Monday 3 June 2013

TAWAF

Definisi Tawaf

Tawaf (ﻃﻮﺍﻑ) ialah mengelilingi kaabah ikut arah berlawanan pusingan jam sebanyak tujuh kali. Tawaf hanya dilakukan dalam Masjidil Haram, dan tawaf hanyalah mengelilingi kaabah dan bukan benda-benda lain.
Tawaf ialah rukun umrah yang kedua selepas niat. Selepas tawaf barulah boleh dibuat saie dan seterusnya bercukur.

Syarat-syarat Tawaf

Syarat-syarat tawaf adalah seperti berikut:
  1. Suci daripada hadas
  2. Suci daripada najis pada badan dan pakaian
  3. Menutup aurat
  4. Bermula dari penjuru kaabah yang ada Hajar Aswad
  5. Kaabah berada di sebelah bahu kiri dan berjalan ke hadapan
  6. Dilakukan dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ)
  7. Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin
Tengok foto di atas (ehsan dari www.gsalam.net/). Masa tawaf tak boleh masuk ke dalam Hijir Ismail (yang melengkung tu) sebab dulu Hijir Ismail tu adalah sebahagian dari kaabah juga. Tawaf ialah 'di luar kaabah' jadi kalau masuk ke kawasan Hijir Ismail tu sama macam masuk ke dalam kaabah jadi tak sah tawaf. Line hijau tu ialah permulaan tawaf dan di situ jugalah ending tawaf.

Perkara Sunat Semasa Tawaf

Perkara-perkara berikut adalah yang sunat dilakukan semasa tawaf:
  1. Bertawaf dengan berjalan kaki
  2. Memendekkan langkah
  3. Berjalan cepat dengan berlari anak
  4. Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar" (Istilam ialah mengucup Hajar Aswad, atau menyentuhnya dengan tangan, atau membuat isyarat isyarat atau melambai dengan tangan)
  5. Beristilam dengan tangan kanan
  6. Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya
  7. Beristilam di rukun Yamani
  8. Berittibak (kain ihram tidak menutup bahu kanan bagi lelaki)
  9. Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim
  10. Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam)
Ittibak ialah seperti foto di atas. Kain ihram dibuka di bahagian bahu kanan. Keadaan ittibak ini masa tawaf sahaja. Masa solat dan saie dah boleh tutup seluruh badan dengan kain ihram.  

Tawaf Sunat
Tawaf sunat ialah tawaf lain di luar umrah. Tawaf sunat masih perlu dibuat tujuh pusingan dan arahnya pun sama juga iaitu menentang arah pusingan jam (anti clockwise). Startingnya pun sama juga iaitu di sudut hajarul aswad yang ada tanda lampu hijau.
Tak perlu pergi ke miqat untuk buat tawaf sunat ni. Tak perlu pakai pakaian ihram. Tak perlu saie. Pakaian bebas. Pakailah apa pun asalkan sesuailah untuk beribadat. Tengok foto bawah (klik untuk besarkan gambar). Tak semua pakai ihram. Yang tak pakai ihram tu ialah yang sedang buat tawaf sunat.
JENIS-JENIS TAWAF  

-  Tawaf Ifadhah :
   Tawaf ziarah atau tawaf rukun 
-  Tawaf Qudum : 
   Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah. tidak perlu bagi
    jemaah  yang mengerjakan ibadah umrah.

-  Tawaf Wida’    :
   Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.

-  Tawaf Sunat

-  Tawaf Nazar    : 
   Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.

   Tawaf Qudum

   Tawaf Qudum  tidak perlu dilakukan oleh 3 kategori manusia:

Penduduk Makkah dan mereka yang sama dengan hukum dengannya, iaitu mereka yang 
    tinggal dalam  lingkungan miqat

-  Mereka yang mengerjakan  ibadah umrah atau haji secara tammattu’

-  Mereka yang mengerjakan ibadat haji tetapi terus ke Arafah untuk wukuf


Tawaf Ifadhah atau Tawaf Ziarah

Ulama’ sepakat bahawa Tawaf Ifadhah ini merupakan rukun bagi ibadah Umrah. Tanpanya ibadat umrah tidak akan terlaksana. 
Tawaf Wida’

Tawaf Wida’  - meninggalkan tawaf Wida’ dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan dam kecuali yang tidak berkuasa langsung sampai ke Masjidil Haram dan adalah sunat tetapi digalakkan untuk mereka yang mahu keluar dari Makkah walaupun dia merupakan penduduk Makkah


Selain daripada 3 jenis ini,  dikira sebagai tawaf sunat.
 Syarat syarat Sah Tawaf -

1.     Hendaklah dimulakan digarisan yang membetuli dengan Hajar al Aswad.

2.     Berniat melakukan tawaf,

3.     Mengelilingi Ka’abah sebanyak 7 pusingan.

4.     Sentiasa mengarahkan bahu kiri ke arah Ka’abah

5.     Semata semata untuk tawaf

6.     Dilakukan di dalam masjid,  di luar Hijir Ismail dan tidak menyentuh mana mana bahagian Kaabah

7.     Suci daripada najis dan dalam keadaan berwuduk

8.     Menutup aurat seperti mana di dalam Solat.


Sunat Sunat Tawaf


1.  Berjalan kaki walaupun seorang perempuan.

2.  Mengistilamkan Hajar al Aswad dengan tangan kanan kemudian mengucupnya 
      dengan meletakan tangan di  dahi.

3.  Setiap tawaf itu hendaklah berdoa dan memohon apa saja yang dihajati. Doa yang 
    ma’thur adalah lebih baik daripada sebaliknya dan Al Quran adalah sebaik baik zikir yang
    diucapkan.

4.  Bagi setiap tawaf yang di ikuti dengan Sa’i, tiga pusingan tawaf yang awal hendaklah dilakukan secara berlari
     anak, selebihnya berjalan macam biasa.

5.  Bagi orang lelaki dan kanak kanak hendaklah memakai selepang yang disangkut ke atas 
     bahu kiri serta  dililitkan  ke bawah ketiak kanan semasa tawaf dan sai’

6.   Dilakukan secara berturut turut.

7.   Sunat merapatkan diri dengan Ka’abah

8.   Sembahyang 2 rakaat selepas tawaf dibelakang Maqam Ibrahim

9.  Sunat juga memasuki Hijir Ismail sebanyak yang boleh untuk bersembahyang sunat.


Kelebihan dan Hikmah Tawaf

Amalan tawaf di keliling Ka’abah  dimulakan sejak ribuan tahun yang lalu oleh Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya dan juga amalan amalan para malaikat. Allah  Ta’ala telah menurunkan pada setiap hari kepada orang orang yang berada di Masjid Haram sebanyak 120 rahmat, 60 rahmat bagi orang yang tawaf, 40 rahmat kepada sesiapa yang bersembahyang  dan 20 rahmat kepada yang memandang Ka’abah. Tawaf iaitu mengelilingi Ka’abah adalah semata mata untuk membesarkan Allah dan kekuasaanNya, bukan untuk memuja dan mendewakan Ka’abah yang berbentuk kubus yang dibina oleh manusia sendiri. Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak 7 kali. 7 adalah angka banyak yang paling minima dan 7 kali tawaf dikira cukup banyak bagi anak Adam yang kekuatannya terbatas berbanding dengan kekuatan para malaikat. 7 juga adalah angka ganjil dan Allah suka kepada angka ganjil. Rasulullah menyuruh para sahabat berlari kecil pada 3 pusingan pertama sesudah diberitahu bahawa orang orang Makkah mencemuh dan mengejek ngejek para sahabat yang tawaf dalam keadaan letih sesudah berjalan jauh. Ini bertujuan membuktikan bahawa tuduhan musyrikin Makkah adalah tidak benar kerana kaum muslimin kebanyakkanya masih sihat dan bertenaga. Mereka juga disuruh membuka bahu dan lengan di sebelah kanan supaya kekuatan lengan dapat dilihat oleh musuh. Sebab itulah di syaratkan bahu kiri hendaklah sentiasa mengarah ke Ka’abah. Dan sentiasa berpusing ke arah kiri sahaja.



No comments:

Post a Comment