Friday, 20 April 2018

Jom Kenali Kiblat kita, Sejarah Kaabah



1. Rumah ibadat yang pertama didirikan di muka bumi
2. Binaannya dari pada batu yang diambil daripada 5 buah gunung iaitu Jabal Lubnan, Tur Ziata, Tur Sina, Jabal Judi dan Jabal Hira'.
3. Telah dibina sebanyak 3 kali sebelum pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s pembinaan tersebut di buat oleh Para Malaikat Nabi Adam Dan Nabi Sith.
4. Ukuran pembinaan oleh Nabi Ibrahim a.s adalah seperti berikut :
Tinggi : 14 Meter
Panjang : 12 Meter
Lebar : 11 Meter
5. Pembinaan semula Kaabah di buat pada zaman bangsa Quraisy iaitu ketika Nabi Muhammad S.a.w berusia 35 tahun.
6. Baitul Makmur adalah tempat ibadat untuk Malaikat di langit, sama seperti Ka'bah di bumi.
7. Kedudukan Ka'bah selari dengan Baitul Makmur iaitu di bawah 'Arash di langit ke tujuh.
8. Kemuliaan Baitul Makmur di langit, begitu juga Ka'bah di bumi.
9. 70 ribu Malaikat bertawaf di Baitul Makmur dan tidak mengulanginya lagi tetapi Baitul Makmur sentiasa di Tawaf.

Friday, 2 February 2018

15 TIPS PENGALAMAN UMRAH RAMADAN YANG KITA KENA TAHU

Ramai yang bertanya dan nak tahu bagaimana suasana dan pengalaman yang bakal kita lalui sepanjang berada di musim panas dalam masa yang sama sedang menahan diri dari lapar dan dahaga. Apa bezanya? Ini tips  mudah khusus bagi jemaah yang pertama kali ingin menjejakkan kaki di Tanah Suci di dalam bulan Ramadan.
Share dan tag keluarga, sahabat dan kawan-kawan yang sedang merancang nak pergi umrah bulan May nanti. Bagi yang berkira-kira tu dah boleh buat keputusan nak pergi ke tidak. Baca dulu perkongsian saya ini untuk kita dapat gambaran beribadah di sana nanti.
1. PENGALAMAN PUASA SELAMA 15 JAM
Sebelum berangkat antara persediaan diri yang kita kena tahu ialah jadual waktu solat. Subuh di Tanah Suci tahun ini lebih kurang pukul 4.18 pagi. Manakala waktu Maghrib dan Isyak lebih kurang waktu di Malaysia, dalam pukul  7.00 malam di Madinah dan Makkah. Maknanya kita akan berpuasa lebih kurang 15 jam.
2. SUHU YANG DIJAMIN PANAS
Kebanyakan rakyat Malaysia suka pergi umrah pada hujung tahun sebab cuacanya lebih sejuk dan tentunya lebih selesa. Selalunya yang pergi umrah bulan Ramadan kerana mahu mencari kelainan merasai suasana ibadah umrah ketika berpuasa.
Sepanjang Ramadhan, suhu di tanah suci dalam lingkungan 40 darjah Celcius. Penagalaman saya paling tinggi pernah capai sehingga 46 darjah Celcius. Lagi panas dari Malaysia. Sudah namanya pun bulan Ramadhan, memang akan jatuh dalam musim panas.
Ramadhan dalam bahasa arab bermakna PANAS YANG MEMBAKAR. Kalimah Bahasa Arab Ro Mim Dhal itu bermaksud ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya. Jadi, jemaah semua memang kena banyak buat persediaan diri sebelum datang ke sini.
Tapi jangan risau. Di sini, cuacanya PANAS DAN KERING. Tak sempat nak bepeluh lencun seperti di Malaysia. Peluh akan cepat kering dan badan memang tidak akan berbau. Sampaikan kita boleh pakai baju yang sama seharian tanpa rasa ‘melekit’. 
Tipsnya, bawa pakaian nipis dan tak perlu bawa banyak stok baju.
3.  SUASANA BERBUKA PUASA YANG DIJAMIN RARE
Suasana berbuka di Madinah SANGAT MERIAH berbanding di Mekah. Waktu inilah kita akan saksikan banyak syarikat-syarikat dan perniagaan berlumba-lumba ‘cop’ tempat untuk menaja makanan berbuka puasa. 
Di Mekah pun ada majlis iftar tetapi kemungkinan kerana faktor rekabentuk di luar masjid yang agak luas dan , menyukarkan penyediaan makanan yang teratur. Tetapi masih lagi satu pengalaman yang unik untuk kita rasai. 
Berbanding Madinah, kawasan dataran di luar masjidnya yang luas dan berbentuk segi empat tepat di dalam kawasan berpagar. Menjadikan proses penyediaan makanan berbuka dan pembersihan lepas solat Maghrib lebih teratur. Jangan lepaskan peluang lihat bagaimana meriahnya suasan selepas majlis berbuka.
Datang awal sejam atau lebih untuk dapatkan lokasi berbuka yang ‘STRAREGIK’. Biasanya sekitar sejam sebelum berbuka puasa, payung akan ditutup. Waktu inilah jemaah ambil peluang merakam momen indah seluruh kawasan dataran masjid Nabawi yang redup dibelah cahaya matahari petang.
Memang indah dan sangat rare! Hanya di Madinah.
4. DI MANA PORT BERBUKA PUASA TERBAIK?
Selain dari berbuka puasa di hotel, kita ada pilihan untuk turun ke dataran masjid dan berbuka puasa berjemaah. Boleh pilih nak berbuka di luar atau di dalam masjid. Menu juga berbeza. 
Di Madinah, sama ada kita duduk di dalam atau luar masjid, kita PASTI akan dapat makanan.  Biasanya di luar masjid, makanan yang berat dan sedap sikit macam nasi mandi, shawarma, roti, buah-buahan, air laban dan lain-lain. 
TIPS – Kalau rajin ajaklah mutawif berbuka dengan mencari daging kambing atau kibas, biasanya pihak penaja akan bawa lauk pauk dalam periuk besar. Jumpa periuk besar tu, duduklah di atas tikar sebelahnya. Nak cari ayam mandi, kena cari peti besi makanan warna silver. Ada banyak di sekitar kawasan dataran. Sahih ada nasi mandi ayam.
Semasa dalam perjalanan ke masjid lepas Asar pun, kita akan jumpa orang dah mula edar makanan dan minuman.  Tipsnya, hulur sajalah tangan juga ambil makanan tu. Jangan malu-malu. Barulah rare. Memang semuanya diniatkan untuk sedeqah kepada orang ramai.
Lain pula di Mekah di mana tidak semua tempat ada orang edar makanan di dalam masjid. Kalau nak merasa berbuka di dalam masjid, pergi ke tingkat 2 di mana setiap tempat yang ada karpet, memang akan ada satu kumpulan penaja yang akan edar makanan dan air. Kita boleh boleh iktikaf situ. Siap ada aircond. Banyak-banyak tempat, port tu saya perasan, orang asyik tawar nak bagi makanan sampaikan boleh bungkus bawa balik.
5. KENALI JENIS-JENIS MINUMAN KETIKA BERBUKA
Air paling femes tidak lain dan tidak bukan, air zam-zam yang memang ada merata-rata dalam masjid di Mekah dan Madinah. KIta boleh bawa botol siap-siap sebab senang. Tak perlu ulang alik nak tadah banyak kali untuk ambil air zam-zam.  
Duduk di Madinah memang dijamin murah rezeki. Kalau nak rasa air selain air zam-zam, Boleh belajar cuba 4 jenis air biasanya disedeqahkan sebelum waktu berbuka;
1. Shai – teh yang ada rasa pudina. Ini memang susah nak jumpa. Kena pandai cari.
2. Laban – susu masam. Kadang dapat susu segar. Sekali minum, boleh jadi ketagihan.
3. Qohwah – kopi. Ini paling rare. Kalau boleh minum saya tabik spring!
4. Jus buah-buahan – Air manisan dalam botol seperti jus nenas, jus oren, jus manga dan lain-lain. 
Kebanyakkannya orang akan tawar minuman shai (teh) dan qohwah (kopi). Kalau kita dengar dua perkataan ni, saya sarankan korang pilih shai sahaja. Sebab  qohwah (kopi) Arab original ini bukan macam kat Malaysia. Kopi dia macam air herba siap ada rasa bunga lawang, cengkih dan kayu manis dan lain-lain. 
Saya sendiri pengalaman rasanya sekali saja, memang melekat dalam ingatan. Tak boleh nak telan masuk. Siapa tak biasa boleh hilang terus deria rasa dan selera sebaik sahaja berbuka.
Bagi yang pertama kali mengerjakan umrah, inilah pengalaman yang patut kita semua merasa. Ambil peluang rasai sendiri keunikan berbuka puasa di sana, kalau sedap boleh ‘mentong’ kata orang jawa. 
6. TEKNIK MINUM AIR ZAM-ZAM SEMASA BERBUKA PUASA
Tips berbuka puasa di Mekah dan Madinah yang rare ini, saya syorkan supaya jemaah tidak minum air zam-zam atau sebarang air sejuk sebagai ‘muqaddimah’ ketika berbuka puasa. Katanya ini tips nak elakkan batuk terutamanya sepanjang berada di Tanah Suci. Pilih air zam-zam yang ditulis NOT COLD sebagai keutamaan ketika berbuka. Ini untuk yang nak jaga kesihatan. Tahan sekejap nafsu minum air sejuk tu ya. Lepas solat bolehlah qodho balik.
7. SOLAT BERJEMAAH DI MASJID
Waktu berbuka puasa hanya sekitar 10-15 minit. Bukan lama sangat pun. Tips dari saya, kalau boleh makanan yang berbungkus, jangan makan lagi. Simpan dulu makan lepas solat Maghrib nanti. Kalau tidak takut tak sempat habis. Dia sudah bungkus SAPRAH. Takut kita rasa macam kena halau pula nanti.
Selepas berbuka yang ‘ringan-ringan’, terus siap-siapkan diri untuk solat berjemaah. Jangan bimbang. Lepas solat maghrib semua orang macam ‘berkelah’ di kawasan dataran.
Kawasan dataran juga nak dibersihkan. Jadi kena cepat-cepat cari tempat di dalam Masjid. Dalam bulan ramadhan, susah sangat nak dapat solat dalam masjid. Bukan sahaja selepas waktu berbuka, boleh dikatakan setiap waktu.  Kalau 15 minit sebelum azan kita tak bertolak lagi ke masjid, memang jawabnya kita akan solat di luar masjid atau di tepi jalan.
Kalau di Madinah, penjaga pintu muslimat akan benarkan masuk selagi ada tempat solat. Hatta di kawasan pejalan kaki ruang solat. Selagi tak penuh sampai ke pintu, selagi itu kita boleh masuk.
Berbeza di Mekah, pihak pengawal akan menghadang pintu lebih awal walaupun kita nampak masih ada ruang solat lagi di dalamnya. Kadang-kadang mereka bukan tutup pintu sahaja, tapi tutup jalan siap pasang dengan penghadang.  
Kalau jemaah nampak dia tutup jalan atau pintu, jangan cepat sangat putus harapan terus solat tepi jalan sahaja.  Sebenarnya dia tak tutup semuanya, ada trick dia. Mereka akan tutup jalan/pintu secara beransur sikit demi sikit. So kita kena cepat beralih cari pintu lain pula sampai jumpa kalau mahu juga solat di dalam.
Seeloknya pada bulan Ramadhan, biasakan diri kita keluar ke masjid 1 jam sebelum azan dan kita sudah berada di dalam masjid menunggu waktu solat. Kan banyak faedahnya dapat iktikaf di dalam masjid. Bulan puasa lagi.
8. MACAM MANA NAK CARI PINTU YANG MASIH DIBUKA?
Bila kita berada di Mekah, memang kena cepat pergi ke masjid terutamanya kalau waktu Subuh dan lepas waktu Asar. Dalam pukul 5.30 petang tu sudah kena turun dari hotel. Sebab waktu inilah orang tengah berpusu ke masjid nak solat Subuh dan Maghrib kemudian terus bersedia untuk solat tarawikh dalam masjid.
Tipsnya kita kena pandai cari pintu mana yang masih dibuka. Sebenarnya dari jauh pun kita boleh nampak. Di atas setiap pintu ada papan elektronik LED berwarna merah atau hijau. Kalau hijau, cepat-cepat berjalan menuju ke pintu tu. Kalau dari jauh dah nampak merah, cepat-cepat cari sign yang berwarna hijau. Jangan pula ikut arus orang ramai yang sedang masuk ke sign pintu warna merah.
Bagi yang tidak tak faham, mereka akan tunggu dan merayu pada pak guard yang jaga tu untuk benarkan masuk ke dalam. DIJAMIN pak guard tu memang tak akan buka sekali pintu tu ditutup. Jadilah tetamu Allah yang bijak mencari pintu ya!.
9. BAWA SEJADAH BESAR
Ketika mengerjakan umrah di bulan Ramadhan, kita digalakkan bawa sejadah besar. Ini kerana peratusan untuk solat di luar tu agak tinggi kalau kita lambat ke masjid. Ini tips bagi yang selalu bangun lambat atau tak sempat nak masuk masjid. 
Ini juga tips untuk elak solat di atas lantai yang kotor terutamanya kalau kita terpaksa solat di jalan atau solat lepas habis watu berbuka puasa. Sebab lepas habis berbuka, lantai di luar masjid memang agak kotor, melekit sebab banyak nasi, air, dan kuah yang tumpah.  Cleaner start bersihkan kawasan luar masjid lepas habis solat Maghrib. 
Buat persiapan yang bijak. Sekurang-kurangnya kita boleh solat atas sejadah yang bersih. Ini pun untuk keselesaan kita sendiri.
10. TUKANG SPRAY AIR
Kalau bulan biasa, setiap kali kita penat atau duduk sahaja dalam masjid, boleh santai-santai lepak  sambil minum air zam-zam yang diletakkan di mana-mana dalam masjid.  Masa balik solat, boleh pula pekena aiskrim Mekah. Ini macam rutin harian orang sana.
Tapi bulan Ramadhan memang sah kita kena puasa. Antara cara nak segarkan diri, selalulah spray air zam-zam ke muka dan mana-mana anggota badan. Bagi sejuk dan segar sikit muka tu.
Dan nanti kita akan nampak ada orang main spray je air kat korang ketika tawaf atau di ruang yang sesak. Jangan dimarah pula kena sembur. Sebenarnya niat mereka hanyalah mahu segarkan diri kita.  Itu antara keunikan orang sana membuat amal sedeqah. Ramadhan kan musim panas. Siap spray pakai tong racun pun ada. Jangan terkejut dan melatah pula ya.
11. SADAQAH DI HARAMAIN
Kita sangat tahu sedekah bulan Ramadhan di sini luar biasa kerana masing-masing yakin dan mahu mendapatkan ganjaran yang Allah berikan pada sesiapa menyediakan makanan kepada mereka yang berbuka.
Dan kita akan jumpa ada orang yang sediakan hanyalah tisu. Ya, tisu sahaja! Mereka ni akan duduk sahaja sambil pegang kotak tisu sambil menunggu di tempat tawaf atau tempat solat. Ada yang sedeqahkan buah kurma dan ada juga edarkan makanan ringan untuk jemaah yang lalu lalang.
Semua orang mencari jalan bagaimana nak bersedeqah. Tanya mutawif nanti. Macamana nak bersedeqah di Tanah Suci. Ada banyak cara. Tak susah pun nak buat pahala di bulan Ramadan.
12. WAKTU LAWATAN KE RAUDAH
Kalau bulan biasa, waktu lawatan Raudhah bagi jemaah wanita ialah selepas selesai Solat Subuh kira-kira jam 7 pagi sehingga kira-kira 1 jam sebelum masuk waktu Zohor. Di sebelah petang pula, masanya agak singkat iaitu selepas selesai solat Zuhur hingga sebelum masuk waktu Asar. Manakala sebelah malam pula, selepas selesai solat Isyak hingga jam 12 tengah malam.
Bagi bulan Ramadhan pula, sedikit berbeza dan lebih singkat masa lawatannya untuk jemaah wanita.
Pagi: Selepas Subuh (lebih kurang 7 pagi – 9.30 pagi)
Tengahari: 10-15 minit sahaja
Malam: Sebelum 10 Ramadhan terakhir, dibuka sekejap selepas tarawikh. Tapi sebaik sahaja masuk 10 Ramadhan terakhir, raudhah memang tidak dibuka pada sesi malam. Ini kerana ramai orang mula beriktikaf di masjid pada tempoh tersebut.
Bagi jemaah wanita, hanya ada masa waktu sebelah pagi sahaja waktu paling sesuai untuk ziarah Raudhah. Tips pintu nak masuk Raudhah adalah pintu nombor dan gate 25. Jemaah Rarecation untungnya duduk di hotel Fayroz Syattah. Memang betul-betul depan gate 25. 50 meter sahaja dah sampai.
13. MACAM MANA NAK SPONSOR MAKANAN BUKA PUASA DI HARAMAIN?
Kalau jemaah nak juga merebut pahala memberi makanan orang di tanah suci, kita boleh beli makanan dan distribute sendiri. Cara lain kita boleh bagi duit pada kedai dan pihak kedai tersebut akan uruskan semuanya.
Sebagai contoh jika di Madinah, boleh beli kurma ajwa di pasar kurma dan air jus di Supermarket Bin Dawood. Kemudian letak dalam satu plastik jadi senang nak agih di perkarangan dataran masjid semasa orang lalu lalang nak pergi masjid atau agih kepada jemaah di dalam masjid.
Ketika di Makkah pula, kita boleh bagi duit kat kiosk makanan tepi jalan yang buat pakej begini.  Pilih sahaja pakej makanan yang kita nak sedeqahkan.  Semasa proses pengedaran makanan tu, kedai yang akan agihkan. Kerja kita bagi duit sahaja dan minta pihak mereka uruskan.
14. SUASANA WAKTU MALAM 
Di tanah suci suasana malamnya sangat meriah dengan ibadah yang mana kebanyakkan orang tidak tidur pada waktu malam di bulan Ramadhan.  Sebab kat sini, selesai solat tarawikh 20 rakaat  lebih kurang pukul 11 malam. Dan imam masjid di Makkah dan Madinah akan mulakan qiamullai bermula pukul 12-12.30 malam. Jadi masa rehat sini sangatlah sekejap. Paling kurang 1 jam sahaja. 
Kebiasaannya bermula maghrib, orang ramai tak akan keluar dari masjid lagi sampai waktu Subuh sebab nanti memang kita tahu susah dah nak dapat masuk kawasan masjid lepas tu. Lepas waktu subuh, memang ramai yang bergelimpangan tidur di dalam masjid. Jangan pelik. Itu normal.
Jika jemaah memang nak tunggu sampai waktu qiam, kita memang dah kena bersedia dengan kelengkapan dan mula masuk masjid bermula 1 jam lepas Asar paling lewat. Kalau tidak, kita dah susah nak dapat tempat solat yang selesa terutamanya di Mekah. 
15. WAKTU BILA ORANG TIDAK RAMAI?
Kebanyakan waktu tak ramai jemaah di dalam masjid adalah ketika waktu dhuha. Antara sebabnya kerana kebanyakkan sudah kembali pulang ke hotel selepas berjaga sepanjang malam dalam masjid,. Mereka balik untuk berehat dan siapkan kelengkapan lain untuk malam seterusnya.
Bagi jemaah saya, waktu Dhuha atau selepas solat Subuh adalah waktu pendidikan jiwa. Kuliah ini yang penting untuk memahamkan kita matlamat dan tujuan kita tunaikan ibadah umrah. Banyak fadilat umrah yang kita kongsikan untuk jemaah faham APA HASIL IBADAH YANG MAHU KITA BAWA PULANG NANTI.
KESIMPULAN
Menunaikan ibadah umrah dan juga berpuasa Ramadhan di Tanah Suci amat besar ganjaran pahalanya. Malah ada hadis Nabi s.a.w yang menyatakan “sesiapa yang melakukan Umrah dalam bulan Ramadhan seolah-olah mereka mengerjakan Haji bersama-sama denganku.” Subhanallah. 
Buat Umrah menyamai ganjaran pahala Haji. Tetapi harus diingat melakukan Umrah 7 kali menyamai pahala Haji memang tidak ada dalil dari Al-quran mahupun hadis. Apa yang penting kita nak ambil ialah hikmah dan pelajaran berpuasa dan melaksanakan umrah di bulan istimewa ini.
Kenangan menunaikan ibadah puasa dan umrah di bulan Ramadhan di Tanah Suci Mekah memang amat mengujakan dan sangat RARE!. Tanyalah pada mereka yang sudah ke sampai di sana pada bulan Ramadhan, pasti jawapannya senada dengan saya.

Perihal Dam dalam ibadat Umrah

Dam ialah denda yang dikenakan kepada Jemaah yang mengerjakan umrah kerana meninggalkan perkara-perkara yang wajib, melakukan perkara-perkara yang dilarang, sama ada dilakukan secara sengaja, tidak sengaja atau kerana tidak tahu.
Mengikut pendapat ulama Mahzab Syafie, satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah disedekahkan dagingnya atau berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.
Terdapat tiga bentuk hukuman mengikut tahap-tahap pelanggaran:
Sekiranya melanggar larangan secara sengaja, tanpa keuzuran atau bukan di bawah paksaan, hukumnya berdosa dan Jemaah diwajibkan membayar dam.
Sekiranya melanggar larangan kerana terpaksa, hukumnya tidak berdosa dan Jemaah wajib membayar dam.
Sekiranya melanggar larangan kerana sebab jahil, uzur, lupa atau semasa tidur, maka hukumnya tidak berdosa dan tidak wajib membayar dam.
Jenis-jenis Dam
Terdapat empat jenis dam, iaitu:
1. Dam Tertib Takdir
Maksud tertib iaitu melakukan satu dam yang ditetapkan dan jika tidak mampu, lakukan dam berikutnya yang ditetapkan. Manakala takdir pula iaitu kadar dam yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya, seseorang yang tidak berihram di Miqat, hendaklah ia melaksanakan dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari (iaitu 3 hari di masa haji dan 7 hari apabila ia pulang ke tempatnya), sekiranya tidak mampu juga disebabkan tua, hendaklah dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (sebanyak 10 cupak). Jika tidak berdaya juga, maka tertanggunglah zimmah ke atasnya.
2. Dam Tertib dan Takdil
Maksud takdil apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan, hendaklah ia ganti dengan berpuasa. Contohnya, seseorang yang melakukan persetubuhan, maka si suami dikenakan dam iaitu menyembelih seekor unta, jika tidak mampu hendaklah ia menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu hendaklah digantikan dengan tujuh ekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram. Jika tidak mampu, hendaklah ia berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta.
3. Dam Takhyir dan Taqdir
Maksudnya ketetapan kepada barang yang boleh diganti. Contohnya seseorang yang memakai pakaian yang dilarang dalam ihram atau memotong kuku, maka dam yang dikenakan menyembelih seekor kibas (atau kambing atau 1/7 unta). Sekiranya tidak mampu, bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang. Sekiranya tidak mampu, berpuasa tiga hari.
4. Dam Takhyir dan Takdil
Takhyir ertinya boleh memilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan. Contohnya, memburu binatang yang halal dimakan atau mencabut pokok dan dam yang dikenakan iaitu menyembelih binatang mengikut binatang yang diburu. Jika rusa, bandingannya ialah lembu, jika kijang, bandingannya ialah kambing dan seumpamanya. Jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan dengan nilai harga binatang sebagai bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin di Makkah. Sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari. Wallahua’lam
Cara Membayar Dam
Bagi membayar dam, Jemaah bolehlah berbincang dengan mutawwif tentang cara bayaran dam. Bayaran dam dan fidyah adalah urusan sendiri dan Jemaah bolehlah membayarnya kepada fakir miskin Makkah pada kadar 5 rial.
Bayaran dam ini bergantung kepada jenis-jenis kesalahan larangan dan ianya tidak sama antara satu kesalahan dengan kesalahan yang lain.
Perlu diingat yang dam hanya boleh dibayar di Makkah sahaja kecuali dam ihsar bagi Jemaah yang gagal meneruskan umrah.

Friday, 5 January 2018

ADAKAH PERLU BERUNDUR DUA TIGA LANGKAH SELEPAS BERHENTI MINUM AIR ZAMZAM SEMASA SA‘IE?


Adakah sah sa’ie dan umrah saya tanpa berundur beberapa langkah ke belakang selepas berhenti minum air zamzam ketika melakukan sa’ie?
Saya amat berharap akan penjelasan daripada Tuan Mufti.
Jawapan :
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT :
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّـهِ
Maksudnya : “Dan sempurnakanlah Ibadah Haji dan Umrah kerana Allah.”
(Surah al-Baqarah: 196)
Begitu juga, berdasarkan sebuah hadis daripada Aisyah R.Anha, katanya : “Wahai Rasulullah, adakah jihad bagi kaum wanita?” Baginda bersabda :
نَعَمْ: جِهَادٌ لاَ قِتَالَ فِيهِ : الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ
Maksudnya : “Ya, jihad tanpa peperangan, iaitu haji dan umrah.
                                                                                              [HR Ibn Majah (3013)]

Para ulama’ telah bersepakat memutuskan bahawa haji adalah fardhu, tanpa seorang pun di kalangan mereka berpendapat sebaliknya. Oleh itu, mereka menghukumkan kafir kepada sesiapa yang mengingkari sesuatu yang yang telah thabit dengan al-Quran, al-Sunnah dan ijma’. Begitu juga, berdasarkan pendapat yang lebih jelas daripada Imam al-Syafie, umrah juga adalah fardhu, sebagaimana haji. Dan ayat dia atas adalah merupakan dalil bagi mereka yang berpendapat bahawa umrah adalah fardhu. Selain itu, mereka juga telah bersepakat mengatakan bahawa haji dan umrah wajib dilakukan oleh mereka yang mampu, hanya sekali seumur hidup. [Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (2/115-116) dan al-Idhoh fi Manasik al-Haj wa al-Umrah, hal. 378-379]
Rukun-rukun umrah
Sepertimana yang kita ketahui, rukun ialah bahagian-bahagian yang asas bagi sesuatu ibadah. Maka, amalan (rukun) umrah adalah seperti berikut :
  1. Ihram umrah adalah sebagaimana ihram haji.
  1. Melakukan tawaf umrah.
  1. Sa’ie di antara Bukit Safa dan Marwah
  1. Bercukur atau bergunting rambut.
Syeikh Abd al-Fattah Husein menyatakan difahami daripada perkataan penulis iaitu Imam al-Nawawi bahawa rukun yang kelima bagi ibadah umrah ialah Tertib.
[Lihat : al-Fiqh al-Manhaji (2/144) dan al-Idhoh fi Manasik al-Haj wa al-Umrah, hal. 386]

Berhenti seketika minum air zamzam ketika sedang sa’ie
Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, secara asasnya kita mengetahu bahawa sa’ie di antara Bukit Safa dan Marwah adalah merupakan antara rukun-rukun umrah. Seseorang yang mengerjakan ibadah umrah dan haji hendaklah melakukan pusingan sebanyak 7 kali, iaitu berjalan daripada Bukit Safa dan Marwah dikira satu pusingan, kemudian daripada Marwah ke Safa dikira lagi satu pusingan dan begitulah seterusnya, sehinggalah cukup 7 kali pusingan dengan berakhir di Marwah. [Lihat : al-Idhoh fi Manasik al-Haj wa al-Umrah, hal. 257]
Selain daripada itu, sekiranya seseorang yang sedang sa’ie itu berhenti untuk berehat atau pulang ke hotel. Perkara tersebut tidak membatalkan atau merosakkan ibadah sa’ienya, dan dia hanya perlu menyambung dan menyempurnakan baki bilangan sa’ienya sahaja kerana muwalah antara bilangan sa’ie hukumnya adalah sunat. [Lihat : al-Idhoh fi Manasik al-Haj wa al-Umrah, hal. 259]
Begitulah juga, sekiranya seseorang itu minum air zamzam di tempat yang disediakan sepanjang laluan sa’ieSelesai minum dia hanya perlu meneruskan sahaja perjalanan sa’ie tersebut tanpa perlu berpatah balik beberapa langkah. Hal ini kerana setiap langkah yang dilaluinya itu adalah dikira, dengan syarat dia masih di dalam kawasan mas’a (tempat sa’ie) serta di laluan yang betul.
Akan tetapi berbeza sekiranya dia telah keluar daripada kawasan mas’a, kemudian masuk semula bagi menyambung dan menyempurnakannya. Kami berikan dua contoh agar lebih mudah untuk faham berdasarkan kepada dua situasi :
Situasi pertama : Seseorang itu telah melakukan sa’ie di tingkat bawah dan selesai satu pusingan sa’ienya (daripada Bukit Safa ke Marwah). Kemudian, dia ingin meneruskan baki pusingan di tingkat atas, maka dalam hal ini dia hanya perlu memulakan sa’ienya di Marwah.
Situasi kedua : Seseorang itu telah melakukan sa’ie di tingkat bawah dan selesai satu pusingan sa’ienya (daripada Bukit Safa ke Marwah). Kemudian, meneruskan pula perjalanan bagi pusingan kedua. Ketika di pertengahan jalan dan belum sampai pun lagi di Safa, dia mahu melakukannya di tingkat atas. Maka dalam hal ini, dia perlu memulakannya di tempat yang dia berhenti (mengikut jarak pada sangkaannya yang kuat) dan kami syorkan sekiranya dapat berundur beberapa langkah ke belakang, adalah lebih baik sebagai langkah berhati-hati (ihtiyatan).

Kesimpulannya
Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelas diteliti pandangan para ulama mengenainya, kami berpendapat bahawa seseorang yang minum air zamzam di tempat yang disediakan sepanjang laluan mas’a, tidak perlu berundur dua tiga langkah ketika mahu menyambung dan meneruskan ibadah sa’ienya. Hal ini kerana setiap langkah yang dilaluinya itu (di kawasan mas’a) adalah dikira sa’ie, sekalipun berhenti berehat sebentar, atau pergi ke arah tempat air zamzam untuk minum (yang di dalam mas’a) yang sehala dengan laluan sa’ienya. Hukum sa’ie yang dikerjakan olehnya itu sah dan tidak perlu mengulanginya.

Tuesday, 8 August 2017

Padang Arafah



Padang Arafah adalah satu tempat yang bersejarah bagi umat Islam. Padang Arafah adalah salah satu tempat yang diperuntukkan bagi umat Islam saat melaksanakan rangkaian ibadah haji. Dalam rukun haji kita mengenal apa yang disebut sebagai Wukuf di Padang Arafah. Jaraknya dari Makkah kira-kira 22 km sebelah tenggara Masjidil Haram. Luasnya kira-kira 10.4 km persegi. Arafah atau Arafat berasal dari kata 'arafa yang berarti Kenal atau mengerti. dinamakan Arafah karena tempat tersebut adalah tempat pertemuan atau perkenalan antara Nabi Adam dan Sayyidah Hawa di bumi ini.


Adam yang diturunkan di India dan Hawa di Jeddah, setelah beberapa tahun lamanya saling mencari ahirnya dipertemukan oleh Allah SWT di Padang Arafah. Selain tempat pertemuan dan perkenalan antara Nabi Adam dan Sayyidah Hawa, padang Arafah juga merupakan tempat Malaikat Jibril memperkenalkan dan mengajarkan kepada Nabi Ibrahim tentang manasik (amalan) haji.

Setelah selesai menerangkan amalan haji, Jibril bertanya: "Arafta?" maksudnya: Sudah tahukah kamu?
Jawab Ibrahim: "Araftu". Maksudnya: Ya Saya tahu.
Wukuf di Arafah merupakan rukun haji yang utama yang dilaksanakan pada tanggal 9 dzulhijjah (Hari Arafah). Barang siapa yang meninggalkannya maka hukumnya adalah seperti tidak melakukan haji, karena Rasulullah SAW telah bersabda yang artinya: "Haji itu ialah Arafah." (HR. Atturmudzi).

Jika seseorang yang telah berniat haji tidak sempat untuk berwukuf di Arafah maka terlepaslah hajinya pada tahun tersebut.


Fadhilah Hari Arafah.

Hari Arafah yang jatuh pada tanggal 9 dzul hijjah mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam banyak hadits. Di antaranya ialah:

1. Pembebasan dari api neraka.

Sayyidah Aisyah berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada hari yang Allah membebaskan banyak hamba-Nya dari api neraka melebihi di hari Arafah. Allah merasa bangga dengan hamba-hamba-Nya dan Allah berfirman kepada malaikat: "Apa yang mereka mau?". (HR. Muslim)

2. Limpahan rahmat dan pengampunan dosa. Sabda Rasulullah SAW: "Ketika kalian melaksanakan Wukuf di hari Arafah, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kalian. Dan Allah berfirman kepada malaikat : "Hamba-hamba-Ku datang dari segenap penjiru dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan banyak debu di badan mereka, semata-mata mengharapkan syurga-Ku. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau mahluk di lautan, niscaya Aku akan menghapuskan semuanya. Allah berfirman: "Keluarlah kalian dari padang Arafah dengan dosa yang telah Aku ampuni." (HR. Ath thobrani)

Sabda Rasulullah lainnya "Syaitan tidak pernah kelihatan lebih kecil, lebih lemah dan kalah selain di hari Arafah, karena ia melihat limpahan rahmat diturunkan dan Allah mengampuni dosa-dosa besar para hamb-Nya". (HR. Al Baihaqiy)

3. Kelebihan berpuasa pada hari Arafah. Di antara kelebihan hari Arafah , ialah barang siapa yang berpuasa pada hari tersebut (bagi mereka yang tidak mengerjakan haji) maka dosanya dalam satu tahun akan dihapus oleh Allah. Diriwayatkan dari Abu Qatadah bahwa telah datang seorang lelaki dan berkata pada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, beritahu kepada kami mengenai kelebihan puasa pada hari Arafah." Baginda bersabda: "Aku berharap agar Allah akan menghapuskan dosa pada satu tahun yang telah berlalu dan tahun yang akan datang." ( HR. Muslim)


4. Sebaik-baiknya doa ialah doa di hari Arafah. Rasulullah bersabda: "Sebaik-baiknya doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah, dan sebaik-baiknya ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: Laa Ilaha illa Allah wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa alaa kulli syain qadir. (HR. Atturmudziy) Wasiat Rasulullah di Padang Arafah Dalam sebuah kisah diceritakan bahwa Baginda Rasulullah bertolak menuju ke Arafah dari Mina saat matahari terbit pada 9 Dzulhijjah. Sebuah kemah telah didirikan untuknya di sana. Baginda berada di dalam kemah tersebut sampai tergelincirnya matahari (dzuhur). Rasulullah mengarahkan agar disiapkan untanya Al-Qaswa', lalu Baginda naik unta tersebut menghampiri dan berada ditengah-tengah Umatnya sebanyak 145 ribu yang sudah berkumpul menunggu . lalu Baginda menyampaikan khutbah ini: "Wahai manusia! Dengarkan apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kalian lagi pada hari Arafah tahun depan?.


Dengarkanlah:

1. Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan tanah ini (Makkah dan sekitarnya).
2. Barang siapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuannya.
3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di bawah tapak kakiku
( yang telah aku hapus).
4. Tuntutan hutang darah di zaman Jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampuni.
5. Riba adalah haram dan dilarang oleh Allah SWT.
6. Wahai manusia! Takutlah pada Allah di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah dari Allah , dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan Kalimat Allah (Aqad Nikah). Wajib bagimu untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga kehormatan mereka. Jika mereka melakukan perbuatan buruk, maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tetapi bukan dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib bagimu untuk menjaga dan menghormatinya.
7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, maka tidak halal bagi seseorang muslim mengambil harta orang lain dengan tanpa izin.
8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas kepergianku, di mana sebagian dari kamu memerangi sebagian lainnya. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu pedoman, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah Tuhan kamu dan menunaikan sholat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan serta mengeluarkan zakat dengan ihlas dan tulus. Dan kerjakanlah haji, niscaya kamu akan masuk syurga.
10.Tuhan kamu adalah Allah yang Maha Esa (satu), kakek moyang kamu juga satu, kamu semua berasal dari Adam dan Adam telah dijadikan dari tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertakwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan takwa. Sebagai penutup khotbah, rasulullah bersabda; Besok kamu akan ditanya oleh Allah tentang keberadaanku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab: Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan Risalah yang tuan bawa. Rasulullah lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah ribuan umatnya, sambil berkata: "Ya Allah! Saksikanlah". Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Mengenai Khotbah Rasulullah diatas ada beberapa Ulama' berbeda pendapat. Jumhur ulama' (Hanafi, Maliki dan Syafi`ie) mengatakan bahwa khotbah rasulullah pada waktu itu adalah khotbah jum'at (2 khotbah), karena kebetulan pada waktu itu hari jum'at. Namuan imam Hambali mengatakan bahwa khotbah Rasulullah pada waktu itu hanya satu khotbah. 

Monday, 7 August 2017

Dapatkan Naskah Percuma Tafsir Al Quran & Risalah Hadith



Naskah Percuma Tafsir Al Quran & Risalah Hadith
Jika jemaah ke Safwa Tower, pasti ternampak satu kaunter di tepi pintu Utama Masuk / Keluar kadang kala sepi tiada pengunjung, ada seketika ramai jemaah dari negara luar yang berkerumun di situ.
Bagaimana nak cari kaunter ini?
Kaunter berkenaan terletak di pintu masuk utama sebelah kiri Safwa Tower, sebelum eskulator. Di tepi bahagian penjuru kedai cermin mata Al Arabi Optical.
Naskah Tafsir ini diberikan secara PERCUMA kepada jemaah-jemaah seluruh dunia, dengan kepelbagaian terjemahan bahasa - Inggeris, Melayu, Turki, Arabic & banyak lagi. Bila ke kaunter berkenaan akan disapa mesra "Baraqallah Haji / Hajjah, Malaysia / Indonesia?" 
Boleh ambil dua, tiga, empat naskah tanpa bayaran. MashaAllah.
Setiap minggu ada kepelbagaian tafsir & risalah yang berbeza-beza, kadang kala ada diberi CD Al Quran percuma.
Buat jemaah Malaysia yang berkesempatan ketika di Makkah, saya war-war kan sedikit informasi ini agar jemaah berpeluang untuk mendapatkan naskah ini sebagai tanda ingatan & kenang-kenangan dari Tanah Suci untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Sunday, 6 August 2017

TIPS FITRAH AL HAJJ

 Persiapan Dan Persediaan Awal Mental Dan Spiritual Sebelum Pergi Menunaikan Ibadat Haji Dan Umrah Ke Tanah Suci*
Banyak yang perlu disedia dan dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Persiapan awal mental dan rohani terutamanya mesti dititikberatkan supaya pemergian ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah.
Dalam usaha meraih Haji Mabrur, maka para bakal haji diharapkan dapat melakukan pematangan sikap, ikhlas, sabar, saling membantu dan amalan beragama. Hendaklah difahami betul-betul segala perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah haji dan umrah mahupun persiapan rohani dan jasmani (spiritual dan fizikal).
Persiapan Awal Mental Dan Spiritual
Membersihkan dan mensucikan diri secara rohani atau spiritual boleh dilakukan dengan cara seperti bertaubat dan memohon ampun kepada Allah سبحانه وتعال, memperbaiki kekhusyukan solat, mengeluarkan zakat dan mohon kemaafan orang lain. Iaitu memperbaiki hubungan dengan Allah سبحانه وتعال dan antara sesama manusia sebagaimana huraian ringkas di bawah ini:
1. Syahadah
Perbetulkan iktikad dalam memaknakan syahadah. Biar setiap urat dan saraf kita benar-benar merasai getarannya apabila melafazkan kalimah ‘lailahaillallah muhammadur rasulullah’ kerana Syahadah itu janji hati kepada Allah سبحانه وتعال.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya, merekalah orang-orang yang benar.” (Surah Al-Hujuraat: Ayat 15)
2. Ikhlas Niat
Dalam menunaikan tuntutan Allah سبحانه وتعال untuk mengerjakan Haji dan Umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim, perlulah dibersihkan hati dari segala cacat cela dengan berniat ikhlas kerana Allah سبحانه وتعال. Jadi niat ini semestinya diselidiki selalu dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.
Niat sebenarnya pergi menunaikan ibadah Haji dan Umrah hanya melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعال dan mengharapkan keredhaanNya semata-mata. Dengan itu haruslah ditanamkan semangat dengan perasaaan tulus dan ikhlas serta belajar bebaskan diri dari segala tekanan duniawi yang akan memberatkan fikiran sepanjang perlaksanaan haji.
.
Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)
3. Tingkatkan Amalan
Jika sebelum ini amat jarang atau belum pernah melakukan amalan-amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran, qiamullai, bertafakkur, bersedekah (wang, harta, tenaga, lisan) dan sebagainya. Maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak. Jika ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka akan menjadi suatu bebanan dan keterpaksaan yang akhirnya memaksa diri melakukannya juga.
Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan. Maka tiadalah penambahbaikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat ke tanah suci kerana latihan ini memerlukan kecekalan dan masa yang panjang.
4. Muhasabah Diri
Dekatkan diri kita kepada Allah سبحانه وتعال seperti perbanyakkan istighfar dan sentiasa melakukan Qiamullai seperti melakukan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Tahajud, Taubat dan Hajat untuk membantu kita bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى .
Mengetahui sikap negetif dan pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan berusaha membuang sifat-sifat yang buruk dan tercela.
5. Taubat Nasuha
Bertaubat atas kesemua dosa dan kelalaian kita terhadap suruhan Allah سبحانه وتعال serta meninggalkan segala yang makruh dan perbuatan-perbuatan mungkar. Bersihkan diri dari segala dosa dan perbuatan lampau yang telah banyak kita lakukan dengan melakukan Solat Taubat dan memohon keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى.
Jika seseorang itu bertaubat daripada dosa kepada Allah سبحانه وتعال, maka hendaklah memenuhi syarat-syarat Taubat Nasuha :
Menyesal atas segala perbuatan dosa.
Segera meninggalkan perbuatan dosa tersebut.
Berazam tidak akan melakukan lagi dosa-dosa itu.
Jika berdosa kepada sesama insan, maka hendaklah memohon maaf dari orang tersebut dan jika dia mengambil hak seseorang, maka hendaklah dia memulangkan hak mereka itu.
6. Perbaiki Kualiti Solat
Jika tahap solat kita masih sama seperti ketika belajar di sekolah dahulu, kita perlulah memperbaiki dan meningkatkan kualiti solat terutama mutu bacaan dan tajwid agar lebih khusyuk dan betul.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”
Memperbanyakkan solat sunat adalah antara langkah memperbaiki kualiti dan menambah kekhusyukan solat fardhu kita. Dalam solat juga terdapat zikir dan doa yang kita pohonkan, maka berdoalah dengan khusyuk dan yakin, bukan dengan sambil lewa.
7. Banyakan Berpuasa
Puasa dapat menundukkan nafsu dan menjadi perisai nafsu manusia, maka perbaikilah kualiti puasa fardhu kita dan banyakkanlah berlatih dan melakukan puasa sunat. Sekiranya ada puasa yang belum diqadha atau dikeluarkan fidyahnya, tunaikanlah semampu mungkin. Begitu juga dengan puasa nazar yang belum ditunai, maka laksanakanlah secepat mungkin.
8. Belajar Bersabar
Sifat sabar amat diperlukan dalam melaksanakan ibadah haji, Sikap ini bahkan mulai diuji sebaik seseorang memutuskan untuk berangkat ke tanah suci. Semua urusan memerlukan kesabaran, baik pada menunggu giliran haji, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran, mengikuti manasik haji dan sebagainya.
Di tanah suci sendiri, ketika berkumpulnya jutaan jemaah dengan pelbagai ragam, tabiat dan kebiasaan yang berbeza dan akan ada saja perilaku yang boleh menimbulkan kemarahan jemaah. Bersabarlah demi ketaatan kita kepada Allah سبحانه وتعال.
9. Kawal Perasaan
Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau sahabat kita sendiri. Ada kalanya pertengkaran antara suami atau isteri dan sebagainya akan sering berlaku apabila tidak dikawal dengan rasa sabar dan syukur.
Adakalanya di tanah suci, hati kita terdetik berkenaan sesuatu, ia akan berlaku tanpa disedari, maka belajarlah sejak di tanah air lagi agar mengawal perasaan, sentiasa berfikiran positif dan bersifat husnuzon.
Jauhilah sikap suka mengkritik segala perkara atau sering merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah سبحانه وتعال yang mahu melihat akan tahap amarah dan kesabaran kita.
10. Jihad Kasih Sayang
Bagi seorang wanita menunaikan haji menuntut pengorbanan tinggi kerana fitrah mereka yang dianugerahi sifat pengasih dan sensitif dengan jarak perpisahan terutama terhadap anak dan keluarga. Pengorbanan besar terpaksa dilakukan demi mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعال.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Jihad orang tua, kanak-kanak, orang lemah dan orang perempuan ialah haji dan umrah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.).
Oleh itu, wanita Islam hendaklah berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji. Cita-cita untuk menunaikan haji mestilah dekat di hati kita.
11. Tolong-Menolong
Kerap berlaku suatu keadaan kita diminta untuk memberikan pertolongan kepada orang lain yang memang perlu dibantu khususnya bagi mereka yang selalu uzur. Lakukan bantuan dengan segera. Jangan ragu-ragu kerana dengan pertolongan yang diberikan, maka nescaya Allah سبحانه وتعال akan membalasnya dengan membantu anda. Percayalah bahawa orang-orang yang banyak membantu orang lain dengan ikhlas, segala urusannya akan menjadi mudah dan lancar, dan ajaibnya dia akan terhindar dari pelbagai kesukaran. Yang penting niat menolong dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan kecuali redha Allah سبحانه وتعال semata-mata.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari r.a.).
12. Berinfak Dan Bersadaqah
Lakukan infak dan sedekah dengan hati yang ikhlas. Bersedekah bukan terhad kepada harta dan wang ringgit sahaja, anggota badan, tenaga empat kerat, lisan dan senyuman turut boleh disumbangkan dalam kehidupan seharian. Bersedekahlah membantu orang-orang miskin dan mereka yang memerlukan yang ditemui ketika dalam pejalanan atau jiran-jiran kita bagi melatih diri menjadi pemurah dan melembutkan hati.
Allah سبحانه وتعال juga berfirman:
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ ۖ قُلْ مَا أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah Al-Baqarah: Ayat 215)
Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar ra., ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: “Berinfaklah atau memberilah dan jangan menghitung-hitung, kerana Allah akan memperhitungkannya untukmu.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
13. Hindari Riyak
Elakkan diri dari perasaan riak, ingin dipuji, takbur, sombong merasa hebat, ingin bergelar dan dipanggil haji atau hajah. Berserahlah sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال dan lakukan semuanya itu dengan taqwa.
Allah سبحانه وتعال berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah سبحانه وتعال dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).” (Surah Al-Baqarah: Ayat 264)
14. Memahami Sifat-Sifat Mahmudah Dan Mazmumah
Mengetahui dan memahami sifat-sifat yang terpuji dan sifat-sifat yang tercela. Pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan cuba buangkan sifat-sifat yang tercela.
Jaga tiga perkara; Mulut, Telinga dan Mata selalu ingat amalan kerana Allah سبحانه وتعال, Bukan untuk riak, ujub dan sombong, jujur dalam perbuatan dan kata-kata.
Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: “Aku datang kepada Rasulullah ﷺ, Baginda bersabda, “Apakah kamu datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata, “Ya.” Baginda bersabda “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.” (Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan).
15. Meminta Maaf
Mohon maaf kepada orang ibu bapa, suami isteri, anak-anak, saudara-mara, keluarga dan kaum kerabat. Bermaaf-maafan sesama kaum muslimin tidak kira saudara, sahabat atau jiran tetangga samada ada berbuat salah atau tidak dan minta maaf daripada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan terhadap mereka.
Begitu juga, jika kita ada menzalimi orang, terambil harta orang, hendaklah dipulangkan harta tersebut, atau kita minta supaya dihalalkan.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.).
16. Keredhaan Ibu Bapa & Suami
Berusaha untuk mendapatkan keredhaan ibu bapa dan suami, walaupun tidak sewajarnya ibu bapa atau suami melarang anak/isterinya daripada ibadat haji yang wajib.
Rasulullah ﷺ bersabda: “Keredhaan Allah سبحانه وتعال terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah سبحانه وتعال terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (Hadits Riwayat At-Tirmidzi r.a.).
17. Teman Perjalanan
Bagi kaum wanita pula ditambahkan syarat iaitu mestilah mendapat izin suami atau walinya dan mesti ditemani mahram. Harus mendapatkan mahram atau teman yang soleh yang dapat menasihati dan membantu kita ketika dalam kesusahan atau melakukan kesilapan.
Mencari teman dan rakan yang baik dalam perjalanan. Sebab kadang-kadang ada teman ketika di sini baik, tetapi di Makkah berbalah. Ada juga insiden suami isteri berbalah atau bermasam muka. Kadang-kadang perkara tersebut tidak masuk akal tetapi berlaku. Sebagai contoh, ada suami isteri yang bercerai selepas melakukan ibadah haji.
18. Bersangka Baik Kepada Allah
Baik sangka, menurut Abu Muhammad al-Mahdawi, adalah membuang prasangka buruk (qath’ul wahm). Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata : Rasulullah ﷺ bersabda : “Allah سبحانه وتعال berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.).
Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Rasulullah ﷺ berkata tiga hari sebelum wafatnya : “Jangan seorang di antara kamu mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah سبحانه وتعال. Jika kita bermohon kepada Allah سبحانه وتعال, maka hendaklah bersangka baik jika apa yang diharapkan tidak terlaksana. Mungkin Allah سبحانه وتعال mahu beri yang lebih baik lagi.
Firman Allah سبحانه وتعال :
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَ‌هُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ‌ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
19. Istiqamah
Perjalanan suci yang di redhai Allah tidak terlepas daripada berbagai cabaran yang hanya akan dapat di atasi oleh semangat yang tinggi, bersabar, tidak berputus asa dan beristiqamah.
Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
Istiqamah sangat penting dalam semua hal. Rasulullah ﷺ menyuruh kita istiqamah dalam membuat kebaikan, juga dalam melihat kecacatan dan membaikinya. Beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara amar makruf nahi mungkar haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan niat itu hendaklah ikhlas kerana Allah سبحانه وتعال.
20. Bekalan Taqwa
Segala persediaan dari kelengkapan “material” seperti wang ringgit, tempat penginapan, makan-minum jika tidak disertai dengan bekalan taqwa, maka dibimbangi ibadah haji dan umrahnya itu akan hilang dari matlamat asalnya iaitu kerana Allah سبحانه وتعال.
Pastikan para jemaah membawa bersama-sama bekalan taqwa sebagaimana firman Allah سبحانه وتعال :
وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ
“Dan hendaklah kamu membawa bekal secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.” (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat -197)
Abdullah bin Umar r.a. apabila melihat rombongan haji sedang melalui satu jalan, beliau berkata: “Pada hari ini, para jemaah haji menjadi semakin berkurangan dan pengembara-pengembara semakin bertambah ramai.”
Maksud beliau adalah, kekasih Allah سبحانه وتعال yang sebenar semakin berkurangan sementara mereka yang tidak ikhlas telah bertambah dengan ramainya. Beliau menyeru ke arah sederhana dan menjauhkan segala kemewahan dan keseronokan.
Setiap jemaah haji hendaklah menunjukkan tanda keghairahan mencintai Allah سبحانه وتعال dan bukannya tanda cinta kepada kecantikan yang dihiaskan. Rasulullah ﷺ bersabda:
“Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana naik haji umat aku kerana 4 perkara:
Orang kaya naik haji kerana melancong.
Orang pertengahan naik haji kerana beniaga.
Orang miskin naik haji kerana meminta-minta.
Orang Qari dan Ulama naik haji kerana riya’dan nama.”
(Hadis Riwayat Ad Dailamy)
21. Tawakal
Tawakal adalah penyandaran hati dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال. Amat perlu ditanam dalam diri dengan sifat bertawakal sebelum berangkat ke tanah suci bagi menghadapi pelbagai kerisauan, kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan ibadah Haji dan Umrah, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya dan mendatangkan manfaat kecuali Allah سبحانه وتعال semata.
Menurut pendapat Imam Ghazali r.a: “Tawakal membawa erti bahawa kita menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapai kesusahan atau ketika menghadapi waktu yang sukar dan genting dalam hidup ini. Pada ketika ini, hati perlu di teguhkan seteguh-teguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan dan ketenteraman di dalam jiwa.”
Penutup
Tujuan sebenar kita menunaikan Haji atau Umrah ialah untuk memperbaiki jiwa. Maka kita perlulah membuat persediaan awal yang mantap agar kita mendapat suatu kebaikan yang amat besar daripada ibadat Haji dan Umrah tersebut.
Setiap hari, keadaan diri kita mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya. Hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya, iaitu pembaikan yang berterusan. Oleh itu jemaah perlu secara sedar untuk berniat melakukan persiapan rohani, mental dan spiritual kerana ianya akan membersihkan diri dari segala cacat dan cela.
Dengan demikian kita dapat berangkat dalam keadaan bersih dan suci. Terlepas dari segala beban duniawi yang akan membebankan fikiran sepanjang perjalanan menunaikan ibadah haji.
Usahakan agar perjalanan rohani ini boleh berjalan dengan baik dan lancar serta berharap ibadah hajinya mendapatkan redha Allah سبحانه وتعال dan menjadi haji yang mabbur sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Haji yang mabrur tiada ganjarannya yang sesuai melainkan syurga.” (Hadis Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

LikeShow more reactions
Comment
Comments