Thursday, 8 November 2018

Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di Mekah

Jabal Ajyad (20) Perkampungan Komuniti Melayu Di Mekah

 Gelagat tiga kanak-kanak berketurunan Melayu yang dirakam di perkampungan Melayu Mekah.
MEKAH merupakan sebuah kota utama di Arab Saudi yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.
Mekah juga merupakan kota suci bagi umat Islam dan tempat lahirnya nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Malah, Masjidilharam yang menempatkan Kaabah iaitu kiblat bagi orang Islam juga sentiasa menerima kunjungan puluhan ribu orang setiap hari untuk melaksanakan pelbagai ibadah.
Namun, di sebalik kunjungan ke Mekah untuk melaksanakan ibadah di masjid agung itu, tidak ramai para jemaah termasuk dari Malaysia yang mengetahui bahawa terdapat sebuah penempatan masyarakat Melayu di kota Mekah.
“Hampir setiap hari, saya akan bertemu dengan jemaah umrah yang datang dari Malaysia kerana sebahagian daripada mereka mengambil pakej untuk mendiami hotel-hotel yang terletak kurang 500 meter dari Masjidilharam.
“Apabila saya bercerita tentang kewujudan sebuah perkampungan masyarakat berketurunan Melayu di Mekah, sebahagian besar mereka tertanya-tanya adakah ia benar-benar wujud.
“Sebenarnya, perkampungan itu memang wujud dan ia terletak tidak jauh dari sini (Masjidilharam),” jelas Saifudin Masodi, 55, yang merupakan warga Malaysia berasal dari Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Saifudin berpindah ke Mekah bersama keluarganya sejak lapan tahun lalu selepas mendapat tawaran meluaskan kerjanya sebagai pensyarah di Universiti Umm Al-Qura di kota itu.

Lereng Bukit
Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, Saifudin mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan. Kini, dia merupakan antara warga asing di kota Mekah yang menjalankan perniagaan perhotelan di sekitar Masjidilharam secara tender.
Bercerita tentang perkampungan Melayu di Mekah, Saifudin memberitahu, ia terletak di kawasan lereng bukit di Jabal Ajyad iaitu kurang satu kilometer dari Masjidilharam.
Terdapat antara 5,000 hingga 6,000 penduduk di perkampungan itu yang kesemuanya berketurunan Melayu berasal dari Nusantara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Mereka merupakan antara kira-kira 40,000 hingga 50,000 orang Melayu yang menetap di sekitar Mekah.
Perkampungan Melayu di Jabal Ajyad yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjidilharam. 
“Orang Melayu sebenarnya telah bermastautin di Mekah sejak kira-kira 200 tahun lalu dengan kebanyakannya datang untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sebelum mengambil keputusan menetap terus di situ bagi mendalami ilmu agama.
“Ada antara mereka yang berjaya menjadi ulama Nusantara tersohor seperti Sheikh Daud al-Fathani, Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan Syeikh Mohammad Said Al-Linggi yang sangat terkenal di Mekah suatu ketika dahulu.
“Dahulu, penempatan masyarakat Melayu adalah di sekitar Masjidilharam iaitu berhadapan Pintu Raja Fahad dan antara aktiviti yang dilaksanakan oleh mereka ialah menguruskan kemasukan jemaah haji dari negara masing-masing,” kata Saifudin.
Ketika itu katanya, penempatan masyarakat Melayu di Mekah dikenali dengan beberapa nama seperti Rumah Selangor, Rumah Kelantan, Rumah Kedah dan Rumah Pattani mengikut asal-usul keluarga mereka.
  Bersantai ditepi laut di perkampongan Melayu
Namun jelas beliau, selepas pemerintah Arab Saudi membuat keputusan untuk melaksanakan pembesaran Masjidilharam secara besar-besaran, penempatan tersebut terpaksa dipindahkan ke beberapa kawasan lain dan antara lokasi yang ditawarkan ialah di Jabal Ajyad yang menjadi penempatan sebahagian daripada mereka sehingga kini.
Malah katanya, keputusan kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Muassasah Thawaffah iaitu sebuah badan khas yang diwujudkan untuk melayani jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi sejak tahun
Namun jelas beliau, selepas pemerintah Arab Saudi membuat keputusan untuk melaksanakan pembesaran Masjidilharam secara besar-besaran, penempatan tersebut terpaksa dipindahkan ke beberapa kawasan lain dan antara lokasi yang ditawarkan ialah di Jabal Ajyad yang menjadi penempatan sebahagian daripada mereka sehingga kini.
Malah katanya, keputusan kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Muassasah Thawaffah iaitu sebuah badan khas yang diwujudkan untuk melayani jemaah haji yang datang dari luar Arab Saudi sejak tahun 2000 telah menghapuskan peranan yang dimainkan oleh masyarakat Melayu di Mekah dalam menguruskan kemasukan jemaah haji setiap tahun.
Justeru katanya, sebahagian besar masyarakat Melayu Mekah terpaksa menceburi kerjaya lain bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka di kota suci itu.
Dalam pada itu, seorang pemuda berketurunan Melayu Pattani, Hassan Ismail Abdul Latif, 26, ketika ditemui memberitahu, sebahagian besar daripada penduduk di Perkampungan Melayu di situ sudah meninggal dunia selain ada antara mereka yang mengambil keputusan untuk pulang ke negara asal.
“Kami masih mengamalkan cara hidup Melayu termasuklah cara pakaian dan hidangan makanan.
“Malah, pertuturan seharian kami di sini juga masih menggunakan bahasa Melayu terutama ketika berkumpul semasa kami. Cuma, apabila bertemu dengan bukan Melayu, kami lebih kerap menggunakan bahasa Arab kerana ia merupakan medium komunikasi utama di sini,” katanya yang dilahirkan di Mekah dan memiliki taraf pemastautin tetap Arab Saudi.
Kata Hassan Ismail lagi, kanak-kanak berketurunan Melayu di Mekah juga dibenarkan untuk menerima pendidikan di sekolah-sekolah Arab milik kerajaan.
Justeru, tidak hairanlah jika kesemua orang Melayu di Mekah fasih berbahasa Arab.

Friday, 2 November 2018

panduan solat duha


Bagaimana cara melakukan Solat Dhuha?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat dhuha secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Bilakah Waktu Dhuha?

Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya.
— Iaitu sekitar 20-30 minit selepas terbit matahari.
Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur.
Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (10 minit sebelum zuhur).
Sebelum mengerjakan solat ini, kita boleh mengerjakan Solat Isyraq bagi mereka yang beriktikaf di masjid selepas Solat Subuh.

Berapa Jumlah Rakaat Solat Sunat Dhuha?

Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam atau lapan rakaat – dengan setiap 2 rakaat 1 salam.
Perlaksanaan solat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa beliau ditanya tentang bilangan rakaat solat dhuha yang dikerjakan oleh Baginda.
Maka beliau menjawab Baginda bersolat sebanyak empat rakaat dan menambah lebih daripada itu jika Baginda kehendaki.
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ yang menyatakan bahawa Baginda solat sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Kota Makkah.
Kedua-dua riwayat ini terdapat dalam sahih muslim.
Tambahan

Mengerjakan Solat Dhuha 4 Rakaat Dengan Satu Salam

Terdapat satu persoalan daripada orang awam bagaimana untuk mengerjakan solat sunat Dhuha 4 rakaat sekaligus dengan satu salam.
Berikut adalah jawapan yang dikongsikan oleh Sahibus Samahah Tuan Guru Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Kuala Lumpur:
Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Dhuha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).
Walaupun begitu, kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas.
Daripada Ummu Hani R.anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.
Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.
Wallahua`lam.

Niat Solat Dhuha

Lafaz niat solat sunat dhuha adalah seperti berikut:
 Usholli sunnatan d-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa. 
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

Surah Yang Digalakkan 

Sebenarnya tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini.
Tetapi terdapat beberapa surah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dibacakan.
Pada rakaat pertama, seperti biasa bacalah surah Al-Fatihah terlebih dahulu.
Selepas selesai surah Al-Fatihah, ikuti pula dengan bacaan surah Asy-Syams.
surah asy-syams solat dhuha
surah asy-syams

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Ad-Dhuha.
surah adh-dhuha solat dhuha
surah adh-dhuha
Selain daripada dua surah di atas, anda juga boleh membaca surah al-kafirun dan al-ikhlas
 Bacaan Semasa Sujud Akhir

Semasa sujud akhir sebelum tahiyyat akhir, bacalah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
 Wa-Hab li yaa-waH-Haa bu ‘il-man wa hikmatan, waar-zuq-niy, yaa-raz-zza-qu kun liy mu-saH-Ha-laa 
Maksudnya:
Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.

Nota
Bacaan tasbih ini tidak wajib.
Jadi solat tetap sah walaupun tidak membaca tasbih ini.

Friday, 17 August 2018

Sejarah perkuburan baqi



Perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah. Di satu sudut di Masjid Nabawi terdapatnya kubur junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Perkuburan Baqi’ juga mempunyai gelaran lain iaitu Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad.
Gelaran Baqi’ul Qarqad diberikan kepada perkuburan Baqi kerana sebelum tanah tersebut digunakan sebagai wakaf perkuburan Baqi’, tanah tersebut telah dipenuhi dengan pohon Qarqad. Pohon Qarqad adalah sejenis pohon renek yang berduri. Ia mampu hidup subur di iklim sederhana dan subtropika. Kepada yang tidak mengetahui apakah itu pohon Qarqad ini, Rasulullah saw pernah bersabda,
“Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon Qarqad, kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi”
Jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ adalah seorang sahabat Rasulullah saw daripada golongan Ansar iaitu Asa’ad bin Zararah. Oleh yang demikian, Asa’ad bin Zararah tercatat sebagai sahabat Rasulullah saw pertama yang disemadi di Perkuburan Baqi daripada golongan Ansar. Manakala, jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ daripada golongan Muhajirrin adalah Uthman bin Mahzun. Ahlul Bait pertama disemadikan di perkuburan mulia ini adalah anak perempuan Rasulullah saw, Ruqayyah bin Muhammad saw.
Perluasan pertama yang dilakukan terhadap Perkuburan Baqi’ adalah pada zaman pemerintahan Muawiyyah bin Abi Sufian. Beliau telah membeli beberapa ladang yang berhampiran dengan Perkuburan Baqi’ untuk dijadikan wakaf perkuburan.
Kemudian Muawiyyah telah membina kubah di atas kubur Saidina Uthman bin Affan yang juga merupakan warisnya. Kubur Saidina Uthman bin Affan adalah kubur pertama yang dibina kubah di Perkuburan Baqi. Selepas daripada pembinaan kubah di kubur Saidina Uthman bin Affan, banyak lagi kubah telah dibina untuk para sahabat dan tabien yang mashyur oleh para khalifah Islam yang bersilih ganti.

Pemusnahan
Pada tanggal 1 Mei 1925, Perkuburan Baqi’ telah dimusnahkan atas arahan Raja Abdul Aziz al-Saud dan ulama-ulama Mazhab Wahabbi. Ulama-ulama Wahabbi yang berpegang teguh dengan prinsip anti-Bidaah itu memusnahkan seluruh moseleum, kubah dan struktur binaan di Perkuburan Baqi’. Tindakan yang disifatkan mereka sebagai ‘penyucian daripada khurafat dan bidaah’ sebenarnya menyahut pegangan mazhab Wahabbi yang melarang sebarang struktur dibina di atas makam.
Tindakan ulama-ulama Wahabbi dan Raja Abdul Aziz ini dianggap melampau dan keterlaluan oleh sesetengah pihak terutama puak Syiah. Puak Syiah menyifatkan tindakan ulama Wahabbi meruntuhkan dan meratakan kesemua binaan Ahlul Bait seperti makam Fatimah binti Muhammad, Masjid Fatimah, Rumah Rasulullah saw di Mekah, makam Bani Hasyim di Mekah, Mesoleum dan rumah Imam pertama Syiah, Imam Jaafar al-Sadiq dan banyak lagi adalah melampau dan sangat keterlaluan. Mereka mengingati peristiwa ini sebagai Yaumi Gham atau Hari Kesedihan.

Rasional
Sebenarnya, tindakan ulama-ulama Wahabbi yang merata dan memusnahkan seluruh binaan di Perkuburan Baqi’ ada rasional dan nasnya. Ulama Wahabbi menggunakan beberapa hadis Rasulullah saw yang melarang sebarang binaan dan tulisan dicatatkan di kuburan.
Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri ra menceritakan;
“Sesungguhnya Nabi saw menegah dari membuat binaan di atas kubur” (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang soheh).
Hadis yang lain turut menyatakan Rasulullah saw melarang daripada membina binaan di perkuburan.
“Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya” (Riwayat Imam Muslim ra dari Jabir ra).

Tindakan tegas ulama Wahabbi ini telah menyebabkan protes oleh puak Syiah yang sering mengunjungi beberapa tempat dan kuburan yang dianggap mereka sebagai suci seperti makam Fatimah, makam Imam Jaafar as-Sadiq, makam Ibnu Abbas, Qubbat’ al-Thanaya(makam gigi Rasulullah saw ditanam semasa Perang Uhud) dan beberapa lagi tempat lain.
Mereka sering berada di tempat tersebut untuk membayar nazar atau berdoa meminta berkat. Ia benar-benar menyalahi hukum syarak dan ini diambil oleh ulama Wahabbi sebagai punca kepada pemusnahan kesemua tempat-tempat suci pada pandangan mereka.
Harus dipuji kepada tindakan Wahabbi ini adalah mereka ternyata tidak pilih kasih kepada segala tindakan yang telah dibuat. Sebagai contoh, tanah perkuburan yang dikhaskan kepada keluarga diraja Raja Saudi iaitu Perkuburan Al-Oud, tiada satupun binaan mahupun tanda batu bertulis di perkuburan tersebut. Perkuburan Al-Oud berlainan dengan perkuburan-perkuburan diraja lain di dunia di mana perkuburan diraja lain dilengkapi dengan kubah dan moseleum yang mahal dan mewah seperti Taj Mahal, Perkuburan Diraja Adhamiya di Baghdad dan lain-lain.

Makam Diraja Al-Oud.

Walaubagaimanapun, kontranya adalah umat Islam hari ini tidak mampu lagi untuk mengenali dan mengunjungi makam dan tempat-tempat mulia milik Rasulullah saw untuk dijadikan ikhtibar dan pedoman. Waallahualam..

Gambar-gambar di Perkuburan Baqi’
Di Perkuburan Baqi’, terdapat beberapa tempat yang sering dikunjungi kerana ia menempatkan makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah saw(kecuali Siti Khadijah binti Khuwailid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf. Walaubagaimanapun, kubur tersebut tidak bertanda kerana telah dimusnahkan atas arahan Raja Saudi dan ulama-ulama Wahabbi.
 Makam para Syuhada al-Hurrah
Perkuburuan ini menempatkan makam para Syuhada al-Hurrah. Para syuhada ini digelar sedemikian rupa adalah kerana mereka telah rebah syahid semasa tragedi al-Hurrah. Tragedi al-Hurrah adalah tragedi di mana Yazid bin Abi Sufyan telah mengarahkan bala tenteranya membunuh dan menghukum penduduk Madinah yang enggan memberi kerjasama terhadapnya. Kempen berdarah ini diketuai oleh Muslim bin Uqbah dan telah mengorbankan ramai sahabat dan golongan tabien. Kesemua mereka disemadi di Perkuburan Baqi’.

Makam Syuhada al-Hurrah

Makam Imam Malik ra dan Imam Nafi ra
Perkuburan ini menempatkan pengasas Mazhab Maliki iaitu Imam Malik bin Anas ra dan gurunya Imam Nafi ra. Nama sebenar Imam Nafi ra adalah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im. Beliau yang dilahirkan sekitar 70H meninggal dunia pada 169H. Imam Nafi ra adalah antara guru pertama dalam bidang Qiraat dan al-Quran.

Makam Imam Malik ra.

Kuburan Imam Malik dan Imam Nafi yang berdekatan antara satu sama lain.
Makam Isteri-Isteri Nabi saw
Perkuburan ini menempatkan para isteri Nabi saw kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid ra. Siti Khadijah binti Khuwalid ra disemadikan di Jannatul Ma’ala di Mekah. Sepertimana Perkuburan Baqi’, Jannatul Ma’ala turut diratakan oleh pemerintah Arab Saudi.

Makam isteri-isteri Nabi saw yang berjumlah 9 orang.
Makam Ahlul Bait
Perkuburan ini menempatkan tiga orang Ahlul Bait iaitu anak perempuan bongsu Rasulullah saw, Siti Fatimah, bapa saudara Rasulullah saw, Abbas bin Abi Mutallib dan cucu Rasulullah saw, Hasan bin Ali. Ketiga-tiga ahlul bait ini ditempatkan di satu sudut di belakang tembok setinggi 2 meter.

Makam Abbas bin Abi Mutallib
Makam Siti Fatimah ra.

(1)Hasan bin ra, (2) Ali Zainal Abidin ra.(3) Muhammad al-Baqir ra dan (4) Jaafar al-Sadiq ra (5) Saidina Abbas ra
Makam Ibrahim, anak lelaki Rasulullah saw
Ibrahim adalah anak lelaki Rasulullah saw daripada isteri baginda, Maryam al-Qibtiah. Diriwayatkan bahawa Ibrahim disayangi Rasulullah saw dan memiliki rupa paras Rasulullah saw. Ibrahim meninggal dunia ketika berusia dua tahun.  Pada masa itu, berlaku fenomena Gerhana Matahari dan ramai sahabat mengaitkan kejadian tersebut dengan kematian Ibrahim. Rasulullah saw menyangkalnya dan mengatakan ia adalah karut.


Makam Ibrahim
Perkuburan Baqi’ Al-Ammat

Makam yang paling kiri adalah makam Safiyyah binti Abdul Muthalib.Paling kanan adalah makam Ummul Baiza yang juga ibu saudara Rasulullah Saw. Berada di tengah adalah makam Atikah binti Abu Mutallib.
Berada di tengah-tengah komplek Perkuburan Baqi’ adalah makam Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman adalah sahabat besar Rasulullah saw dan juga khalifah Islam ketiga selepas Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab.

Makam Saidina Uthman bin Affan.
 Di satu sudut yang lain pula, terdapat makam ibu susuan Rasulullah saw iaitu Halimahtul Saadiah, sepupu Rasulullah saw, Jaafar dan Uqail bin Abi Talib, ibu kepada Ali, Jaafar dan Uqail, Fatimah binti Assad, sahabat nabi saw, Abu Said al-Qudri ra dan Abu Sufyan ra serta ramai lagi.
 Makam Halimahtul Saadiah
Halimahtul Saadiah merupakan ibu susuan kepada Nabi Muhammad saw. Beliau daripada suku Saad yang miskin. Diriwayatkan, sebelum Halimahtul Saadiah menyusu junjungan besar kita ini, susu Halimahtul Saadiah hampir kering. Namun, selepas menyusu, susunya mula banyak sehingga mampu menyusu anak sendiri sehingga kenyang.

Makam ibu susu kesayangan nabi saw, Halimatul Saadiah.

Makam ibu susu kesayangan nabi saw, Halimatul Saadiah.
Jaafar bin Abi Talib
Jaafar bin Abi Talib atau nama gelarannya, Jaafar At-Tayyar meninggal dunia semasa mempertahankan pasukan Islam pada Perang Mu’tah. Jaafar digelar At-Tayyar kerana Rasulullah saw dikhabarkan oleh Allah swt bahawa Jaafar bin Abi Talib digantikan kedua-dua tangannya yang putus dengan sayap di syurga. Jaafar bin Abi Talib adalah abang kepada Ali bin Abi Talib.

Makam Jaafar bin Abi Talib.

Uqail bin Abi Talib
Uqail bin Abi Talib adalah sepupu kepada Rasulullah saw dan saudara kepada Jaafar dan Ali bin Abi Talib. Uqail turut berjuang bersama-sama abangnya di Perang Mu’tah menentang tentera Rom. Uqail meninggal dunia pada 686H pada usia yang cukup lanjut iaitu 96 tahun. Pada akhir usianya, Uqail mengalami kebutaan pada matanya