Allah Yang Maha Kuasa, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang, telah
berfirman dalam al-Qur'an bahwa Dia dekat dengan manusia dan akan
mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Nya. Allah
berfirman;
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang
Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang
berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu
memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).
"Katakanlah:
Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di
laut, yang kamu berdoa kepada-Nya dengan berendah diri dengan suara yang
lembut: 'Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini,
tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur'." (Q.s. al-An'am: 63).
BERDOA
adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita
minta, lagi disayangi Allah dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak
kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dimaki lagi, “tak ada kerja
ke asyik minta saja.”Doa adalah lambang perhambaan kita dan kita
dicipta supaya menjadi hamba-Nya. Berdoa, doa juga, tetapi supaya mudah
diterima, kita patut meneliti dan tahu waktu yang sangat mustajab berdoa
antaranya:
1 - Waktu sepertiga malam, iaitu waktu
terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman,
maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam
dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat:
18-19)Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di
setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir,
lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa
yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta
ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
2 - Waktu antara azan dan iqamah, iaitu
ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering
disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah,
sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam,
membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.
3 - Pada waktu sujud.
Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti
sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. Dalilnya adalah hadis Abu
Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia
dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)Hadis
Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika
baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di
belakang Abu Bakar r.a, lalu Rasulullah s.a.w bersabda:“Wahai sekalian
manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah
(kabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang
Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang
untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam
rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah
berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu.” (Hadis riwayat
Muslim)
4 - Selepas solat fardu. Iaitu selepas
melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat.
Allah berfirman, maksudnya:“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam
hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)Oleh kerana itu, Imam Syafie dan
pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang
yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas
selesai solat fardu. Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika
makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum
menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan. Allah
berfirman, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang
lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui
batas." (Q.s. al-A'raf: 55).
5 - Pada waktu khusus,
tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada
setiap malam dan setiap hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis Jabir r.a,
dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya:“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab),
tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta
kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti
memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).Hadis Abu Hurairah r.a,
Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:“Di
dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim
yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat)
dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti
mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya
akan sedikitnya saat mustajab itu. (Hadis riwayat al-Bukhari) Di dalam
hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam
(khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling
sahih dalam hal ini. Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi
s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.Waktu lain
yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu
awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika
bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.
6 - Allah menyatakan bahwa Dia mengabulkan doa orang-orang yang teraniaya dan orang-orang yang berada dalam waktu kesusahan:
"Atau
siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia
berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan
kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah?
Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya." (Q.s. an-Naml: 62).
Rasulullah saw. dalam sabdanya:
"Maukah
aku beritahukan kepadamu suatu senjata yang dapat melindungimu dari
kejahatan musuh dan agar rezekimu bertambah?" Mereka berkata, "Tentu
saja wahai Rasulullah." Beliau bersabda, "Serulah Tuhanmu siang dan
malam, karena 'doa' itu merupakan senjata bagi orang yang beriman."
Allah berfirman , :
"Di antara manusia ada orang yang berdoa, 'Ya
Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan tidak ada baginya
bagian di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan
kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang
mendapat bagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat
perhitungan-Nya. (Q.s. al-Baqarah: 200-2).
Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Monday, 19 January 2015
DOA DI HIJR ISMAIL
اللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّي
لاَ إِلَهَ
إِلاَ أَنْتَ
، خَلَقْتَنِيْ
وَأَنَا
عَبْدُكَ
، وَأَنَا
عَلَى عَهْدِكَ
وَوَعْدِكَ
مَا اسْتَطَعْتُ
أَعُوذُ
بِكَ مِنْ
شَرِّ مَا
صَنَعْتُ
، أَبُوءُ
لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ
، وَأَبُوءُ
بِذَنْبِي
، فَاغْفِرْلِي
فَإِنَّهُ
لاَ يَغْفِرُ
الذُّنُوْبَ
إِلاَّ أَنْتَ
.
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ
مِنْ خَيْرِ
مَا سَأَلَكَ
بِهِ عِبَادُكَ
الصَّالِحُونَ
، وَأَعُوذُ
بِكَ مِنْ
شَرِّ مَا
اسْتَعَاذَكَ
مِنْهُ عِبَادُكَ
الصَّالِحُونَ
.
اللَّهُمَّ
بِأَسْمَائِكَ
الْحُسْنَى
، وَصِفَاتِكَ
الْعُلْيَا
، طَهِّر
قُلُوبَنَا
مِنْ كلِّ
وَصْفٍ يُبَاعِدُنَا
عَنْ
مُشَاهَدَتِكَ
وَمَحَبَّتِكَ
، وَأَمِتْنَا
عَلَى السُّنَّةِ
وَالْجَمَاعَةِ
وَالشَّوْقِ
إِلَى لِقَائِكَ
يَا ذَا الْجَلاَلِ
وَالإِكرَامِ
.
اللَّهُمَّ
نَوِّرْ
بِالْعِلْمِ
قَلْبِي
، وَاسْتَعْمِلْ
بِطَاعَتِكَ
بَدَنِي
، وَخَلِّصْ
مِنَ الْفِتَنِ
سِرِّي ،
وَاشْغِلْ
بِالإِعْتِبَارِ
فِكرِي ،
وَقِنِي
شَرَّ وَسَاوِسِ
الشَّيْطَانِ
وَأَجِرْنِي
مِنْهُ يَا
رَحْمَنُ
حَتَّى لاَ
يَكوْنَ
لَهُ عَلَيَّ
سُلْطَانٌ
رَبَّنَا
إِنَّنَا
آمَنَّا
فَاغْفِرْ
لَنَا ذُنُوبَنَا
، وَقِنَا
عَذَابَ
النَّارِ.
Maksudnya ;
Ya Allah Engkaulah
Tuhanku, tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya
melainkan Engkau, Engkaulah yang telah menciptakan,
daku adalah hambaMu, berpegang kepada perjanjian
dan taat setia terhadapMu, sedaya upayaku, daku
minta perlindungan denganMu dari dosa yang telah
kulakukan. Daku mengakui limpah kurnia Engkau
ke atasku. Daku mengakui juga segala dosa yang
telah daku kerjakan, maka ampunilah dosaku itu,
kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkannya
melainkan Engkau jua ya Allah .
Ya Tuhan, daku memohon
kepada Engkau apa yang paling baik yang pernah
dipohon oleh hamba-hambaMu yang salih dan daku
berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa
yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hambaMu
yang salih.
Ya Allah ya Tuhan,
dengan keagungan namaMu dan dengan sifatMu Yang
Maha Suci dan Mulia, bersihkanlah hati kami daripada
segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang
kebesaranMu, belas kasih sayangMu, matikanlah
kami di atas perjalanan ahli sunnah dan jemaah
dengan rasa kecintaan untuk mengadapMu, wahai
Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.
Ya Allah ya Tuhan,
terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuan dan
jadikanlah tubuh badanku untuk mentaatiMu, bersihkanlah
hatiku dari fitnah dan jadikan fikiranku dorongan
untuk mengambil iktibar. Peliharakanlah daku daripada
waswas syaitan dan keluarkanlah daku daripada
bahayanya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih sehingga
syaitan itu tiada berkuasa ke atasku. Ya Allah
ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman
denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah
kami dari azab neraka.
DOA DI MAQAM NABI IBRAHIM A.S
اللَّهُمَّ
إِنَّكَ
تَعْلَمُ
سِرِّي وَعَلاَنِيَّتِي
فَاقْبَلْ
مَعْذِرَتِي
، وَتَعْلَمُ
حَاجَتِي
فَاعْطِنِي
سُؤْلِي
، وَتَعْلَمُ
مَا فِي نَفْسِي
فَاغْفِرْلِي
ذُنُوبِي
.
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ
إِيْمَانًا
يُبَاشِرُ
قَلْبِي
وَيَقِيْنًا
صَادِقًا
حَتَّى أَعْلَمَ
أَنَّهُ
لاَ يُصِيْبُنِي
إِلاَّ مَاكتَبْتَ
لِي رِضًا
مِنْكَ بِمَا
قَسَمْتَ
لِي ، أَنْتَ
وَلِيِّي
فِي الدُّنْيَا
وَالآخِرَةِ
، تَوَفَّنِي
مُسْلِمًا
وَأَلْحِقْنِي
بِالصَالِحِينَ
.
اللَّهُمَّ
لاَ تَدَعْ
لَنَا فِيْ
مَقَامِنَا
هَذَا ذَنْبًا
إِلاَّ غَفَرْتَهُ
، وَلاَ هَمًّا
إِلاَّ فَرَّجْتَهُ
، وَلاَ حَاجَةً
إِلاَّ قَضَيْتَهَا
وَيَسَّرْتَهَا
،
فَيَسِّرْ
أُمُوْرَنَا
، وَاشْرَحْ
صُدُوْرَنَا
، وَنَوِّرْ
قُلُوبَنَا
، وَاخْتِمْ
بِالصَّالِحَاتِ
أَعْمَالَنَا
.
اللَّهُمَّ
تَوَفَّنَا
مُسْلِمِيْنَ
وَأَحْيِنَا
مُسْلِمِيْنَ
، وَأَلْحِقْنَا
بِالْصَّالِحِيْنَ
، غَيْرَ
خَزَايَا
وَلاَ مَفْتُونِيْنَ.
Maksudnya
;
Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya Engkau mengetahui
segala rahsiaku, dan perbuatanku yang terang maka
terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku
maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui
segala yang ada di dalam jiwaku maka ampunilah
dosaku.
Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku meminta kepadaMu
iman yang teguh di hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya
sehingga daku mengetahui bahawa tidak akan menimpa
sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah
tetapkan dan daku pohon keredhaan dengan apa yang
Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah yang menolongku
di dunia dan di akhirat, maka matikanlah daku
di dalam Islam dan sertakanlah diriku bersama
orang-orang yang salih.
Ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan
kami di tempat yang mulia ini dosa, melainkan
Engkau ampunkan. Janganlah Engkau biarkan kesedihan
hati dikalangan kami melainkan Engkau menghilangkannya
dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan
Engkau kurniakan dan mudahkanlah segala urusan
kami dan lapangkanlah dada kami. Terangkanlah
hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan
kebaikan,
DOA DI MULTAZAM
اللَّهُمَّ يَارَبَّ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ اعْتِقْ رِقَابَنَا وَرِقَابَ آبَائِنَا وَأُمَهَاتِنَا وَإِخْوَانِنَا وَأَوْلاَدِنَا مِنَ النَّارِ ، يَا ذَا الْبِرِّ والْجُوْدِ وَالْكرَمِ وَالْفَضْلِ وَالْمَنِّ وَالْعَطَاءِ وَالإِحْسَانِ .
اللَّهُمَّ
أَحْسِنْ
عَاقِبَتَنَا
فِي
الأُمُورِ
كلِّهَا
وَأَجِرْنَا
مِنْ خِزْيِ
الدُّنْيَا
وَعَذَابِ
الآخِرَةِ
.
اللَّهُمَّ
إِنِّي عَبْدُكَ
وَابْنُ
عَبْدِكَ
وَاقِفٌ
تَحْتَ بَابِكَ
، مُلْتَزِمٌ
بِأَعْتَابِكَ
مُتَذَلِّلٌ
بَيْنَ يَدَيْكَ
، أَرْجُو
رَحْمَتَكَ
وَأَخْشَى
عَذَابَكَ
، يَا قَدِيمَ
الإِحْسَانِ
.
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ
أَنْ تَرْفَعَ
ذِكرِي وَتَضَعَ
وِزْرِي
. وَتُصْلِحَ
أَمْرِي
. وَتُطَهِّرَ
قَلْبِي
وَتُنَوِّرَ
لِي فِي قَبْرِي
. وَتَغْفِرَ
لِي ذَنْبِي
، وَأَسْأَلُكَ
الدَّرَجَاتِ
الْعُلَى
مِنَ الْجَنَّةِ
آمِيْنَ .
Maksudnya ;
Ya Allah Tuhan yang mempunyai Al-Baitil Atiq (Baitullah),
bebaskan diri kami, diri bapa-bapa kami, ibu-ibu
kami, saudara-mara kami dan anak pinak kami daripada
neraka.
Ya Tuhan yang mempunyai kemewahan, kemurahan,
kelebihan kurniaan dan belas kasihan.
Ya Allah ya Tuhan! perelokkanlah kesudahan da1am
segala urusan-urusan kami dan jauhkan kami daripada
kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku ini hambaMu
dan anak hambaMu, berdiri di bawah pintuMu mencium
jenang pintuMu, merendah diri di hadapanMu dengan
mengharapkan rahmatMu dan takutkan azabMu. Wahai
Tuhan yang sentiasa bersifat ihsan,
Ya Allah ya Tuhan,
sesungguhnya daku meminta kepadaMu supaya Engkau
muliakan sebutan namaku, gugurkanlah dosaku, bersihkanlah
hatiku serta terangkanlah kuburku, ampunkanlah
dosaku dan daku memohon kepadaMu darjat-darjat
yang tinggi di dalam syurga, amin.
DOA SEBAIK SAHAJA MELIHAT KAABAH
لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ ،لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ ،لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ ،
اللهُ
اَكبَر ،اللهُ
اَكبَر ،اللهُ
اَكبَر ،
لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ
لَهُ ، لَهُ
الْمُلْكُ
وَلَهُ
الْحَمْدُ
وَهُوَ عَلَى
كلِّ شَىْءٍ
قَدِيْرٍ
. أَعُوْذُ
بِرَبِّ
الْبَيْتِ
مِنَ الْكفْرِ
وَالْفَقْرِ
وَمِنْ عَذَابِ
الْقَبْرِ
وَضِيْقِ
الصَّدْرِ
. وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّم
.
اللَّهُمَّ
زِدْ بَيْتَكَ
تَشْرِيْفًا
وَتَكرِيْمًا
وَتَعْظِيْمًا
وَمَهَابَةً
وَرِفْعَةً
وَبِرًا
وَزِدْ يَارَبِّ
مِمَّن شَرَّفَهُ
وَكرَّمَهُ
وَعَظَّمَهُ
مِمَّنْ
حَجَّهُ
وَاعْتَمَرَهُ
تَشْرِيْفًا
وَتَكرِيْمًا
وَتَعْظِيْمًا
وَمَهَابَةً
وَرِفْعَةً
وَبِرًّا.
Maksudnya ;
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak
ada Tuhan melainkan
Allah, Tidak
ada Tuhan melainkan Allah,
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung,
Allah Yang Maha Agung .
Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha
Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah
segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan Dialah
Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu, ku
mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah
ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab
kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya
mencucuri ke atas Saidina Muhammads.a.w, keluarganya
dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah tambahkanlah
Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan,
kebaikan, dan tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa
juga yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya
dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah
dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.
DOA DI RAUDHAH
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيْمِ
, الحمدُللهِ
رَبِّ الْعَالَمِينَ
, حَمْدًا
يُوَافِي
نِعَمَهُ
وَيُكَافِئُ
مَزِيدَهُ
. يَا رَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ
كَمَا يَنْبَغِي
لِجَلاَلِ
وَجْهِكَ
وَعَظِيْمِ
سُلْطَانِكَ
, اللَّهم
صَلِّ وَسَلِّم
عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى
اَلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِينَ
. اللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي
ذُنُوبِي
وَلِوَالِدَيَّ
, وَأَجْدَادِي
وَجَدَّاتِي
وَإِخْوَانِي
وَمَشَايِخِي
وَلِجَمِيعِ
الْمُسْلِمِينَ
وَالْمُسْلِمَاتِ
الأَحْيَاءِ
مِنْهُم
وَالأَمْوَاتِ
بِرَحْمَتِكَ
يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِينَ
.
اللَّهُمَّ
إِنَّكَ
قُلْتَ وَقَوْلُكَ
الْحَقُّ
: وَلَو أَنَّهُم
ظَلَمُوا
أَنْفُسَهُم
جَاءُوكَ
فَاسْتَغْفَرُوا
اللهَ وَاسْتَغْفَرْ
لَهُمُ الرَّسُولُ
لَوَجَدُوا
اللهَ تَوَّابًا
رَحِيمًا
..
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ
أَنْ تُشَفِّعَ
فِي نَبِيِّكَ
وَرَسُولِكَ
مُحَمَّدًا
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
يَوْمَ لاَ
يَنْفَعُ
مَالٌ وَلاَ
بَنُونَ
إِلاَ مَنْ
أَتَى اللهَ
بِقَلْبٍ
سَلِيمٍ
، وَأَنْ
تُوْجِبَ
لِيَ الْمَغْفِرَةَ
كمَا أَوْجَبْتَهَا
لِمَنْ جَاءَهُ
فِي حَيَاتِهِ
، اللَّهُمَّ
اجْعَلْهُ
أَوَّلَ
الشَّافِعِيْنَ
، وَأَنْجَحَ
السَّائِلِيْنَ
وَأَكْرَمَ
اْلأَوَّلِيْنَ
وَالآخِرِينَ
بِمَنِّكَ
وَكرَمِكَ
يَا أَكْرَمَ
الأَكْرَمِيْنَ
.
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ
إِيْمَانًا
كَامِلاً
وَيَقِيْنًا
صَادِقًا
، حَتَّى
أَعْلَمَ
أَنَّه لاَ
يُصِيْبُنِي
إِلاَّ مَا
كَتَبْتَ
لِي ،
وَعِلْمًا
نَافِعًا
وَقَلْبًا
خَاشِعًا
، وَلِسَانًا
ذَاكرًا
وَرِزْقًا
وَاسِعًا وَحَلاَلاً
طَيِّبًا
، وَعَمَلاً
صَالِحًا
مَقْبُولاً
، وَتِجَارَةً
لَنْ تَبُوْرَ.
اللَّهُمَّ
اشْرَحْ
صُدُورَنَا
وَاسْتُرْ
عُيُوبَنَا
وَاغْفِر
ذُنُوبَنَا
، وَآمِن
خَوْفَنَا
، وَاخْتِم
بِالصَّالِحَاتِ
أَعْمَالَنَا
، وَتَقَبَّلْ
زِيَارَتَنَا
، وَرُدَّنَا
مِنْ غُرْبَتَنَا
إِلَى أَهْلِنَا
وَأَوْلاَدِنَا
سَالِمِينَ
غَانِمِينَ
، وَاجْعَلْنَا
مِنْ عِبَادِكَ
الصَّالِحِين
، مِنَ الَّذِيْنَ
لاَ خَوْفٌ
عَلَيْهِم
وَلاَ هُمْ
يَحْزَنُونَ
.
رَبَّنَا
آتِنَا فِيْ
الدُّنْيَا
حَسَنَةً
وَفِيْ الآخِرَةِ
حَسَنَةً
وَقِنَا
عَذَابَ
النَّارِ
, رَبَّنَا
لاَ تُزِغْ
قُلُوْبَنَا
بَعْدَ إِذْ
هَدَيْتَنَا
وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ
رَحْمَةً
إِنَّكَ
أَنْتَ الْوَهَّابُ.
رَبِّ
اغْفِرْلِي
وَلِوَالِدَيَّ
وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ
يَوْمَ يَقُوْمُ
الْحِسَابُ،
رَبَّنَا
آتِنَا مِنْ
لَدُنْكَ
رَحْمَةً
وَهَيِّئْ
لَنَا مِنْ
أَمْرِنَا
رَشَدًا
, سُبْحَانَ
رَبِّكَ
رَبِّ الْعِزَّةِ
عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ
عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ
وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ .
Maksudnya ;
Segala puji-pujian
tertentu bagi Allah seru sekalian alam. Puji-pujian
yang menyempurnakan dan menambahkan nikmat-nikmatnya
wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah puji-pujian
yang selayaknya dengan keagungan dan kebesaran
kekuasaanMu, selawat dan salam ke atas Junjungan
Besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga serta sahabat-
sahabatnya.
Ya Allah ya Tuhanku!
Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, datuk
nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara maraku
dan sekalian guru-guruku, seterusnya sekalian
orang-orang mukmin dan mukminat juga muslimin
dan muslimat sama ada yang hidup ataupun yang
telah mati, dengan limpah rahmatMu wahai Tuhan
Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.
Ya Allah ya Tuhanku!
Engkau telah berfirman dan firmanMu adalah benar.
Jika sekiranya mereka telah menzalimi diri mereka
sendiri lantas mereka datang kepadaMu lalu memohon
keampunan kepada Allah, Rasul pun memohon ampun
uniuk mereka tentulah mereka mendapati Allah itu
Maha Penerima Ampun lagi Maha Penyayang".
DOA MENZIARAHI MAQAM RASULULLAH
|
|||||||
Subscribe to:
Posts (Atom)





