Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Friday, 10 June 2016
Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam (Tahajut).
Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
SOLAT SUNAT SUBUH (FAJAR)
Solat Fajar
Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)
Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)
“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)
Niat solat :
اُصَلِّى سُنَّةَ الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Sahaja aku solat sunat fajar dua raka`at kerana Allah Ta`ala
-- atau --
اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ
Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua raka`at kerana Allah Ta`ala
Solat
Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik
daripada segala kebaikan isi dunia. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat
jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama
jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala
sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).
Segala
dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam
situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana
Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam
perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat
Subuh.
Solat
Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang
dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang
berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang
benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi
dan Ibnu Majah).
Waktunya
Diriwayatkan
hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah,
menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulullah (S.A.W) ada dia ketika
diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca azannya untuk
solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, baginda solat dua rakaat
solat sunat yang ringkas (atau diringkaskan) sebelum mendirikan solat
Subuh).) [Hadith Muslim]
Nota: Solat sunat 2
rakaat sebelum Solat Subuh (solat rawatib) itu dikerjakan secara
ringkas, yakni tidaklah membaca surah-surah yang panjang, memadai
surah-surah pendek supaya segera selesai. Namun ketertibannya dijaga,
seperti cukup tamakninahnya dalam setiap rukunnya.]
Sentiasa Diperhatikan Supaya Tidak Tetinggal
Diriwayatkan
hadith dari Ubaidi b. Umairin, hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya
Nabi (S.A.W) tidak ada atas sesuatu dari solat sunat yang lebih
tersangat menjaga darinya (oleh Rasulullah (S.A.W)) atas dua rakaat
sebelum solat Subuh.’ [Hadith Muslim]
[Nota: Hadith ini
menyebutkan bahawa Rasulallah (S.A.W) sangat menjaga solat sunat 2
rakaat sebelum Solat Subuh ini – tidak diremehkan atau ditinggalkannya.
Ini menunjukkan betapa utamanya solat sunat rawatib ini.]
Pahalanya
Diriwayatkan
hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b
Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (S.A.W) yang bersabda:
‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua
rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari
(nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Jelaslah mengapa
dalam hadith sebelum ini Aisyah (r.a) memberitahu bahawa Rasulullah
(S.A.W) dalam hayatnya sentiasa memastikan bahawa dia tidak terlupa atau
tertinggal mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini.
Kerana pahala mengerjakannya hanya rakaat lebih utama pada Allah (S.W.T)
dari nilai dunia dan segala yang ada di permukaaan dan di dalam perut
dunia. Rugilah orang yang tahu (atau, diberitahu) begitu besar ganjaran
pahalanya, tidak mengerjakannya. Bersolat setakat 3 minit dapat ganjaran
dividen akhirat yang amat besar!]
Niat
"Sahaja aku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur/Asar/Isyak/Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala."
Surah-surahnya
Diriwayatkan
oleh Marwan b ibnu Mua’wiyah hadith dari Yazid, iaitu Ibnu Kasyana
hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulullah
(S.A.W) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan
(surah) ‘Qul ya aiyuhalla kafiruna’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu
ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat]
[Nota: Jelaslah dalam
hadith ini ada surah yang khusus untuk solat sunat 2 rakaat sebelum
Solat Subuh – Surah al-Kafirun (pada rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas
(pada rakaat ke-2). Hadith ini bukanlah mentapkan bahawa hanya dua
surah ini sahaja dibaca dan tidak boleh surah-surah lain, tapi, kalau
kita baca dua surah sedemikian ini, kita mencontohi Rasulullah (S.A.W),
maka pasti mendapat pahala sunahnya, selain pahala mengerjakannya.]
p/s :
Jika solat sunat sebelum fajar ini menjadi rutin, kita akan berasa
janggal sekiranya tertinggal disebabkan bangun lewat untuk
mengerjakannya.
Solusinya, boleh qada' solat sunat subuh ini selepas mengerjakan solat sunat Dhuha.
Thursday, 17 March 2016
SUJUD SAHWI (LUPA DALAM SOLAT)
Kita sebagai manusia yang dijadikan Allah SWT adalah sangat lemah. Kita tidak tertinggal daripada menjadi lupa dan ini termasuklah ketika kita bersolat. Apabila kita terlupa sesuatu ketika kita bersolat, kita perlulah melakukan sujud sahwi supaya ianya menutup kekurangan yang terjadi ketika solat.
Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat (Tahiyaat Akhir), tepatnya sebelum mengucapkan salam.
Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? Ada 3 perkara iaitu:
(1) Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.
(2) Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.
(3) Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.
Adapun penjelasan mengenai letak sujud sahwi sebelum ataukah sesudah salam dapat dilihat pada rincian berikut.
- Jika terdapat kekurangan pada shalat –seperti kekurangan tasyahud awwal-, ini berarti kekurangan tadi butuh ditambal, maka menutupinya tentu saja dengan sujud sahwi sebelum salam untuk menyempurnakan shalat. Karena jika seseorang sudah mengucapkan salam, berarti ia sudah selesai dari shalat.
- Jika terdapat kelebihan dalam shalat –seperti terdapat penambahan satu raka’aat-, maka hendaklah sujud sahwi dilakukan sesudah salam. Karena sujud sahwi ketika itu untuk menghinakan setan.
- Jika seseorang terlanjur salam, namun ternyata masih memiliki kekurangan raka’at, maka hendaklah ia menyempurnakan kekurangan raka’at tadi. Pada saat ini, sujud sahwinya adalah sesudah salam dengan tujuan untuk menghinakan setan.
- Jika terdapat keragu-raguan dalam shalat, lalu ia mengingatnya dan bisa memilih yang yakin, maka hendaklah ia sujud sahwi sesudah salam untuk menghinakan setan.
- Jika terdapat keragu-raguan dalam shalat, lalu tidak nampak baginya keadaan yang yakin. Semisal ia ragu apakah shalatnya empat atau lima raka’at. Jika ternyata shalatnya benar lima raka’at, maka tambahan sujud tadi untuk menggenapkan shalatnya tersebut. Jadi seakan-akan ia shalat enam raka’at, bukan lima raka’at. Pada saat ini sujud sahwinya adalah sebelum salam karena shalatnya ketika itu seakan-akan perlu ditambal disebabkan masih ada yang kurang yaitu yang belum ia yakini.
Tata Cara Sujud Sahwi
Sebagaimana telah dijelaskan dalam beberapa hadits bahwa sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud di akhir shalat –sebelum atau sesudah salam-. Ketika ingin sujud disyariatkan untuk mengucapkan takbir “Allahu akbar”, begitu pula ketika ingin bangkit dari sujud disyariatkan untuk bertakbir.
Contoh cara melakukan sujud sahwi sebelum salam dijelaskan dalam hadits ‘Abdullah bin Buhainah,
فَلَمَّا أَتَمَّ صَلَاتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فَكَبَّرَ فِي كُلِّ سَجْدَةٍ وَهُوَ جَالِسٌ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ
“Setelah beliau menyempurnakan shalatnya, beliau sujud dua kali. Ketika itu beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk. Beliau lakukan sujud sahwi ini sebelum salam.” (HR. Bukhari no. 1224 dan Muslim no. 570)
Contoh cara melakukan sujud sahwi sesudah salam dijelaskan dalam hadits Abu Hurairah,
فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَسَلَّمَ ثُمَّ كَبَّرَ ثُمَّ سَجَدَ ثُمَّ كَبَّرَ فَرَفَعَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ ثُمَّ كَبَّرَ وَرَفَعَ
“Lalu beliau shalat dua rakaat lagi (yang tertinggal), kemudia beliau salam. Sesudah itu beliau bertakbir, lalu bersujud. Kemudian bertakbir lagi, lalu beliau bangkit. Kemudian bertakbir kembali, lalu beliau sujud kedua kalinya. Sesudah itu bertakbir, lalu beliau bangkit.” (HR. Bukhari no. 1229 dan Muslim no. 573)
Sujud sahwi sesudah salam ini ditutup lagi dengan salam sebagaimana dijelaskan dalam hadits ‘Imron bin Hushain,
فَصَلَّى رَكْعَةً ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ.
“Kemudian beliau pun shalat satu rakaat (menambah raka’at yang kurang tadi). Lalu beliau salam. Setelah itu beliau melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian beliau salam lagi.” (HR. Muslim no. 574)
Apakah ada takbiratul ihrom sebelum sujud sahwi?
Sujud sahwi sesudah salam tidak perlu diawali dengan takbiratul ihrom, cukup dengan takbir untuk sujud saja. Pendapat ini adalah pendapat mayoritas ulama. Landasan mengenai hal ini adalah hadits-hadits mengenai sujud sahwi yang telah lewat.
Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah berkata, “Para ulama berselisih pendapat mengenai sujud sahwi sesudah salam apakah disyaratkan takbiratul ihram ataukah cukup dengan takbir untuk sujud? Mayoritas ulama mengatakan cukup dengan takbir untuk sujud. Inilah pendapat yang nampak kuat dari berbagai dalil.”[2]
Apakah perlu tasyahud setelah sujud kedua dari sujud sahwi?
Pendapat yang terkuat di antara pendapat ulama yang ada, tidak perlu untuk tasyahud lagi setelah sujud kedua dari sujud sahwi karena tidak ada dalil dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menerangkan hal ini. Adapun dalil yang biasa jadi pegangan bagi yang berpendapat adanya, dalilnya adalah dalil-dalil yang lemah.
Jadi cukup ketika melakukan sujud sahwi, bertakbir untuk sujud pertama, lalu sujud. Kemudian bertakbir lagi untuk bangkit dari sujud pertama dan duduk sebagaimana duduk antara dua sujud (duduk iftirosy). Setelah itu bertakbir dan sujud kembali. Lalu bertakbir kembali, kemudian duduk tawaruk. Setelah itu salam, tanpa tasyahud lagi sebelumnya.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan, “Tidak ada dalil sama sekali yang mendukung pendapat ulama yang memerintahkan untuk tasyahud setelah sujud kedua dari sujud sahwi. Tidak ada satu pun hadits shahih yang membicarakan hal ini. Jika memang hal ini disyariatkan, maka tentu saja hal ini akan dihafal dan dikuasai oleh para sahabat yang membicarakan tentang sujud sahwi. Karena kadar lamanya tasyahud itu hampir sama lamanya dua sujud bahkan bisa lebih. Jika memang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan tasyahud ketika itu, maka tentu para sahabat akan lebih mengetahuinya daripada mengetahui perkara salam, takbir ketika akan sujud dan ketika akan bangkit dalam sujud sahwi. Semua-semua ini perkara ringan dibanding tasyahud.”[3]
Do’a Ketika Sujud Sahwi
Sebagian ulama menganjurkan do’a ini ketika sujud sahwi,
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
“Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa).[4]
Namun dzikir sujud sahwi di atas cuma anjuran saja dari sebagian ulama dan tanpa didukung oleh dalil. Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan,
قَوْلُهُ : سَمِعْت بَعْضَ الْأَئِمَّةِ يَحْكِي أَنَّهُ يَسْتَحِبُّ أَنْ يَقُولَ فِيهِمَا : سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو – أَيْ فِي سَجْدَتَيْ السَّهْوِ – قُلْت : لَمْ أَجِدْ لَهُ أَصْلًا .
“Perkataan beliau, “Aku telah mendengar sebagian ulama yang menceritakan tentang dianjurkannya bacaan: “Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huw” ketika sujud sahwi (pada kedua sujudnya), maka aku katakan, “Aku tidak mendapatkan asalnya sama sekali.” (At Talkhis Al Habiir, 2/6)
Sehingga yang tepat mengenai bacaan ketika sujud sahwi adalah seperti bacaan sujud biasa ketika shalat. Bacaannya yang bisa dipraktekkan seperti,
سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى
“Subhaana robbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi][5]
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى
“Subhaanakallahumma robbanaa wa bi hamdika, allahummagh firliy.” [Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku][6]
Dalam Mughnil Muhtaj –salah satu kitab fiqih Syafi’iyah- disebutkan, “Tata cara sujud sahwi sama seperti sujud ketika shalat dalam perbuatann wajib dan sunnahnya, seperti meletakkan dahi, thuma’ninah (bersikap tenang), menahan sujud, menundukkan kepala, melakukan duduk iftirosy[7] ketika duduk antara dua sujud sahwi, duduk tawarruk[8] ketika selesai dari melakukan sujud sahwi, dan dzikir yang dibaca pada kedua sujud tersebut adalah seperti dzikir sujud dalam shalat.”
Sebagaimana pula diterangkan dalam fatwa Al Lajnah Ad Daimah (komisi fatwa di Saudi Arabia) ketika ditanya, “Bagaimanakah kami melakukan sujud sahwi?”
Para ulama yang duduk di Al Lajnah Ad Daimah menjawab, “Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud setelah tasyahud akhir sebelum salam, dilakukan sebagaimana sujud dalam shalat. Dzikir dan do’a yang dibaca ketika itu adalah seperti ketika dalam shalat. Kecuali jika sujud sahwinya terdapat kekurangan satu raka’at atau lebih, maka ketika itu, sujud sahwinya sesudah salam. Demikian pula jika orang yang shalat memilih keraguan yang ia yakin lebih kuat,maka yang afdhol baginya adalah sujud sahwi sesudah salam. Hal ini berlandaskan berbagai hadits shahih yang membicarakan sujud sahwi. Wabillahit taufiq, wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa aalihi wa shohbihi wa sallam.”[9]
Jika Lupa Melakukan Sujud Sahwi, Apakah Shalatnya Mesti Diulangi?
Mengenai masalah ini kita dapat bagi menjadi dua keadaan:
Keadaan pertama: Jika sujud sahwi yang ditinggalkan sudah lama waktunya, namun wudhunya belum batal.
Dalam keadaan seperti ini –menurut pendapat yang lebih kuat- selama wudhunya masih ada, maka shalatnya tadi masih tetap teranggap dan ia melakukan sujud sahwi ketika ia ingat meskipun waktunya sudah lama. Inilah pendapat Imam Malik, pendapat yang terdahulu dari Imam Asy Syafi’i, Yahya bin Sa’id Al Anshori, Al Laits, Al Auza’i, Ibnu Hazm dan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah[10].[11]
Di antara alasan pendapat di atas adalah:
Pertama: Karena jika kita mengatakan bahwa kalau sudah lama ia meninggalkan sujud sahwi, maka ini sebenarnya sulit dijadikan standar. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri pernah dalam lupa sehingga hanya mengerjakan dua atau tiga raka’at, setelah itu malah beliau ngobrol-ngobrol, lalu keluar dari masjid, terus masuk ke dalam rumah. Lalu setelah itu ada yang mengingatkan. Lantas beliau pun mengerjakan raka’at yang kurang tadi. Setelah itu beliau melakukan sujud sahwi. Ini menunjukkan bahwa beliau melakukan sujud sahwi dalam waktu yang lama. Artinya waktu yang lama tidak bisa dijadikan.
Kedua: Orang yang lupa –selama wudhunya masih ada- diperintahkan untuk menyempurnakan shalatnya dan diperintahkan untuk sujud sahwi. Meskipun lama waktunya, sujud sahwi tetap diwajibkan. Hal ini berdasarkan keumuman sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
مَنْ نَسِىَ صَلاَةً أَوْ نَامَ عَنْهَا فَكَفَّارَتُهَا أَنْ يُصَلِّيَهَا إِذَا ذَكَرَهَا
“Barangsiapa yang lupa mengerjakan shalat atau ketiduran, maka kafarohnya (penebusnya) adalah hendaklah ia shalat ketika ia ingat.” (HR. Muslim no. 684)
Keadaan kedua: Jika sujud sahwinya ditinggalkan dan wudhunya batal.
Untuk keadaan kedua ini berarti shalatnya batal hal ini berdasarkan kesepakatan para ulama. Orang seperti berarti harus mengulangi shalatnya. Kecuali jika sujud sahwi yang ditinggalkan adalah sujud sahwi sesudah salam dikarenakan kelebihan mengerjakan raka’at, maka ia boleh melaksanakan sujud sahwi setelah ia berwudhu kembali. [12]
Jika Lupa Berulang Kali dalam Shalat
Jika seseorang lupa berulang kali dalam shalat, apakah ia harus berulang kali melakukan sujud sahwi? Jawabannya, hal ini tidak diperlukan.
Ulama Syafi’iyah, ‘Abdul Karim Ar Rofi’i rahimahullah mengatakan, “Jika lupa berulang kali dalam shalat, maka cukup dengan sujud sahwi (dua kali sujud) di akhir shalat.”[13]
Sujud Sahwi Ketika Shalat Sunnah
Sujud sahwi ketika shalat sunnah sama halnya dengan shalat wajib, yaitu sama-sama disyari’atkan. Karena dalam hadits yang membicarakan sujud sahwi menyebutkan umumnya shalat, tidak membatasi pada shalat wajib saja.
Asy Syaukani rahimahullah menjelaskan, “Sebagaimana dikatakan dalam hadits ‘Abdurrahman bin ‘Auf,
إذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ
“Jika salah seorang di antara kalian ragu-ragu dalam shalatnya.” Hadits ini menunjukkan bahwa sujud sahwi itu disyariatkan pula dalam shalat sunnah sebagaimana disyariatkan dalam shalat wajib (karena lafazh dalam hadits ini umum). Inilah yang dipilih oleh jumhur (mayoritas) ulama yang dulu dan sekarang. Karena untuk menambal kekurangan dalam shalat dan untuk menghinakan setan juga terdapat dalam shalat sunnah sebagaimana terdapat dalam shalat wajib.”[14]
Semoga sajian ini bermanfaat bagi pembaca setian rumaysho.com sekalian.
Insya Allah pembahasan kali ini masih kami lanjutkan dengan hukum sujud sahwi dalam shalat jama’ah. Harap sabar menanti. Semoga Allah selalu memberkahi dalam ilmu dan amal.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat.
Artikel www.rumaysho.com
Diselesaikan di Panggang-GK, 23 Jumadits Tsani 1431 H (05/06/2010)
Al Faqir Ilallalh: Muhammad Abduh Tuasikal
Wednesday, 16 March 2016
KEISTIMEWAAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW
Betapa istimewanya umat Nabi Muhammad Saw. Kita adalah umat yang paling beruntung diantara umat nabi-nabi lain. Diantara tanda-tanda keuntungan itu adalah dengan memiliki Rasulullah Muhammad Saw.
Ya, Rasulullah adalah mahluk paling istimewa yang pernah diciptakan Allah. Rasulullah diciptakan pertama kali sebelum Allah menciptakan mahluk apa pun didunia ini. Bahkan, jika Rasulullah tak diciptakan, ada kemungkinan kita juga tak diciptakan olehnya.
Dikisahkan bahawa setelah melakukan kesalahan berupa memakan buah khuldi bersama hawa, Nabi Adam A.s meratap pada Allah, mengakui seluruh dosa dosanya dan memohon ampunan pada Allah Swt.
"Tuhanku, aku memohon kepadaMu atas nama Muhammad Saw, tidakah Engkau berkenan mengampuniku? " Nabi Adam A.s meratapi kesalahannya dan memohon ampunan dengan namakan Nabi Muhammad Saw, sang Nabi akhir zaman.
Allah SWT berfirman, "Hai Adam, dari mana kau tahu nama Muhammad, padahal Aku belum menciptakannya. Aku juga belum pernah menyebutkan nama itu di depanmu?"
Serta merta Nabi Adam berujar, "Tuhanku, memang benar aku belum pernah mendengar namanya, apalagi bertemunya. Aku juga bukan orang yang tahu tentang banyak hal kerana hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui. Namun, setelah Engkau menciptakanku dengan tanganMu dan Kau tiupkan rohMu kepadaku, aku angkat kepalaku, dan aku melihat perkataan diatas tiang-tiang penyangga 'Arsy, dimana disana terdapat sebuah tulisan besar La ilaha Ilallah Muhammadurrasulullah, tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad Rasulullah."
Lalu aku tahu, tentu nama yang Engkau sandingkan disisiMu itu adalah nama makhluk yang Engkau cintai. Maka, aku meyakini dengan sepenuh hati bahwa Muhammad Saw adalah kekasihMu sehingga aku yakin, dengan memohon atas namanya, Engkau akan mengampuniku," ratap Nabi Adam As.
"Engkau benar, Adam. Muhammad adalah makhluk terkasihKu. Kerana kau memohon ampunan atas namanya maka Aku mengampunimu," firman Allah kemudian.
"Engkau benar, Adam. Muhammad adalah makhluk terkasihKu. Kerana kau memohon ampunan atas namanya maka Aku mengampunimu," firman Allah kemudian.
"Dan ketahuilah, jika tidak kerana Muhammad kekasihKu itu, Aku tidak akan menciptakanmu."
Di sebutkan bahwa Nabi Adam AS telah berkata, "sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepada umat yang lain :
Di sebutkan bahwa Nabi Adam AS telah berkata, "sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepada umat yang lain :
1. Taubatku hanya diterima dikota mekah sedangkan taubat umat Nabi Muhammad Saw diterima disemua tempat oleh Allah.
2. Pada mulanya aku berpakaian tetapi apabila aku berbuat derhaka maka Allah ta'ala telah menjadikan aku telanjang sedangkan umat Nabi Muhammad Saw membuat derhaka dengan telanjang tetapi Allah memberikan mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah, maka Allah telah memisahkan aku dengan isteriku tetapi umat Nabi Muhammad Saw derhaka tidak dipisahkan dari isteri mereka.
4. Memang benar aku durhaka kepada Allah dalam surga dan aku dikeluarkan dari surga tetapi umat Nabi Muhammad durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam surga apabila mereka bertaubat kepada Allah.
Bukti kebesaran Allah SWT atas umat Nabi Muhammad SAW sangatlah jelas dan nyata. Dizaman sebelum datangnya Nabi Muhammad SAW bila satu kaum pengikut para Nabi berbuat dosa kepada Allah SWT (maksiat) maka Allah akan menulis dikeningnya, umat yang bertulis hamba ini berdosa dan tidak ditutupi umat tersebut atas diri mereka masing-masing bahawa mereka berbuat dosa dan begitu banyak pula azab Allah yang diturunkan sebelum datangnya Nabi Muhammad SAW.
Salah satu kaum yang ditenggelamkan beserta bumi ini adalah kaum Nabi Nuh a.s dan kaum yang dihujankan batu serta dibalikannya bumi adalah kaum Nabi Luth a.s dan masih banyak kaum para Nabi lainnya yang Allah SWT turunkan azab.
Semua ini bertanda Allah SWT menjaga umat Nabi Muhammad SAW dengan Allah SWT membuktikan kebesarannya. Kasih sayangnya dengan Allah SWT menurunkan mujizat yang abadi berupa Al-Qur’an, solat 5 waktu dan mengagungkan bulan-bulan dengan ganda pahala yang berlipat ganda untuk umat Nabi Muhammad SAW. Diantaranya bulan Rejab ini yang begitu banyak fadhilahnya yang bepuasa mahupun yang berzikir. Allah SWT akan membukakan pintu taubat yang sebesar-besarnya dari mulai hari pertama sampai hari terakhir bulan Rejab dan Allah SWT memuliakan bulan Sya’ban untuk orang yang mencintai Nabi Muhammad SAW agar berselawat kepadanya sebanyak-banyaknya kerana Allah SWT yang memberikan kemenang penuh kepada Nabi Muhammad SAW untuk menolong umatnya dan berselawat kepadanya dihari kiamat dan bulan Ramadhan bagi manusia yang bertaqwa, taat dan bakti kepada Allah SWT dan Rasulnya.
Allah SWT akan akan memberikan darjat yang tinggi untuk umat Nabi Muhammad SAW maka bulan ini dinamakan bulan umat Nabi Muhammad SAW kerana Allah SWT menurunkan dibulan ini malam Laillatul Qadar sehingga Allah SWT akan mencintai hambanya yang betul-betul mencintainya.
Demikianlah, betapa istimewanya Rasulullah dan beruntunglah umat beliau, yang sentiasa mendapatkan keistimewaan dari Allah dibandingkan umat lain..
Monday, 29 February 2016
KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Satu cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah ialah dengan bangun mengerjakan ibadah, khususnya sembahyang tahajud atau sembahyang di tengah malam. Tetapi, satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. Jawapannya ialah kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang mahluk yang mengaku bertuhankan Allah SWT. "Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi". Juga bukan satu perkara mudah untuk berwudhu’ dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan juga bukan perkara mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan menahan nikmat tidur yang masih belum dipenuhi.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari, ditambah pula sekiranya seseorang itu masih belajar seperti seorang mahasiswa IPG, maka sudah tentu banyak tenaga telah digunakan pada waktu pagi dan petang dek kerana riadahnya dan mentelaah ilmu pelajaran. Justeru, keadaan tubuh yang letih dan lesu sememangnya memerlukan rehat yang mencukupi dan hal ini menyebabkan ramai yang mengalami kesukaran untuk bangun seketika daripada tidurnya lantaran kerana lenanya diulit mimpi yang indah serta fikiran yang bebas daripada belenggu masalah kerana nikmatnya tidur kurniaan Allah SWT. Mata akan bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila seseorang tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar khususnya bagi pihak muslimin yang gemarkan menonton sukan bola sepak pada larut malam di kaca komputer riba atau televisyen serta melakukan kerja tambahan-tambahan yang lain. Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa ‘keberatan’ untuk berhubung dengan Allah SWT di tengah malam. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui oleh hamba-hamba-Nya. Sekalipun sembahyang tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi niainya. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ : 79 :
Maksudnya : “Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai satu ibadah) tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke suatu darjat yang terpuji)"
Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan manusia dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya., namun bagi mereka yang biasa, ia akan menjadi satu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang tahajud. Pada waktu sepertiga malam inilah, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminta dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya “ (Hadis riwayat Abu Daud)
Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangannya. Sembahyang tahajud satu suruhan Allah dan oleh ituAllah menyanyangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini. Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan tahajud di tengah malam. Sesungguhnya, sembahyang tahajud ialah satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat yang lain. Sembahyang tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan sembahyang tahajud bukannya hanya diamalkan umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja malah turut diamalkan oleh umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja.
Saidina Umar Al-Khatab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata : “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang malam (tahajud) dengan khusyu’ nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah :
2) Lahir kesan takwa pada wajahnya
3) Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
4) Percakapannya mengandungi hikmah
5) Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat kurniaan di akhirat ialah :
2) Dipermudahkan hisab
3) Cepat melalui Sirat al-Mustaqim- seperti kilat
4) Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat dengan tangan kanan
Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengakui beragama islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada sembahyang ini. Sesungguhnya manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan ini.
Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara mahluk dan pencipta-Nya. Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa.
Orang yang khusyu’ dalam sembahyang akan merasa hubungannya dengan Allah begitu hampir. Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Anologinya cukup mudah, sebagai contohnya di IPG saya ada sebuah kedai burger yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar di sini. Justeru itu, sekiranya pada ketika itu bilangan orang yang ingin membeli burger teramat kecil bilangannya, maka sudah tentu permintaannya akan menjadi mudah, cepat dan senang diperolehi.
Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat ketika orang lain sedang tidur nyenyak. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung denganAllah ialah pada waktu malam. Sebab itu kurangkanlah tidur dan perbanyakkanlah bersembahyang dan beribadah bagi menambahkan saham atau bekalan di akhirat pada waktu malam hari. Insya-Allah pesanan buat rakan serta diri ini khususnya selaku hamba yang sering tidak terlepas daripada elakukan dosa terhadap Allah dan sesama mahluk.
Thursday, 21 January 2016
kelebihan Surah Al-Mulk
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah
Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi
penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan
setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
.
.
Kandungan Surah Al Mulk
Secara
umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap
makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini,
al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini
diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
.
Allah
telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang
ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah
berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
.
Beberapa
ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali
sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga
bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
.
Cuba
kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak
ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan
kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat
kelak.
.
Dan
secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah
yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung
yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki
kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal
telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah
(Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering,
maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah
ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan
pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah
melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
.
.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
- Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
- Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
- Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
.
.
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
- Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
- Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda;“Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
.
.
3. Hati Beriman
- Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
.
.
4. Mendapat Keistimewaan
- Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
- Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” .
Terdapat
banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah
dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di
antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu
Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
.
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤
Tidakkah
Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui
(segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7.
Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri,
sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara
yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
.
.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah
(wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada),
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk
kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat
banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut.
Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah
hingga ia diampunkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



