Sunday, 4 October 2015

SURAH YUSUF (111 ayat) – ‘YUSUF’


DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Yusuf adalah surah yang ke 12 di dalam Al Quran, diturunkan setelah surah Hud. Surah ini diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana metitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. Riwayat tersebut adalah salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai mukjizat .

Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail bahawa segolongan orang Yahudi memeluk agama Islam selepas mereka mendengar cerita Yusuf a.s. ini kerana ia sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita nabi Yusuf a.s. ini, Nabi Muhammad s.a.w. mengambil unsur pengajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan tugasnya.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Kenabian Yusuf a.s. dan mukjizat-mukjizatnya; ketentuan yang berhubungan dengan keagamaan adalah hak Allah SWT semata-mata; qadha Allah SWT tidak dapat diubah; para rasul semuanya lelaki.

2. HUKUM HAKAM: Keharusan merahsiakan sesuatu untuk menghindari fitnah; barang dan anak temuan wajib dipelihara dan tidak boleh dibiarkan; boleh melakukan helah yang tidak merugikan orang lain untuk memperoleh sesuatu kemaslahatan.

3. KISAH-KISAH: Riwayat Nabi Yusuf a.s. bersaudara dengan orang tua mereka Yaakub a.s.

4. LAIN-LAIN: Beberapa unsur teladan yang mulia yang dapat diambil dari cerita Yusuf a.s: persamaan antara agama para nabi-nabi ialah tauhid.

Surah Yusuf adalah diantara ayat-ayat Al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil, terutama dalam proses membentuk intelek, kecerdasan dan kecantikan anak. Diamalkan pada minggu ke16 kerana waktu itu roh mula ditiupkan dan proses pembentukan janin bermula.

FADILATNYA:-

1. Jika diamalkan membaca surah Yusuf selalu, akan dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan.- Ustaz Sharhan Safie

~ Barangsiapa membaca surah ini, pada hari kiamat kelak akan dibangkitkan dalam keadaan tampan seperti Nabi Yusuf a.s., tidak akan berasa takut, dan akan termasuk dalam golongan hamba-hamba Allah yang soleh.  - Ustaz Sharhan Safie

~ Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam.

2. Ulamak berkata: “Barangsiapa yang menginginkan anaknya comel dan cantik, banyakkanlah membaca surah ini ketika sedang mengandung.

3. Diriwayatkan dari para ulama, jika mengkehendaki anak lelaki, hendaklah rajin membaca surah Yusuf, terutama ketika isteri mengandung. Buat bulatan cincin sebanyak 70 kali dengan jari telunjuk di sekeliling perut isteri dan setiap kali ucapkan “AL MATIIN”, insyaAllah akan dikurniai anak lelaki.


4. Ayat 4 dibaca untuk menjadikan seseorang tunduk dan taat.



..."Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku."

5. RAHSIA AYAT PENGASIH NABI YUSUF : Untuk membuatkan orang kasih pada kita, bacalah Surah Yusuf Ayat 4, kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39.



..."dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu."


Caranya: Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih / suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 
* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.


6. Untuk menambahkan kasih suami kepada isteri, boleh diamalkan membaca ayat 23.



"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".


7. Baca ayat 29-30 satu kali kemudian tiupkan kepada makanan yang manis, lantas diberi kepada seseorang yang hendak anda kasihi, atau yang anda ingin agar dia mengasihi anda. InsyaAllah anda memperolehi kasih yang anda dambakan itu.



(29) "Hai Yusuf, jangan hiraukan hal ini! Dan minta ampunlah hai perempuan akan dosamu! Sesungguhnya engkau adalah daripada orang-orang yang bersalah."  (30) Dan perempuan-perempuan di kotamengatakan: "Isteri al-Aziz (pembesar) itu mencuba memujuk pemuda (sahayanya) supaya mengikuti kemahuannya, dia sudah pun jatuh cinta. Sesungguhnya kami lihat dia dalam kesesatan yang nyata."


8. Untuk melenyapkan perasaan takut, baca ayat 64 dengan banyaknya. InsyaAllah rasa takut kepada musuh, takut ditimpa oleh sebarang musibah atau malapetaka akan lenyap, kerana seluruh harapan dan perlindungan hanya berada di tangan Allah.



..."kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan".


9. Membaca ayat 64 akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. -  Ustaz Sharhan Safie


10. Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya. -Ustaz Sharhan Safie

~ Disunatkan membaca ayat ke 68 sebanyak 14 kali untuk menghadapi orang yang dituju dalam memenuhi hajat. - Ustaz Sharhan Safie


"Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. dan sesungguhnya ia orang yang berilmu, kerana Kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).


11. Untuk menawar sakit mata, baca Ayat 93 pada sehelai kain putih dan bersih 7x. Baca pula doa yang berikut dari Ayat 22, Surah Qaaf pada air yang bersih. Kemudian ambil kain putih tadi dan celupkan ke dalam air tersebut dan lapkan kepada mata atau digunakan untuk mencuci mata yang sakit. Lakukan berulang-ulang kali.


"Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya".



“Sesungguhnya engkau dalam keadaan lalai mengenai hal itu, lalu Kami singkapkan dari (penglihatanmu) penutup yang menutupimu, maka pemandanganmu pada hari itu pun amat tajam.”


12. Membaca ayat 111, Allah SWT akan mengurniakan anak-anak yang soleh.


“Sesungguhnya di dalam kisah-kisah mereka terdapat teladan bagi orang-orang yang berakal. Dia bukan dongeng yang direka-reka, tetapi membenarkan apa yang telah terdahulu daripadanya, memberikan penjelasan tentang segala sesuatu, menjadi pertunjuk dan menjadi rahmat bagi kaum yang beriman.”

No comments:

Post a Comment