Monday, 14 September 2015

PANDUAN IBADAH KORBAN


Maksud ibadah korban

1. Ibadah korban bermaksud; menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
2. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.
Hukum ibadah korban
1. Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad. Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat ini menjadi wajib jika dinazarkan.
2. Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).
3. Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.
Fadhilah ibadah korban
1. Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan).
2. Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” (Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).
Syarat-syarat binatang korban
1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun).
2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.
2. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).
3. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.
Perkara yang disunatkan ke atas orang yang melakukan korban
1. Tidak membuang apa-apa rambut/bulu dan kuku dari badannya sehinggalah selesai korbannya di sembelih (Soheh Muslim; 1977).
2. Menyembelih sendiri korbannya jika mampu. Jika tidak mampu, sunat melihat binatang korbannya disembelih.
3. Ketika sembelihan dilakukan sunat ia mengucapkan seperti berikut;

·       إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
·       اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنّيْ وَأَهْلِيْ بَيْتِي
“Ya Allah, terimalah korban ini dariku dan dari ahli keluargaku”.
Cara pengagihan daging korban
1. Wajib sebahagian dari daging korban disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, iaitu sekurang-kurangnya satu kadar yang dapat dinamakan sedekah (iaitu 1/2 kilo atau 1 kilo).
2. Daging korban harus jika hendak disedekah kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut sunnah Nabi SAW dan mengambil berkat darinya.
3. Sunat daging korban diagihkan kepada tiga pihak; (1) Untuk dimakan diri dan ahli keluarga, (2) Disedekahkan kepada fakir miskin, (3) Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.
4. Dilarang menjual apa-apa  bahagian dari binatang korban. Ia menghilangkan pahala korban. Termasuk dilarang ialah memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang kerja dengan daging korban. Jika diberikan atas nama hadiah atau sedekah diharuskan.
5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam. Sebahagian ulamak melarangnya.
6. Korban nazar dan korban untuk orang telah mati; wajib disedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.

***وصلى الله على سيدنا محمد، والحمد لله رب العالمين***

ibadat korban


In-shaa Allah, hari ini adalah 14 September 2015 bersamaan dengan 30 Dzulkaedah 1436H. Apabila terbenamnya matahari hari ini (waktu magrib) bermakna telah bertukar bulan 1 Dzulhijjah 1436H. Bagi sesiapa yang turut serta mengambil bahagian dalam melaksanakan ibadat korban, hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

-Tidak memotong kuku dan rambut bagi yang turut serta melaksanakan ibadat korban semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadat korban tersebut. Yang dimaksukan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). termasuk juga larangan menghilangkan rambut dengan mencukur, memendek, memcabut atau membakar rambut (menggunakan sesuatu dengan niat menghilangkan rambut termasuk bulu ketiak, misai bulu ari-ari dan sebagainya. Maka sekiranya dia melakukan perkara tersebut (memotong kuku atau rambut) ibnu qudamah rahimahullah menjelaskan.

"Sesiapa yang melanggar larangan ini hendaklah ia memohon keampunan dari Allah dan tidak ada fidyah baginya sama ada disengajakan atupun terlupa.

Ibadat Qurban

 adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.

Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai.  

Bilakah masa yang dibolehkan untuk ibadat korban.Waktu mula dibolehkan untuk mengerjakan ibadat ini adalah pada hari Hari Raya Korban, iaitu setelah matahari terbit dan naik tinggi segalah, atau cukup waktu untuk sembahyang dua rakaat (sunat raya haji) dan di ikuti dengan dua khutbah setelah terbit matahari pada pagi Hari Raya Korban. Ibadat korban ini boleh dikerjakan sehingga matahari terbenam pada 13 Zulhijjah (akhir hari Tasyrik).

 Walaubagaimanpun penyembelihan korban adalah ‘makruh’ pada waktu mendekati senja (maghrib) dan malam sehingga terbit matahari keesokan hari. Syarat in tidak melibatkan mereka yang telah bernazar, kerana mereka ini di boleh untuk melakukan penyembelihan korban walaupun sudah lepas waktu tersebut. 

Apakah haiwan yang boleh dikorbankan.Haiwan yang afdhal untuk dikorbankan untuk ibadat ini adalah seperti kambing biasa, kambing biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Sekiranya kambing atau kambing biri-biri disembelihyang merupakan haiwan bersaiz kecil, ia hanyalah satu bahagian penuh untuk seorang individu sahaja (1:1), tetapi haiwan yang lebih besar saiznya seperti ‘seekor’ lembu, kerbau atau unta boleh dikongsi sebagai tujuh bahagian untuk tujuh orang individu (1:7). Dari segi jangka usia haiwan untuk membolehkan korban dilakukan, kambing  haruslah melebihi satu tahun. Manakala untuk haiwan besar seperti kambing biri-biri, lembu dan kerbau, haiwan tersebut perlu melebihi umur dua tahun. Untuk haiwan seperti unta pula ianya perlu melebihi lima tahun. Sifat-sifat haiwan yang dimestikan untuk dikorban.Haiwan yang akan di korbankan itu dimestikan sempurna sebaik-baiknya dari semua segi fizikal haiwan tersebut. Haiwan tersebut tidak boleh cacat (atau tempang) dari segi apa pun, tidak sakit dan sihat kesihatannya, tidak terlalu kurus saiznya , tidak buta atau putih matanya ,tidak bunting (hamil bagi yang betina) atau berkurap kulitnya. Haiwan yang terpotong telinganya atau ekornya tidak boleh diterimauntuk korban. Walaubagaimanapun sekiranya haiwan tersebut yang dilahirkan tanpa ekor ianya boleh diterima tetapi yang lahir tanpa telinga tidak boleh. Manakala Mazhab Hanafi pula memberi sedikit kelonggaran yang membenarkan haiwan yang satu pertiga (1/3) teliganya terpotong masih boleh dikorbankan dimana lain-lain syaratnya sempurna seperti diatas. Bagaimanakah daging itu boleh digunakan.Sekiranya seseorang itu telah bernazar, maka kesemua daging yang diperolehi dari disembelih hendaklah disedekahkan sepenuhnya seperti niat nazarnya. Jika tidak bernazar dan hanya niat korban biasa, maka adalah sunat untuk orang yang menjalankan ibadat ini untuk mengunakan sedikit dari daging itu untuk keperluan sendirinya. Amalan korban yang paling afdhalnya ialah sekiranya satu pertiga (1/3) daging korban disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga (1/3) lagi dihadiahkan kepada jiran serta sahabat handai atau pun kepada ahli kariah Masjid / Surau dan satu pertiga (1/3) lagi yang tinggal untuk kegunaan sendiri serta keluarganya. Daging korban ini tidak boleh dijual atau diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau yang lain yang mengerjakan ibadat ini. Orang yang menjalankan ibadat Korban.Orang yang menjalankan ibadat korban boleh menyembelih sendiri atau boleh mengupah orang untuk menyembelih haiwan tersebut.

 Dari 1 Zulhijjah sehingga masa korban ianya adalah hukum ‘makruh’ bagi memotong kuku, rambut atau bercukur bagi individu yang menjalankan ibadat ini. Bagi meraka yang mengamalan ‘Sunat’ bercukur, atau memotong rambut sempena Hari Raya atau hari Jumaat ianya tidak melibatkan mereka.

 Kaum wanita juga boleh menjalankan ibadat korban dengan mengambil kongsi korban tersebut tetapi tidak disunatkan menyembelihnya sendiri. Bagi tugas penyembilahan ianya adalah haram untuk orang bukan Islam untuk melakukannya kerana penyembelihan yang ‘Halal’ dimestikan oleh orang yang Islam dan perlu mengikuti syarat-syarat penyembelihan dengan bacaan yang betul dan alat (perkakas) sembelih yang betul. Amalan Sunat ketika korban dilakukan.Apabila mengerjakan penyembelihan untuk korban adalah disunatkan membaca ‘Bismillah’ semasa menyembelih haiwan tersebut. 

Sunat-sunat lain yang baik diamalkan termasuk memilih haiwan yang gemuk, lengkap dengan tanduknya dan mengerjakan sembahyang Hari Raya Korban dahulu sebelum menyembelih. Penyembelihan sunat dilakukan ditempat rata dan tidak kasar pada waktu siang hari. Haiwan yang akan disembelih itu diikat kakinya dan dibaringkan disisi kanannya dengan kakinya menghadap kiblat.. Adalah juga disunatkan menyebut nama Allah, menbaca Selawat dan Salam keatas nabi dan juga membaca “Allahumma haza minka , hua ilaika, fatakabbal minni”







Sunday, 13 September 2015

kelebihan sepuluh hari awal dibulan zulhijjah



10 Hari Pertama Zulhijjah

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan seperti hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, Tidak juga Jihad pada jalan Allah (boleh menyaingi kelebihan hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Niat puasa hari Arafah (kepada yang tidak berada/ menunaikan ibadat haji)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Arafah.
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah  ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Rasulullah  juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
.

Hak Puasa Arafah Di Mana Saja

Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tdk mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.
Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.
Niat Puasa Hari Arafah;
 niat puasa sunat arafah.
Rasulullah . bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”.
Jemaah Haji Tidak Disunatkan Puasa.
Bagi orang yang sedang mengerjakan ibadah haji, maka tidak disunatkan berpuasa, sesuai dengan sabda Nabi  dibawah ini:
Dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, “Rasulullah  telah melarang puasa pada hari Arafah di Padang Arafah.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasa-i, dan Ibnu Majah).
Mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu..
Ragu-Ragu.
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah  yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah , lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:  “Sesungguhnya Rasulullah  melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.)..
Puasa Arafah dan Tarwiyah sangat dianjurkan bagi turut merasai nikmat yang sedang dirasakan oleh para jemaah haji ketika menjalankan ibadah di tanah suci ketika itu.
Tidak dinafikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah سبحانه وتعالىuntuk diriNya. Disebutkan dalam hadist Qudsi : “Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Daku- lah yang akan membalasnya. Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata -mata kerana Daku.”
Diriwayatkan dari Abu Said Al- Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:“Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah سبحانه وتعالىpasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun.”( HR Bukhari Muslim)..

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah.

1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di Arafah.”.
2. Ulama Syafi’iyyah,
a. “Membenarkan untuk berpuasa pada Hari Tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.”
b.  “Jika jemaah haji bermukim di Makkah, lalu pergi ke Arafah siang hari maka puasanya itu menyelisihi hal yang lebih utama, jika pergi ke Arafah malam hari maka boleh berpuasa. Jika jamaah haji adalah musafir, maka secara mutlak disunahkan untuk berbuka.”.
3. Hanabilah : “Disunahkan bagi para jamaah haji berpuasa pada hari Arafah jika wuqufnya malam, bukan wuquf pada siang hari, jika wuqufnya siang maka makruh berpuasa.”.
4. Pendapat Imam Ahmad rh pula;
a. “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”
b. Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari Arafah ketika mengerjakan ibadah haji..
5. Hanafiyah : “Makruh bagi jamaah haji berpuasa Arafah jika membuat lemah, begitu juga puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah).”    .
6. Malikiyah : “Makruh bagi jemaah haji berpuasa Arafah, begitu juga puasa Tarwiyah.”.
Tiada halangan berpuasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah ini, maka marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan dengan melakukannya seikhlas hatiBanyak keistimewaan dan kelebihan pahala puasa yang terdapat pada puasa Arafah seperti dinyatakan sebelum ini. InsyaAllah…

Thursday, 9 July 2015

koleksi zikir dan doa selepas solat fardhu




SOLAT SUNAT TASBIH (jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu)



Solat Sunat Tasbih.
Solat sunat Tasbih ini dapat membuka pintu keampunan kita daripada Allah s.w.t
Agar kita  medapatkan keampunan daripada Allah diatas dosa yang kita lakukan. Dosa-dosa besar dan yang kecil, yang dahulu dan yang sekarang, yang zahir dan yang batin. yang disengajakan dan yang tidak disengajakan. dosa-dosa kita akan diampukan oleh Allah s.a.w. dengan melaksanakan solat sunat tasbih empat rakaat.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh  Rasulullah s.a.w kepada saidina abbas bin muththalib.
Rasulullah s.a.w bersabda jika kamu mampu lakukan solat tasbih setiap hari maka lakukanlah, jika tidak mampu lakuakan sekali seminggu (setiap hari jumaat) atau sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup.
Solat ini disebut soalt Tasbih kerana diucapkan sebanyak 300 kali tasbih dalam empat rakaat solatnya. dimana setiap rakaat terkandung 75 kali tasbih.

Cara melakukan solat Tasbih.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya dilakuakan disiang hari, Manakala jika dilakukan dimalam hari empat rakaat itu boleh dikerjakan dengan  dua salam (2 rakaat 1 salam). Walupun empat rakaat, solat ini mengambil masa agak lama kerana ia diselangi bacaan Tasbih.


Niat solat sunat Tasbih 2 rakaat.
Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah taa'la

Niat solat sunat Tasbih 4 rakaat.
Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah ta'ala.
Antara surah-surah yang dianjukan.
-Rakaat pertama surah at-takathur atau ad-dhuha.
-Rakaat kedua suarh Al-ashr atau Al-insyiraah.
-Rakaat ketiga suarh Al-kafirun atau Al-Kauthar.
-Rakaat keempat suarh Al-ikhlas atau An-Nashr.
Bacaan Tasbih.
Maha suci Allah dan segal pujian bagi Allah, dan tiada tuhan melaikan Allah, dab Allah maha besar, Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung.





Sunday, 5 July 2015

WAKTU MUSTAJAB BERDOA DIBULAN RAMADAN, DOA DIMAKBULKAN.

Ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memperbanyak doa. Ayat tentang puasa dalam surat Al Baqarah yang langsung dilanjutkan dengan ayat tentang doa mengisyaratkan hal ini.Secara khusus, ada tiga waktu di setiap hari selama bulan Ramadhan yang merupakan waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Berdoa di waktu-waktu ini, insya Allah lebih mudah dikabulkan Allah.
Sepertiga malam terakhir
Pada hari-hari biasa, sepertiga malam yang terakhir juga merupakan waktu mustajabah untuk berdoa. Di bulan Ramadhan, berdoa di waktu ini lebih mudah bagi banyak orang karena umumnya waktu ini adalah waktu sahur.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ
“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepadaKu, niscaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, niscaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, niscaya akan Aku ampuni.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Sepanjang waktu puasa
Yakni sejak terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Sebagaimana sabda Rasulullah:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ

“Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: (pertama) orang yang berpuasa sampai ia berbuka” (HR. Ahmad; shahih lighairihi)
Saat berbuka

Perbanyak doa saat berbuka karena waktu ini juga waktu mustajabah untuk berdoa.

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya do’a orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak.” (HR. Ibnu Majah; hasan)
Jangan sia-siakan tiga waktu ini ya. Setiap hari selama Ramadhan.
1. Waktu Pertengahan Malam Terakhir
Seperti pada Firman Alloh yg berbunyi : ” Sesungguh-nya Rabb kami yg maha berkah lagi maha tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam akhir malam lalu berfirman : ” Barang siapa yg berdoa, maka akan ku kabulkan, barang siapa yg memohon pasti ku akan perkenankan dan barang siapa yg meminta ampun, pasti aku mengampuni-nya ( HR. Bukhari) “.
2. Waktu Setalah Sholat Wajib
Syaikh bin Baaz berkata. ” Kata Duburush shalat bisa berarti akhir shalat, tetapi sebelum salam, jg bisa berarti sesudah salam. Banyak sekalii hadist2 yg menunjukkan kpd dua pengertian itu, Namun kebanyakan hadits2 itu menunjukkan bahwa yg dimaksud adlah akhir Sholat, tetapi sebelum salam karena hal itu adda kaitan-nya dg Doa “.
3. Waktu Malam Lailatul Qadar
Dlm Surat Al-Qur’an menjelaskan bahwa” Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan . Pd Malam ittu turun malaikat – malaikat dan malaikat Jibril dg izin tuhan-nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampaii terbit-nya fajar (QS. Al-Qadr: 3-4)”.
4. Waktu Antara Adzan dan Iqamah, ” Doa tidak akan ditolak antara Adzan dan Iqamah” ( HR. – Abu daud )”.
5. Waktu Pada Saat Turun Hujan, ” Dua Doa yg tidak pernah ditolak : Doa Pd Waktu Adzan dan doa pd waktu hujan ” (HR. Hakim).
6. Waktu pada Saat Jihad Fii Sabilillah, ” Ada 2 (dua doa yg tidak bertolak / jarang tertolak yaitu pd saat Adzan dan Doa saat perang berkecamuk ” (HR. Abu Daud).
7. Waktu pada Saat Hari Jum’at
“Sesungguh-nya pd hari Jum’at ada satu saat yg tidak bertepatan seorang hamba muslim sholat dan memohon sesuatu kebaikan kpd Alloh melainkan akan diberikan kpd-nya dan beliau bersyaratt dg tangan-nya akan sedikitnya waktu tersebut ( HR. Bukhari)”. Tetapi dimungkinkan jg bahwa yg dimaksudkan adlh waktu antara Khutbah dan Shalat.
8. Ketika Bersujud dlm Sholat
” Adapun pd waktu sujud, maka bersungguh – sungguhlah berdoa sebab pd saat itu sangat tepat untuk dikabulkan (HR. Muslim)”.
9. Waktu Tidur dlm Keadaan Suci
Saat kita tidur dlm keadaan suci kemudian bangun pd malam hari lalu membaca doa yg ma’tsur (Doa yg datang darii Nabi Muhammad Saw), ” Tidaklah seseorang hamba tiidur dlm keada’an suci lalu terbangun pd malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan duniat atau akherat melainkan Alloh akan mengabulkan-nya ( HR. Ibnu Majah)”..
10. Saat Memanjatkan Doa, ” Laa Ilaaha illa anta Subhanaka inni kuntu minazh-zhalimin”
11. Doa Setelah meninggalnya seseorang
Ketika si mayat baru saja meninggal dunia atau memejamkan mata seperti sabda Nabi Saw ” Dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah mendatangi rumah Abu Salamah (Pada hari wafatnya) dan beliau mendapatkan kedua mata abu salamah terbuka lalu beliau memejamkan-nya seraya bersabda ” Sesungguhnya tatkala ruh diicabut, maka pandangan mata akan mengikutiinya’, Beliau Bersabda : ” Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengamini apa yg kamu ucapkan ( HR. Muslim)”..
12. Waktu saat ditimpa suatu musibah
Yaitu dg membaca ” Inna Lillahi wa inna ilaihi Raaji’un Allahumma’ jurnii fii mushibatii, wa akhliflii khairam minhaa”, Artinya ” Sesungguhnya kita adlh kepunyaan Alloh dan kpd-nya kita akan kembali. Ya Alloh berilah ganjaran dlm musibahku ini dan berikanlah ganti kepadaku yang lebih baik darinya”..
13. Doa Orang Yg Sedang Berpuasa Sampai Berbuka
14. Doa setelah berwudhu
15. Doa pada saat Bulan Ramadhan
16. Doa dari orang tua atas anaknya dan doa seorang musafir
17. Doa orang – orang yg benar – benar dlm keadaan terjepit
18. Doa Pemimpin yang adil
19. Doa anak yg berbaiktii kpd kedua orang tuanya.
20. Doa pada hari Arafah di Arafah
Itulah beberapa Waktu – Waktu doa dikabulkan dan Mustajab yang dapat kami berikan dan jelaskan kpd anda dan semoga informasi ini dapat berguna dan bermanfaat bagi anda karena tujuan dari kamii dlm menulis Artikel Waktu Doa Yg Dikabulkan ini hanya dijutukan untuk anda para pengunjung kamii yg beriman.