Wednesday, 14 August 2013

Ambil Wuduk Guna Spray??




5:6

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


Di Masjidil Haram @ Masjid Nabawi  kita sekurang-kurangnya berada didalam masjid satu jam awal jika mahu berada di saf hadapan atau tempat dihajati jika lambat kita mungkin solat di luar sebab ramai jemaah. Sementara menunggu masuk waktu solat kita perbanyakkan solat sunat seperti solat hajat, taubat semuga kita dipermudahkan didalam menjalankan ibadat, berzikir dan membaca al quran.
 Mungkin sebab dah lama duduk didalam masjid kadang-kadang kita terkentut atau terbatal air sembahyang kita, untuk mengambil air sembahyang semula kita terpaksa keluar dari saf kita tadi. Dimasjidil haram paling dekat sekitar 100 meter jaraknya manakala kita terpaksa beratur panjang sebab ramai jemaah atau  kita ambil wuduk guna air zam-zam itupun jika tidak dihalang oleh pekerja-perkerja (aras satu disebelah tangga pintu babu salam @ diluar masjidil haram. Sekiranya kita ada membawa botol spray kita tidak perlu keluar dari saf kita hanya perlu ambil di tempat saf kita sembahyang tadi, jimat masa dan memudahkan kita betul tak?

cara-cara untuk mengambil wudhu menggunakan spray  :-



1. Mula2 Niat

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala".


2. Sapu seluruh muka dari dahi hingga ke hujung dagu dan juga sisi muka di depan telinga dan niat sekali di dalam hati. "Sahaja Aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala".
3. Pastu spray tangan kanan dan ratakan keseluruhan tangan dari siku hingga ke hujung jari.

4. Spray ke tangan kiri pulak dan lupa ratakan air tu dari siku sehingga ke hujung jari.
5. Pastu spray ke kepala dan meratakan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut. tp bagus juga kalau dapat menyapu seluruh kepala.
6. Ok seterusnya spray kaki kanan dulu, ratakan air di hujung jari kaki, tumit, buku lali dan kaki.  
7. Dan terakhir sekali spray kaki kiri pulak dan ratakan air di hujung jari kaki, tumit, buku lali dan kaki juga

1 comment:

  1. Utk anggota yg kita sapu tu.satu kali shj ke? Xperlu 3 kali?

    ReplyDelete