MAKAM PARA SUHADA
PEMANDANGAN MAKAM SUHADA.
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan
kami juga mencintainya."
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Disinilah bersemadinya para Syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku 3 syawal tahun 3 hijrah (19 March 625M) antara tentera islam dengan tentera kafir Quraish. Perang uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan meraka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini berlaku di sebuah tempat dikelilingi Bukit Uhud.
Kaum Quraish menyediakan 3.000 pasukan, 200 diantaranya pasukan
berkuda yang gagah di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Sedangkan Rasulullah ketika
itu hanya mampu mengumpulkan 700 orang setelah 300 orang lainnya memilih mundur
karena hasutan Abdullah Ubay, tokoh munafik Madinah. Sebanyak 50 orang pasukan pemanah di
tempatkan di gunung Uhud di ketuai oleh Abdullah bin Jabir.
Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib telah mati
dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu
terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap
hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.
Nabi Muhammad SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar
semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika
berperang.
Dalam peperangan ini tentera Islam mengalami kekalahan, nabi
sendiri cedera dan patah giginya. Perang
Uhud meninggalkan pengajaran yang bernilai kepada para sahabat dan umat Islam
seluruhnya tentang kepentingan taat kepada ketua serta tidak mudah terpesona
dengan harta.
Tahun 46 H, Gunung Uhud pernah dilanda banjir besar hingga menyebabkan tanah di beberapa bahagian
di Gunung Uhud terlongsor. Salah satu tempat yang terjejas adalah makam
Sayyidina Hamzah dan Abdullah bin Jahsy hingga jasad keduanya nampak di
permukaan. Diriwayatkan, jasad keduanya masih kelihatan utuh meskipun telah 43
tahun dikebumikan.
Bahkan luka di badan Hamzah itu masih mengalir darah segar seperti jasad orang yang baru saja meninggal. Jasad keduanya dimakamkan kembali tak jauh dari makam 68 syuhada Uhud lainnya. Makam keduanya diberi tanda batu-batu hitam yang mengelilingi makam.
Sebuah riwayat juga menceritakan Rasulullah pernah menaiki puncak Uhud bersama Abu Bakar Assidhiq, Umar ibn Khathab dan Utsman bin Affan. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.
Rasulullah lalu menghentakkan kakinya dan bersabda, “Diamlah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.

No comments:
Post a Comment