Friday, 2 November 2018

panduan solat duha


Bagaimana cara melakukan Solat Dhuha?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat dhuha secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Bilakah Waktu Dhuha?

Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya.
— Iaitu sekitar 20-30 minit selepas terbit matahari.
Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur.
Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (10 minit sebelum zuhur).
Sebelum mengerjakan solat ini, kita boleh mengerjakan Solat Isyraq bagi mereka yang beriktikaf di masjid selepas Solat Subuh.

Berapa Jumlah Rakaat Solat Sunat Dhuha?

Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam atau lapan rakaat – dengan setiap 2 rakaat 1 salam.
Perlaksanaan solat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa beliau ditanya tentang bilangan rakaat solat dhuha yang dikerjakan oleh Baginda.
Maka beliau menjawab Baginda bersolat sebanyak empat rakaat dan menambah lebih daripada itu jika Baginda kehendaki.
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ yang menyatakan bahawa Baginda solat sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Kota Makkah.
Kedua-dua riwayat ini terdapat dalam sahih muslim.
Tambahan

Mengerjakan Solat Dhuha 4 Rakaat Dengan Satu Salam

Terdapat satu persoalan daripada orang awam bagaimana untuk mengerjakan solat sunat Dhuha 4 rakaat sekaligus dengan satu salam.
Berikut adalah jawapan yang dikongsikan oleh Sahibus Samahah Tuan Guru Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Kuala Lumpur:
Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Dhuha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).
Walaupun begitu, kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas.
Daripada Ummu Hani R.anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.
Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.
Wallahua`lam.

Niat Solat Dhuha

Lafaz niat solat sunat dhuha adalah seperti berikut:
 Usholli sunnatan d-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa. 
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

Surah Yang Digalakkan 

Sebenarnya tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini.
Tetapi terdapat beberapa surah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dibacakan.
Pada rakaat pertama, seperti biasa bacalah surah Al-Fatihah terlebih dahulu.
Selepas selesai surah Al-Fatihah, ikuti pula dengan bacaan surah Asy-Syams.
surah asy-syams solat dhuha
surah asy-syams

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Ad-Dhuha.
surah adh-dhuha solat dhuha
surah adh-dhuha
Selain daripada dua surah di atas, anda juga boleh membaca surah al-kafirun dan al-ikhlas
 Bacaan Semasa Sujud Akhir

Semasa sujud akhir sebelum tahiyyat akhir, bacalah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
 Wa-Hab li yaa-waH-Haa bu ‘il-man wa hikmatan, waar-zuq-niy, yaa-raz-zza-qu kun liy mu-saH-Ha-laa 
Maksudnya:
Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.

Nota
Bacaan tasbih ini tidak wajib.
Jadi solat tetap sah walaupun tidak membaca tasbih ini.

No comments:

Post a Comment