Masjid Bir Ali (5 km Dari Madinah)
BANGUNAN ASAL MASJID (DIBAHAGIAN BELAKANG)
Masjid Hudaibiyah (24km Dari Masjidil Haram)
Masjid Jaranah ( 22km Dari Mekah)
Perjalanan dari Madinah ke Mekah memakan masa yang lama. Untuk berniat ihram jemaah umrah atau haji akan singgah di masjid Bir Ali (5 km dari Masjid Nabawi).Di sini jemaah akan solat sunat tahiyatul masjid dan seterusnya solat ihram dan berniat untuk mengerjakan umrah atau haji.Kebanyakan jemaah tidak terlalu lama di sini kerana perjalanan ke Mekah masih jauh lagi (7-8 jam)
Tempat-tempat lain miqat adalah Taneim,Ju'rona dan Hudaibiyah (Miqat bagi penduduk Mekah)
Masjid Aishah, Taneim berkedudukan paling hampir dengan Mekah iaitu kira-kira 10 km sahaja.Ia juga digelar sebagai tempat miqat perempuan.
TEMPAT MIQAT UMRAH :
Apabila jemaah sudah berada di Makkah, terdapat tiga (3) tempat miqat yang sering digunakan sebagai tempat berniat umrah, iaitu ;
1. Di Tanaim ialah tempat miqat umrah yang paling dekat (lebih kurang 5 km. dari Masjidil Haram). Di sini terletak Masjid Siti Aisyah r.a. yang juga dikenali sebagai Masjid Tanaim, bagi memudahkan anda bersolat sunat ihram. Di sini Siti Aisyah r.a. melakukan solat dan sebagai miqat umrah pada tahun ke 10 Hijrah, dan sebagai tempat miqat umrah yang paling afdal untuk kaum wanita.
2. Di Jaranah yang terletak lebih kurang 22 km. dari Masjidil Haram. Di sini terdapat Masjid Jaronah bagi memudahkan anda bersolat sunat ihram. Di sinilah tempat Rasulallah s.a.w. membahagikan harta rampasan perang selepas perang Hunain kepada sahabat-sahabat yang mengambil bahagian dalam peperangan tersebut. Tempat ini juga dikenali dengan nama Miqat Rijali (miqat lelaki). Di miqat inilah juga Rasulallah s.a.w. dan para sahabatnya berniat umrah pada tahun ke 8 Hijrah.
3. Di Hudaibiyah yang terletak di Syumaisi, adalah satu lagi tempat miqat umrah, terletak kira-kira 24 km. dari Masjidil Haram, adalah lebih jauh dari Tanaim dan Jiranah. Di sini terdapat Masjid Hudaibiyah atau Masjid Bai’ah ar-Ridhwan Hudaibiyah. Kawasan ini merupakan tempat di mana Rasulallah s.a.w. bersama 1500 para sahabat telah tertahan daripada melakukan umrah pada tahun 6 H. Para sahabat kemudiannya melakukan bai’ah (janji setia) kepada Rasulallah s.a.w., untuk memerangi orang-orang kafir Quraisy. Akhirnya berlakunya genjatan senjata antara muslimin di bawah Rasulallah s.a.w. dan kafir Quraisy, dan termetrinya Perjanjian Hudaibiyah. Peristiwa ini ada disebut dalam surah al-Fath, ayat ke 10 dan ayat 18.

No comments:
Post a Comment