ مَعَ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّدِّيقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ، ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللهِ وَکَفَى بِاللهِ عَلِيْمًا ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ حَقًّا حَقًّا ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ تَعَبُّدًا وَرِقًّا ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ کَرِهَ الْکَافِرُونَ  .

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ) .

Maksudnya ;
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, teragung dari segala yang agung-agung . Segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah, Maha Suci Allah Yang Maha Agung dengan puji-pujian Yang Mulia pagi dan petang. Di sebahagian malam hendaklah kamu sujud bagiNya dan bertasbihlah di sepanjang waktu malam. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-sebenarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janjiNya, Tuhan yang telah menolong hambaNya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagunganNya. Tidak ada sesuatu yang terdahulu sebelumNya dan tidak ada sesuatu yang terkemudian sesudahNya. Tuhan yang telah menghidupkan sesuatu dan mematikannya. Dialah Tuhan yang sentiasa hidup tidak mati dan tidak binasa selama-lamanya. Segala kebaikan dan kebajikan di dalam genggamanNya, kepadaNya tempat kembali sesuatu dan Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah)

Ya Tuhan, lepaskanlah kami daripada azab api neraka dengan beroleh kesejahteraan, kemenangan, kesukaan bersama-sama hamba Engkau yang salih, bersama-sama mereka yang telah Engkau anugerahkan nikmat-nikmatMu yang banyak yang terdiri daripada golongan nabi-nabi, siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang salih, sesungguhnya mereka itu adalah sebaik-baik taulan yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah Yang Amat Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran walaupun orang kafir marah dan membenci.

( Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar lambang agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah salah ia bersa'ie (berjalan dengan berulang-alik ) di antara keduanya dan sesiapa bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui(

2) Kedua

اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ  , اللهُ أَکْبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ
 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْوَاحِدُ الْفَرْدُ الصَّمَدُ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلاَ وَلَدًا ، وَلَمْ يَکُنْ لَهُ شَرِيْكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَکُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَکَبِّرْهُ تَکْبِيْرًا .

اللَّهُمَّ إِنَّكَ قُلْتَ فِي کِتَابِكَ الْمُنْزَلِ ادْعُوْنِي أَسْتَجِبْ لَكُم دَعَوْنَاكَ رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا کَمَا أَمَرْتَنَا إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ .
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِْيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّکُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَکَفِّر عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ ،

رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ ،

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَکَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِليْكَ الْمَصِيْرُ ،

رَبَنَّا فَاغْفِرْلَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِْيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ ،

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَکَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَکْرَمُ )

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ) .

Maksudnya ;
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar nya melainkan Allah, Tuhan Yang Esa, tidak mempunyai isteri dan anak dan tiada bagiNya sekutu di dalam urusan kerajaanNya. Tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahan dan bertakbirlah membesarkanNya dengan sebenar-sebenarnya.

Ya Allah ya Tuhan, Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitabMu Al-Quran yang diturunkan yang bermaksud pohonlah kepadaKu, Aku akan tunaikan permintaanmu maka inilah kami bermohon kepadaMu wahai Tuhan kami maka ampunilah kami sepertimana yang telah Engkau perintahkan kami sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji.

Hai Tuhan kami, kami telah mendengar seruan yang menyeru kami untuk beriman denganMu, maka kami telah pun beriman, wahai Tuhan kami ampunkanlah dosa kami, hapuskanlah segala kejahatan kami, dan matikanlah kami bersama-sama orang yang baik.

Hai Tuhan kami, berikanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau janjikan dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Janganlah Engkau kecewakan kami di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji,

Wahai Tuhan kami, kepada Engkau kami berserah kepada Engkau kami kembali. Dan hanya kepadaMu sahaja tempat kembali  .

Wahai Tuhan kami! ampunkan dosa-dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami beriman . Janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang menaruh dengki terhadap saudara-saudara kami yang beriman, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut Lagi Maha Mengasihani.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah.)

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa'ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara kedua-duanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan Lagi Maha Mengetahui).

Ketiga

اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ  , اللهُ أَکْبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ ، رَبَّنَا أَتْمِمْ نُوْرَنَا وَاغْفِرْلَنَا إِنَّكَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْخَيْرَ عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ وَأَسَتَغْفِرُكَ لِذَنْبِي ، وَأَسْأَلُكَ رَحْمَتَكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَکَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَکْرَمُ )

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَلاَ تُزِغْ قَلْبِيْ بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنِي ، وَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ .

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي وَبَصَرِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي کُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْکُفْرِ وَالْفَقْرِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ وَأَعُوذُبِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ کَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الْحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ)

Maksudnya ;
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian tertentu bagi Allah, wahai Tuhan kami sempurnakanlah cahaya keimanan kami dan ampunkanlah dosa kami, sesungguhnya Engkaulah yang amat berkuasa di atas sesuatu.

Ya Allah ya Tuhanku, daku memohon kepada Engkau kebajikan dan kebaikan sama ada yang segera atau yang terlewat, daku meminta keampunan bagi dosaku di samping memohon rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Belas Kasihan.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah.)

Ya Tuhan, tambahkanlah ilmu pengetahuanku, janganlah Engkau pesongkan hatiku selepas mendapat hidayat pertunjukMu. Berilah daku di sisiMu rahmat, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemberi Kurnia.

Ya Allah ya Tuhan, berilah kesejahteraan pada pendengaranku dan penglihatanku, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-sebenarnya melainkan Engkau.

Ya Allah ya Tuhan, daku berlindung denganMu daripada seksa kubur, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya daku adalah golongan orang yang zalim.

Ya Allah ya Tuhan, daku berlindung denganMu daripada kafir dan kemiskinan,

Ya Allah Ya Tuhan, daku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan keampunanMu daripada seksaanMu, daku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu, tidak upaya daku menghitung segala pujian kepada Engkau sebagaimana Engkau telah memujikan diri Engkau, bagi Engkaulah segala kepujian sehingga Engkau redha kepadaku.

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa'ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan Lagi Maha Mengetahui.)

Keempat

اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ  , اللهُ أَکْبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ  .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَم وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَم وَأَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ مَا تَعْلَم إِنَّكَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنَ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ الصَّادِقُ الْوَعْدُ الأَمِينُ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ کَمَا هَدَيْتَنِي لِلإِْسْلاَمِ أَنْ لاَ تَنْزِعْهُ مِنِّي حَتَّى تَتَوفَّانِي وَأَنَا مُسْلِمٌ .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُوْرًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا .

اللَّهُمَّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِي وَيَسِّرْلِي أَمْرِي وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ وَسَاوِسِ الْصَدْرِ وَشَتَاتِ الأَمْرِ ، وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ اللَّيْلِ وَشَرِّ مَا يَلِجُ فِيْ النَّهَارِ ، وَمِن شَرِّ مَا تَهُبُّ بِهِ الرِّيَاحُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ ، سُبْحَانَكَ مَا عَبَدْنَاكَ حَقَّ عِبَادَتِكَ يَاالله .

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَکَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَکْرَمُ )

( إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ )

Maksudnya ;
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala kepujian tertentu bagi Allah.

Ya Allah ya Tuhanku, daku memohon padaMu sebaik-baik perkara yang Engkau mengetahuinya, daku berlindung denganMu daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau mengetahuinya, daku memohon ampun daripada tiap-tiap perkara jahat yang Engkau mengetahuinya, sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan ghaib. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang memerintah seluruh alam maya yang sebenar dan nyata,  Nabi Muhammad s.a.w Pesuruh Allah yang bersifat dengan benar dan amanah.

Ya Allah ya Tuhan sebagaimana Engkau memberi pertunjuk kepadaku memilih agama Islam, maka daku memohon kepada Engkau supaya cahaya Islam itu tiada dihapuskan dariku sehingga Engkau mematikan daku dalam keadaan daku seorang Islam.

Ya Allah ya Tuhan, kurniakanlah cahaya keimanan ke dalam hatiku, pendengaranku dan penglihatanku.

Ya Allah ya Tuhanku, lapangkanlah hatiku, mudahkanlah pekerjaanku. Daku minta berlindung denganMu daripada waswas dan perpecahan di dalam pekerjaan juga daripada fitnah kubur .

Ya Allah ya Tuhan, daku berlindung denganMu daripada segala kejahatan yang datang di waktu malam dan yang datang di waktu siang, juga daripada segala kejahatan dalam tiupan angin, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak menunaikan ibadat kepada Engkau sebagaimana yang sewajarya, Maha Suci Engkau ya Allah sesungguhnya kami  tidak menyebut namaMu sebagaimana yang selayak dengan kebesaranMu.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah.)

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa'ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela di dalam mengerjakan perkara-perkara kebaji- kan sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan Lagi Maha Mengetahui).


Kelima

اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ  , اللهُ أَکْبَرُ , وَِللهِ الْحَمْدُ , سُبْحَانَكَ مَا شَکَرْنَاكَ حَقَّ شُکْرِكَ يَاأللهُ ، سُبْحَانَكَ مَا أَعْلَى شَأْنُكَ يَااللهُ

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا اْلإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوْبِنَا وَکَرِّه إِلَيْنَا الْکُفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا ِمنَ الرَّاشِدِيْنَ

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَکَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَکْرَمُ)

اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ . اللَّهُمَّ اهْدِنِي بِالْهُدَى وَنَقِّنِي بِالتَّقْوَى ، وَاغْفِرْلِي فِي الآخِرَةِ وَالأُولَى .

اللَّهُمَّ ابْسُطْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَکَاتِكَ وَرَحْمَتِكَ وَفَضْلِكَ وَرِزْقِكَ . اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ الْمُقِيْمَ الَّذِي لاَ يَحُوْلُ وَلاَ يَزُوْلُ أَبَدًا .

اللَّهُمَّ اجْعَل فِي قَلْبِي نُوْرًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا ، وَفِي لِسَانِي نُورًا وَعَن يَمِيْنِي نُورًا ، وَمِنْ فَوْقِي نُوْرًا وَاجْعَل فِي نَفْسِي نُورًا , وَعَظِّمْ لِي نُوْرًا رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرلِي أَمْرِي .

( إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ )

Maksudnya ;
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian tertentu bagi Allah . Maha Suci Engkau ya Allah. Sesungguhnya kami tidak dapat bersyukur kepada Engkau di atas segala nikmatMu sebagaimana yang sepatutnya. Maha Suci Engkau ya Allah, tidak ada tolok banding sama sekali ketinggian dan kemuliaanMu. Kurniakanlah rasa kasih kami kepada iman dan hiaskanlah keimanan itu di dalam jiwa kami, jauhkanlah kekufuran, kefasikan dan derhaka dari jiwa kami, jadikanlah kami daripada golongan orang yang dapat hidayah dan pertunjuk.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. )

Ya Allah ya Tuhan, peliharalah daku daripada azabMu dihari Engkau bangkitkan hamba hambaMu. Ya Allah, berilah pertunjuk kepadaku dan bersihkanlah jiwaku dengan takwa kepada Engkau. Ampunkanlah dosaku di didunia dan di akhirat.

Ya Allah cucurilah berkat, rahmat, dan kurniaan kepadaku. Ya Allah ya Tuhan, daku pohon kepadaMu nikmat yang kekal abadi,

Ya Allah, selubungilah cahaya keimanan di hatiku, pendengaranku, penglihatanku, lidahku, kananku, di atasku dan jadikan dalam jiwaku cahaya keimanan. Perluaskan cahaya bagiku ya Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala pekerjaanku.

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia mengerjakan sa'ie diantara keduanya dan sesiapa yang membanyakkan amalan sukarela di dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan sesungguhnya Allah memberi balasan pahala lagi amat mengetahui).

Keenam

اللهُ أَکْبَرُ ، اللهُ أَکْبَرُ ، اللهُ أَکْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَر عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ , لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَو کَرِهَ الْکَافِرُوْنَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالعَفَافَ وَالغِنَى . اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ کَالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِن سَخَطِكَ وَالنَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ .

اللَّهُمَّ بِنُوْرِكَ اهْتَدَيْنَا وَبِفَضْلِكَ اسْتَغْنَيْنَا وَفِي کَنَفِكَ وَإِنْعَامِكَ وَعَطَائِكَ وَإِحْسَانِكَ أَصْبَحْنَا وَأَمْسَيْنَا أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلاَ قَبْلَكَ شَىْءٌ ، وَالآخِرُ فَلاَ بَعْدَكَ شَىءٌ ، وَالظَّاهِرُ فَلاَ شَىءٌ فَوقَكَ ، وَالْبَاطِنُ فَلاَ شَىءٌ دُونَكَ ، نَعُوذُبِكَ مِنَ الْفَلَسِ وَالْکَسَلِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْغِنَى وَنَسْأَلُكَ الْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَکَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَکْرَمُ )

(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ)  .

Maksudnya ;
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian tertentu bagi Allah. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang menepati segala janji, yang menolong hambaNya dan telah menghancurkan segala seteru-seteruNya dengan keagungan. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kami tidak memperhambakan diri melainkan kepadaNya dengan jujur dan ikhlas walaupun dibenci oleh orang-orang kafir .

Ya Allah ya Tuhanku, daku memohon kepada Engkau pertunjuk dan takwa, kebersihan hati dan kekayaan. Ya Allah ya Tuhan, kepada Engkaulah segala pujian sebagaimana yang kami perkatakan dan sebaik-baik perkataan kami ialah memuji-muji kebesaran Engkau.

Ya Allah ya Tuhanku, daku pohon keredhaanMu dan syurga, daku berlindung dengan Engkau daripada kemurkaanMu dan neraka, juga daku berlindung dengan Engkau daripada segala perkataan, perbuatan dan iktikad yang boleh menjerumuskan kami ke dalam neraka.

Ya Allah ya Tuhan, dengan cahayaMu kami dapat pertunjuk kejalan yang benar. Dengan kelebihanMu kami dapat kemewahan. Di dalam peliharaan, pemberian dan ihsan Engkau kami berada pagi dan petang. Engkaulah yang awal tiada sesuatu pun sebelumMu dan yang akhir tiada sesuatu pun sesudahMu. Engkau yang zahir, tidak ada yang mengatasMu, Engkaulah yang batin tidak ada selain dariMu. Kami berlindung denganMu daripada.kepapaan, kemalasan juga daripada azab kubur dan fitnah kekayaan. Kami memohon kepadaMu kemenangan dengan mendapat syurga.

(Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.)

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar agama Allah maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa'ie (berjalan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela di dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan sesungguhnya Allah memberi balasan pahala lagi Maha Mengetahui).

Ketujuh

اللهُ أَکْبَرُ ، اللهُ أَکْبَرُ ، اللهُ أَکْبَرُ کَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِلله کَثِيْرًا .

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ الإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قَلْبِي وَکَرِّهْ إِلَيَّ الْکُفْرَ وَاْلفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الرَّاشِدِيْنَ .

(رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ ، وَاعْفُ وَتَکَرَّمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمْ ، إِنَّكَ تَعْلَمُ مَالاَ نَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ الأَعَزُّ الأَکْرَمُ ) .

اللَّهُمَّ اخْتِمْ بِالْخَيْرَاتِ آجَالَنَا وَحَقِّقْ بِفَضْلِكَ آمَالَنَا وَسَهِّل لِبُلُوغِ رِضَاكَ سُبُلَنَا وَحَسِّنْ فِي جَمِيْعِ الأَحْوَالِ أَعْمَالَنَا ، يَا مُنْقِذَ الْغَرْقَى يَا مُنْجِيَ الْهَلْکَى ، يَا شَاهِدَ کُلِّ نَجْوَى ، يَا مُنْتَهَى کُلِّ شَکْوَى ، يَا قَدِيْمَ الإِحْسَانِ يَا دَائِمَ الْمَعْرُوفِ ، يَا مَنْ لاَ غِنًى بِشَىءٍ عَنْهُ وَلاَ بُدَّ لِکُلِّ شَىءٍ مِنْهُ ، يَا مَنْ رِزْقُ كُلِّ شَىءٍ عَلَيْهِ وَمَصِيْرُ كُلِّ شَىءٍ إِلَيْهِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي عَائِذٌ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أَعْطَيْتَنَا وَمِن شَرِّ مَا مَنَعْتَنَا . اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِيْنَ غَيْرَ خَزَايَا وَلاَ مَفْتُوْنِيْنَ ، رَبِّ يَسِّر وَلاَ تُعَسِّر رَبِّ أَتْمِمْ بِالْخَيْرِ

( إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ ).
Maksudnya ;
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah ya Tuhanku, tanamkanlah di dalam jiwaku rasa kasih sayang kepada iman dan jadikanlah ia perhiasan di dalam hatiku, tanamkanlah rasa benci kepada kufur, fasik dan derhaka di dalam hatiku, jadikanlah daku daripada golongan orang yang mendapat pertunjuk.

(Wahai Tuhan ampunilah kami rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemurahan dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.)

Ya Allah, sempurnakanlah ajalku dengan segala kebajikan, sampaikanlah cita-citaku dengan limpah kurniaMu, dan mudahkanlah segala jalan yang boleh menyampaikanku kepada keredhaanMu, perelokkanlah segala amalanku di dalam semua keadaan wahai Tuhan yang menolong mereka yang tenggelam, Tuhan yang melepaskan orang yang binasa, Tuhan yang mendengar segala bisikan jiwa, wahai Tuhan yang menjadi tumpuan segala rayuan. Wahai Tuhan yang sentiasa berihsan, yang sentiasa melihat kebajikan, wahai Tuhan yang sesuatu itu tidak terkaya daripadaNya, dan tiap-tiap suatu yang berlaku adalah dengan kehendaknya, Tuhan yang menentukan segala rezeki kepada tiap-tiap suatu dan kepadaNya tempat kembali.

Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat perkara yang Engkau kurniakan kepada kami dan daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau tegahkan kami. Ya Allah ya Tuhanku, matikanlah kami di dalam agama Islam dan dampingkanlah kami dengan orang-orang yang salih di dalam keadaan tidak terhina dan tidak terpesona, ya Allah berikanlah kepada kami segala kemudahan, janganlah menyusahkan, ya Tuhan sempurnakanlah amalan kami dengan kebajikan.

(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar agama Allah maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah ia bersa'ie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela di dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan sesungguhnya Allah memberi balasan pahala lagi Maha Mengetahui).


15. DOA SETELAH SELESAI SA’IE

رَبَّنَا تَقَبَّل مِنَّا وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلَى طَاعَتِكَ وَشُکْرِكَ أَعِنَّا وَعَلَى غَيْرِكَ لاَ تَکِلْنَا وَعَلَى الإِيْمَانِ وَالإِسْلاَمِ الْکَامِلِ جَمِيْعًا تَوَفَّنَا وَأَنْتَ رَاضٍ عَنَّا .

اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَکَلَّفَ مَا لاَ يَعْنِيْنِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيْمَا يُرْضِيْكَ عَنِّي يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .
Maksudnya ;
Ya Tuhan, kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan kami bergantung .kepada yang lain selain dariMu. Matikanlah kami didalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah daku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredhaanMu wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.

16. DOA BERCUKUR (Sambil memegang rambut di kepala) :

اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ ,

اللَّهُمَّ هَذِهِ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ فَاجْعَلْ لِي بِکُلِّ شَعْرَةٍ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاغْفِرْلِي ذَنْبِي يَاوَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ آمِينَ .

الْحَمْدُِللهِ الَّذِي قَضَى عَنِّي نُسُکِي آتِنِي بِکُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةً . وَامْحُ عَنِّي بِهَا سَيِّئَةً وَارْفَعْ لِي بِهَا دَرَجَةً وَاغْفِرْلِي وَلِلْمُحَلِقِيْنَ وَالْمُقَصِّرِينَ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ ، اللَّهُمَّ زِدْنِي إِيْمَانًا وَيَقِيْنًا وَتَوْفِيقًا وَعَونًا ، وَاغْفِرْلَنَا وَِلآبَائِنَا وَِلأُمَّهَاتِنَا وَِلأَزْوَاجِنَا وَِلأَوْلاَدِنَا وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، آمِيْنَ.

17. DOA DI ARAFAH
Maksudnya :
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung. Ya Allah ya Tuhan, inilah ubun-ubunku maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut itu cahaya bagiku dihari kiamat dan ampunkanlah dosaku, wahai Tuhan yang amat luas pengampunan amin. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya  satu kejahatan, angkatkanlah daku dengannya darjat, ampunilah daku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang lslam.
Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibu bapa kami, isteri dan anak-anak kami, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, amin.

Banyakkan menyebut :

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ حَيٌ لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ

Kemudian berdoa

اللَّهُمَّ إِنَّكَ وَفَقْتَنِي وَحَمَلْتَنِي عَلَى مَا سَخَّرْتَ لِي حَتَّى بَلَّغْتَنِي بِإِحْسِانِكَ إِلَى زِيَارَةِ بَيْتِكَ  وَالْوُقُوفِ عِنْدَ هَذَا الْمَشْعَرِ الْعَظِيْم اقْتِدَاءً بِسُنَّةِ خَلِيْلِكَ وَاقْتِفَاءً بِآثَارِ خَيْرَتِكَ مِنْ خَلْقِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنَّ لِكُلِّ ضَيْفٍ قِرًى وَلِكُلِّ وَفْدٍ جَائِزَةً ,وَلِکُلِّ زَائِرٍ کَرَامَةً وَلِکُلِّ سَائِلٍ عَطِيَّةً ، وَلِکُلِّ رَاجٍ ثَوَابًا ، وَلِکُلِّ مُلْتَمِسٍ لِمَا عِنْدَكَ جَزَاءً وَلِکُلِّ رَاغِبٍ إِلَيْكَ زُلْفَى ، وَلِکُلِّ مُتَوَجِهٍ إِليْكَ إِحْسَانًا . وَقَدْ وَقَفْنَا بِهَذَا الْمَشْعَرِ الْعَظِيْمِ رَجَاءً لِمَا عِنْدَكَ فَلاَ تُخَيِّبْ إِلَهَنَا رَجَاءَنَا فِيْكَ يَا سَيِّدَنَا يَا مَوْلاَنَا يَا مَنْ خَضَعَتْ کُلُّ الأَشْيَاءِ لِعِزَّتِهِ وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِعَظَمَتِهِ .

اللَّهُمَّ إِلَيْكَ خَرَجْنَا ، وَبِفَنَائِكَ أَنَخْنَا وَإِيَّاكَ أَمَّلْنَا وَمَا عِنْدَكَ طَلَبْنَا وَِلإِحْسَانِكَ تَعَرَّضْنَا وَلِرَحْمَتِكَ رَجَوْنَا وَمِنْ عَذَابِكَ أَشْفَقْنَا وَلِبَيْتِكَ الْحَرَامِ حَجَجْنَا . يَا مَنْ يَمْلِكُ حَوَائِجَ السَّائِلِيْنَ ، وَيَعْلَمُ ضَمَائِرَ الصَامِتِينَ ، يَا مَنْ لَيْسَ مَعَهُ رَبٌّ يُدْعَى وَلاَ إِلَهَ يُرْجَى ، وَلاَ فَوْقَهُ خَالِقٌ يُخْشَى ، وَلاَ وَزِيْرٌ يُؤْتَي وَلاَ حَاجِبٌ يُرْشَى يَامَنْ لاَ يَزدَادُ عَلَى السُّؤَالِ إِلاَّ کَرَمًا وَجُوْدًا وَعَلَى کَثْرَةِ الْحَوَائِجِ إِلاَّ تَفَضُّلاً وَإِحْسَانًا . يَا مَنْ ضَجَّتْ بَيْنَ يَدَيْهِ الأَصْوَاتُ بِلُغَاتٍ مُتَخَالِفَاتٍ ، يَسْأَلُوْنَكَ الْحَاجَاتِ ، وَسُکِبَتْ الدُّمُوعُ بِالعَبَرَاتِ وَالزَّفَرَاتِ ، مُلِحِّينَ بِالدَّعْوَاتِ ، فَحَاجَتِي إِلَيْكَ يَارَبِّ مَغْفِرَتُكَ وَرِضًى مِنْكَ عَنِّي ، لاَ سُخْطَ بَعْدَهُ ، وَهُدًى لاَ ضَلاَلَ بَعْدَهُ ، وَعِلْمٌ لاَ جَهْلَ بَعْدَهُ ، وَحُسْنُ الْخَاتِمَةِ ، وَالْعِتْقُ مِنَ النَّارِ ، وَالفَوْزُ بِالْجَنَّةِ وَأَنْ تَذْکُرَنِي عِنْدَ الْبَلاَءِ إِذَا نَسِيَنِي أَهْلُ الدُّنْيَا ، وَوَارَانِي التُّرَابُ ، وَانْقَطَعَ عَنِّي الأَحْبَابُ ، وَتَقَطَّعَتْ بِيَ الأَسْبَابُ يَا عَزِيْزُ يَا وَهَّابُ ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .

اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَرَى مَکَانِي وَتَسْمَعُ کَلاَمِي وَتَعلَمُ سِرِّي وَعَلاَنِيَّتِي ، وَلاَ يَخْفَى عَلَيْكَ شَىْءٌ مِنْ أَمْرِي ، أَنَا الْبَائِسُ الْفَقِيْرُ ، الْمُسْتَغِيثُ الْوَجِلُ ، الْمُشْفِقُ الْمُقِرُّ الْمُعْتَرِفُ بِذَنْبِهِ . أَسْأَلُكَ مَسْألَةَ الْمِسْکِينِ ، وَأَبْتَهِلُ إِلَيْكَ ابْتِهَالَ الْمُذْنِبِ الذَّلِيلِ ، وَأَدْعُوكَ دُعَاءَ الْخَائِفِ الضَّرِيْرِ دُعَاءَ مَنْ خَضَعَ لَكَ عُنُقُهُ ، وَذَلَّ لَكَ جَسَدُهُ وَفَاضَتْ لَكَ عَيْنَاهُ ، وَرَغِمَ لَكَ أَنْفُهُ ، لاَ تَجْعَلَنِي رَبِّ شَقِيًّا ، وَکُن بِي رَؤُوْفًا رَحِيْمًا ، يَا خَيْرَ الْمَسْئُولِينَ وَ يَا خَيْرَ الْمُعْطِينَ ، رَبِّ اهْدِنَا بِالْهُدَى وَزَيِّنَّا بِالتَّقْوَى وَاغْفِرْلَنَا فِي الآخِرَةِ وَاْلأُولَى .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُوْرًا وَفِي سَمْعِي نُوْرًا ، وَفِي بَصَرِي نُوْرًا وَعَنْ يَمِيْنِي نُوْرًا ، وَعَنْ يَسَارِي نُورًا ، وَمِنْ فَوْقِي نُورًا ، وَمِنْ خَلْفِي نُورًا ، وَاجْعَلْ فِي نَفْسِي نُورًا وَعظِّم لِي نُورًا ، رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْلِي أَمْرِي .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ کَالَّذِي تَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا تَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ ، وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ .

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُورًا ، وَذَنْبًا مَغْفُورًا وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُولاً ، رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، إِلَهِي لاَ قُوَّةَ لِي عَلَى سَخَطِكَ وَلاَ صَبْرَلِي عَلَى عَذَابِكَ وَلاَ غِنَى لِي عَنْ رَحْمَتِكَ وَلاَ قُوَّةَ لِي عَلَى الْبَلاَءِ ، وَلاَ طَاقَةَ لِي عَلَى الْجُهْدِ ، أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَمِنْ فُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ ، يَا أَمَلِي وَيَا رَجَائِي يَاخَيْرَ مُسْتَغَاثٍ ، وَيَا أَجْوَدَ الْمُعْطِيْنَ يَا مَن سَبَقَتْ رَحْمَتُهُ غَضَبَهُ ، يَا سَيِّدِي وَمَوْلاَيَ يَا ثِقَتِي وَرَجَائِي وَمُعْتَمَدِي .

اللَّهُمَّ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ سَمْعٌ عَنْ سَمْعٍ ، وَلاَ تَشْتَبِهُ عَلَيْهِ الأَصْوَاتُ ، يَا مَنْ لاَ تَشْتَبِهُ عَلَيْهِ الْمَسَائِلُ ، وَلاَ تَخْتَلِفُ عَلَيْهِ اللُّغَاتُ يَا مَنْ لاَ يُبْرِمُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ وَلاَ تُعْجِزُهُ مَسْأَلَةُ السَّائِلِيْنَ ، أَذِقْنَا بَرْدَ عَفْوِكَ ، وَحَلاَوَةَ مَغْفِرَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي قَدْ وَفَدْتُ إِلَيْكَ ، وَوَقَفْتُ بَيْنَ يَدَيْكَ فِي هَذَا الْمَوْضِعِ الشَّرِيفِ رَجَاءً لِمَا عِنْدَكَ ، فَلاَ تَجْعَلَنِي الْيَوْمَ أَخْيَبَ وَفْدِكَ فَأَکْرِمْنِي بِالْجَنَّةِ وَمُنَّ عَلَيَّ بِالْمَغْفِرَةِ وَالْعَافِيَةِ ، وَأَجِرْنِي مِنَ النَّارِ وَادْرَأْ عَنِّي شَرَّ خَلْقِكَ ، انْقَطَعَ الرَّجَاءُ إِلاَّ مِنْكَ وَأُغْلِقَتِِ الأَبْوَابُ إِلاَّ بَابَكَ ، فَلاَ تَکِلْنِي إِلىَ أَحَدٍ سِوَاكَ فِي أُمُورِ دِينِي وَدُنْيَايَ طَرْفَةَ عَيْنٍ ، وَلاَ أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ ، وَانْقُلْنِي مِنْ ذُلِّ الْمَعْصِيَةِ إِلَى عِزِّ الطَّاعَةِ ، وَنَوِّر قَلْبِي وَقَبْرِي ، وَأَعِذْنِي مِنَ الشَّرِّ کُلِّهِ ، وَاجْمَعْ لِيَ الْخَيْرَ کُلَّهُ يَا أَکْرَمَ مَنْ سُئِلَ ، وَأَجْوَدَ مَنْ أَعْطَى .

اللَّهُمَّ بِنُورِكَ اهْتَدَيْنَا، وَبِفَضْلِكَ اسْتَغْنَيْنَا ، وَفِي کَنَفِكَ وَإِنْعَامِكَ وَعَطَائِكَ وَإِحْسَانِكَ أَصْبَحْنَا وَأَمْسَيْنَا ، أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلاَ  شَىءَ قَبْلَكَ ، وَالآخِرُ فَلاَ شَىءَ بَعْدَكَ , وَالظَّاهِرُ فَلاَ شَىءَ فَوْقَكَ ، وَالْبَاطِنُ فَلاَ شَىْءَ دُونَكَ ، نَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَلَسِ وَالْکَسَلِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْغِنَى أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمِ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ کُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ کُلِّ إِثْمٍ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ .

اللَّهُمَّ يَا عَالِمَ الْخَفِيَّاتِ وَيَا سَامِعَ الأَصْوَاتِ ، يَا بَاعِثَ الأَمْوَاتِ ، يَا مُجِيبَ الدَّعَوَاتِ ، يَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ ، يَا خَالِقَ الأَرْضِ وَالسَّمَوَاتِ أَنْتَ اللهُ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْوَاحِدُ الأَحَدُ ، الفَرْدُ الصَّمَدُ ، الوَهَّابُ الَّذِي لاَ يَبْخَلُ ، وَالْحَلِيمُ الَّذِي لاَ يَعْجَلُ ، لاَ رَادَّ ِلأَمْرِكَ ، وَلاَ مُعَقِّبَ لِحُکْمِكَ ، رَبُّ کُلِّ شَىْءٍ ، وَمَلِيكُ كُلِّ شَىءٍ , وَمُقَدِّرُ کُلِّ شَىْءٍ ، أَسْأَلُكَ أَنْ تَرْزُقَنِي عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا ، وَقَلْبًا خَاشِعًا , وَلِسَانًا ذَاکِرًا ، وَعَمَلاً زَکِيًّا ، وَإِيمَانًا خَالِصًا ، وَهَبْ لَنَا إِنَابَةَ الْمُخْلِصِيْنَ وَخُشُوعَ الْمُخْبِتِينَ ، وَأَعْمَالَ الصَّالِحِينَ ، وَيَقِيْنَ الصَّادِقِينَ ، وَسَعَادَةَ الْمُتَّقِيْنَ وَدَرَجَاتِ الفَائِزِيْنَ ، يَا أَفْضَلَ مَنْ قُصِدَ ، وَأَکْرَم َمَنْ سُئِلَ ، وَأَحْلَمَ مَنْ أَعْطَى ، مَاأَحْلَمَكَ عَلَى مَنْ عَصَاكَ وَأَقَرَبَكَ إِلَى مَنْ دَعَاكَ ، وَأَعْطَفَكَ عَلى مَنْ سَأَلَكَ ، لاَ مَهْدِيَّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتَ ، وَلاَ ضَالَّ إِلاَّ مَنْ ضَلَلْتَ وَلاَ غَنِيَّ إِلاَّ مَنْ أَغْنَيْتَ ، وَلاَ فَقِيرَ إِلاَّ مَنْ أَفْقَرْتَ ، وَلاَ مَعْصُومَ إِلاَّ مَنْ عَصَمْتَ ، وَلاَ مَسْتُورَ إِلاَّ مَنْ سَتَرْتَ ، أَسْأَلُكَ أَنْ تَهَبَ لَنَا جَزِيلَ عَطَائِكَ ، وَالسَّعَادَةَ بِلِقَائِكَ ، وَالْمَزِيدَ مِنْ نِعَمِكَ وَآلاَئِكَ ، وَأَنْ تَجْعَلَ لَنَا نُورًا فِي حَيَاتِنَا ، وَنُورًا فِي حَشْرِنَا , وَنُورًا فِي مَمَاتِنَا ، وَنُورًا فِي قُبُورِنَا , وَنُورًا نَتَوَسَّلُ بِهِ إِلَيْكَ . وَنُورًا نَفُوزُ بِهِ لَدَيكَ فَإِنَّا بِبَابِكَ سَائِلُونَ ، وَبِنَوَالِكَ مُعْتَرِفُونَ ، وَلِلِقَائِكَ رَاجُونَ .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ ، وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ ، وَخَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ لِقَائِكَ  ، اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِي بِأَمْرِكَ ، وَأَيِّدْنِي بِنَصْرِكَ وَارْزُقْنِي مِنْ فَضْلِكَ ، وَنَجِّنِي مِنْ عَذَابِكَ ، يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ ، فَقَدْ أَتَيْتُكَ لِرَحْمَتِكَ رَاجِيًا ، وَعَنْ وَطَنِي نَائِيًا ، وَلِنُسُکِي مُؤَدِّيًا ، وَلِفَرَائِضِكَ قَاضِيًا ، وَلِکِتَابِكَ تَالِيًا ، وَلَكَ دَاعِيًا وَلِقَسْوَةِ قَلْبِي شَاکِيًا ، وَمِنْ ذَنْبِي خَاشِيًا ، وَلِنَفْسِي ظَالِمًا ، وَبِجُرْمِي عَالِمًا ، دُعَاءَ مَنْ جُمِعَتْ عُيُوبُهُ ، وَکَثُرَتْ ذُنُوبُهُ ، وَتَصَرَّمَتْ آمَالُهُ ، وَبَقِيَتْ آثَامُهُ ، وَانْسَلَبَتْ دَمْعَتُهُ ، وَانْقَطَعَتْ مُدَّتُهُ . دُعَاءَ مَن لاَيَجِدُ لِنَفْسِهِ غَافِرًا غَيْرَكَ ، وَلاَ لِمَأْمُولِهِ مِنَ الْخَيْرَاتِ مُعْطِيًا سِوَاكَ ، وَلاَ لِکَسْرِهِ جَابِرًا إِلاَّ أَنْتَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِين ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ .

اللَّهُمَّ لاَ تُقَدِّمُنِي لِعَذَابِكَ ، وَلاَ تُؤَخِّرْنِي لِشَىءٍ مِنَ الْفِتَنِ مَوْلاَيَ هَا أَنَا أَدْعُوْكَ رَاغِبًا وَأَنْصَبُ إِلَيْكَ وَجْهِي طَالِبًا ، وَأَضَعُ لَكَ خَدِّي مَهِيْنًا رَاهِبًا ، فَتَقَبَّلْ دُعَائِي ، وَأَصْلِحِ الْفَاسِدَ مِنْ أَمْرِي ، وَاقْطَعْ مِنَ الدُّنْيَا هَمِّي وَحَاجَتِي , وَاجْعَلْ فِيْمَا عِنْدَكَ رَغْبَتِي ، وَاقْلِبْنِي مُنْقَلَبَ الْمَذْکُورِينَ عِنْدَكَ الْمَقْبُولِ دُعَاؤُهُمْ الْقَائِمَةِ حُجَّتُهُمْ , المَغْفُورِ ذَنْبُهُمْ , المَبْرُورِ حَجُّهُمْ الْمَحْطُوطَةِ خَطَايَاهُم ، الْمَمْحُوَّةِ سَيِّئَاتِهِم ، الرَّاشِدِ أَمْرِهِم ، مُنْقَلَبَ مَنْ لاَ يَعْصِي لَكَ أَمْرًا ، وَلاَ يَأْتِي بَعْدَهُ مَأْثَمًا وَلاَ يَحْمِلُ بَعْدَهُ وِزْرًا ، مُنْقَلَبَ مِنْ عَزَّزْتَ بِذِکْرِكَ لِسَانَهُ ، وَطَهَّرْتَ مَنْ الأَدْنَاسِ بَدَنَهُ ، وَاسْتَوْدَعْتَ الهُدَى قَلْبَهُ وَشَرَحْتَ بِالإِسْلاَمِ صَدْرَهُ وَأَقْرَرْتَ بِرِضَاكَ وَعَفْوِكَ قَبْلَ الْمَمَاتِ عَيْنَهُ ، وَعَفَفْتَ عَنِ الْمَآثِمِ بَصَرَهُ ، وَاسْتَعْمَلْتَ فِي سَبِيلِكَ نَفْسَهُ ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ لاَ تَجْعَلِني أَشْقَى خَلْقِكَ ، الْمُذْنِبِينَ عِنْدَكَ ، وَلاَ أَخْيَبَ الرَّاجِيْنَ لَدَيْكَ وَلاَ أَحْرَمَ الآمِلِينَ لِرَحْمَتِكَ ، وَلاَ أَخْسَرَ الْمُنْقَلِبِينَ مِنْ هَذَا الْمَوْقِفِ الْعَظِيْمِ . مَوْلاَيَ رَبَّ الْعَالَمِينَ .

اللَّهُمَّ وَقَدْ دَعَوْتُكَ بِالدُّعَاءِ الَّذِي عَلَّمْتَنِيْهِ ، فَلاَ تَحْرِمْنِي مِنَ الرَّجَاءِ الَّذِي عَرَّفْتَنِيْهِ ، يَا مَنْ لاَ تَنْفَعُهُ الطَّاعَةُ وَلاَ تَضُرُّهُ الْمَعْصِيَةُ ، وَما أَعْطَيْتَنِي مِمَّا أُحِبُّ فَاجْعَلْهُ لِي عَوْنًا فِيْمَا تُحِبُّ وَاجْعَلْهُ لِي خَيْرًا ، وَحَبِّبْ طَاعَتَكَ لِي ، وَالْعَمَلَ بِهَا کَمَا حَبَّبْتَهَا إِلَى أَوْلِيَائِكَ حَتَّى رَأَوْا ثَوَابَهَا ، وَکَمَا هَدَيْتَنِي لِلإِسْلاَمِ فَلاَ تَنْزَعْهُ مِنِّي حَتَّى تَقْبِضَنِي إِلَيْكَ وَأَنَا عَلَيْهِ .

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ الإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قَلْبِي وَکَرِّهُ إِلَيَّ الْکُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَاْلعِصْيَانَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الرَّاشِدِيْنَ . اللَّهُمَّ اخْتِمْ بِالْخَيْرَاتِ آجَالَنَا ، وَحَقِّقْ بِفَضْلِكَ آمَالَنَا ، وَسَهِّل لِبُلُوغِ رِضَاكَ سُبُلَنَا وَحَسِّن فِي جَمِيْعِ الأَحْوَالِ أَعْمَالَنَا يَا مُنْقِذَ الْغَرْقَى ، يَا مُنْجِيَ الْهَلْکَى يَا شَاهِدَ کُلِّ نَجْوَى ، يَا مُنْتَهَى کُلِّ شَکْوَى ، يَا قَدِيْمَ الإِحْسَانِ ، يَا دَائِمَ الْمَعْرُوفِ ، يَا مَنْ لاَ غِنًى بِشَىءٍ عَنْهُ ،وَلاَ بُدَّ لِکُلِّ شَىءٍ مِنْهُ ، يَا مَنْ رِزْقُ کُلِّ شَىءٍ عَلَيْهِ ، وَمَصِيْرُ کُلِّ شَىءٍ إِلَيْهِ ، إِلَيْكَ رُفِعَتْ أَيْدِي السَّائِلِينَ  وَامْتَدَّتْ أَعْنَاقُ الْعَابِدِيْنَ ، نَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَنَا فِي کَنَفِكَ وُجُودِكَ وَحِرْزِكَ وَعِيَاذِكَ وَسِتْرِكَ وَأَمَانِكَ .

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جُهْدِ الْبَلاَءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ ، وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ وَسُوءِ الْمَنْظَرِ . وَالْمُنْقَلَبِ فِي الأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ . اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ فِي مَقَامِنَا هَذَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ ، وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ وَلاَ کَرْبًا إِلاَّ کَشَفْتَهُ ، وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ ، وَلاَ عَدُوًّا إِلاَّ کَفَيْتَهُ ، وَلاَ فَسَادًا إِلاَّ أَصْلَحْتَهُ ، وَلاَ مَرِيْضًا إِلاَّ عَافَيْتَهُ . وَلاَ خَلَّةً إِلاَّ سَدَدْتَهَا ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لَكَ فِيهَا رِضًى وَلَنَا فِيهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا فَإِنَّكَ تَهْدِي السَّبِيلَ ، وَتَجْبُرُ الْکَسِيرَ وَتُغْنِي الْفَقِيرَ .

اللَّهُمَّ إِنَّهُ لاَبُدَّ لَنَا مِنْ لِقَائِكَ فَاجْعَلْ عِنْدَكَ عُذْرَنَا مَقْبُوْلاً ، وَذَنْبًا مَغْفُورًا ، وَعِلْمِنَا مَوْفُورًا ، وَسَعْيًا مَشْکُورًا ، أَصْبَحَ وَجْهِيَ الْفَانِي مُسْتَجِيْرًا ، بِوَجْهِكَ الْبَاقِي الْقَيُّومِ ذِي الْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ اللَّهُمَّ لاَ يَمْنَعُنِي مِنْكَ أَحَدٌ إِذَا أَرَدْتَنِي وَلاَ يُعْطِينِي أَحَدٌ إِذَا حَرَمْتَنِي . فَلاَ تَحْرِمْنِي بِقِلَّةِ شُکْرِي ، وَلاَ تَخْذِلْنِي بِقِلَّةِ صَبْرِي.

اللَّهُمَّ اجْعَلِ الْمَوْتَ خَيْرَ غَائِبٍ نَنْتَظِرُهُ ، وَالْقَبْرَ خَيْرَ بَيْتٍ نَعْمُرُهُ وَاجْعَلْ مَا بَعْدَهُ خَيْرًا لَنَا مِنْهُ . رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَِلأَبْنَائِي وَِلإِخْوَانِي وَِلأَهْلِ بَيْتِي وَذُرِّيَتِي ، وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، الأَحْيَاءِ مِنْهُم وَاْلأَمْوَاتِ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِي ، وَيَقِيْنًا صَادِقًا حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّهُ لاَ يُصِيْبَنِي إِلاَّ مَا کَتَبْتَ لِي وَرَضِّنِي بِقَضَائِكَ ، وَأَعِنِّي عَلَى الدُّنْيَا بِالْعِفَّةِ وَالْقَنَاعَةِ ، وَعَلَى الدِّينِ بِالطَّاعَةِ وَطَهِّرْ لِسَانِيْ مِنَ الْکَذِبِ ، وَقَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ ، وَبَصَرِيْ مِنَ الْخِيَانَةِ فَإِنَّكَ تَعْلَمَ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُوْرُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، وَاغْفِرْلَنَا وَلِوَالِدَيْنَا ، وَوَالِدِ وَالِدَيْنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَإِخْوَانِنَا وَأَهْلِينَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَالْغَائِبِينَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ أَجْمَعِينَ ، بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِِهِ وَصَحْبْهِ أَجْمَعِينَ .

18. DOA MUZDALIFAH

اللَّهُمَّ کَمَا أَوْقَفْتَنَا وَأَوْرَيْتَنَا إِيَّاهُ ، فَوَقِّفْنَا لِذِکْرِكَ کَمَا هَدَيْتَنَا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا كَمَا وعدتنا بِقَوْلِكَ ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ : (فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ , ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ )

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ يَا غَفُورُ يَا رَحِيمُ أَنْ تَفْتَحَ ِلأَدْعِيَتِنَا أَبْوَابَ اْلإِجَابَةِ ، يَا مَنْ سَأَلَهُ الْمُضْطَرُّ أَجَابَهُ ، يَا مَنْ يَقُولُ لِلشَّىءٍ کُنْ فَيَکُونُ .

اللَّهُمَّ إِنَّا جِئْنَاكَ بِجَمِعِنَا مُتَشَفِّعِينَ إِلَيْكَ فِي غُفْرَانِكَ ذُنُوبَنَا ، فَلاَ تَرُدَّنَا خَائِبِينَ , وَآتِنَا أَفْضَلَ مَا تُؤْتِي عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ وَلاَ تَصْرِفْنَا مِنْ هَذَا الْمَشْعَرِ الْعَظِيمِ إِلاَّ فَائِزِيْنَ غَيْرَ خَزَايَا وَلاَ نَادِمِيْنَ وَلاَ ضَالَينَ وَلاَ مُضِلِّينَ ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

اللَّهُمَّ وَفِّقْنَا لِلْهُدَى وَاعْصِمْنَا مِنْ أَسْبَابِ الْجَهْلِ وَالرَّدَى وَسَلِّمْنَا مِنْ آفَاتِ النُّفُوْسِ فَإِنَّهَا شَرُّ الْعَدْوَى ، وَاجْعَلْنَا مِمَّنْ أَقْبَلْتَ عَلَيْهِ فَأَعْرَضَ عَمَّنْ سِوَاكَ وَخُذْ بِأَيْدِيْنَا إِلَيْكَ ، وَارْحَمْ تَضَرُّعَنَا بَيْنَ يَدَيْكَ ، إِلَهَنَا قَوِّمْنَا إِذَا اعْوَجَجْنَا ، وَأَعِنَّا إِذَا اسْتَقَمْنَا ، وَکُنْ لَنَا وَلاَ تَکُنْ عَلَيْنَا وَأَحْيِنَا فِي الدُّنْيَا مُؤْنِينَ طَائِعِينَ وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ تَائِبِينَ ، وَاجْعَلْنَا عِنْدَ السُّؤَالِ تَائِبِينَ ، وَاجْعَلْنَا مِمَّن يَأْخُذُوْنَ کِتَابَهُم بِيَمِيْنِهِمْ ، وَاجْعَلْنَا يَوْمَ الْفَزَعِ الأَکْبَرَ مِنَ الآمِنِينَ ، وَمَتِّعْنَا اللَّهُمَّ بِالنَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ الْکَرِيْمِ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhan, sebagaimana Engkau himpunkan kami dan Engkau perlihatkan kami pada hari ini, berilah taufik kepada kami untuk mengingati dan memujiMu dengan  kebesaran Engkau sepertimana yang telah Engkau tunjukkan kepada kami, ampunilah kami serta kasihkanlah kepada kami sebagaimana yang telah Engkau janjikan kepada kami di dalam kitab Engkau al-Quran ( apabila kamu telah selesai menunaikan rukun haji kamu, iaitu berwukuf di Padang Arafah maka hendaklah kamu mengingati Allah banyak- banyak dengan menyebut-nyebutNya di Al-Masy'ar Al-Haram (Muzdalifah) sebagaimana yang telah diberi pertunjuk kepada kamu, sesungguhnya kamu sebelum daripada mendapat hidayat pertunjuk daripada Allah adalah di dalam keadaan sesat yang amat nyata. Setelah selesai kamu berzikir di sini turunlah kamu ke Mina sepertimana yang dilakukan oleh semua manusia dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, bahawasanya Allah itu Amat Mengampuni dan Amat Mengasihani).

Ya Allah, kami memohon kepadaMu Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Belas Kasihan, terimalah segala permintaan kami! wahai Tuhan yang menerima segala permintaan mereka yang di dalam kecemasan, wahai Tuhan yang apabila menghendaki sesuatu berlakulah perkara itu dengan tidak dapat dirintangi lagi,

Ya Allah ya Tuhanku, kami ini datang beramai-ramai untuk mendapat keampunan daripada Engkau di atas segala dosa kami. Janganlah Engkau kecewakan kami, berilah kepada kami sepertimana yang Engkau berikan kepada hamba-hamba Engkau yang salih-salih, janganlah Engkau palingkan kami daripada tempat suci ini melainkan kami mendapat kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal dan tidak pula kami daripada golongan orang yang sesat dan menyesatkan wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah ya Tuhan, berilah pertunjuk dan taufik kepada kami, peliharakanlah kami daripada terjerumus di dalam lembah kejahilan dan kemusnahan, selamatkan kami daripada segala penyakit jiwa, jadikanlah kami daripada golongan orang yang menjauhkan diri dari runtunan hawa nafsu yang buas kerana itulah sejahat-jahat musuh yang berjangkit. Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan mereka yang sentiasa menghadapi Engkau tidak kepada yang lain. Bawalah kami ke jalan Engkau, kasihan belaslah ketika kami bertadharuk bersemadi terhadap Engkau.

Ya Allah, perbetulkan kami kiranya kami telah menyeleweng, perkuatkanlah kami di dalam pendirian kami, hidupkanlah kami dalam iman dan taat kepada Engkau, matikanlah kami di dalam Islam, dari golongan mereka yang bertaubat, begitu juga semasa soal di akhirat. Jadikanlah kami daripada mereka yang menerima suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikanlah kami daripada golongan mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berilah kesukaan kepada kami ya Allah dengan dapat memandang kepada wajah Engkau Yang Mulia dengan berkat rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Mengasihi.


19. DOA DI WADI MUHASIR
Disunatkan bagi jemaah haji mempercepatkan langkah ketika melalui wadi Muhasir dan menyebut :

اللَّهُمَّ لاَ تَقْتُلْنَا بِغَضَبِكَ وَلاَ تَهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ...

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaanMu dan janganlah Engkau hancurkan kami dengan azabMu. Ampunilah kami sebelum itu. Daku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam.

20. DOA DI MINA

اللَّهُمَّ هَذِهِ مِنَى فَامْنُنْ عَلَيَّ بِمَا مَنَنْتَ بِهِ عَلَى أَوْلِيَائِكَ وَأَهْلِ طَاعَتِكَ . سُبْحَانَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ عَرْشُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الأَرْضِ سَطْوَتُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْبَحْرِ سَبِيلُهُ ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي النَّارِ سُلْطَانُهُ ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْجَنَّةِ رَحْمَتُهُ ، سُبْحَانَ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاءَ وَوَضَعَ الأَرْضَ بِقُدْرَتِهِ سُبْحَانَ الَّذِي لاَ مَنْجَا وَلاَ مَلْجَأَ مِنْهُ إِلاَّ إِليْهِ.

Maksudnya ;
Ya Allah, daku memohon dengan berkat Mina ini Engkau anugerahkan daku dengan apa yang telah Engkau anugerahkan kepada wali-wali Engkau dan hamba-hamba Engkau yang taat kepada Engkau, Maha Suci Allah yang ArasyNya terletak di langit, Maha Suci Tuhan yang memperlihatkan kekuatanNya di bumi, Maha Suci Tuhan yang menjalankan segala lautan, Maha Suci Tuhan yang melihatkan kekuasaan. dan pemerintahan di api neraka, Maha Suci Tuhan yang melihatkan rahmatNya di dalam syurga, Maha Suci Tuhan yang telah mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Tuhan yang tidak ada tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya semata-mata.

21. DOA DI JAMRATUL ‘AQABAH

اللَّهُمَّ تَصْدِيْقًا بِکِتَابِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم. اللهُ أَکْبَرُ کَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ کَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُکْرَةً وَأَصِيلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ . اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حِجًّا مَبْرُورًا ، وَسَعْيًا مَشْکُوْرًا.

22. DOA DI TEMPAT MELONTAR

الْحَمْدُ ِللهِ کَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَکًا فِيْهِ اللَّهُمَّ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيكَ ، أَنْتَ کَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ .

اللَّهُمَّ إِلَيْكَ أَفَضْتُ ، وَمِنْ عَذَابِكَ أَشْفَقْتُ ، وَإِلَيْكَ رَغِبْتُ ، وَمِنْكَ رَهِبْتُ ، فَاقْبَلْ نُسُکِي ، وَأَعْظِمْ أَجْرِي ، وَارْحَم تَضَرُّعِي وَاقْبَل تَوْبَتِي ، وَأَقِل عَثْرَتِي ، وَاسْتَجِبْ دَعْوَتِي ، وَأَعْطِنِي سُؤْلِي ، اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّل مِنَّا وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ الْمُجْرِمِيْنَ وَأَدْخِلْنَا فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

23. DOA MELAWAT TEMPAT MULIA

اللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّل مِنَّا وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا . اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ وَأَحْيِنَا مُسْلِمِينَ ، وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِينَ.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَوْدَعْتُ هَذَا الْمَحَلَّ الشَّرِيْفَ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ، خَالِصًا مُخْلِصًا . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهَ ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(الفاتحة)

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhan kami! perkenanlah doa kami, afiatkanlah kami, maafkanlah kesalahan kami, matikanlah kami di dalam Islam, hidupkanlah kami di dalam Islam, himpunkanlah kami dengan orang-orang yang salih.

 Ya Allah ya Tuhan! Aku abadikan tempat yang suci ini daripada hari ini sehingga hari kiamat dengan ikhlas dan sejujur kalimah tauhid.
(Kemudian dibaca fatihah sekali hadiahkan kepada Rasulullah serta sahabat-sahabat , keluarga dan sekalian orang-orang mukmin lagi mukminah)

24. DOA KETIKA TAWAF WIDA’

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ القُرْآنَ لِرَادُّكَ إِلىَ مَعَادٍ ، يَا مُعِيْدًا أَعِدْنِي وَيَا سَمِيْعُ اسْمَعْنِي ، يَا جَبَّارُ اجْبُرْنِي , يَا سَتَّارُ اسْتُرْنِي ، يَا رَحْمَنُ ارْحَمْنِي يَا رَدَّادُ ارْدُدْنِي إِلَى بَيْتِكَ هَذَا . وَارْزُقْنِي الْعَوْدَ ثُمَّ الْعَوْدَ کَرَّاتٍ بَعْدَ مَرَّاتٍ ، تَائِبِينَ ، عَابِدِيْنَ ، سَائِحِيْنَ ، لِرَبِّنَا حَامِدِيْنَ ، صَدَقَ اللهُ وَعْدَهُ ، وَنَصَر عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ .

اللَّهُمَّ اکْتُبِ السَّلاَمَةَ وَالْعَافِيَةَ وَالْغَنِيْمَةَ لَنَا وَلِعَبِيدِكَ الْحُجَّاجِ وَالزُّوَّارِ وَالْغُزَاةِ وَالْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِينَ فِي بَرِّكَ وَبَحْرِكَ مِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ أَجْمَعِيْنَ .

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي عَنْ يَمِينِي وَعَنْ يَسَارِي ، وَمِن قُدَّامِي وَمِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَمِنْ فَوْقِي ، وَمِنْ تَحْتِي حَتَّى تُوَصِّلَنِي إِلَى أَهْلِي وَبَلَدِي فَإِذَا أَوْصَلْتَنِي إِلَى أَهْلِي وَبَلَدِي أَسْأَلُكَ أَنْ لاَ تُخَلِيْنِي مِنْ رَحْمَتِكَ طَرْفَةَ عَيْن ، وَلاَ أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ .

اللَّهُمَّ کُنْ لَنَا صَاحِبًا فِي سَفَرِنَا ، وَخَلِيفَةً فِي أَهْلِنَا ، وَاطْمِسْ عَلَى وُجُوهِ أَعْدَائِنَا ، وَامْسَخْهُم عَلَى مَکَانَتِهِم فَلاَ يَسْتَطِيْعُونَ الْمُضِيَّ وَلاَ الْمَجِيءَ إِلَيْنَا .

اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ بَيْتِكَ هَذَا , اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي وَمَا لاَ يَعْنِينِي مَا أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَکَلَّفَ مَالاَ يَعْنِيْنِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيْمَا يُرْضِيكَ عَنِّي .

اللَّهُمَّ مَتِّعْنِي بِبَصَرِي وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنِّي ، وَأَرِنِي مِنَ الْعَدُوِّ ثَأْرِيْ وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ ظَلَمَنِي . اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْکَسَلِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّينِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ .

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّن عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا ، وَطَوِّعْنَا بَعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ , اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَکَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ وَالْوَلَدِ .

اللَّهُمَّ اطْوِ لَنَا الأَرْضَ وَهَوِّنْ عَلَيْنَا الْسَّفَرَ. اللَّهُمَّ بَلاَغًا يَبْلُغُ خَيْرًا ، وَسِتْرًا مِنْكَ ، وَرِضْوَانًا بِيَدِكَ الْخَيْرُ ، إِنَّكَ عَلَى کُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ .

اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ ، وَاطْوِ لَنَا الأَرْضَ . اللَّهُمَّ اصْبَحْنَا فِي سَفَرِنَا، وَاخْلُفْنَا فِي أَهْلِنَا.

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِيْنِي ، وَعَنْ شِمَالِي ، وَمِنْ فَوْقِي ، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Maksudnya ;
Sesungguhnya yang mewajibkan kepadamu (mengamal dan menyampaikan) AI-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Ya Allah, Tuhan yang memberi segala perlindungan, lindungilah daku ya Allah, Yang Maha Mendengar, perkenankanlah permohonanku, ya Allah, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa! Tutupkanlah segala kelemahanku. Ya Allah Yang Maha Pemurah, kasihanilah daku. Ya Allah Tuhan yang mengembalikan sesuatu, kembalikanlah daku ke Baitullah ini lagi. Ya Allah! murahkanlah rezekiku supaya dapat kembali menziarahi Baitullah berulang kali dengan bertaubat, beribadat, mengucap syukur dan puji-pujian. Telah benar janji Allah, lagi menolong hambaNya memuliakan sekalian bala tenteraNya dan mengalahkan musuhNya dengan keagunganNya.

Ya Allah! selamatkanlah kami, kurniakan kami afiat dan keuntungan begitu juga kepada hamba-hamba Engkau yang menziarahi Baitullah dengan mengerjakan fardu haji, mereka yang berjihad, mereka yang musafir juga mereka yang bermukim, sama ada musafir melalui daratan, lautan atau ruang udara di mana mereka ini terdiri dari umat Saidina Muhammad s.a.w seluruhnya.

Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah daku dari segenap pihak, di kanan, di kiri, hadapan, di belakang, di atas dan di bawahku sehinggalah daku sampai kembali kepada keluargaku dan negeriku. Ya Allah! Janganlah Engkau jauhkan daku dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun.

Ya Allah ya Tuhanku! Engkaulah yang menjaga kami di dalam perjalanan, Engkaulah yang menjaga keluarga kami sepeninggalan kami menziarahi rumah Engkau, hancurkanlah segala musuh-musuh kami, Engkau kakukanlah mereka sehingga tidak dapat bergerak untuk membinasakan kami.

Ya Allah ya Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan hari ini sebagai hari yang penghabisan bagi daku menziarahi Baitullah, Ya Allah ya Tuhanku! cucurilah rahmatMu ke atasku dengan memberi pertunjuk kepadaku. Daku akan meninggalkan segala laranganMu selama hayatku. Kasihanilah daku dengan tidak memberatkan perkara yang tidak menyenangkan daku. Berikanlah kepadaku sebaik pandangan supaya dapat daku mengerjakan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanMu.

Ya Allah ya Tuhanku! kurniakanlah nikmat penglihatanku dan perlihatkanlah pembalasanMu terhadap seteruku. Tolonglah daku daripada mereka yang menganiayai daku. Ya Allah ya Tuhanku! Daku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, takut menghadapi segala dugaan, kikir, kedekut,  bergelumang di dalam hutang yang tak berkesudahan dan kekerasan musuh.

Ya Allah ya Tuhanku! daku memohon kepadaMu segala kebaikan dan kebajikan didalam perjalanan kami serta keredhaanMu di dalam segala pekerjaan. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami, perdekatkanlah yang jauh. Engkaulah Ya Allah! menolong kami di dalam perjalanan. Engkaulah yang memelihara anak isteri kami, Ya Allah! daku berlindung denganMu daripada segala kesusahan di dalam perjalanan, buruk pandangan, buruk peninggalan harta benda, keluarga dan anak. Ya Allah! sertakanlah keampunan Engkau kepada kami dan kurniakanlah afiat.

Ya Allah Ya Tuhanku! Pendekkanlah perjalanan dan permudahkan serta selamatkanlah kami daripada segala yang mendukacitakan kami. Ya Allah! sampaikanlah perkhabaran baik kepada kami, lindungilah kami dan berikanlah keredhaanMu dengan kekuasaanMu,  sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Ya Allah, sertailah kami dalam perjalanan kami , gantilah kami dan berilah pertolonganMu untuk memelihara keluarga-keluarga kami.

Ya Allah! Peliharakanlah didalam perjalanan kami dan gantikanlah kami di dalam memelihara keluarga kami, daku berlindung dengan kebesaranMu daripada segala yang membinasakan daku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.


25. DOA SELEPAS TAWAF WIDA’

اللَّهُمَّ هَذَا بَيْتُكَ وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ ، وَابْنُ أَمَتِكَ ، حَمَلْتَنِي عَلَى مَا سَخَرْتَ لِي مِنْ خَلْقِكَ ، وَسَتَرْتَنِي فِي بِلاَدِكَ حَتَّى بَلَّغْتَنِي بِنِعْمَتِكَ إِلَى بَيْتِكَ ، وَأَعَنْتَنِي عَلَى أَدَاءِ نُسُکِي فَإِنْ کُنْتَ رَضِيْتَ عَنِّي فَازْدَدْ عَنِّي رِضَا ، وَإِلاَّ فَمُنَّ الآنَ قَبْلَ أَنْ تَنْأَى عَنْ بَيْتِكَ دَارِي ، وَهَذَا أَوَانُ انْصِرَافِي إِنْ أَذِنْتَ لِي غَيْرَ مُسْتَبْدِلٍ بِكَ وَلاَ بِبَيْتِكَ ، وَلاَ رَاغِبًا عَنْكَ وَلاَ عَنْ بَيْتِكَ ، اللَّهُمَّ فَاصْحَبْنِي الْعَافِيَةَ فِي بَدَنِي ، وَالصِّحَةَ فِي جِسْمِي ، وَالْعِصْمَةَ فِي دِيْنِي . وَأَحْسِن مُنْقَلَبِي ، وَارْزُقْنِي طَاعَتَكَ مَا أَبْقَيْتَنِي ، وَاجْمَعْ لِي بَيْنَ خَيْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، إِنَّكَ عَلَى کُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٍ ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

Doa-doa menziarahi Madinah

27. DOA MENZIARAHI MAQAM RASULULLAH S.A.W

السَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّم
السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيِّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَکَاتُهُ ،الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا سَيِّدِنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ ، الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَانَبِيَّ اللهِ ، الصَّلاَةُ وَالسَّلامُ عَلَيْكَ يَا خَيْرَ خَلْقِ اللهِ ، الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا مَنْ أَرْسَلَهُ اللهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ , الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَخَاتَمَ النَّبِيِّيْنَ ، وَإِمَامَ الْمُتَّقِيْنَ ، وَقَائِدَ الغُرِّ الْمُحَجَّلِينَ السَّلاَمُ عَلَيكَ يَا مَنْ وَصَفَهُ اللهُ بِقَوْلِهِ وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيْمٍ ، وَبِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ وَعَلَى سَائِرِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِكَ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِينَ , السَّلاَمُ عَلَيْكَ وَعَلَى أَزْوَاجِكَ الطَّاهِرَاتِ ، أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِينَ , السَّلاَمُ عَلَيْكَ وَعَلَى أَصْحَابِكَ أَجْمَعِيْنَ  وَعِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَدْ بَلَّغْتَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّيْتَ الأَمَانَةَ ، وَنَصَحْتَ الأُمَّةَ وَدَعَوْتَ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِکْمَةِ وَالْمَوْعَظَةِ الْحَسَنَةِ وَعَبَدْتَ رَبَّك حَتَّى أَتَاكَ الْيَقِينُ ، فَصَلَّى اللهُ عَلَيْكَ کَثِيْرًا أَفْضَلَ وَأَکْمَلَ وَأَطْيَبَ مَا صَلَّى عَلَى أَحَدٍ مِنَ الْخَلْقِ أَجْمَعِينَ . اللَّهُمَّ اجْزِ عَنَّا نَبِيَّنَا أَفْضَلَ مَا جَزَيْتَ أَحَدًا مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالْمُرْسَلِيْنَ . اللَّهُمَّ آتِهِ الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ کَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ ، رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ ، فَاکْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .

Maksudnya ;
Selamat sejahteralah ke atas Engkau wahai Junjungan yang mulia, Rasul yang agung pemurah lagi penyayang, moga-moga dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya, sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahteralah wahai makhluk pilihan Allah, selamat sejahteralah wahai Habibullah, aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hambaNya lagi pesuruhNya, aku bersaksi, bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada umat dan engkautelah berjihad kerana meliinggikan agama Allah, maka selawat dan salam ke atasmu berkekalan sehingga hari kiamat. Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kepada Baginda kemuliaan dan pangkat-pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sekali-kali.

28. SEKIRANYA MENYAMPAIKAN SALAM DARI ORANG LAIN

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مِنْ فُلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ ...

Kemudian beredar pula sekadar sehasta ke kanan, di situ pula terletak Maqam Saidina Abu Bakar dan memberi salam padanya.

29. SALAM KEPADA SAIDINA ABI BAKAR AS-SIDDIQ R.A

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا خَلِيْفَةَ رَسُوْلِ اللهِ أَبَا بَکْرٍ الصِّدِيْقَ ... السَّلاَمُ عَلَيكَ يَا مَنْ قَالَ فِي حَقِّكَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، يَا أَبَا بَکْرٍ أَنْتَ عَتِيْقُ اللهِ مِنَ النَّارِ , السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا صَاحِبَ رَسُوْلِ اللهِ وَثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الغَّارِ. السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا مَنْ أَنْفَقَ مَالَهُ کُلَّهُ فِي حُبِّ اللهِ وَحُبِّ رَسُولِهِ حَتَّى تَخَلَّلَ بَالْعَبَا . جَزَاكَ اللهُ عَنْ أُمَّةِ رَسُوْلِ اللهِ خَيْرَ الْجَزَاءِ ، اللَّهُمَّ ارْضَ عَنْهُ ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ ، وَأَکْرِمْ مَقَامَهُ ، وَأَجْزِلْ ثَوَابَهُ بِفَضْلِكَ وَکَرَمِكَ آمين.

Maksudnya ;
Salam sejahtera ke atasmu wahai khalifah Rasulullah yang pertama, salam sejahtera wahai sahabatnya yang bersama-sama di dalam Gua Thur, salam sejahtera ke atasmu yang setia menyimpan rahsia, terimalah ganjaran daripada Allah sebagai balasan ketua yang memimpin umat nabiNya. Bahawasanya engkau telah menggantikan Rasulullah dengan menjalankan sebaik-baik tanggungjawab dan engkau telah mengikut perjalanannya serta berkhidmat kepada agama Islam, menyambungkan silaturahim sehingga akhir hayatmu, maka terimalah ganjaran, salam sejahtera dan rahmat dari Allah ke atasmu.

Kemudian berpindah ke sebelah kanan sekadar sehasta di sana terletak pula Maqam Saidina Umar bin AI-Khattab serta memberi salam kepadanya.

30. SALAM KEPADA SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَامَنْ قَالَ فِي حَقِّكَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ سِرَاجُ أَهْلِ الْجَنَّة. وقَالَ أَيْضًا :وَمَا طَلَعَتِ الشَّمْسُ عَلَى رَجُلٍ خَيْرٌ مِنْ  عُمَرَ ..., السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَبَا الْفُقَرَاءِ وَالضُّعَفَاءِ وَالأَرَامِلِ وَالأَيْتَامِ , جَزَاكَ اللهُ عَنْ أُمَّةِ رَسُوْلِ اللهِ خَيْرَ الْجَزَاءِ ، اللَّهُمَّ ارْضَ عَنْهُ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ وَأَکْرِمْ مَقَامَهُ وَأَجْزِلْ ثَوَابَهُ بِفَضْلِكَ وَکَرَمِكَ آمين ...

Maksudnya ;
Salam sejahtera ke atasmu wahai yang menzahirkan Islam, berterang-terangan, salam sejahtera wahai yang telah diberi gelaran Al-Faruk (yang memisahkan antara yang benar dengan yang salah), salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak yatim dan menghubungkan kasih sayang, dengan engkaulah agama Islam menjadj kuat dan gagah. Maka terimalah salam sejahtera serta rahmat dari Allah ke atasmu.

Sesudah memberi salam dan doa kepada Saidina Umar bin AI-Khattab maka baliklah semula ke Raudhah dan dengan hati yang khusyuk menghadap kiblat.

31. DOA DI RAUDHOH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ , الحمدُللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ . يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ , اللَّهم صَلِّ وَسَلِّم عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ . اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوبِي وَلِوَالِدَيَّ , وَأَجْدَادِي وَجَدَّاتِي وَإِخْوَانِي وَمَشَايِخِي وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُم وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

اللَّهُمَّ إِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ : وَلَو أَنَّهُم ظَلَمُوا أَنْفُسَهُم جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللهَ وَاسْتَغْفَرْ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللهَ تَوَّابًا رَحِيمًا ..

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تُشَفِّعَ فِي نَبِيِّكَ وَرَسُولِكَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ إِلاَ مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ، وَأَنْ تُوْجِبَ لِيَ الْمَغْفِرَةَ کَمَا أَوْجَبْتَهَا لِمَنْ جَاءَهُ فِي حَيَاتِهِ ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ أَوَّلَ الشَّافِعِيْنَ ، وَأَنْجَحَ السَّائِلِيْنَ وَأَکْرَمَ اْلأَوَّلِيْنَ وَالآخِرِينَ بِمَنِّكَ وَکَرَمِكَ يَا أَکْرَمَ الأَکْرَمِيْنَ .

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا کَامِلاً وَيَقِيْنًا صَادِقًا ، حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّه لاَ يُصِيْبُنِي إِلاَّ مَا کَتَبْتَ لِي ، وَعِلْمًا نَافِعًا وَقَلْبًا خَاشِعًا ، وَلِسَانًا ذَاکِرًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَحَلاَلاً طَيِّبًا ، وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُولاً ، وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ.

اللَّهُمَّ اشْرَحْ صُدُورَنَا وَاسْتُرْ عُيُوبَنَا وَاغْفِر ذُنُوبَنَا ، وَآمِن خَوْفَنَا ، وَاخْتِم بِالصَّالِحَاتِ أَعْمَالَنَا ، وَتَقَبَّلْ زِيَارَتَنَا ، وَرُدَّنَا مِنْ غُرْبَتَنَا إِلَى أَهْلِنَا وَأَوْلاَدِنَا سَالِمِينَ غَانِمِينَ ، وَاجْعَلْنَا مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِين ، مِنَ الَّذِيْنَ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِم وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ .


رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ , رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ.

رَبِّ اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ، رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا , سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .

Maksudnya ;
Segala puji-pujian tertentu bagi Allah seru sekalian alam. Puji-pujian yang menyempurnakan dan menambahkan nikmat-nikmatnya wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah puji-pujian yang selayaknya dengan keagungan dan kebesaran kekuasaanMu, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga serta sahabat- sahabatnya.

Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, datuk nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara maraku dan sekalian guru-guruku, seterusnya sekalian orang-orang mukmin dan mukminat juga muslimin dan muslimat sama ada yang hidup ataupun yang telah mati, dengan limpah rahmatMu wahai Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.

Ya Allah ya Tuhanku! Engkau telah berfirman dan firmanMu adalah benar. Jika sekiranya mereka telah menzalimi diri mereka sendiri lantas mereka datang kepadaMu lalu memohon keampunan kepada Allah, Rasul pun memohon ampun uniuk mereka tentulah mereka mendapati Allah itu Maha Penerima Ampun lagi Maha Penyayang".

Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon syafaat nabiMu dan rasulMu, Junjungan Muhammad s.a.w atasku "di hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun , kecuali (harta benda dan anak pinak) orang yang berjalan kepada Allah dengan hati yang selamat sejahtera ( dari syirik dan penyakit munafik)". Dan bahawa Engkau sempurnakan keampunan kepadaku sepertimana Engkau sempurnakan kepada mereka yang sezaman dengan Rasulullah . Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah Rasulullah s.a.w orang yang mula-mula sekali memberi syafaat, yang paling berjaya daripada orang-orang yang memohon dan paling mulia daripada golongan mereka yang terawal dan yang terkemudian dengan kemuliaan dan kemurahanMu wahai Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.

Ya Allah ya Tuhanku! Aku pohon kepadaMu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar sehingga aku mengetahui tidak akan menimpa bencana kepadaku melainkan apa yang telah Engkau tetapkan. Aku memohon ilmu yang berguna, hati yang sentiasa khusyuk, lidah yang selalu menyebut namaMu, limpah kurnia rezeki yang halal dan baik, amalan salih yang diterima serta perniagaan yang tidak rugi.

Ya Allah ya Tuhan kami! Lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, ampunilah dosa kami, tenteramkanlah hati kami dari ketakutan, sempurnakanlah amalan-amalan kami dengan kebajikan, terimalah ziarah kami ini, kembalikanlah kami kepada ahli dan keluarga kami di dalam keadaan selamat dan sejahtera, tidak kecewa dengan tidak mendapat bala bencana, Engkau jadikanlah kami dari golongan hamba-hambaMu yang salih iaitu dari golongan mereka yang tiada takut terhadap seteru dan tidak merasai susah hati.

Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami. berilah rahmat dari gedung kemurahanMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah memberi anugerah.

Ya Allah ya Tuhanku! Ampunilah dosaku, dosa.kedua ibu bapaku serta semua orang yang beriman lelaki dan perempuan pada hari hisab. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka sifatkan dan salam sejahtera ke atas sekalian rasul serta segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.

32. Doa di Perkuburan Baqi’

السّلاَمُ عَلَيْکُم دَارَ قَومٍ مُؤْمِنِيْنَ ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِکُم لاَحِقُونَ ، أَنْتُم سَلَفُنَا ، وَنَحْنُ بِاْلأَثَرِ ، يَغْفِرُ اللهُ لَنَا وَلَکُمْ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنْکُمْ وَالْمُسْتَأْخِرِينَ ، اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُم ، وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُمْ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُم ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ ِلأَهْلِ بَقِيعِ الْغَرْقَدِ .
Maksudnya ;
Salam sejahtera keatas kamu wahai tempat tinggal orang-orang yang beriman, sesungguhnya kami akan mengikuti kamu, kamu adalah orang yang terdahulu dari kami dan kami adalah pengikut kamu, mudah-mudahan Tuhan mengampunkan kami juga kamu dan mengasihani mereka yang terdahulu dan mereka yang terkemudian, ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau haramkan kami daripada mendapat pahala amalan mereka dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepas mereka. Ampunilah dosa kami dan dosa mereka dan ampunilah dosa ahli AI-Baqi' sekaliannya.

33. DOA KETIKA MENZIARAHI MAQAM SAIDINA UTHMAN IBN ‘AFFAN  R.A DI PERKUBURAN BAQI’

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا ذَا النُّورَيْنِ  عُثْمَانَ ابْنِ عَفَّانَ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا ثَالِثَ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا مُجَهِّزَ جَيْشَ الْعُسْرَةِ بِالنَّقْدِ وَالْعَيْنِ وَجَمَعَ القُرْآنَ بَيْنَ الدَّفَتَيْنِ. جَزَاكَ اللهُ عَنْ أُمَّةِ رَسُولِ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرَ الْجَزَاءِ . اللَّهُمَّ ارْضَ عَنْهُ ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ وَأَکْرِمْ مَقَامَهُ وَأَجْزِلْ ثَوَابَهُ آمِيْن.

Maksudnya ;
Salam sejahtera ke atas engkau wahai Saidina Uthman yang mempunyai dua cahaya, salam sejahtera ke atas engkau wahai Khalifah Rasulullah yang ketiga, salam sejahtera ke atas engkau wahai orang yang telah memperbekalkan senjata, harta benda dan wang ringgit kepada bala tentera Islam di dalam masa kesusahan dan kepayahan, salam sejahtera di atas engkau wahai orang yang telah mengumpulkan Al-Quranul Karim, mudah-mudahan Tuhan akan memberi ganjaran sebaik-baik pembalasan di atas segala amalan engkau demi untuk kebaikan dan kebajikan umat Muhammad s.a.w .
Ya Allah ya Tuhanku, tinggikanlah pangkat dan darjat kebesarannya, muliakanlah kedudukannya dan kurniakan balasan pahala kepadanya. Amin.






No comments:

Post a Comment