Wednesday, 12 February 2020

NIAT UMRAH BERSYARAT


.
1. Tahukah kalian, selain daripada #niatumrah biasa, ada juga terdapat tiga jenis niat umrah bersyarat yang boleh dipraktikkan oleh para jemaah?
.
2. Ketiga-tiga niat umrah bersyarat tersebut adalah seperti berikut:
.
a) Niat bersyarat untuk lelaki/wanita secara general: "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Sekiranya aku terhalang, maka halallah aku dengannya"
.
b) Niat bersyarat untuk wanita yang sedang dalam haid: "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Sekiranya haid aku berterusan selama... (sebutkan jumlah hari i.e tiga) hari/ sehingga pulang, maka halallah aku dengannya"
.
c) Niat bersyarat untuk wanita yang belum datang haid: "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Sekiranya aku terhalang/ datang haid, maka halallah aku dengannya"
.
3. Seandainya perkara-perkara yang disebutkan dalam #niatbersyarat itu berlaku, maka secara automatiknya ihram kita akan terbatal dan bebas dari semua pantang larang ihram. Tidak perlu bergunting atau membayar dam.

No comments:

Post a Comment