Tuesday, 4 February 2020

KENAPA KITA KENA BANYAKKAN TAWAF SUNAT DI BAITULLAH BERBANDING UMRAH SUNAT.

Sebagai Tetamu Allah sewajarnya kita mendalami ilmu agama dengan tekun supaya kita arif mengenai hukum hakam dalam agama seterusnya memperbaiki segala kekurangan diri supaya menjadi insan yang lebih baik.
***Ibadah mana yang perlu diutamakan atau diberi KEUTAMAAN berbanding dengan ibadah yang lain. **
Jangan sampai amalan kita menjadi sia-sia lantaran jahil mengenai sesuatu hukum. Di sinilah perlu guru dan adab di dalam berguru. Sabar untuk mendalami ilmu agar kita dipandaikan.
Apabila berada di Mekah, ada di kalangan jemaah yang memperbanyakkan amalan UMRAH SUNAT.
Malah ada yang menganggap Umrah Sunat yang dilakukan sebanyak 7 kali menyamai pahala Haji. Sedangkan** tidak ada nas al-Quran, **hadis mahupun ijmak ulamak yang menyatakan sedemikian.
**Sebenarnya **amalan yang paling afdhal semasa di Tanah Haram ialah
💓💓memperbanyakkan Tawaf Sunat dan bukannya memperbanyakkan Umrah Sunat.
***MENGAPA ðŸ’“💓TAWAF SUNAT LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN AMALAN LAIN DI TANAH HARAM?**
Tawaf
itu adalah Sunatullah bukan sekadar sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah. Semua makhluk Allah yang melata di bumi hatta di langit sekalipun bertawaf sebagai menunjukkan ketaatan mereka patuh kepada Allah.
Bintang-bintang di langit, planet-planet yang berada di angkasa lepas semuanya berpusing ikut lawan jam mengelilingi matahari mengikut paksinya. Malah zarah sekecil atom turut sama berpusing mengikut aturan Allah.
Jika **semua makhluk Allah bertawaf** sebagai menunjukkan kepatuhan mereka beribadah kepada Allah, maka sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan banyak kelebihan sewajarnyalah memperbanyakkan Tawaf sebagai tanda kita taat dan patuh kepada Allah yang Esa.
**Ibnu Abbas r.a **
mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini.
🌿60 rahmat untuk orang yang bertawaf,
🌿40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan
🌿20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.
**Anas bin Malik **
pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda “2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.
Dua jenis tawaf itu adalah
1️⃣TAWAF SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan
2️⃣TAWAF SETELAH SOLAT ASAR yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.”
Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.
**Ulama’ Besar Tanah Haram**, Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (Syarh al-Mumti’, 7/407). Ia dianggap makruh dan tidak disyari’atkan (iaitu berulang-alik mengerjakan umrah dengan keluar ke tanah halal berkali-kali) dengan sekali perjalanan umrah.
Al-Hafidz alFaqih Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma’ad, 2/86) menghitung** umrah Nabi saw hanya 4 kali dalam sejarah** hidup baginda.
Setiap kali kunjungan ke Mekah, baginda mengerjakan satu kali umrah sahaja.
1. Umrah Hudhaibiyah tahun ke 6 H
2. Umrah Qadhiyah tahun ke 7H
3. Umrah Ji’ranah tahun ke 8
4. Umrah terakhir pada Haji Wada’
Sebaliknya, ibadah yg diutamakan semasa umrah ialah ðŸ’“💓perbanyakkan tawaf.
Dari surah **al-Baqarah: 2:125:** “Dan bersihkan rumahku utk orang2 yang tawaf”. Dalil Hadith: Barangsiapa yg **bertawaf rumah ini (Kaabah) **tujuh kali, laksana (pahala) membebaskan seorang hamba” (sahih An-Nasa’iy 2919).
**Ibnu Umar **
pula menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa melakukan Tawaf di Baitullah, maka Allah swt akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya serta diangkat satu darjat untuknya.” AllahuAkbar. Berapa banyak langkah yang kita lakukan semasa kita sedang bertawaf?
Sebanyak itulah kebaikan pahala yang kita dapat dan sebanyak itulah juga dosa.

No comments:

Post a Comment