Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Friday, 1 March 2019
5 TIPS BERGUNA SEBELUM BERANGKAT MENUNAIKAN UMRAH. BACA DULU SEBELUM REGISTER. NO. 5 RAMAI YANG TERKENA.
Pengalaman membawa jemaah umrah Rarecation mengajar kami banyak perkara berkaitan tips dan trik serta bagaimana hendak menjaga keperluan diri jemaah. Sepanjang menziarahi Rasulullah di Madinah dan mengunjungi Baitullah di Mekah mendidik saya mengenali insan-insan yang mulia dari pelbagai latar, watak dan corak kehidupan. Semua itu adalah cabaran untuk memenuhi keperluan dan kehendak jemaah.
Ada yang baru kali pertama menjejakkan kaki mereka di Haramain. Ada juga yang sudah kali kelapan mendapat rezeki di jemput Allah. Tak kira usia, pangkat, nama dan status semuanya menjadi kerabat dan keluarga saya atas nama jemaah yang diseru Allah berkunjung ke sana.
Siapa pun kita, di bumi Mekah kita semua adalah sama. Tidak kira agensi apa atau pakej yang kita ambil itu murah, mahal atau sederhana sebenarnya kita pergi atas tiket dan tujuan yang sama. Yang membezakan antara satu sama lain adalah PENGISIAN yang dikongsikan sepanjang 12 hari kita berada di sana. Dan bagaimana kita mengambil pelajaran selama kita bermusafir sebagai tetamu Allah.
.
BERIKUT ADALAH TIPS MUDAH JIKA KITA SUDAH BERSEDIA MENJADI TETAMU ALLAH DAN RASUL.
.
Sebaik sahaja kita membuat keputusan untuk ke tanah suci, kita hendaklah mengetahui beberapa perkara yang penting yang boleh membantu kita semasa di sana nanti.
Antaranya ialah waktu bila kita ke tanah suci samada musim sejuk ataupun panas ?
.
TIP 1 – KEADAAN CUACA DAN SUHU DI TANAH SUCI
.
Arab Saudi mempunyai 2 musim yang utama iaitu musim panas dan kering dan juga sejuk dan kering. Lazimnya musim sejuk bermula di antara bulan pertengahan bulan November hingga Mac atau April, manakala musim panas bermula antara bulan April hingga Oktober. Jadi pastikan kita memilih suasana yang sesuai dengan diri kita. Jangan ikut orang.
Oleh kerana musim sejuknya kering dan musim panasnya juga kering, maka kulit kita dan bibir kita mudah untuk menjadi kering. Dan selalu juga tumit kaki kita pecah-pecah disebabkan olehnya. Apabila ini berlaku, ini boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyukarkan kita untuk berjalan jauh.
Sebagai persediaan bagi mengelakkan kita menghadapi masalah di sana nanti, kita hendaklah membawa “Cream Pelembab Kulit”atau “Losyen Pelembab Kulit” seperti berjenama Nivea atau Viseline. Sekadar menamakan beberapa produk yang biasa digunakan jemaah umrah. Hari ini ada banyak pilihan produk yang berjenama dan pilihlah yang sesuai dengan bajet masing-masing.
.
Bagaimana pula pada musim panas?
Sekiranya kita ke tanah suci pada musim panas, jangan lupa membawa bersama cermin mata hitam, sebaiknya yang berjenama atau “original”. Suhu panasnya boleh mencecah sehingga 50’C dan untuk melihat ke hadapan begitu silau dan memeritkan sekali. Senang cakap, kita berjalan nak buka mata pun susah. Berpijar mata kita sampai terkebil-kebil hendak melihat pemandangan.
Paling perit jika peluh meleleh masuk ke mata. Yang pernah kena saja tau ‘nikmatnya’ macam mana!
.
Kalau musim sejuk?
Sekiranya kita ke sana pada musim sejuk, kita kena selidiki berapa suhu sejuknya. Suhu sejuknya boleh mencecah bawah dari 10’C. Suhu sejuk yang melampau ini boleh menyebabkan tulang-tulang pada jari-jari kita menjadi ngilu atau sakit-sakit. Jika suhu sedemikian, selain dari memakai baju sejuk atau jaket yang tebal, sarung tangan juga jangan ketinggalan. Stokin pun antara senjata yang mujarab melawan sejuk.
Biasanya suhu sejuk ini akan jatuh pada waktu malam dan subuh. Waktu siang ketika ada matahari, panasnya masih terik walaupun suhunya sekitar 20-25 C. Jika hujan turun pada siang atau malam hari, esoknya dijamin sejuk. Nasihat saya bagi yang mahu keluar bersiar-siar atau ke masjid di waktu malam, pastikan pakai pakaian tebal dan bawa duit lebih untuk beli shawarma dan kopi panas.
.
TIP 2 – PENGELUARAN WANG DAN TUKARAN WANG
.
Kita boleh menukar wang di Malaysia atau di Makkah/Madinah menerusi “kedai tukaran wang” yang banyak terdapat di sana. Kadar tukaran terkini ialah SR100 bersamaan RM104 ke RM107. Kadar tukaran ini tertakluk kepada perubahan semasa. Biasanya tukaran wang di Madinah lebih mendapat nilaian yang tinggi berbanding Makkah dan Malaysia.
Antara lokasi money changer murah di Madinah di hadapan Hotel Fayroz Shattah. Atau boleh cari pintu 25. Sebelah hotel Bahauddin. Jemaah Rarecation jangan bimbang, turun lobi hotel terus boleh nampak kedainya.
Pada musim haji, Tabung Haji ada membuka kaunter pengeluaran di Maktab-maktab Haji Jemaah Malaysia. Tetapi pada musim umrah perkhidmatan ini tidak disediakan di Makkah dan Madinah.
Sekiranya kita takut untuk membawa wang tunai yang banyak, Ada banyak lokasi ATM Al-Rajhi di beberapa lokasi yang telah disediakan. Semasa di tanah suci, had pengeluaran maksima di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 sahaja sehari. Jika kita ingin mengeluarkan lebih dari SAR5000, kita terpaksa menunggu selepas 24 jam pengeluaran pertama dibuat.
.
TIP 3 – PERBEZAAN WAKTU
.
Malaysia lebih awal 5 jam daripada waktu di Arab Saudi. Jika waktu Malaysia pada jam 10 pagi, maka waktu di Arab Saudi ialah jam 5 pagi. Jika kita ingin menghubungi keluarga kita di Malaysia, sebaiknya kita hubungi mereka selepas waktu Subuh atau pada waktu siang hari. Jika waktu selepas Subuh di Makkah jam 6 pagi, waktu di Malaysia ialah jam 11 pagi.
Bagi yang membawa anak-anak kecil, boleh jadikan panduan untuk tidurkan anak mengikut waktu Malaysia. Aturkan jadual berdasarkan kebiasaan masa anak-anak di tanah air. Waktu makan, berehat dan tidur penting dijaga sebab nak elakkan mereka meragam dan mengganggu masa ibadah kita. Jika datang dengan keluarga besar tambahan dengan anak-anak yang kecil, lagilah kena bijak merancang.
Apa pun jangan bimbang, itu semua boleh diatasi dengan mudah jika sudah bersiap sedia dari awal. Macam jemaah kami, beliau siap buat jadual waktu lagi. Bila nak menyusu, waktu bila nak bagi anak tidur dan masa bila nak turun ke masjid untuk tawaf sunat dan iktikaf. Ini semua adalah satu pengalaman yang indah jika kita sentiasa bersedia dan berlapang dada.
.
TIP 4 – ELAKKAN MEMBAWA PAKAIAN YANG BANYAK
.
Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak, walaupun kita di tanah suci selama 2 minggu. Sebaiknya bagasi kita jangan lebih dari 15 kg. Ini kerana kebiasaannya jemaah akan membeli-belah semasa di sana, dibimbangi semasa balik nanti had muatan bagasi lebih dari sepatutnya yang memungkinkan dikenakan denda atau “caj lebihan bagasi”.
Untungnya kita naik Saudi Airlines, seorang dapat 46kg dengan maksima 2 bag. 1 bagasi dengan had 23kg. Cukup sangat kalau nak beli belah dan bawa balik bekal untuk orang kampung.
Bagi lelaki memadai dengan 2 pasang baju yang sesuai untuk beribadah atau pakaian semasa solat. Kain ihram pula 3 helai atau sepasang setengah. Begitu juga bagi wanita, memadai dengan 2 pasang jubah 2 pasang telekung sahaja.
Bagi jemaah wanita, tips untuk masuk ke Raudah, siap sedia sepasang jubah warna hitam. Kadang kala jika jemaah kita terlalu nampak kemelayuannya, akan terpinggir ke bahagian belakang. Berbanding kita berpakaian ala wanita Arab. Lebih mudah nak menyelit dan masuk ke bahagian Raudah.
Semasa di tanah suci, jemaah pasti akan membeli pakaian atau jubah baru kerana selain dari harganya yang lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau di Mekah atau Madinah setiap pagi selepas subuh sudah ramai yang akan berniaga di depan hotel sepanjang jalan pulang dari Masjid.
Kualiti dan harga boleh nilai sendiri. Semua itu hanyalah sampingan sahaja. Jangan terlalu sibuk membeli belah sampai kita lupa tujuan asal datang nak beribadah.
.
Perkhidmatan Dobi?
.
Terlalu mahal. Upah dobinya ada pilihan bermula SAR5 hingga SAR10 sehelai. Jika kita menghantar 3-4 helai pakaian ke kedai dobi, jangan terkejut jika upahnya boleh mencecah sehingga SAR50 atau lebih dari itu. Bergantung di mana perkhidmatan dobi itu dibuat. Jika di hotel 5 bintang, boleh mencecah lebih dari SAR100.
Kadang ada jemaah yang fikir beli baju baru lebih baik dari hantar ke dobi. Apa pun pilihan dan kemampuan sila umur di badan sendiri.
Kebiasaanya di hotel-hotel budget, pekerja-pekerja hotel (biasanya Bangladesh) ada menawarkan perkhidmatan dobi kepada jemaah dengan harga yang murah sedikit berbanding di luar. Bagi yang berkemampuan, bolehlah berlanggan dengan mereka. Ada yang datang kutip dari bilik ke bilik, siap hantar. Bayar kemudian. Boleh pilih nak lipat atau berpenyangkut.
Tetapi, jika kita ingin berjimat, bawalah sabun buku atau serbuk pencuci dari Malaysia. Di sana pun ada, tetapi sabun atau serbuk pencucinya biasanya kurang buih atau kurang ‘power’.
Oleh kerana di tanah suci cuacanya kering, maka pakaian yang dibasuh akan cepat kering. Biasanya jika kita basuh baju selepas Subuh, apabila dijemur di dalam bilik, waktu petang sudah kering. Jika dijemur di kawasan panas matahari lebih cepatlah kering pakaian kita.
.
TIPS 5 - NAK PAKAI SELIPAR ATAU KASUT
.
Mudahnya bawalah 2 pasang selipar. Satu yang sudah siap kita pakai dari rumah. Sepasang lagi stand by kalau-kalau selipar kita hilang di masjid. Nak panjat Gua Hirak, guna selipar yang sama pun boleh. Tak ada masalah. Jadi tidak perlu penuhkan bag dan beratkan muatan untuk bawa kasut hitam siap berkilat atau kasut sukan.
Sekecil-kecil ujian sabar adalah hilang selipar. Jadi sentiasa beringat untuk bawa kasut bersama ketika ziarah atau iktikaf di dalam masjid. Gunakan bag yang disediakan. Jangan tinggalkan kasut di tempat letak kasut sewenang-wenangnya. Takut keluar nanti dah lesap. Jadilah macam seorang jemaah saya sampai enam kali dia hilang selipar.
Apa pun ini semua hanya sebahagian dari tips yang mudah dan ringkas. Untuk kita jadikan persiapan dan persediaan diri sebelum memilih pakej atau menentukan waktu yang sesuai untuk pergi menunaikan ibadah umrah atau haji. Ada banyak lagi tips yang kena gali dan korek dari dari kawan-kawan yang sudah jejak kaki di Haramain.
Setiap individu mungkin berbeza pandangan dan pengalaman. Itu perkara biasa semasa kita mengerjakan umrah. Lain orang, lain ujiannya. Apa pun semua itu tidak ada yang sia-sia sama ada ianya baik atau buruk, yang penting ia akan memandaikan kita di masa hadapan. Paling berguna jika kita kongsikan pula tips pada yang baru pertama kali nak naik ke Tanah Suci.
Kongsikan jika anda rasa ianya bermanfaat untuk ibuayah, abang kakak dan keluarga yang akan berangkat pergi tunaikan umrah. Share dan tag kawan-kawan yang mungkin sedang mencari pakej yang sesuai dan tengah buat persiapan untuk beribadah di sana.
Saya doakan kepada semua jemaah umrah dipermudahkan perjalanan ke sana. Setakat ujian material ini, hadapilah dengan senyuman. Enjoy ibadah kerana Allah. Jika ada yang terkurang atau diuji di mana-mana, itu semua sebahagian dari kifarah dan barakah di bumi Haramain. Semoga kita semua dijemput Allah lagi untuk menjadi tetamuNya. Amin.
Friday, 22 February 2019
Masjid Quba'
Masjid Quba' mempunyai 56 buah Kubah dan 4 buah Menara dan ia adalah masjid Pertama dibina oleh Rasullullah SAW semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah Pada Tahun 1 Hijrah bersamaan 622M. 94 hari lagi Ramadhan tiba..inshaAllah Aameen.
#BERKONGSI Cerita & Kelebihan Masjid Pertama Madinah. Di dalam Al Quran disebutkan juga bahawa masjid Quba' adalah masjid yang dibina atas dasar Taqwa.
لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا۟ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُطَّهِّرِينَ
Janganlah engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid Quba' yang engkau bina wahai Muhammad, yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula wujudnya, sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka mengambil berat membersihkan dan mensucikan dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka yakni zahir dan batin. [At-Taubah: 108]
Masjid ini terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira 5km dari Masjid Nabawi. Ia juga menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah. Bagi mereka yang mahu merebut ganjaran sekali umrah tidak melepaskan peluang keemasan untuk berkunjung ke Masjid Quba’ saban hari.
Ganjaran Sekali Umrah Di Masjid Quba’. Di Madinah, tempat ziarah ini adalah lokasi mesti dikunjungi dan termasuk di dalam itinerari ziarah yakni Masjid Quba’, Jabal Uhud dan makam syuhada’ Uhud serta ladang tamar. Jemaah dinasihatkan agar berwuduk di hotel penginapan dan berusaha mengekalkannya sehingga tiba di Masjid Quba’ dan bersolat sunat dua rakaat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah". (Ibn Majah, Musnad Ahmad: 15981).
Ia menjelaskan bukan bermakna kewajiban ibadah umrahnya telah tertunai jika seseorang menjalankan solat di Masjid Quba'. Siapa yang solat di Masjid Quba maka dia mendapatkan pahala setara dengan pahala Mengerjakan umrah. WAllahuA'lam. Kredit Kisah Islam
#BERKONGSI Cerita & Kelebihan Masjid Pertama Madinah. Di dalam Al Quran disebutkan juga bahawa masjid Quba' adalah masjid yang dibina atas dasar Taqwa.
لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا۟ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُطَّهِّرِينَ
Janganlah engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid Quba' yang engkau bina wahai Muhammad, yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula wujudnya, sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka mengambil berat membersihkan dan mensucikan dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka yakni zahir dan batin. [At-Taubah: 108]
Masjid ini terletak di sebelah tenggara kota Madinah dan hanya kira-kira 5km dari Masjid Nabawi. Ia juga menjadi lokasi pertama dalam setiap ziarah luar di kalangan jemaah haji dan umrah. Bagi mereka yang mahu merebut ganjaran sekali umrah tidak melepaskan peluang keemasan untuk berkunjung ke Masjid Quba’ saban hari.
Ganjaran Sekali Umrah Di Masjid Quba’. Di Madinah, tempat ziarah ini adalah lokasi mesti dikunjungi dan termasuk di dalam itinerari ziarah yakni Masjid Quba’, Jabal Uhud dan makam syuhada’ Uhud serta ladang tamar. Jemaah dinasihatkan agar berwuduk di hotel penginapan dan berusaha mengekalkannya sehingga tiba di Masjid Quba’ dan bersolat sunat dua rakaat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah". (Ibn Majah, Musnad Ahmad: 15981).
Ia menjelaskan bukan bermakna kewajiban ibadah umrahnya telah tertunai jika seseorang menjalankan solat di Masjid Quba'. Siapa yang solat di Masjid Quba maka dia mendapatkan pahala setara dengan pahala Mengerjakan umrah. WAllahuA'lam. Kredit Kisah Islam
Friday, 1 February 2019
URUTAN PELAKSANAAN IBADAH HAJI
PENGERTIAN HAJI
Pengertian Haji secara literal, haji adalah maksud atau tujuan. Secara terminologi syariah haji adalah bermaksud pergi ke Baitullah di Makkah untuk melaksanakan ibadah haji
DALIL DASAR HUKUM HAJI
Hukum haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi setiap muslim (fardhu 'ain) yang mampu melaksanakannya secara finansial dan fisikal. Dalil dasar Quran dan hadits terkait ibadah haji: kewajiban haji, macam-macam haji, syarat rukun haji.- QS Ali Imron 3:97 Yang artinya: mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.
SYARAT HAJI YANG HARUS DIPENUHI
Syarat Haji menjadi wajib dilaksanakan bagi seorang muslim apabila memenuhi syarat di bawah. Apabila tidak terpenuhi syarat ini, hajinya tetap sah. Misalnya, anak kecil naik haji.
1. Beragama Islam
2. Berakal sehat (tidak gila)
3. Baligh atau dewasa
4. Merdeka(bukan budak)
5. Mampu untuk melakukannya
RUKUN HAJI
Rukun Haji yaitu pekerjaan dalam ibadah haji yang harus dilakukan dan tidak boleh diwakilkan dan tidak sah hajinya apabila ditinggalkan. Meninggalkan salah satu rukun haji akan gugur atau tidak sah ibadah haji tersebut. Rukun haji ada enam, yaitu sebagai berikut.
1. Ihram
Ihram adalah berniat mengerjakan ibadah haji atau umrah dengan memakai pakaian ihram, pakaian berwarna putih bersih dan tidak berjahit. Pakaian tidak berjahit hanya berlaku bagi laki-laki disertai niat haji atau umroh di miqat
2. Wuquf di Arafah
Wuquf di Arafah yaitu berdiam diri, dzikir dan berdo'a di Padang Arafah pada waktu zuhur, dimulai sejak tergelincir matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajat tanggal 10 Zulhijah (pada bulan haji).
3. Tawaf Ifadhah
Tawaf Ifadhah yaitu mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali, dilakukan sesudah melontar jumrah Aqabah pada tanggal 10 Zulhijah.
4. Sa'i
Sa'i di antara Safa dan Marwah yaitu berjalan atau berlari-lari kecil antara Shafa dan Marwah sebanyak 7 Kali, dilakukan sesudah Tawaf Ifadah.Ketentuan sai harus dimulai dari Bukit Safa dan diakhiri di Bukit Marwah.
5. Tahallul
Tahallul yaitu bercukur atau menggunting rambut setelah melaksanakan Sa'i.
6. Tertib
Tertib yaitu mengerjakan kegiatan sesuai dengan urutan dan tidak ada yang tertinggal. Artinya, harus berurutan dimulai dari niat (ihram), wukuf, tawaf, sai, dan menggunting rambut (Tahallul)
NIAT HAJI
Bacaan niat haji adalah sebagai berikut: Labbaik Allahumma Hajjan
Artinya: Ya Allah kupenuhi panggilanMu untuk berhaji.
WAJIB DILAKSANAKAN DALAM IBADAH HAJI
Wajib Haji yaitu pekerjaan dalam ibadah haji yang harus dikerjakan serta wajib membayar dam jika meningalkan yaitu:
1. Niat Ihram, untuk haji atau umrah dari Miqat Makani, dilakukan setelah berpakaian ihram.
2. Mabit (bermalam) di Muzdalifah, pada tanggal 9 Zulhijah (dalam perjalanan dari Arafah ke Mina).
3. Melontar Jumrah Aqabah, pada tanggal 10 Zulhijah yaitu dengan cara melontarkan tujuh butir kerikil berturut-turut.
4. Mabit di Mina, pada hari Tasyrik (tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijah).
SUNNAH DILAKSANAKAN DALAM IBADAH HAJI
Dilaksanakan pada tanggal 9 Zulhijah, waktunya dimulai setelah matahari tergelincir sampai terbit fajar pada hari nahar (hari menyembelih kurban) tanggal 10 Zulhijah. Saat wukuf, ada beberapa hal yang harus dilakukan, yaitu: shalat jamak taqdim dan qashar zuhur-ashar, berdoa, berzikir bersama, membaca Al-Qur’an, shalat jamak taqdim dan qashar maghrib-isya.
Mekah Waktunya sesaat setelah tengah malam sampai sebelum terbit fajar. Disini mengambil batu kerikil sejumlah 49 butir atau 70 butir untuk melempar jumrah di Mina, dan melakukan shalat subuh di awal waktu, dilanjutkan dengan berangkat menuju Mina. Kemudian berhenti sebentar di masy’ar al-harâm (monumen suci) atau Muzdalifah untuk berzikir kepada Allah SWT (QS 2: 198), dan mengerjakan shalat subuh ketika fajar telah menyingsing.
Dilakukan di bukit ‘Aqabah, pada tanggal 10 Zulhijah, dengan 7 butir kerikil, kemudian menyembelih hewan kurban.
Tahalul adalah berlepas diri dari ihram haji setelah selesai mengerjakan amalan-amalan haji. Tahalul awal, dilaksanakan setelah selesai melontar jumrah ‘aqobah, dengan cara mencukur/memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai.
5. Melontar Jumrah Ula, Wustha dan Aqabah (Klik Video), pada hari Tasyrik (tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijah).
6. Tawaf Wada', yaitu melakukan tawaf perpisahan sebelum meninggalkan kota Mekah.
7. Meninggalkan perbuatan yang dilarang saat ihram.
SUNNAH DILAKSANAKAN DALAM IBADAH HAJI
Perbuatan yang disunnahkan dalam ibadah haji adalah sbb:
1. Mandi sunat Ihram.
2. Bertalbiah.
3. Melakukan tawaf qudum bagi orang yang mengerjakan haji ifrad dan haji qiran.
4. Bermalam di Mina pada malam Arafah.
5. Berlari-lari kecil dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf
URUTAN PELAKSANAAN IBADAH HAJI
1. IHRAM DARI MIQÂT.
Melakukan ihram dari Miqat(Klik) yang telah ditentukan Ihram dapat dimulai sejak awal bulan Syawal dengan melakukan mandi sunah, berwudhu, memakai pakaian ihram, dan berniat haji dengan mengucapkan Labbaik Allâhumma hajjan, yang artinya “aku datang memenuhi panggilanmu ya Allah, untuk berhaji”.
Kemudian berangkat menuju arafah dengan membaca talbiah untuk menyatakan niat: Labbaik Allâhumma labbaik, labbaik lâ syarîka laka labbaik, inna al-hamda, wa ni’mata laka wa al-mulk, lâ syarîkalaka Artinya: Aku datang ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu; Aku datang, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang; Sesungguhnya segala pujian, segala kenikmatan, dan seluruh kerajaan adalah milik Engkau; tiada sekutu bagi- Mu.
2. WUKUF DI ARAFAH.
3. MABÎT DI MUZDALIFAH
4. MELONTAR JUMRAH ‘AQABAH
Dilakukan di bukit ‘Aqabah, pada tanggal 10 Zulhijah, dengan 7 butir kerikil, kemudian menyembelih hewan kurban.
5. TAHALLUL
Setelah tahalul, boleh memakai pakaian biasa dan melakukan semua perbuatan yang dilarang selama ihram, kecuali berhubungan seks. Bagi yang ingin melaksanakan tawaf ifâdah pada hari itu dapat langsung pergi ke Mekah untuk tawaf. Dengan membaca talbiah masuk ke Masjidil Haram melalui Bâbussalâm (pintu salam) dan melakukan tawaf. Selesai tawaf disunahkan mencium Hajar Aswad (batu hitam), lalu shalat sunah 2 rakaat di dekat makam Ibrahim, berdoa di Multazam, dan shalat sunah 2 rakaat di Hijr Ismail (semuanya ada di kompleks Masjidil Haram).
Kemudian melakukan sa’i antara bukit Shafa dan Marwa, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa. Lalu dilanjutkan dengan tahalul kedua, yaitu mencukur/memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Dengan demikian, seluruh perbuatan yang dilarang selama ihram telah dihapuskan, sehingga semuanya kembali halal untuk dilakukan. Selanjutnya kembali ke Mina sebelum matahari terbenam untuk mabît di sana.
6. MABÎT DI MINA
Dilaksanakan pada hari tasyrik (hari yang diharamkan untuk berpuasa), yaitu pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijah. Setiap siang pada hari-hari tasyrik itu melontar jumrah ûlâ, wustâ, dan ‘aqabah, masing-masing 7 kali.
Bagi yang menghendaki nafar awal (meninggalkan Mina tanggal 12 Zulhijah setelah jumrah sore hari), melontar jumrah dilakukan pada tanggal 11 dan 12 Zulhijah saja.
Tetapi bagi yang menghendaki nafar sânî atau nafar akhir (meninggalkan Mina pada tanggal 13 Zulhijah setelah jumrah sore hari),melontar jumrah dilakukan selama tiga hari (11, 12, dan 13 Zulhijah). Dengan selesainya melontar jumrah maka selesailah seluruh rangkaian kegiatan ibadah haji dan kembali ke Mekah.
7. TAWAF IFÂDAH.
Bagi yang belum melaksanakan tawaf ifâdah ketika berada di Mekah, maka harus melakukan tawaf ifâdah dan sa’i. Lalu melakukan tawaf wada’ sebelum meninggalkan Mekah untuk kembali pulang ke daerah asal.
Thursday, 10 January 2019
Solat Sunat Rawatib
Solat rawatib sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat rawatib yang setelah solat fardhu pula dikenali sebagai solat ba’diyah.
Solat sunat rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan). Adapun tentang jumlah rakaat solat rawatib yang mu’akkad, telah tsabit hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah R.’Anha yang menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.
Sahih Muslim (728)
Dalam hadith yang lain dijelaskan pula perincian solat-solat yang berjumlah dua belas rakaat seperti yang disebut dalam hadith di atas. Daripada Ummu Habibah R.’Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.
Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
Sunan Tirmidzi (380) dan Sunan Ibn Majah (1196)
Melalui riwayat Ibnu ‘Umar R.A pula menunjukkan jumlah rakaat solat rawatib adalah sepuluh. Beliau berkata:
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
Maksudnya: Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi SAW tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
Sahih al-Bukhari (1180)
Dari sini dapat kita fahami bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan kedua-dua jumlah rakaat iaitu dua belas mahupun sepuluh rakaat solat sunat rawatib. Perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh perbezaan jumlah rakaat ketika melaksanakan solat qabliyah Zohor.
Para ulama Syafi’iyyah umumnya telah memilih pandangan bahawa bilangan rakaat rawatib yang mu’akkad ialah sebanyak 10 rakaat. Ini sebagaimana yang termaktub dalam Matan Zubad ibn Ruslan, iaitu antara matan asasi dalam fiqh mazhab Syafi’e:
ثنتان قبل الصبح، والظهر كذا...... وبعده، ومغرب، ثم العشا
Maka kita simpulkan di sini solat-solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah:
- Dua rakaat sebelum Subuh
- Dua atau empat rakaat sebelum Zohor
- Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor
- Dua rakaat selepas Maghrib
- Dua rakaat selepas solat Isya’ (Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 284 dan Matla’ al-Badrain, 1/132)
SOLAT RAWATIB GHAIRU MU’AKKAD
Solat sunat rawatib yang tidak mu’akkad pula ialah:
- Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) sebelum Zohor
- Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) selepas Zohor
- Empat rakaat sebelum Asar
- Dua rakaat sebelum Maghrib
- Dua rakaat sebelum Isya (Rujuk Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 285 dan Matla’ al-Badrain, 1/132-133)
Dalil disyariatkan solat-solat tersebut adalah keumuman sabda Rasulullah SAW:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ثَلاَثًا لِمَنْ شَاءَ.
Maksudnya: Di antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) ada solat (sunat) – Baginda mengulanginya hingga tiga kali- bagi yang menghendakinya.
Sahih al-Bukhari (624)
Di samping itu terdapat juga hadis khusus yang meriwayatkan anjuran untuk mengerjakan solat qabliyah Asar sebanyak empat rakaat. Daripada Ibnu ‘Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:
رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا.
Maksudnya: Allah SWT mengasihi orang yang mengerjakan solat empat rakaat sebelum Asar.
Sunan Tirmidzi (430)
Berkaitan solat qabliyah Maghrib pula, telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, dia berkata:
كَانَ الْمُؤَذِّنُ إِذَا أَذَّنَ قَامَ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِيَ حَتَّى يَخْرُجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُمْ كَذَلِكَ يُصَلُّونَ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ وَلَمْ يَكُنْ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ شَيْءٌ.
Maksudnya: Biasanya apabila muadzdzin (juru azan) mengumandangkan azan, maka para sahabat Nabi SAW berdiri dan segera menghampiri tiang-tiang (untuk dijadikan sutrah) sampai Nabi SAW keluar sedang mereka dalam keadaan demikian. Mereka solat dua rakaat sebelum (qabliyah) Maghrib. Tiada (yakni jarak waktu yang singkat) sesuatu di antara azan dan iqamah.
Sahih al-Bukhari (625)
Begitu juga dengan solat sunat qabliyah Isya’ disyariatkan melalui sabda Baginda SAW:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ثَلاَثًا لِمَنْ شَاءَ.
Maksudnya: Di antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamah) ada solat (sunat) – Baginda mengulanginya hingga tiga kali- bagi yang menghendakinya.
Sahih al-Bukhari (624) (Rujuk Hasyiyah Bujairimi ‘ala al-Khatib, 1/415)
Kesimpulan
Bilangan rakaat solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah 10 rakaat, manakala yang tidak mu’akkad pula ialah 12 rakaat sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Namun yang terbaik adalah kita perbanyakkan solat sunat semampu mungkin tanpa mengira samada ia mu’akkad ataupun tidak.
Friday, 4 January 2019
Dam dlm ibadat haji & umrah
Penyembelihan hewan untuk dam di Pasar Kakiyah Mekah
Dam ialah denda yang dikenakan kepada Jemaah yang mengerjakan umrah kerana meninggalkan perkara-perkara yang wajib, melakukan perkara-perkara yang dilarang, sama ada dilakukan secara sengaja, tidak sengaja atau kerana tidak tahu.
Mengikut pendapat ulama Mahzab Syafie, satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah disedekahkan dagingnya atau berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang.
Terdapat tiga bentuk hukuman mengikut tahap-tahap pelanggaran:
Sekiranya melanggar larangan secara sengaja, tanpa keuzuran atau bukan di bawah paksaan, hukumnya berdosa dan Jemaah diwajibkan membayar dam.
Sekiranya melanggar larangan kerana terpaksa, hukumnya tidak berdosa dan Jemaah wajib membayar dam.
Sekiranya melanggar larangan kerana sebab jahil, uzur, lupa atau semasa tidur, maka hukumnya tidak berdosa dan tidak wajib membayar dam.
Sekiranya melanggar larangan kerana terpaksa, hukumnya tidak berdosa dan Jemaah wajib membayar dam.
Sekiranya melanggar larangan kerana sebab jahil, uzur, lupa atau semasa tidur, maka hukumnya tidak berdosa dan tidak wajib membayar dam.
Jenis-jenis Dam
Terdapat empat jenis dam, iaitu:
Terdapat empat jenis dam, iaitu:
1. Dam Tertib Takdir
Maksud tertib iaitu melakukan satu dam yang ditetapkan dan jika tidak mampu, lakukan dam berikutnya yang ditetapkan. Manakala takdir pula iaitu kadar dam yang telah ditetapkan oleh syarak. Contohnya, seseorang yang tidak berihram di Miqat, hendaklah ia melaksanakan dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah berpuasa 10 hari (iaitu 3 hari di masa haji dan 7 hari apabila ia pulang ke tempatnya), sekiranya tidak mampu juga disebabkan tua, hendaklah dikeluarkan satu cupak tiap-tiap satu hari (sebanyak 10 cupak). Jika tidak berdaya juga, maka tertanggunglah zimmah ke atasnya.
2. Dam Tertib dan Takdil
Maksud takdil apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan, hendaklah ia ganti dengan berpuasa. Contohnya, seseorang yang melakukan persetubuhan, maka si suami dikenakan dam iaitu menyembelih seekor unta, jika tidak mampu hendaklah ia menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu hendaklah digantikan dengan tujuh ekor kambing. Jika tidak mampu hendaklah membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram. Jika tidak mampu, hendaklah ia berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta.
3. Dam Takhyir dan Taqdir
Maksudnya ketetapan kepada barang yang boleh diganti. Contohnya seseorang yang memakai pakaian yang dilarang dalam ihram atau memotong kuku, maka dam yang dikenakan menyembelih seekor kibas (atau kambing atau 1/7 unta). Sekiranya tidak mampu, bersedekah kepada 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak makanan tiap-tiap seorang. Sekiranya tidak mampu, berpuasa tiga hari.
4. Dam Takhyir dan Takdil
Takhyir ertinya boleh memilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan. Contohnya, memburu binatang yang halal dimakan atau mencabut pokok dan dam yang dikenakan iaitu menyembelih binatang mengikut binatang yang diburu. Jika rusa, bandingannya ialah lembu, jika kijang, bandingannya ialah kambing dan seumpamanya. Jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan dengan nilai harga binatang sebagai bandingan dan dibahagikan kepada fakir miskin di Makkah. Sekiranya tidak mampu hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga nilainya iaitu satu cupak satu hari. Wallahua’lam
Cara Membayar Dam
Bagi membayar dam, Jemaah bolehlah berbincang dengan mutawwif tentang cara bayaran dam. Bayaran dam dan fidyah adalah urusan sendiri dan Jemaah bolehlah membayarnya kepada fakir miskin Makkah pada kadar 5 rial.
Bagi membayar dam, Jemaah bolehlah berbincang dengan mutawwif tentang cara bayaran dam. Bayaran dam dan fidyah adalah urusan sendiri dan Jemaah bolehlah membayarnya kepada fakir miskin Makkah pada kadar 5 rial.
Bayaran dam ini bergantung kepada jenis-jenis kesalahan larangan dan ianya tidak sama antara satu kesalahan dengan kesalahan yang lain.
Perlu diingat yang dam hanya boleh dibayar di Makkah sahaja kecuali dam ihsar bagi Jemaah yang gagal meneruskan umrah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


