Dapat menunaikan ibadah Haji di Makkah tentunya menjadi dambaan bagi setiap orang yang berpegang kepada ajaran Islam. Ianya adalah kemuncak pengabdian bagi umat Islam.
Namun terdapat segelintir mengamalkan perbuatan khurafat dan syirik di sana.
Hendaklah kita memahami hakikat bahawa perbuatan dan amalan seperti ini mengundang dosa besar dan kemurkaan ALLAH SWT.
Firman Allah taala:
( وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ )
ertinya: " Dan sesiapa yang berniat (belum melakukannya) untuk ilhad (kezaliman, kerosakkan dan kejahatan) di Tanah Haram, nescaya Kami rasakan kepadaNya sebahagian daripada seksaan yang pedih"
Surah al-Hajj:25
Allah akan menimpakan azab ke atas mereka yang berniat untuk melakukan kejahatan di Tanah haram.
Kata Ibnu Mas'ud r.a : tiada tempat yang seseorang itu dikira bersalah dengan hanya niat untuk melakukan sesuatu kejahatan sebelum melakukannya, kecuali di Makkah.
Antaranya perkara Syirik dan khurafat
PERKARA
|
CARA DAN TUJUAN
|
Mengambil kain kelambu Kaabah
|
Untuk pelaris jualan
|
Kain putih sebagai alas
|
Dijadikan kain kapan unuk meringankan seksa kubur
|
Kerak nasi di Mina
|
Kerak nasi tersebut dikeringkan, kemudian dibawa balik ke tanah air untuk pelaris perniagaan
|
Peluk tiang Jin di Masjid Haram
|
Melanjutkan umur dan meminta kaya
|
Bergantung di kelambu kaabah
|
Memohon hajat di kaabah bukannya dari Allah
|
Letak duit di bawah kelambu kaabah
|
Selepas tawaf diambil semula untuk dijadikan ibu duit sebagai pelaris
|
Ketika berangkat ke Tanah suci ditulis kertas kalimah shahadat. Ditinggalakn LAILAHAILLAH kepada keluarga dan MUHAMMADARASULULLAH dibawa ke tanah suci
|
Supaya Jemaah haji tidak meninggal di tanah suci
|
Memakai tangkal dan azimat
|
Untuk menjauhi bala dan mengharapkan selamat
|
Memanggil bomoh untuk menolak bala di rumah
|
Percaya bomoh untuk memulakan perjalanan, membawa air 7 telaga untuk dibawa tawaf supaya menjadi ubat
|
Sijil
|
Mendapatkan sijil daripada syeikh di Makkah yang mengesahkan Hajinya dan menukar nama
|
Tanam 7 biji batu di bumi Arafah
|
Tutup 7 pintu neraka bersaksi dengan batu di hari kiamat
|
Mengerat tali di padang Arafah secara mencuri
|
Mengelakkan anak kecil daripada menangis, melariskan jualan dan perbanyakkan tangkapan ikan
|
Mengambil pasir Padang Arafah
|
Untuk dipijakkan tapak kaki bagi kanak-kanak yang mula mahu berjalan, dapat jejak ke Arafah, menjadi orang terkenal, menghindarkan daripada penyakit dan gagah berani.
|
Membawa kismis semasa tawaf/ menjemur nasi di Arafah
|
Apabila pulang, rendam nasi kering dengan air zam-zam dan dimakan nasi yang direndam dengan air zam-zam sekali diberi kepada sesiapa sahaja sebagai penerang hati.
|
CARA-CARA MENGHINDARINYA
Bakal Jemaah haji dan Umrah hendaklah mengikuti dan mempelajari hukum-hukum agama sebelum menunaikan haji. Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain yang tidak diketahui puncanya.
Ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah tempat berehat atau tempat melepaskan kemarahan atau komplen sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti akan ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.
Sebarang amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui keilmuannya hendaklah dipastikan terlebih dahulu dari orang lain yang lebih berwibawa. Bertawakal lah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.
Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.
Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita tidak meletakkan sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung sebaliknya hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan yang mendatang.
No comments:
Post a Comment