Haji adalah merupakan ibadat fardhu yang diwajibkan, tetapi kewajipan
haji agak berlainan dengan ibadat-ibadat yang lain dari segi konsep dan
kefardhuannya, di mana ibadat haji hanya diwajibkan ke atas umat Islam
yang berkemampuan mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah. Ada pun
orang-orang yang tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan, kesihatan
tubuh badan dan keselamatan perjalanan, maka tidak diwajibkan atau
dengan ertikata lain tidak dikira salah kerana tidak melakukannya.
Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat 97 yang bermaksud :-
” Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya ”
MANUSIA DAN IBADAT HAJI
Rata-rata umat Islam mengakui tentang kewajipan ibadat Haji yang
difardhukan, jika ada umat Islam yang menentang dan mengingkari
kefardhuannya maka kufurlah ia.
Walau bagaimana pun, umat Islam pada keseluruhannya berkaitan dengan ibadah haji ini terbahagi kepada beberapa golongan :
- Golongan yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah Haji sehingga
mereka telah mengerjakannya beberapa kali dan berkemampuan untuk
mengerjakannya beberapa kali lagi jika mereka mahu.
- Golongan yang hanya berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji
walaupun sekali sahaja dalam hidupnya, samada telah dikerjakan atau akan
dikerjakan.
- Golongan yang langsung tidak berkemampuan untuk menunaikan ibadah
Haji walaupun sekali dalam hidup sedangkan keinginan dan cita-cita tetap
ada.
- Golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan seumpamanya
tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah terlintas
untuk mengerjakannya walaupun ia telah berkesempatan ke tempat-tempat
lain yang lebih jauh daripada itu.
Golongan yang keempat inilah yang dibimbangi akan mati sebagai
seorang Yahudi atau Nasrani. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang
diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yang bermaksud :
” Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya
dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai
kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji,
maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi
atau Nasrani ”
TINGKATAN IBADAH HAJI
Hampir sama seperti ibadah sembahyang dan puasa, ibadah Haji mempunyai empat
peringkat yang berbeza :-
- Haji Mardud
Haji mardud ialah haji yang tidak diterima olah Allah SWT lantaran
kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain
yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT.
- Haji Maqbul
Ialah haji yang sah dan diterima oleh Allah SWT dan orang yang
mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah
Allah dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi
ganjaran pahala.
- Haji Makhsus
Ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang yang tertentu yang sempurna
segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan
diterima oleh Allah tetapi diampunkan segala dosanya. Haji ini termasuk
ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang
bermaksud :
” Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan
dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh
ibunya ”
- Haji Mabrur
Inilah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh
mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan
kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan
dimasukkan ke dalam syurga. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
At-Tabrani daripada Abdullah b. Abas yang bermaksud :
” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga ”
PENGERTIAN HAJI MABRUR
Haji adalah ibadah khusus, salah satu di antara rukun yang ke lima.
Mengikut pengertian syarak, haji ialah mengunjungi Baitullahil Haram
dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai’e dan wukuf di
Arafah dengan syarat yang tertentu dan menunaikan segala perkara
-perkara yang wajib yang berkaitan dengannya.
Adapun perkataan “MABRUR” di segi pengertian bahasanya ialah
perbuatan yang tidak ada syubahat atau keraguan padanya atau hanya
diertikan dengan makna yang diterima.
Makna Haji Mabrur pada istilah ialah haji yang diterima dan
balasannya yang luarbiasa iaitu Syurga, manakala lawannya ialah Haji
Mardud iaitu haji yang ditolak dan tidak diterima.
SYARAT-SYARAT HAJI MABRUR
Untuk mencapai tingkatan haji yang mabrur, tidak semudah seperti yang
disangkakan tetapi tidak mustahil untuk mendapatkannya. Ia memerlukan
beberapa syarat yang tertentu berdasarkan masa-masa tertentu.
Sebelum Menunaikan Haji
Ada beberapa perkara yang seharusnya diperbetulkan sebelum berangkat menunaikan fardhu haji iaitu :
- Niat
Niat semata-mata kerana Allah, jangan sekali dicampur-adukkan dengan
perasaan riak dan takbur. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim daripada Umar Al-Khattab yang bermaksud ”
Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung kepada niat, dan
sesungguhnya bagi setiap seorang itu apa yang diniatkan ”
- Wang Perbelanjaan
Wang yang digunakan untuk tujuan keperluan bagi menunaikan ibadat Haji
hendaklah daripada wang yang halal, jangan sekali dicampur-adukkan
dengan sesuatu yang haram atau yang syubahat.
- Kewajipan Yang Sempurna
Setelah cukup syarat yang mewajibkan seseorang itu menunaikan Haji tanpa
memaksa diri sendiri untuk menunaikan haji sebelum ia berkemampuan
untuk sampai kepadanya.
Semasa Mengerjakan Haji
Semasa mengerjakan Haji juga perlu menjaga beberapa perkara :
- Menyempurnakan segala rukun-rukun Haji
- Menyempurnakan segala perkara-perkara wajib Haji
- Membayar segala jenis dam yang dikenakan
- Tidak melakukan larangan ketika berihram Haji seperti persetubuhan,
kemaksiatan dan kemungkaran. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah
ayat 197 yang bermaksud :
” Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan
termaklum, oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya
dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri dan
tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa
mengerjakan Haji ”
Selepas Menunaikan Haji
Orang yang telah menunaikan Haji, dianggap telah membersihkan dirinya
daripada segala dosa dan kesalahan, setelah menunaikan Ibadah Haji
khasnya setelah kembali ke Tanah Air maka beberapa perkara perlu diawasi
:
- Mengekalkan diri sentiasa dalam keadaan bersih dari sebarang noda
dan dosa dengan menjauhkan perkara-perkara mungkar yang dilarang.
- Memperbanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketaqwaan
- Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna di segi akhlak dan kelakuan
Dengan terlaksananya segala apa yang dinyatakan seperti di atas, maka
besar kemungkinan seseorang itu akan mencapai ke tahap Haji Mabrur yang
diidamkan oleh setiap pengunjung Baitullahil Haram.
PENUTUP
Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Tuesday, 26 August 2014
Adab sebelum menunaikan ibadat haji
HAJI adalah ibadat yang difardukan, salah satu Rukun Islam yang lima.
Ibadat haji merangkumi ibadat badaniah seperti sembahyang dan puasa,
ibadat maliyah seperti zakat dan merupakan jihad pada jalan Allah yang
memerlukan pengorbanan daripada bakal-bakal haji sama ada tubuh
badannya, hartanya dan jiwanya bahkan ia adalah sebaik-baik jihad.
Untuk kesempurnaan ibadat yang sangat besar erti dan faedahnya kepada seorang hamba, Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dilakukan oleh hamba-Nya yang menunaikan fardu haji ke Baitullahi haram. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh setiap bakal jemaah haji bagi tujuan menambah kesempurnaan ibadat haji.
ADAB-ADAB MENGERJAKAN HAJI
* Ikhlas di dalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat ikhlas.
Maknanya, membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah daripada segala campuran yang terdorong oleh nafsu seperti riak atau lain-lain sifat keji.
Al-Fudhoil bin Iyad pernah ditanya tentang amalan yang dimakbulkan Allah. Beliau menjawab iaitu yang ikhlas dan yang betul. Ditanya lagi apakah yang ikhlas dan betul itu. Beliau menjawab sesungguhnya amalan itu bila adalah ia ikhlas dan tiada betul tiada diterima dan apabila betul dan tidak ikhlas juga tiada terima sehinggalah ia ikhlas dan betul. Yang ikhlas itu ialah semata-mata kerana Allah dan yang betul itu ialah yang mengikut sunah.
* Bertaubat daripada segala dosa-dosa dan kezaliman
Apabila seseorang itu berazam hendak menunaikan haji, hendaklah dia bersungguh-sungguh bertaubat daripada segala maksiat dan segala yang dibenci oleh syarak dan berselaluan taubatnya serta disertai dengan istighfar dan meninggalkan segala perbuatan zalim terhadap hamba-hamba Allah, melangsaikan segala hutang, mengembalikan segala amanah yang ada di dalam tangannya, meminta halal daripada orang yang ia berurusan dengan mereka dan sahabat handainya, menulis wasiat sama ada yang bersangkut dengan hak-hak Allah mahupun hak-hak hamba dan dipersaksikan wasiat itu dengan mewakilkan untuk ditunaikan hutangnya dan memberikan belanja untuk keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungannya yang mencukupi sehingga masa kepulangannya.
* Mencari keredhaan
Berusaha mencapai keredhaan kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat dan guru-guru. Jika ia seorang isteri hendaklah ia mendapatkan keredhaan suaminya dan kaum kerabatnya sendiri dan bagi suami disunatkan mengerjakan haji bersama-sama isterinya.
Jika seseorang itu ditegah oleh salah seorang ibu bapanya daripada mengerjakan haji, hendaklah dilihat jika ditegah daripada mengerjakan haji fardu maka tegahannya itu tidak dihiraukan sekalipun tiada diperkenankan kerana ibu atau bapanya yang menghalang itu sudah melakukan maksiat dengan tegahannya itu. Apabila ia berihram, bapanya tidak boleh memaksanya bertahallul daripada ihramnya tetapi jika haji itu haji tatawwu (sunat), tiada harus baginya berihram, dan jika ia berihram harus bagi bapanya memaksa bertahallul mengikut qaul yang sahih.
Adapun isteri, serta suaminya berhak menghalangnya daripada mengerjakan haji fardu mengikut qaul yang azhar kecuali di dalam beberapa keadaan kerana hak suami terhadap isteri itu segera, menunaikan haji fardu tiada dengan segera.
* Punca perbelanjaan
Perbelanjaan haji hendaklah daripada sumber halal yang tiada subahat padanya. Jika seseorang mengerjakan haji dengan wang yang haram, sah hajinya pada zahir tetapi ia tidak akan menjadi haji mabrur. Jauh daripada diterima oleh Allah. Ini adalah menurut Mazhab Shafie, Malik dan Abu Hanifah dan jumhur ulama salaf dan khalaf adapun di sisi Imam Ahmad bin Hambal tiada sah haji dengan harta yang haram.
* Bekalan yang lebih
Disunatkan berbekal dengan bekalan dan perbelanjaan yang lebih bagi tujuan membantu orang-orang yang berhajat kepada bantuan dan hendaklah bekalan itu dari pada barang-barang yang bermutu baik dan halal. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat).
* Menjauhi tawar-menawar
Sunat menjauhi tawar-menawar yang berlebih-lebihan ketika membeli barang-barang untuk keperluan haji bagi dirinya demikian juga barang-barang yang hendak dibuat kebajikan dengannya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
* Tidak bercampur bekalan dan perbelanjaan
Tidak digalakkan bercampur di dalam bekalan dan perbelanjaan kerana bersekutu itu boleh menghalang seseorang itu melakukan berbagai-bagai kebajikan sekalipun diizinkan oleh rakan sekutunya tetapi tiada dapat dipercayai penerusan keredhaannya.
Jika kedua-duanya bersetuju membuat kebajikan, maka disunatkan masing-masing menggunakannya di bawah kadar haknya adapun berhimpun makan beramai-ramai, bergilir-gilir belanja adalah lebih baik dan elok. Tiada mengapa bagi seseorang itu memakan lebih banyak daripada rakan-rakannya, jika ia percaya atau rakan-rakannya tiada menghalang. Jika tidak hendaklah dia makan mengikut keadaan habuannya.
* Mencari rakan dan teman
Hendaklah mendapatkan rakan-rakan, teman yang sesuai yang cenderung kepada kebajikan dan bencikan kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w kepada seorang sahabat (Khafaf bin Nudbah) diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Bar dan lain-lainnya yang bermaksud: Rakan-rakan yang bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu.
Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abiddunya hadis yang bermaksud: Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu daripada golongan orang-orang yang berilmu (ulama) kerana ia sangat membantu ke arah melakukan berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia dan dengan ilmu dan amalannya, ia dapat mencegah rakannya daripada keburukan yang boleh berlaku daripada seseorang musafir iaitu perangai-perangai yang tidak baik seperti tidak sabar, keluh kesah dan sebagainya.
Hendaklah seseorang itu memelihara keredhaan rakannya, bersabar di atas kesilapan yang berlaku dan masing-masing memandang yang lainnya lebih baik dan lebih hormat daripada dirinya. Sekiranya berlaku pergeseran yang berlarutan di antara kedua-duanya dan tiada harapan untuk diperbetulkan maka hendaklah disegerakan perpisahan dengan cara yang baik kerana perpisahan yang demikian itu lebih menyelamatkan kedua-dua pihak daripada melakukan perkara-perkara yang meletakkan amalan haji jauh daripada dapat diterima oleh Allah.
* Sembahyang sunat musafir
Disunatkan apabila hendak meninggalkan rumah dan bermusafir, menunaikan sembahyang sunat musafir dua rakaat dengan berniat di hatinya sunat keluar dari rumah untuk musafir. Dibaca pada rakaat pertama selepas Fatihah surah Al-Kafirun dan rakaat kedua dibaca surah Al-Ikhlas.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: Tidak ada yang lebih baik yang ditinggalkan oleh seseorang kepada keluarganya selain daripada dua rakaat sembahyang yang dilakukan di sisi mereka ketika hendak bermusafir, dan disunatkan membaca selepas salam ayat Qursi dan Al-Kafirun.
Sesiapa yang membaca ayat Qursi ketika keluar dari rumahnya tiada menimpa ke atasnya sesuatu yang tidak disukainya sehingga ia pulang daripada ibadat hajinya. Dan terdapat juga perkataan Assalafusoleh berkenaan dengan membaca surah Al-Kafirun mafhumnya: Sesiapa yang hendak bermusafir dan ia merasai takut kepada seteru atau binatang buas, maka bacalah surah ini sesungguhnya ia mengamankan daripada sebarang keburukan. Kemudian berdoa memohon kebaikan dunia dan akhirat. Pertolongan dan taufik di dalam perjalanannya.
* Mengucap selamat tinggal
Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan dengan ia pergi kepada mereka kerana telah sabit bahawa Rasulullah s.a.w apabila hendak musafir, baginda pergi menemui sahabatnya dan memberi salam kepada mereka dan apabila baginda pulang mereka (sahabat-sahabat) pula datang menemuinya dengan mengucapkan salam kepada Baginda. Orang hendak musafir mendatangi kerana ia yang hendak berpisah dan orang yang pulang didatangi untuk diucap tahniah dan selamat pulang. Yang hendak bermusafir dan yang mengucapkan selamat berangkat, masing-masing saling berdoa di antara mereka.
* Tidak berlebih-lebihan dalam sebarang keadaan
Menjauhi kekenyangan yang berlebihan dan berhias-hiasan, tiada mempelbagai makan minum, berurusan dengan lemah lembut sekalipun dengan khadam dan orang suruhan. Tiada bersikap kasar lebih-lebih lagi terhadap peminta bantuan sedekah atau seumpamanya. Menjauhi perkelahian, pertengkaran dan berpusu-pusu dengan manusia yang ramai di mana juga. Memelihara diri dari pada percakapan-percakapan yang kotor, maki hamun, mengumpat, mengata. Sentiasa mengingati sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tiada mengeji orang yang berjalan tanpa bekalan bahkan bersimpati dengannya dan membantunya sekadar yang boleh atau menolaknya dengan baik dan berdoa untuknya.
* Berdoa dalam perjalanan
Sunat membanyakkan berdoa dalam sepanjang perjalanan untuk dirinya, kedua-dua ibu bapanya, kaum kerabat dan sekelian orang muslimin.
* Sentiasa dalam kebersihan
Berkekalan dalam keadaan yang bersih, memelihara sembahyang di dalam waktunya. Harus menqasar dan menjamak. Harus menqasar sahaja tanpa jamak dan sebaliknya tetapi yang afdal menqasar dan tiada menjamak. Imam Abu Hanafiah dan lainnya berkata: Qasar itu wajib apabila perjalanan itu dua marhalah ke atas dan jamak haram kecuali di Arafah dan Muzdalifah dan disunatkan mengerjakan sunat-sunat rawatib dengan fardu.
* Mempelajari kaifiat mengerjakan haji
Akhirnya apabila seseorang itu berkehendak menunaikan fardu haji, hendaklah ia mempelajari kaifiatnya iaitu segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram di dalam ihram dan yang membatalkan. Ini adalah fardu ain. Tidak sah ibadah mereka yang tiada mengetahuinya. Sunat dibawa bersama-samanya kitab yang menerangkan amalan haji dan selalu membacanya kerana dibimbangkan berlaku kesilapan atau ketinggalan syarat atau rukun atau umpamanya yang boleh merosakkan ibadat haji dan umrahnya.
Terdapat mereka yang terikut-ikut di dalam mengerjakan ibadat haji ini dengan amalan orang-orang yang disangka mengerti dalam perkara ibadat haji seperti sebahagian penduduk Mekah, padahal mereka juga tidak memahami tentang ibadat haji. Orang yang terikut-ikut itu terpedaya dan akibatnya haji mereka tidak diterima.

Monday, 25 August 2014
Muhasabah Diri Sebelum Ke Tanah Suci
Labbaik
Allahumma Labbaik, Hambamu datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah. Musim haji
kembali lagi, sejumlah 28,000 bakal haji Malaysia berangkat ke Tanah Suci
Makkah secara berperingkat mulai minggu ini. Debaran menanti jemaah haji,
bermula ketika meninggalkan rumah ke Kompleks Tabung Haji, sehinggalah menjejak
kaki ke Tanah Suci, semuanya penuh dengan kebimbangan dan pengharapan kepada
Allah untuk mengerjakan haji dengan sempurna.
“Selama tiga hari di
Mina untuk melontar di Jamrah, pelbagai kerenah jemaah boleh dilihat dan boleh
dijadikan iktibar. Kesabaran kita diuji, begitu juga rasa tolak ansur, keimanan
kepada Allah dan hubungan sesama manusia”
Persiapan Awal
Pelbagai
persiapan awal dilakukan termasuk mengikuti kursus haji atau melalui pembacaan
bagi membolehkan ibadat Rukun Islam terakhir itu dilakukan untuk mendapatkan
haji mabrur.
Bagi mereka yang
pertama kali mengerjakan haji, pelbagai persoalan timbul di dalam fikiran.
Adakah ilmu mencukupi bagi melakukan ibadat yang cukup panjang melebihi sebulan
itu.
Bagaimana
berdepan dengan jutaan jemaah lain ketika tawaf di Baitullah atau berdepan
dengan suasana di Arafah, Mudzalifah, Mina dan melontar di Jamrah , selain
refleksi diri terhadap balasan Allah yang bakal diterima di Tanah Suci,
semuanya mengisi ruangan minda.
Persediaan Mental,
Fizikal
Semua ini
terutama cerita negatif yang menggerunkan yang didengar di tanah air, turut
mempengaruhi pelaksanaan ibadat khusus mereka yang kurang bersedia dari segi
ilmu, persediaan fizikal dan mental sebelum berangkat.
Paling penting
selain berguru dalam mengerjakan amalan haji, sebelum ke Tanah Suci, jemaah
perlu membetulkan niat termasuk membersihkan hati daripada sebarang perasaan
riak dan takbur.
Banyakkan solat
sunat terutama solat hajat, tahajud dan taubat memohon kepada Allah supaya kita
dapat melakukan ibadat dengan baik, diberikan kesihatan dan kesejahteraan
sepanjang pelaksanaan ibadat. Pada masa sama, pohonkan doa supaya mereka yang
ditinggalkan di tanah air juga dalam keadaan selamat.
Apapun, sedikit
pengalaman penulis ketika melakukan ibadat haji tahun lalu, mungkin boleh
dijadikan panduan bagi jemaah haji yang dijemput Allah tahun ini.
Sebenarnya apa
yang dipelajari di tanah air secara teori, namun praktiknya di lokasi agak
berbeza, kerana di Makkah pelbagai bentuk amalan yang boleh dilihat yang
membuatkan minda ligat berfikir, amalan aku betul atau mereka yang diterima
Allah.
Ibadat haji
sebenarnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Ini kerana setiap hari
jemaah terpaksa berjalan kaki sekurang-kurangnya lima kilometer dari hotel ke
Masjidilharam. Jarak ini menyebabkan ramai jemaah terutama yang berumur atau
uzur lebih suka beribadat di hotel.
Sebenarnya kalau
melihat jemaah haji lain, walaupun cukup tua mereka sanggup berebut menaiki bas
atau berjalan kaki berkilometer jauhnya hanya untuk beribadat di Masjidilharam.
Bagi mereka,
jemputan Allah bukan mudah dan terpaksa membayar dengan kos cukup tinggi, sebab
itu mereka menggunakan segenap peluang untuk beribadat kepada Allah.
Malangnya,
segelintir jemaah Malaysia bertindak sebaliknya, ia berpunca daripada rasa
takut melihat kesesakan ketika beribadat dan kononnya sikap kasar jemaah negara
lain. Jika persediaan mental dan bimbingan di tanah air mencukupi untuk memberi
keyakinan kepada mereka, semua itu boleh diatasi.
Selain itu,
bimbingan yang tidak tepat terutama meminta jemaah mengurangkan ibadat terutama
umrah sunat dengan alasan menyebabkan mereka letih ketika wukuf dan melontar,
sepatutnya tidak timbul.
Arafah Bukan
Tempat Berehat
Bagi jemaah haji
yang datang awal, rebutlah peluang melakukan ibadat sunat berkenaan kerana pada
tempoh itu jemaah tidak begitu ramai.
Ketika wukuf di
Arafah, masalah sama timbul, ramai yang menghabiskan masa berbual dan tidur
sementara menunggu khutbah Arafah selepas Zuhur. Kekeliruan timbul kerana di
Arafah ibadat lebih bersifat individu, iaitu berdoa memohon pengampunan Allah,
membaca al-Quran dan berzikir.
Di sini perlunya
pembimbing haji memberi maklumat yang lengkap kepada jemaah supaya kunjungan ke
Arafah yang menjadi rukun haji tidak dipersia-siakan begitu saja.
Masalah mungkin
tidak timbul ketika bermalam di Mudzalifah kecuali jemaah yang kurang bernasib
baik berdepan dengan kemelut bas rosak atau terperangkap dalam kesesakan
sebelum ke Mina.
Selama tiga hari
di Mina untuk melontar di Jamrah, pelbagai kerenah jemaah boleh dilihat dan
boleh dijadikan iktibar. Kesabaran kita diuji, begitu juga rasa tolak ansur,
keimanan kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Di sinilah himpunan segala
amalan yang baik dan buruk selama kita hidup di dunia dipamerkan Allah.
Tidak hairan
kalau kita lihat jemaah yang marah-marah, tamak, riak dan ego ketika berada
dalam khemah yang sempit. Merungut ketika beratur untuk mandi atau rasa bangga
di kalangan jemaah pakej (bayaran mahal) bila melihat jemaah muassasah Tabung
Haji bersesak di dalam khemah. Apa yang dipamerkan di Mina adalah hasil amalan
yang kita lakukan selama ini di tanah air.
Kesempatan Muhasabah
Masih ada
kesempatan untuk kita bermuhasabah diri dengan memohon keampunan kepada Allah
sebelum kita berangkat ke Tanah Suci. Lakukanlah amalan dengan memfokuskan diri
kerana Allah dan sentiasa memohon keampunan setiap kali minda berkecamuk
melihat gelagat manusia yang beragam.
Sekiranya niat
kita bersih dan sering melakukan kebaikan serta merapatkan hubungan sesama
manusia dan pada masa yang sama bertawakal kepada Allah. Insya-Allah, haji kita
akan sempurna.
melibatkan penyatuan antara kegiatan ibadah mental dan fizikal. Maka persiapan dan
kesediaan fizikal amat diperlukan sebelum berangkat agar dapat bertahan
terhadap keadaan persekitaran yang sangat berbeza dengan situasi di
tanah air.
Pada
setiap musim haji, keadaan di tanah suci padat dengan para jemaah yang
menunaikan ibadah haji dari seluruh dunia sehingga mencapai 3 juta orang
dan ianya sentiasa meningkat setiap tahun, sedangkan tempatnya terhad.
Apabila
seseorang telah cukup syarat-syarat yang mewajibkannya untuk menunaikan
ibadat Haji dan Umrah adalah dinasihatkan supaya melakukan Solat Istikharah
apabila seseorang itu bemiat pergi ke sana. Langkah ini bukanlah
meminta pertolongan Allah سبحانه وتعالى supaya memutuskan sama ada
hendak pergi atau pun tidak, tetapi untuk menunjukkan kepada kita
beberapa perkara iaitu:
a) Adakah
hendak pergi haji dahulu atau menunggu pada masa akan datang untuk
pergi bersama isteri, suami atau ahli keluarga lainnya.
b) Agensi,
muasasah atau pakej haji yang hendak dipilih, selepas mengutama dan
mendahulukan kesempurnaan ibadah daripada kepentingan kemewahan.
.
.
PERSEDIAAN SEBELUM PERGI MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH
Apabila
seseorang telah dipanggil atau namanya sudah ada dalam senarai
menunggu, maka hendaklah dia membuat beberapa persiapan dan adalah lebih
baik jika persediaan tersebut dapat dilakukan sekurang-kurangnya 3
bulan sebelum tarikh keberangkatan ke tanah suci. Walau bagaimanapun
masih belum terlambat jika ianya dilakukan mulai sekarang.
Oleh kerana ibadah haji dan umrah
selain memerlukan kefahaman mendalam dan penghayatan rohani, ia banyak
melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki seperti Tawaf dan bersaie dan melontar Jamrah.
Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:
.
1. Pemeriksaan Kesihatan
Kepada bakal haji/hajah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh (General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal..
.
2. Nasihat Doktor Perunding
Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, asama dan sebagainya, mintalah nasihat doktor tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal. .
.
3. Latihan Kecergasan
Bagi mencapai keadaan yang sihat dan segar, lakukan senaman secara teratur. Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana kesediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah haji seperti Tawaf, Saie dan Melontar Jamrah. Begitu juga kegiatan biasa seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar dan lainnya dilakukan dengan berjalan kaki.
Maka
ketahanan jasmani dan kesihatan harus dipersiapkan agar sentiasa
cergas, bersedia, berstamina dan lebih tahan terhadap penyakit mahupun
cengkaman hawa berbeza. Contohilah bagaimana Uwais al-Qarni
mempersiapkan dirinya untuk ke Makkah .
.
4. Latihan Berjalan Kaki
Lakukanlah
latihan fizikal untuk membiasakan diri kita yang bakal menggunakan
tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid di tanah suci nanti, seperti
berjalan kaki sejauh purata 3 hingga 4 kilometer, sekurang-kurangnya 2
kali seminggu. Ini adalah persediaan yang terbaik kerana rata-rata
kedudukan hotel penginapan terletak agak jauh jaraknya iaitu :
1. Jarak ke Masjidil Haram antara 800 – 1,500 meter
2. Jarak untuk Tawaf mengelilingi Kaabah sejauh 500 meter – 1 kilometer
3. Jarak Bukit Safa ke Marwah lebih kurang 420 meter dan apabila mengerjakan ibadah Saie, akan berulang alik 7 kali sejauh 2, 940 meter (hampir 3 kilometer)
4. Melontar Jamrah,
terpaksa melalui terowong sepanjang 3.5 kilometer. Jika duduk di Mina
Mu’assir, dalam 5 – 7 kilometer ke jamrah. Ada 3 jamrah yang perlu
dilalui 4 hari berturut-turut:
a. Jarak antara Jamrah Ula dengan Jamrah Wusta adalah 247 meter.
b. Jarak antara Jamrah Wusta dan Kubra kira-kira 200 meter.
Latihan
fizikal ini adalah sebagai suatu ikhtiar kita sahaja kerana yang
menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah Allah سبحانه وتعالى. Latihan
ini elok dimulakan 3 atau sebulan lagi keberangkatan kita ke sana..
.
5. Membiasakan Diri Berada Di Cuaca Panas Terik
Bekerja, berkebun atau beraktiviti di tengah terik panas matahari perlu dilakukan untuk melatih fizikal agar bakal jamaah membiasakan diri dengan sengatan matahari dan keadaan di Tanah Suci yang lebih panas.
Pada
musim panas, suhu siang hari di Arab Saudi boleh mencapai 40-50 darjah
Celsius, kepanasannya menyengat di samping angin kering membahang hingga
menyebabkan ramai jemaah meninggal dunia akibat ‘Heat Stroke’ (kekurangan cecair dalam badan). .
.
6. Membiasakan Diri Dengan Suhu Dingin
Latihlah
diri untuk bangun malam berqiamullail bagi menzalimi ibadah di samping
membiasakan diri dengan air dan cuaca dingin. Ini tujuannya
mempersiapkan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi keadaan
di Makkah kerana terpaksa bangun awal untuk ke Baitullah bagi solat Subuh.
Di
samping cabaran bermalam di Mina dan Padang Arafah kerana suhu waktu
malam dan musim sejuknya boleh turun sehingga 10ºC yang disertai angin
kering dan dingin menusuk tulang..
.
7. Manasik Haji
Manasik adalah latihan atau tata
cara ibadah haji menjelang keberangkatan ke tanah suci. Pergi
melaksanakan haji merupakan rangkaian ibadah yang terikat dengan masa
dan tempat disertai dengan peraturan dan larangan tertentu serta dilihat
dari sifat dan aspek hukumnya:
1) Rukun: Jika ditinggalkan boleh membatalkan haji atau tidak sah
2) Wajib: Sekiranya ditinggalkan wajib ditebus dengan membayar Dam
3) Sunat: Jika dilaksanakan akan mendapat pahala dan sekiranya ditinggalkan tidak berdosa.
4) Makruh: Jika ditinggalkan akan mendapat pahala.
5) Haram: Dilarang sama sekali melakukannya. Sekiranya mahu dilaksanakan juga akan mendapat dosa..
.
8. Menambah Ilmu
Berusaha belajar dengan orang yang arif sehingga mantap akan cara atau kaifiat mengerjakan Haji dan Umrah, kerana ibadat haji yang tidak mengikut cara-cara yang telah ditetapkan akan rosak, cacat dan tidak diterima sebagai ibadat haji yang sempurna.
Amat rugi jika setelah berpeluang ke sana dan berkorban masa, harta dan wang ringgit, ibadah Haji dan Umrah kita menjadi sia-sia begitu saja disebabkan ketidakperhatinan dan kecuaian sendiri..
.
9. Bacalah Buku-Buku Berkaitan
Pembacaan buku-buku berkaitan ibadah Haji dan Umrah, sejarah Madinah dan Mekah akan
dapat membantu apabila kita menjalani ibadah tersebut. Membaca
buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah dan Haji akan
membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.
Selain untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah,
tujuan ke Tanah suci sudah pasti untuk ziarah ke tempat-tempat yang
bersejarah di sekitar Mekah dan Madinah. Dengan mengetahui riwayat dari
tempat-tempat bersejarah tersebut terlebih dahulu, maka ketika berziarah
ke tempat tersebut nanti, akan dapat lebih memahami dan menyelami makna
tempat-tempat yang kita kunjungi.
Firman Allah سبحانه وتعالى: “Di
Baitullah terdapat bukti-bukti sejarah yang meyakinkan, antaranya
tempat peribadahan Ibrahim; Sesiapa yang masuk ke sana, maka ia
selamat.” (Surah Al-Imran; Ayat 97)
.
.
10. Perbanyakkan Membaca Al-Quran
Berguru
dan lancarkanlah pembacaan Al-Quran kita kerana selain daripada pahala
yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermnnfaat apabila kita
berada di tanah suci. Iaitu selain daripada ibadah Haji dan Umrah,
pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya
dapat kita mengkhatam Al-Quran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi
satu kebaikan kepada kita..
.
11. Belajar Berdoa
Di Tanah suci perbanyakkanlah beristighfar, berzikir dan berdoa kerana banyak tempat-tempat mustajab untuk memanjatkan doa. Pelajari pelbagai doa sebagaimana Rasulullah ﷺ ajarkan
atau doa-doa yang ada di dalam Al-Quran, hafalkan dan lebih menghayati
makna doa tersebut. Sehingga kita boleh berdoa dengan fasih, khusuk dan
tawaduk di hadapan Allah سبحانه وتعالى, kebiasaannya intipati doa adalah
ingin mendapatkan kejahteraan di dunia dan di akhirat.
Banyakkan berdoa terutama pada tengah malam dan dinihari, memohon supaya ibadah Haji dan Umrah
yang akan dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah
سبحانه وتعالى. Juga berdoa agar selamat perjalanan pergi balik,
kesejahteraan orang yang ditinggalkan, selamat harta benda, sihat tubuh
badan, doa agar Allah سبحانه وتعالى memberi petunjuk, dikurniakan kita
hati yang ikhlas dan sebagainya..
.
12. Latih Diri Mendekati Masjid
Sekiranya
dahulu kita sering solat di rumah, latihlah diri kita mendekati masjid
dan biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid tempat tinggal kita.
Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki
kita hadir di majlis yang dihadiri para malaikat ini kerana
majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita.
Ia
juga adalah tempat terbaik untuk kita menyendiri (beriktikaf) memohon
perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan
ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita
tinggalkan sepanjang perjalanan..
.
13. Perbanyakkanlah Solat Sunat.
Solat sunat seperti Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Tahajud adalah
bertujuan untuk membantu kita bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى dan
membersihkan diri kita dari dosa-dosa dan segala perbuatan lampau yang
telah banyak kita lakukan. Dengan memohon keampunan dan taubat ini
semoga Allah سبحانه وتعالى mengampuni kita..
.
14. Belajar Solat Jenazah.
Pada
musim haji, sama ada di Masjid Nabawi di Madinah mahupun di Masjdil
Haram, Makkah, hampir setiap solat wajib diiringi dengan Solat Jenazah. Mungkin
kerana suhu udaranya yang sangat panas dan kadang-kadang terlalu sejuk,
ditambah keadaan jemaah yang lemah maka hampir setiap solat ada saja
permintaan untuk Solat Jenazah
bagi jemaah haji yang meninggal dunia di dua kota suci tersebut. Oleh
kerana itu, bagi jemaah yang belum mengetahuinya atau belum hafal
bacaannya dianjurkan untuk mempelajari serta diingat sebelum berangkat
ke Tanah Suci..
.
15. Tunaikan Amanah Dan Nafkah
Mengembalikan semua amanah orang yang ada pada kita. Jika belum berkesempatan, maka perlu diwakilkan kepada seseorang agar menguruskannya jika terjadi sesuatu kepada diri kita. Di samping itu mohonlah dihalalkan daripada mereka yang pernah berurusan dengan kita.
Para jemaah yang berstatus ketua keluarga hendaklah menyediakan nafkah yang secukupnya untuk kehidupan dan keperluan keluarga serta mereka yang di bawah tanggungan mereka sepanjang berada di Tanah Suci sehingga kepulangan para jemaah ke tanah air. Pastikan juga nafkah orang yang kita tinggalkan di rumah, daripada sumber yang baik, suci dan bersih.
.
.
16. Selesaikan Hutang Piutang.
Hutang
boleh mengganggu ketenangan dalam menunaikan ibadah haji. Sebelum
berangkat selesaikan dulu segala hutang piutang yang telah sampai tempoh
masa perjanjiannya. Di samping itu mohonlah dihalalkan daripada mereka
yang pernah berurusan dengan kita.
Beritahu
kepada keluarga yang ditinggalkan sekiranya ada sebarang hutang yang
tertangguh sehingga jika terjadi apa-apa terhadap diri kita, maka mereka
yang ditinggalkan dapat menyelesaikannya.
.
.
17. Sumber Wang Halal.
Sumber wang yang diperolehi untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah haruslah jelas kehalalannya, bukan dari hasil subahat dan tidak juga dari wang haram. Wang untuk menunaikan Haji dan Umrah
bukanlah berasal dari hasil wang rasuah, penyelewengan, penipuan dan
sebagainya kerana sumber nafkah yang haram, hajinya tidak diterima oleh
Allah سبحانه وتعالى.
Segala
kos mengerjakan ibadah itu hendaklah yang halal lagi diredhai Allah
سبحانه وتعالى. Ini juga berdasarkan kepada hadis Rasulullah ﷺ:
“Apabila
seseorang pergi menunaikan haji dengan perbelanjaan yang baik (halal)
dan meletakkan langkah kakinya, kemudian dia melaungkan: “Labaik Allahumma Labaik.” (Ya
Allah! Inilah aku datang menyahut pangillanMu). Maka menyeru ia oleh
seorang penyeru dari langit: “Allah sambut kedatanganmu semoga kamu akan
bahagia (kerana) bekalanmu halal dan kenderaanmu (dari hasil yang)
halal, maka haji engkau mabrur (diterima) tidak dicampuri dosa (tidak
ditolak).” Sebaliknya apabila seseorang pergi haji dengan perbelanjaan
yang haram, lalu dia melangkah kaki sambil menyeru: “Labaik Allahumma Labaik!” (Ya
Allah! Daku sahut panggilanMu). Maka menyeru seorang penyeru dari
langit: “Tidak diterima kunjunganmu, dan tidak berbahagia keadaanmu!
(Kerana) bekalanmu haram, perbelanjaanmu (dari harta yang) haram, maka
hajimu dicampuri dosa (tidak diterima), tidak mendapat pahala.” (Hadith Riwayat Tabrani dari Abu Hurairah r.a)
Saturday, 23 August 2014
RAHSIA DI SEBALIK IBADAH HAJI & UMRAH
Manusia semuanya sama di hadapan Allah..
DI SEBALIK anjuran melaksanakan haji dan ancaman kepada orang yang mengingkarinya, tersembunyi beberapa hikmah dan rahsia.
Bagi memulakan ibadat haji, semua tetamu Allah akan berniat haji dan memakai pakaian ihram disusuli dengan melaungkan talbiah. Di sebalik rangkaian ibadat ini terkandung beberapa hikmah.
Niat ihram, pakaian ihram dan talbiah.
Dengan berniat ihram, mukmin berusaha melepaskan diri daripada tarikan keduniaan yang sentiasa menipu dan menjerumuskan manusia kepada kekecewaan di akhirat. Perkara yang halal sebelum memulakan haji seperti bersetubuh dan memakai pakaian berjahit diketepikan semata-mata kerana Allah.
Dalam ibadat haji, semua pelakunya tanpa mengira pangkat dan kedudukan memakai pakaian sama iaitu yang sama bakal dipakai tatkala mati nanti. Terserlah daripada pakaian haji dan kapan itu, betapa manusia di hadapan Allah sama saja ibarat gigi sikat. Yang menjadi ukuran Allah bukanlah zahir mereka, tetapi ketakwaan dan keimanan yang tersembunyi dalam hati.
Tetamu Allah yang meredah lautan, awan dan padang pasir itu semuanya melaungkan talbiah menyahut panggilan-Nya yang bermaksud: "Kusahuti panggilan-Mu ya Allah, kusahuti panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, kusahuti panggilan-Mu ya Allah, sesungguhnya kepujian dan nikmat kurnia, segala-galanya adalah kepunyaan-Mu dan kerajaan (seluruhnya) adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu."
Di sebalik laungan itu, jemaah haji patut takut jika ibadatnya ditolak Allah.
Ini sebagaimana diriwayatkan oleh Sufyan bin 'Uyainah mengenai 'Ali bin Husain ketika beliau memakai ihram haji dan mula menaiki kenderaannya. Tiba-tiba muka dan badannya pucat, lantas dia bingkas bangun sambil menggeletar. Dia tidak dapat mengucapkan talbiah. Ketika itu ada yang bertanya kepadanya; "Mengapakah kamu tidak bertalbiah?" Jawabnya : "Aku bimbang kalau-kalau dikatakan kepadaku, "Tidak kamu bukan datang keranaku (Allah)."
Jawapan sebegini bakal ditujukan kepada jemaah yang menunaikan haji bukan dengan niat ikhlas kerana Allah. Tetapi, kedatangannya ke Baitullah dengan diiiringi dengan perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dari aspek kepujian, nikmat, rezeki, kerajaan dan sebagainya.
Wukuf di Arafah.
Bermula selepas gelincir matahari 9 Zulhijah, tetamu al-Rahman mula memenuhi padang 'Arafah untuk wukuf. Di sebaliknya tersembunyi beberapa hikmah.
Di antaranya, ulama menamakan hari Arafah sebagai Yaum Tarwiyyah (hari merenung diri). Arafah disebutkan oleh Nabi saw sebagai medan mengampunkan dosa yang tidak mungkin diampunkan kecuali dengan wukuf di Arafah. Oleh demikian, ketika berada di Arafah, tetamu al-Rahman perlu banyak merenung dan memuhasabah diri serta bertaubat kepada Allah atas segala keterlanjuran dosa mereka.
Keadaan di padang Arafah membawa erti besar dalam diri seseorang dan tidak dapat ditandingi dengan keadaan lain dalam kehidupan ini.
Wukuf adalah gambaran Padang Mahsyar. Panas terik di padang Arafah dan kepelbagaian ragam manusia di sana cukup memberikan peringatan terhadap keperitan tatkala berada di Padang Mahsyar.
Perhimpunan besar lebih dua juta umat Islam pada waktu sama di padang Arafah menjadikannya sebagai muktamar terbesar umat Islam saban tahun. Perhimpunan ini membawa erti kesatuan umat Islam seluruhnya dalam menuju matlamat yang satu dan perlu diteruskan dalam apa juga bentuk dan keadaan.
Hari Arafah (perkataan 'arafa bermaksud `mengetahui ) juga adalah medan hubungan sesama manusia (hablum min al-nas), berkenal-kenalan dan saling bertukar-tukar pandangan walau berbeza warna kulit, bahasa, kaum dan latar belakang.
Bermalam di Muzdalifah.
Selesai wukuf, jemaah menuju ke Muzdalifah sejauh lapan kilometer dan bermalam di sana. Di sini tetamu Allah dalam kegelapan malam disunatkan solat dua rakaat, bermunajat dan mengutip anak-anak batu yang akan digunakan dalam ibadat melontar.
Ulama membezakan perkumpulan jemaah haji di Arafah dengan Muzdalifah dengan menjelaskan bahawa di Muzdalifah adalah waktu umat manusia memperbaiki hubungan baik dengan Allah (hablum min Allah).
Ibadat melontar batu.
Selepas itu jemaah haji menuju ke Mina untuk melontar di Jamrah al-Aqabah. Ibadat itu diteruskan di Jamrah al-Ula dan Jamrah al-Wustho pada hari-hari yang seterusnya ketika bermalam di Mina. Ibadat ini dilakukan dengan menyuburkan kembali ingatan kepada peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail dan diganggu oleh syaitan; lantas beliau membalingnya dengan batu.
Firman Allah bermaksud: (Ibrahim berkata) Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu (sebagai arahan daripada Allah). Terangkanlah apa pendapatmu? Ismail menjawab : Wahai bapaku, lakukanlah perkara yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah engkau akan dapati aku daripada kalangan orang yang sabar." (Surah al-Saffat, ayat 102)
Ibadat melontar batu membayangkan tekad jemaah haji untuk memerangi syaitan dan konco-konconya serta kesungguhan menghindarkan tarikan nafsu dan beristiqamah mengikut syariat Allah.
Ia juga keazaman untuk meneruskan perjuangan atas landasan kebenaran dan hidayah. Selain itu, ibadat ini adalah perjanjian untuk bersungguh-sungguh dalam tindakan, perkataan dan jihad demi menegakkan kalimah Allah serta menumpaskan fahaman kekufuran yang hina.
Tawaf di Baitullah dan Istilam.
Seterusnya, jemaah menuju ke Baitullah al-Haram untuk menunaikan ibadat tawaf dan disunatkan bagi mereka berusaha untuk menyentuh Hajar al-Aswad atau disebut Istilam.
Dalam tawaf manusia dapat berhubungan dengan makhluk alam tinggi. Pada waktu itu, mereka seolah-olah melakukan perbuatan yang sama, sebagaimana malaikat mengelilingi 'arasy Allah.
Firman-Nya bermaksud: Dan kamu (Nabi Muhammad saw) akan melihat malaikat berlingkar di sekeliling 'Arasy bertasbih sambil memuji Tuhannya; dan diberi keputusan di antara hamba-hamba Allah dengan 'adil dan diucapkan: "Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam." (Surah al-Zumar, ayat 75)
Ia juga lambang ketaatan manusia secara mutlak kepada hukum Allah. Ini sebagaimana makhluk Allah dalam sistem solar tidak pernah keluar daripada ketaatan kepada Allah dan sentiasa mengelilingi matahari di atas orbit yang ditentukan mengikut putaran lawan arah jam seperti dilakukan oleh jemaah haji.
Justeru, ibadat ini memberikan manusia kefahaman betapa mereka perlu mempertahankan ketaatan kepada hukum Allah dalam kehidupan mereka.
Dengan Istilam (menyentuh Hajar al-Aswad), seseorang jemaah sedang membai'ah untuk mentaati segala perintah Allah dan berjuang di atas landasan agama-Nya.
Rasulullah menegaskan perkara ini dalam sabda baginda riwayat Ibn Hibban: "Hajar al-Aswad adalah tangan Allah 'Azza wa Jalla di dunia untuk berjabat dengan makhluk-Nya bagaikan dia berjabat tangan dengan saudaranya."
Tentu perjanjian ini adalah sesuatu yang besar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Fath: ayat 10, bermaksud: "Barang siapa yang mengkhianati bai'ah, sesungguhnya dia mengkhianati dirinya sendiri. Tetapi sesiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka dia akan diberi ganjaran besar.
Sa'i di antara Safa dan Marwah.
Selesai tawaf, jemaah menuju ke Bukit Safa untuk memulakan sai. Ibadat ini membayangkan kekuatan hasrat mukmin untuk memohon rahmat Allah. Ia sebagaimana kuatnya keazaman dan kekuatan hasrat Hajar ketika berlari-lari anak dalam mencari air selepas bekalan air yang ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim habis. Kekuatan hasratnya akan rahmat Allah kerana tanpa rahmat-Nya, Hajar dan anak kecilnya Ismail akan mati kedahagaan.
Seseorang jemaah haji perlu mengambil hikmah betapa pergantungan kehidupannya tidak lain tidak bukan hanyalah kepada Allah. Tiada yang lain boleh memberikan manfaat dan memberikan mudarat kecuali Allah. Doa yang dituturkan menggambarkan makna itu: "Ya Allah, ampunkanlah (dosaku), kasihanilah (diriku), maafkanlah apa juga kesalahanku yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pemurah. Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan lindungilah kami wahai Tuhan daripada seksa neraka."
Mustahak mengenang semua hikmah rangkaian ibadat ini, agar ia memandu mukmin yang mengerjakan haji agar meletakkan kepatuhan maksimum kepada arahan Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)