akhirnya setelah hampir dua minggu berada di tanah penuh barokah ini, tibalah masa untuk aku dan jemaah Zahafis Travel yang lain mengucapkan selamat tinggal
sedih dan perasaan berat hati ni hanya Allah saja yang tahu, tetapi itulah adat dunia, pertemuan dan perpisahan itu lumrah, tiada yang kekal kecuali Tuhan yang maha Esa
pejam celik, pejam celik tempoh masa yang ditetapkan oleh pakej telah pun tiba dan kami harus menerima hakikat untuk pulang ke tanah air, meneruskan kehidupan seperti biasa, mencari bekalan untuk dunia yang sementara ini dan akhirat tempat yang abadi
dan seperti mana yang diwajibkan pada semua jemaah haji dan umrah, kami perlu melakukan tawaf wada’ iaitu tawaf ‘selamat tinggal’
tawaf wada’ ini bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Mekah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih
ini kerana bagi menghormati dan memuliakan Baitullah, berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam
satu perkara yang perlu diberikan perhatian, tawaf wada’ HANYA boleh dikerjakan setelah segala-galanya siap untuk berangkat meninggalkan kota Mekah
setelah mengerjakan tawaf wada’, kita tidak lagi dibolehkan balik ke bilik penginapan kecuali untuk tujuan sembahyang fardhu, membuang air kecil atau besar, mengambil barang, makan atau minum dengan syarat masa yang diambil tidak terlalu lama
tapi perempuan yang haid tidak dibolehkan melakukan tawaf wada’, sebagai ganti cukuplah sekadar berdiri di hadapan pintu Masjidil Haram dan berdoa
bercakap pasal tawaf wida’ ni, kita tak boleh melengah-lengahkan untuk meninggalkan Mekah selepas melakukannya, bahkan nak ambil gambar pun silap haribulan tak boleh!
aku ingat lagi kata-kata bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji Tabung Haji, Datuk Daud Che Ngah, katanya tawaf wida adalah langkah terakhir bagi jemaah untuk meninggalkan Masjidil Haram
“Selepas tawaf wida, jemaah hanya boleh melakukan solat sunat, mengucup Hajar Aswad dan berdoa, jadi mengambil gambar boleh menyebabkan tawaf wida jemaah terbatal dan wajib melakukannya semula atau membayar dam,”
Daud yang juga Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd, berkata walaupun ibadat sah, jemaah berdosa kerana melanggar hukum syarak
perasaan sedih dan hiba waktu buat tawaf wida’ ni tak tau nak cakaplah, apatah lagi mengenangkan nasib diri sendiri…mampukah agaknya untuk hadir sekali lagi ke sini atau ianya kali terakhir
ketika melakukan tawaf wida’ ni, airmata aku mengalir tanpa disedari, makin lama makin laju, makin lama makin deras
aku renung Kaabah sedalam-dalamnya, aku tenung Kaabah semahu-mahunya, aku pandang Kaabah sepuas-puasnya
dan inilah doa yang aku panjatkan seperti mana yang disyorkan oleh ustaz kami….
Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Ya Allah, ku mohon ampun kepada mu di atas segala kesalahan dan
dosaku, sama ada yang aku sengajakan atau tidak aku sengajakan. Sama ada zahir
dan batin. Sama ada pada perkataan ku, tulisanku atau perbuatanku. Sesungguhnya
tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan
melainkan dengan keupayaan dan kekuatanmu Allah
yang maha tinggi lagi maha Agong.Wahai Allah, Aku bersyukur kepadaMu, Kerana Engkau telah pilih aku, Dalam
jutaan manusia seluruh alam Untuk datang ke tempat yang paling suci diatas muka bumi . Tempat lahir NabiMu Muhammad SAW, Tempat pengorbanan
kekasihMu Ibrahim Khalilullah AS, Tempat dibesarkan UtusanMu Ismail AS. Wahai Allah,
Janganlah Engkau hukum aku semasa hayatku, Janganlah Engkau azab aku selepas
hayatku, Janganlah Engkau hina aku diakhirat nanti, Engkaulah Tuhan yang maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Wahai Allah, Janganlah Engkau biarkan dosaku tanpa diampunkan, Janganlah Engkau biarkan sakitku tanpa disembuhkan. Janganlah Engkau biarkan jalanku tanpa Engkau beri cahaya.Janganlah Engkau biarkan kesesatan tanpa Engkau beri Hidayah. Janganlah Engkau biarkan hajatku tanpa Engkau tunaikan. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan terimalah taubatku. Aku tak sempurna dan aku nak memperbaiki diri. Bimbinglah aku ke jalan yang diredhai-Mu. Ya Allah, Berilah segala kemudahan kepadaku, Janganlah engkau beri kesusahan dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya. Wahai Allah. Aku memohon sebagaimana yang didoa oleh Nabi Ibrahim AS. Tetapkanlah aku didalam mendirikan Solat. Berikan lah aku kesabaran didalam menghadapi dugaan didunia ini. Juga kepada isteri dan zuriatku. Jadikanlah zuriatku insan berguna didunia dan Akhirat. Terangkanlah hatiku dan anak-anak ku dalam meneuntut ilmu pelajaran. Kau lembutkanlah hati anak-anak ku agar senang menerima Tunjuk ajar dari ku dan isteriku.Hindarkanlah aku dan anak-anak aku daripada penyakit mudah lupa apa yang telah dipelajari. Berikanlan Kejayaan dan kecemrlangan didalam pelajaran, Jadikan lah anak-anak ku insan berguna didunia dan diakhirat. Ampunakn lah dosa anak-anakku, Isteriku dan kedua ibubapaku. Kau murahkanlah rezki ku,Kau hindarkan aku dan keluargaku daripada dianaya & teranaya didunia ini. Berikanlah aku kesabaran. Wahai Allah Kau murahkanlah rezki ku didunia ini. Kau berikalah kerberkatan keatas rezki yang kau berikan padaku. Perkenankanlah doaku ini. Wahai Allah. Jadikan aku membenci maksiat sebagaimana aku menyukainya. Jadikan aku hambaMu yang sentiasa taat,dan sentiasa beriman. Jadikan aku hambaMu yang sentiasa Ikhlas. Jadikan aku hambaMu yang engkau redhai .Jadikan aku kekasihMu, Walaupun Engkau tahu siapakah diriku.Wahai Allah, Semua mereka yang hadir disini adalah tetamuMu ,Semua mereka yang hadir disini adalah saudaraku. Engkau ampunkan segala dosa-dosa mereka Yang lampau dan yang akan datang, Aku tidak layak untuk berdoa, Aku tidak tahu bagaimana berdoa, Aku banyak meminta kepadaMu Tetapi aku jarang bersyukur kepadaMu. Aku juga jarang mentaati perintahMu. Dan aku banyak melakukan apa yang Engkau larang. Wahai Allah, Hanya Engkau yang Maha Melihat, Hanya Engkau yang Maha Mendengar, Hanya engkau yang Maha Mengetahui, Hanya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, Hanya Engkau yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik buatku. Wahai Allah Perkenankanlah segala hajat dan doaku, Terimalah doa dan segala Ibadahku, Terimalah segala usaha dan pengorbanku untuk agamaMu. Terimalah Solatku, sujud, ruku, qiam ku, Terimalah diri dan hartaku. Wahai Allah, Kuatkanlah Imanku, Tetapkanlah Imanku, Matikanlah aku dalam beriman kepadaMu, Jauhkan aku dari siksa Kubur yang amat dahsyat .Selamatkan aku dari siksa di Mahsyar, Mizan dan Sirat, Bebaskan aku dari api Neraka Jahannam, Masukkan aku didalam Syurga Firdaus.Dengan RahmatMu Ya Allah.Dengan Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Sahabat Baginda dengan berkat dan keselamatan Segala Puji bagiMu Wahai Allah…Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Wahai Allah jadikanlan aku
diantara hamba-hamba mu. Yang sentiasa merendah diri dan sujud kepada mu
sebelum dipanggil pulang ke hadrat mu. Ampunilah dosa-dosa ku dan masukan daku
keadaan Syurga mu. “Ya
Allah, ya Tuhanku, Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali
penghabisan di BaitullahMu. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali akhir maka
hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau ya Tuhan Yang
Amat Pemurah lagi Penyayang”.
No comments:
Post a Comment