Friday, 3 May 2019

Tempat Mustajab Doa (bergambar)

Firman Allah SWT :

جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلَائِدَ ۚ ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
URAH AL-MAAIDAH : 97


Kebiasaannya sebelum kita berangkat melakukan perjalanan Umrah atau Haji, ramai dikalangan saudara mara, sahabat handai yang ingin menitipkan doa di Makkah. Kebanyakkan di antara Jemaah yang masih kebingungan, di manakah tempat yang mustajab untuk berdoa. Pembimbing Jemaah Umrah dan Haji sering juga ditanya berkali-kali mengenai hal itu.



Jadi, apabila anda ingin menunaikan Umrah atau Haji anda boleh berdoa di tempat-tempat Mustajab di Makkah atau mungkin sanak saudara yang sedang mengerjakan Haji mahupun Umrah, boleh titipkan doa di tempat-tempat mustajab di bawah ini.



Di bawah Pancur Emas Kaabah





Daripada Hassan Al Basri rahmatullah a’laihi taala berkata:
“Tempat-tempat mustajab doa pada tanah haram Makkah Al Mukarramah iaitu 15 tempat. Maka disunatkan berdoa dengan bersungguh-sungguh padanya” 



Tempat Wukuf
Sepanjang masa wukuf
Multazam
Bila-bila masa / Tengah malam
Bawah Pancur Emas
1/3 akhir malam
Maqam Nabi Ibrahim
1/3 akhir malam
Kaabah/ Hijr Nabi Ismail
Waktu Asar
Di atas Bukit Safa
Waktu Asar
Di atas Bukit Marwah
Waktu Asar
Tempat Saie
Waktu Asar
Di sisi Zam-zam
Waktu terbenam Matahari
Arafah / Wukuf (afdhal)
Waktu terbenam Matahari
Muzdalifah
Waktu Naik Matahari
Di Jamrah Sugra
Waktu Naik Matahari
Di Jamrah Wusta
Waktu Naik Matahari
Di Jamrah Kubra
Waktu Naik Matahari
Mina
Waktu tengah malam hari-hari Tasyreeq


Multazam 



Bukit Safa


Bukit Marwah



Di tempat Saie


Di Kaabah/ kawasan Hijr Ismail





Maqam Ibrahim

Dalam kitab Qadhaya fi al Hajj wa Umrah, karangan Dr. Abla Muhammad Al Kahlawi mengatakan, bahawa " Di antara fadhilat Maqam Ibrahim adalah dimaqbulkan setiap doa yang dipanjatkan di tempat tersebut. 




Demikian beberapa tempat yang paling mustajab di kawasan Tanah Haram. Perlu kita fahami bahawa semua doa pasti didengari Allah SWT walau di mana kita berada.  Namun kita mengambil contoh dari Rasulullah SAW, para sahabat dan Tabiin yang pernah beribadah ditempat-tempat yang telah disenaraikan di atas. Firman Allah taala

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

 "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Surah Ghafir: 60

Mengenai termakbulnya doa itu tetap menjadi milik Allah SWT sepenuhnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui hal-hal yang terbaik buat hamba-hambaNya. Kita hanya berikhtiar semaksima dalam berdoa dan memohon kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment