Tuesday, 16 August 2016

Serba sedikita panduan ketika kita berada di dalam Masjidil Haram

Maqam Ibrahim lokasi berdo'a untuk kebahagiaan keluarga ;
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ.
Waktu afdhal ialah waktu antara selepas adzan Subuh hingga soLat fardhu Subuh.
.
Tempat ini juga, adalah tempat soLat sunat Tawaf. Berdo'a lah seolah-olah Tawaf tadi yang terakhir; "Ya ALlah, jika ini adalah tawaf terakhir ku maka jadikan ia pertaruhan ku yg terbaik untuk syurgaMu."



MUSTAJAB BERDO'A DI RUKUN YEMENI. Berdo'a hajat disini dengan cara mengusap nya. Jangan pula di cium Rukun Yemeni, itu orang yang lemah 'ILMU mereka.
Nabi s.a.w bersabda : “Setiap kali aku melewati Rukun Yamani tampak ada 70 mala'ikat yang mengucapkan Amiin, Aamiin, Aamiin".
Ibnu Mas‘ud r.a. berkata : ”RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda : Setiap kali aku sampai pada rukun Yamani itu, Aku selalu bertemu dengan Jibril a.s. di situ.”

 Waktu afdhal soLat disini selepas soLat 'Asr dengan do'a mohon diampunkan dosa dan dilindungi dari azab neraka.
Beri saLaam kepada dua(2) Mala'ikat Jibril dipintu masuk Hijr Isma'il. SoLat dalam Hijr Ismail sama seperti soLat dalam Ka'abah. Berdo'a lah seperti Sunnah RasuluLlah s.a.w. Angkat kedua-dua tangan tinggi menyerah kepada ALlah. Lekapkan dada dan pipi kanan ke dinding Ka'abah. 

 
 

Umrah pertama Wajib; yang kedua dan berikutnya sunat. Harus Buat Badal untuk yang dikasehi ya'ani almarhum ibu dan Ayah. RasuluLlah s.a.w buat empat(4) kali sahaja.
SoLat lima(5) waktu fardhu, Wajib; dan setiap hari berikutnya tetap wajib. Tak boleh ditinggalkan. Usahakan soLat di Haraam. Pastikan boleh nampak Ka'abah. RUGI besar tak nampak Ka'abah.Bila Tawaf, kita #berdoa. BUKAN membaca buku do'a. Letakkan hati kita pada ALlah. Merintih, mengadu dan berharap pada ALlah.
.
Lihatlah #Kaabah semasa istilam, atau melambai Hajr Aswad; BUKAN lampu hijau didinding. Bila boleh di lihat dua muka dinding Ka'abah, istilam lah dan sebut dengan tetesan air mata memuji kebesaran ALlah ;
بسم الله الله اكبر
.
Melihat Ka'abah dapat 20 Rahmat, Tawaf 60 Rahmat dan soLat di Mataf, 40 Rahmat; ya'ani 120 Rahmat hadiah teristimewa hal Ka'abah

Saturday, 25 June 2016

Makam Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam di Masjid Nabawi terkini

Gambar terbaru
Makam Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam di Masjid Nabawi, Madina
Melihat dari lubang yang disediakan 



Do`a Masuk Masjid Nabawi

 بِسْمِ اللهِ وَعَلَىمِلَّةِ رَسُوْلِ الله رَبِّ أَدْخِلْنِيْ مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِيْ مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِيْ مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِیْرًا اَللَّھُمَّ صَلِّ عَلَى سَیِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَیِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَاغْفِرْ لِيْ ذُنُوْبِيْ وَافْتَحْ لِي أَ بْوَابَ رَحْمَتِك وَأَدْخِلْنِيْ فِیْھَايَاأَ رْحَمَ الرَّاحِمِیْن
  
Dengan nama Allāh dan atas agama Rusulullah `. Ya Allāh, masukkanlah aku dengan cara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku dengan
cara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolong. Ya Allāh, limpahkanlah rāḥmat kepada junjungan kami Muḥammad ` dan keluarganya. Ampunilah
dosaku, bukalah pintu raḥmat-Mu bagiku dan masukkanlah aku ke dalamnya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala pengasih.”


اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا نَبِيَّ اللهِ اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا صَفْوَتَ اللهِ اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا حَبِیْبَ اللهِ
 أَشْھَدُ أَنْ لاَ إِلَه إِلاَ اللهُ وَحْدَهُ لاَّ شَرِ يْكَ لَهُ وَأَشْھَدُأَنَّكَ عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَأَشْھَدُ أَنَّكَ بَلَّغْتَالرِّسَالَةَ وَأَدَّيْتَ اْلأمََانَةَ وَنَصَحْتَ اْلأُمَّةَ وَجَاھِدْتَ فِيْ سَبِیْلِ اللهِ فَصَلَّى اللهُ عَلَیْكَ صَلاَةً دَائِمَةً إِلَى يَوْمِ الدِّ يْنِ اَللَّھُمَّ آتِهِ الْوَسِیْلَةَ وَالْفَضِیْلَةَ وَالدَّرَجَةَ الرَّفِیْعَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَه
إِ نَّكَ لاَتُخْلِفُ الْمِیْعَادَ
“Salam sejahtera atasmu ya Rasulullah `, raḥmat Allāh dan berkah-Nya untukmu. Salam sejahtera atasmu wahai Nabi Allāh. Salam sejahtera wahai makhluk pilihan Allāh. Salam sejahtera wahai
kekasih Allāh. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allāh satu-satunya. Tiada sekutu bagi-Nya. Sesungguhnya engkau telah benar-benar menyampaikan risalah, engkau
telah menunaikan amanat, engkau telah memberi nasihat kepada umat, engkau telah berjihad di jalan Allāh, maka ṣalawat yang abadi dan salam yang sempurna untukmu sampai hari kiamat. Ya
Allāh, berikanlah padanya kemuliaan dan martabat yang tinggi, serta bangkitkan dia di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan padanya, sesungguhnya Engkau tidak akan mengingkari
janji.”

Bacaan Salam kepada Ṡaḥabat Abu Bakar Aṣ-Ṣiddiq

اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا خَلِیْفَةَ رَسُوْلِ اللهِ اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا صَاحِبَ رَسُوْلِ اللهِ فِى الْغَارِ
. اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا مَنْ أَنْفَقَ مَا لَهُ كُلَّهُ فِيْ حُبِّ اللهِ وَحُبِّ رَسُوْلِهِ جَزَاكَ الله
عَن أُمَّةِ رَسُوْلِ اللهِ خَیْرَالْجَزَآءِ . وَلَقَدْ خَلَفْتَ رَسُوْل اللهِ أ حْسَنَ الْخَلَفِ وَسَلَكْتَ طَرِيْقَهُ وَمِنْھَاجَهُ خَیْرَ سُلُوْكٍ وَنَصَرْتَ اْلإِسْلاَمَ وَوَصَلْتَ اْلأرَْحَامَ وَلَمْ تَزَلْ قَائِماً بِالْحَقِّ حَتَّى أَتَاكَ الْیَقِیْنُ فَالسَّلاَمُ عَلَیْكَ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

“Salam sejahtera padamu wahai khalifah Rasulullah `, salam sejahtera padamu wahai teman Rasulullah ` dalam gua, salam sejahtera wahai orang yang mendermakan semua hartanya karena
cinta kepada Allāh dan Rasul-Nya. Semoga Allāh membalas dengan sebaik-baiknya balasan dari umat Rasulullah ` dan sesungguhnya Engkau telah menggantikan Rasulullah ` sebagai khalifah
yang baik dan engkau telah menempuh jalan dan jejaknya dengan sebaik-baiknya, engkau telah membela Islam, engkau telah menghubungkan silaturahmi dan engkau senantiasa menegakkan
kebenaran sampai akhir ḥayat. Selamat sejahtera padamu dan raḥmat serta berkat Allāh juga untukmu.”

Bacaan Salam kepada Ṡaḥabat Umar bin Khaṭṭab

اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا مُظْھِرَ اْلإِ سْلاَ مِ . اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا فَارُوْقُ اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ يَا مَنْ نَطَقَتْ بِالصَّوَابِ وَكَفَلْتَ اْلأيَْتَامَ وَوَصَلْتَ اْلأرَْحَامَ وَقَوِيَ بِكَ اْلإِسْلاَمُ اَلسَّلاَمُ عَلَیْكَ وَرَحْمَةُ اللهِ.

“Salam sejahtera padamu wahai penyebar Islam. Salam sejahtera padamu wahai orang yang tegas memisahkan yang benar dan yang salah. Salam sejahtera wahai orang yang senantiasa berkata
dengan benar, engkau telah menjamin anak yatim, engkau telah menghubungkan silaturahmi dan denganmu-lah Islam telah teguh dan kuat. Salam sejahtera dan raḥmat Allāh juga padamu.

Thursday, 16 June 2016

Amal soleh tidak dilakukan hanya ketika Ramadan sahaja... Amal yang dicintai adalah yang berterusan

Masa pantas berlalu, Ramadan yang penuh keberkatan akhirnya akan meninggalkan kita. Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kesempatan kepada kita untuk melalui bulan penuh berkat dan membuka peluang seluas-luasnya untuk kita meraih ampunan ALLAH dengan amalan soleh yang dikerjakan. Semoga kita dijauhkan dari tergolong di kalangan orang yang celaka setelah melalui Ramadan seperti sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, “Celakalah seorang hamba yang mendapati bulan Ramadan kemudian Ramadan berlalu dalam keadaan dosa-dosanya belum diampuni.” (Riwayat Al-Bukhari)
Maka dituntut ke atas kita untuk bersungguh-sungguh berdoa kepada ALLAH agar menerima amal soleh yang telah dikerjakan dan memberikan pengampunan kepada kita. Ini adalah amalan para Salaf, di mana Imam Mu’alla bin al-Fadhl berkata: “Mereka (para salaf) berdoa kepada Allah selama enam bulan agar ditemukan dengan bulan Ramadan, kemudian mereka berdoa selama enam bulan selanjutnya agar amalan mereka pada bulan Ramadan diterima.” (Latha-if Al-Ma’aarif)
AMAL YANG DICINTAI ADALAH YANG BERTERUSAN
Sepanjang Ramadan, dapat kita saksikan bagaimana umat Islam yang melalaikan solat di masjid berpusu-pusu mendatangi masjid untuk mengerjakan kewajipan solat fardu berjemaah. Orang yang jarang solat malam telah bersemangat mengerjakan solat malam (tarawih) pada setiap malam, orang yang sekali sekala membaca Al-Quran alhamdulillah telah berjaya mengkhatamkannya pada bulan yang penuh rahmat ini. Inilah keistimewaan Ramadan di mana pintu-pintu Syurga dibuka dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai Syaitan sehingga dimudahkan manusia kembali mentaati ALLAH.
Apa yang pasti, amalan-amalan ini tidak seharusnya berhenti dengan berakhirnya Ramadan. Ini kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat Muslim)
Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah ketika menjelaskan hadis ini berkata, “Amalan yang dilakukan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah amalan yang dilakukan terus menerus. Baginda turut melarang memutuskan amalan dan meninggalkannya sebagaimana Baginda pernah melarang Abdullah bin Omar.” (Fathulbaari, Ibnu Rajab) iaitu Ibnu Omar dicela kerana meninggalkan amalan solat malam.
Beliau rh. juga mengatakan, “Jika syaitan melihatmu berterusan dalam melakukan amal ketaatan, dia akan menjauhimu. Namun jika syaitan melihatmu beramal kemudian kamu meninggalkannya setelah itu, atau melakukannya sesekali sahaja, maka syaitan akan semakin tamak untuk menggodamu.” (Tajrid al-Ittiba’ fi Bayan Asbab Tafadhul al-A’mal, Dr. Ibrahim b. Amir Al-Ruhaili)
Amal soleh seorang Muslim yang benar keimanannya kepada ALLAH hanya akan berakhir ketika ajalnya datang menjemput. Ini sebagaimana firman ALLAH SWT, “Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu al-yaqin (ajal).” (Surah Al-Hijr: 99)
Ibnu Abbas, Mujahid dan jumhur ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “al-yaqin” dalam ayat ini adalah kematian, kerana kematian adalahsuatu yang diyakini pasti terjadi.
Ibnu Katsir rh. pula mengatakan, “Ayat ini menunjukkan bahawa ibadah seperti solat dan seumpamanya wajib dilakukan selamanya, selama mana akalnya masih ada. Dia melakukannya sesuai dengan keadaan yang dia mampu.” (Tafsir Ibnu Katsir)
Pernah ditanya kepada Imam Bisyr bin al-Haris tentang orang yang (hanya) rajin dan bersungguh-sungguh beribadah di bulan Ramadan, beliau menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang sangat buruk, mereka tidak mengenal Allah kecuali pada bulan Ramadan, (orang) yang soleh adalah orang yang rajin dan bersungguh-sungguh beribadah dalam setahun penuh.” (Latha-if Al-Ma’aarif)
Ka’ab bin Malik ra. juga berkata, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan kemudian terdetik dalam hatinya bahawa setelah berlalu Ramadhan akan berbuat maksiat pada Tuhannya, maka sesungguhnya puasanya itu tertolak (tidak bernilai).” (Latha-if Al-Ma’arif)
AMALAN SUNNAH MENYEMPURNAKAN YANG WAJIB
Setelah mengetahui besarnya tuntutan untuk terus mengerjakan amal soleh setelah Ramadan, maka di samping kita terus istiqamah dalam amalan wajib seperti solat berjemaah, mengganti puasa yang tinggal, membaca Al-Quran, menyambung silaturrahim, menahan marah, menjaga lisan dari perkataan dusta dan buruk dan bersedekah, sewajarnya ia disusuli dengan amalan-amalan sunat yang akan mendekatkan kita kepada ALLAH sehingga kita menjadi hamba yang dicintai oleh ALLAH. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadis Qudsi (Allah berfirman): “Dan sentiasa hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Riwayat Bukhari)
Amalan sunnah menyempurnakan amalan wajib. Jika ada kekurangan pada amalan wajib, kekurangan itu dapat ditampal oleh amalan sunnah. Ini sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,“Sesungguhnya amalan yang pertama dihisab pada Hari Kiamat adalah solat. Allah SWT berkata kepada malaikatNya dan Dia Maha Mengetahui, “Lihatlah solat hambaKu, adakah solatnya sempurna atau tidak? Jika solatnya sempurna maka dicatat baginya pahala yang sempurna. Jika solatnya ada kekurangan, Allah berfirman: Lihatlah adakah hambaKu memiliki amalan sunat. Jika hambaKu memiliki amalan sunat, Allah berfirman: “Sempurnakanlah kekurangan pada amalan wajib dengan amalan sunatnya.” Kemudian amalan lain juga dilakukan seperti ini.”(Sahih. Riwayat Abu Daud)
Oleh kerana itu juga Allah SWT mensyariatkan puasa enam hari di bulan Syawal, di mana keutamaannya sangat besar iaitu di samping menyempurnakan kekurangan pada puasa wajib, pahalanya pula menyamai puasa setahun penuh. Sabda Rasululah sallallahu ‘alaihi wasallam, “Barangsiapa berpuasa Ramadan kemudian berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (Riwayat Muslim)
Hendaklah kita bersungguh-sungguh menyempurnakan puasa yang wajib terlebih dahulu dan kemudian menyusulinya dengan enam hari berpuasa sunnah di bulan Syawal, mudah-mudahan kita beroleh ganjaran pahala yang dijanjikan iaitu seperti berpuasa setahun penuh.
Begitu juga solat malam. Solat Tarawih adalah istilah yang dimaksudkan untuk solat malam di bulan Ramadan secara khususnya. Jika ketika Ramadan kita telah biasa mengerjakannya, hendaklah ia diteruskan kerana solat malam bukanlah ibadah bermusim, dan ibadah yang baik adalah yang berterusan.
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mencela orang yang selalu mengerjakan solat malam namun kemudian dia tinggalkan. Dari Abdullah bin Amr bin Al-‘As radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam  berkata padaku: “Wahai Abdullah, janganlah engkau jadi seperti si fulan. Dulu dia biasa mengerjakan solat malam, namun sekarang dia tidak mengerjakannya lagi.”(Riwayat Bukhari)
TANDA DITERIMA AMAL SOLEH SEPANJANG RAMADAN
Meneruskan amal soleh setelah Ramadan adalah petanda bahawa amalan yang dikerjakan sepanjang Ramadan itu diterima. Amalan soleh jangan ditunda kerana waktu inilah kesempatan yang ALLAH berikan kepada kita untuk beramal sebelum ajal datang tanpa disangka-sangka. Sikap menunda-nunda adalah dari Syaitan yang membisikkan supaya kita akhirnya tidak sempat melaksanakan kebaikan. Diceritakan dalam Al-Quran bagaimana manusia apabila sampai ajalnya dia merayu pada Tuhannya, “Ya Rabb, kembalikanlah aku ke dunia agar aku mengerjakan amal soleh yang aku tinggalkan.” (Allah berfirman) Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu sekadar ucapan sahaja.” (Al-Mukminun: 99-100)
Ingatlah juga sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dua nikmat yang sering dilalaikan oleh manusia adalah nikmat masa sihat dan masa lapang, agar ia sentiasa menjadi motivasi dan peringatan kepada kita untuk tetap rajin dan sabar dalam melaksanakan kebaikan yang hasilnya akan dituai setelah kematian.
Daripada Ibnu Rajab rh. beliau menukilkan, “Antara tanda diterima amalan seseorang adalah dimudahkan untuknya melakukan amal ketaatan yang lain. Dan antara tanda tertolaknya amalan adalah melakukan kemaksiatan setelah melakukan ketaatan. Jika seseorang melakukan ketaatan setelah sebelumnya dia melakukan kejelekan, kebaikan itu menghapuskan kejelekan tersebut. Yang baik adalah dia melakukan ketaatan lagi setelah melakukan ketaatan sebelumnya. Sedangkan yang paling buruk adalah dia melakukan kejelekan setelah melakukan ketaatan. Ingatlah bahawa satu dosa yang dilakukan setelah bertaubat lebih jelek dari 70 dosa yang dilakukan sebelum bertaubat. Mintalah daripada Allah agar diteguhkan dalam ketaatan hingga kematian menjemput. Dan mintalah perlindungan dengan Allah dari hati yang terumbang-ambing.” (Latha-if Al-Ma’aarif)
Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi  mengatakan, “Adapun orang yang berpuasa Ramadan dan solat hanya di bulan Ramadan, maka orang seperti ini telah melecehkan agama Allah. (Salaf mengatakan) “Sejelek-jelek kaum adalah yang mengenal Allah hanya di bulan Ramadan sahaja.” Oleh itu, tidak sah puasa seseorang yang tidak melaksanakan solat di luar bulan Ramadan.” (Soalan ke-3, Fatwa no. 102, 10/139-141)
Maka bersegeralah kepada keampunan dan Syurga ALLAH yang luasnya seluas langit dan bumi. Hendaklah kita sentiasa bermuhasabah menilai diri sendiri, adakah kita termasuk orang yang beruntung dan diterima amal kebaikannya. Ini kerana sekiranya ALLAH mengkehendaki kebaikan bagi hambaNya, ALLAH akan menjadikannya mengerjakan amalansoleh. Semoga ALLAH menjauhkan kita dari termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.

Solat dan Implikasinya pada kita


Solat adalah tiang agama Islam. Tidak dapat berdiri agama seseorang kecuali dengan istiqamah mengerjakan solat. Ia adalah rukun kedua dalam agama Islam sebagai merealisasikan rukun pertama iaitu persaksian Lailahaillallah, MuhammadurRasulullah. Solat adalah ibadah pertama yang akan dihisab di Hari Perhitungan bagi orang-orang yang mengucapkan dua kalimah Syahadah.
Jika seseorang mengabaikan solat, sudah pasti akan lebih mengabaikan ibadah-ibadah yang lain. Ini kerana ibadah-ibadah lain bergantung kepada solatnya. Maka tidak hairanlah solat menjadi amalan pertama yang akan dihisab. Jika baik solatnya, maka baiklah ibadah-ibadah lain. Jika buruk solatnya, akan buruklah seluruh amalannya.
Dukacitanya pada hari ini kita lihat masih ramai kaum muslimin yang menyia-nyiakan solat. Ada yang solat sekadar melangsaikan kewajipan, ada yang solat di akhir waktu atau di luar waktu, ada yang solat tetapi tidak cukup lima kali sehari, ada yang solat sekali seminggu, ada yang tidak solat sama sekali. Sedangkan solat adalah kewajipan paling utama dalam syariat Islam.
Rasulullah SAW bersabda, “Istiqamahlah dalam segala sesuatu, dan janganlah kamu menghitung amal, ketahuilah bahawa sebaik-baik amalan adalah solat, dan hanya orang mukmin mampu memelihara wudhu.” (Sahih Ibn Majah)
Mencintai solat, bersegera mengerjakannya dengan sebaik-baiknya merupakan bukti dan tanda cinta seorang kepada ALLAH, dan bukti rasa rindunya kepada Allah. Solat adalah tanda syukur dan terima kasih seorang hamba atas nikmat-nikmat yang ALLAH kurniakan kepadanya.
Adapun merasa berat dalam mengerjakannya, menangguh-nanguh, atau mengerjakannya sendirian di rumah iaitu tidak mengerjakannya di masjid (bagi lelaki) tanpa uzur, itu merupakan tanda kekosongan hati dari rasa cinta kepada ALLAH SWT, dan tidak merasa perlu kepada kurnia yang ada di sisi Allah. ALLAH SWT berfirman tentang hal ini, “Maka datanglah sesudah mereka generasi yang mengabaikan solat dan mengikuti hawa nafsu, mereka kelak akan sesat.” (Surah Maryam: 59)
Imam Al-Hasan Al-Basri berkata tentang generasi yang buruk ini, “Mereka mengosongkan masjid dan menyibukkan diri dengan pekerjaan, mereka condong kepada pelbagai kesenangan dan maksiat.” Na’uzubillahi min zalik. Jika demikianlah keadaan orang yang mengabaikan solat berjamaah di masjid, lalu bagaimana pula keadaan orang yang langsung tidak solat sama sekali?
ALLAH TIDAK MEMINTA REZEKI BAHKAN ALLAH MEMBERI REZEKI
Ummu Aiman radhiyallahu ‘anha berkata, Rasulullah SAW telah berpesan agar jangan sesekali meninggalkan solat dengan sengaja, kerana barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka terlepaslah perlindungan Allah dan RasulNya dari dirinya. (Hasan, riwayat Ahmad)
Allah telah memudahkan urusan solat dengan mewajibkannya secara berjemaah di masjid (bagi lelaki). Apabila dikumandangkan azan, wajib bagi mereka menyahut seruan tersebut. Mengerjakan solat berjemaah sebenarnya lebih mudah dan lebih menambah semangat. Maka Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyantun kepada hambaNya menjadikan amalan ini sebagai amalan yang terbaik dan mewajibkannya ke atas manusia.
Bahkan ALLAH memuji hamba-hambaNYA yang mendirikan solat berjemaah di masjid. “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain kepada Allah, merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Taubah: 18)
Tirulah Abu Bakr Al-Siddiq, Omar bin Al-Khattab, dan khalifah-khalifah agung yang lain radhiyallahu ‘anhum ajma’in, di mana mereka adalah pemimpin yang memberi perhatian dan menekankan aspek ibadah solat dan memerintahkan pegawai-pegawai mereka supaya mendirikan solat. Ini kerana barangsiapa mengabaikan solat, dia pasti lebih mengabaikan amalan yang lain. Orang yang tidak solat, amalannya yang lain akan lebih rosak lagi.
Adapun orang yang menjaga solat, dia akan menjaga amanah, akan terjaga lisannya, pandangannya, dan hatinya dari perbuatan yang keji dan munkar. Ironinya, ada majikan yang mencegah dan menyulitkan pekerja-pekerjanya untuk solat. Lalu muncullah khianat, korupsi dan sebagainya, kerana para pekerja tidak dididik untuk menjaga solat, iaitu hubungan hamba dengan ALLAH SWT.
Maka pemimpin yang bijak, baik pemimpin di rumah, di pejabat, pemimpin masyarakat atau sebagainya, mereka berkewajipan menyeru orang yang dipimpin itu untuk istiqamah mendirikan solat. “Dan perintahkanlah ahlimu mendirikan solat dan sabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan kesudahan baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Taha: 132)
Solat sama sekali tidak akan membuat rezeki terhalang, bahkan solat adalah bukti ketakwaan, dan dengan takwa, Allah akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Tidak ada satu kesibukan pun yang menggugurkan kewajipan solat pada waktunya sehingga seseorang itu dibolehkan menunda solat hingga keluar dari waktu. Sebaliknya solat adalah ibadah yang wajib dikerjakan pada waktunya.
SOLAT DALAM SYARIAT UMAT TERDAHULU
Ibadah solat tidak dapat ditandingi oleh ibadah-ibadah lain. Setiap agama yang ALLAH turunkan kepada seluruh Rasul tidak terlepas dari syariat solat. Ini kerana solat adalah penghubung antara hamba dengan ALLAH. Di dalam solat kita dibimbing untuk ittiba’ (mencontohi) Nabi SAW dalam setiap gerakan dan ucapan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Solatlah kalian seperti kalian melihat aku solat.” (Riwayat Al-Bukhari)
Komitmen seseorang dalam mengikuti sunnah Rasulullah dapat dilihat dari bagaimana cara dia mengerjakan solat. Kita diperintahkan solat mengikuti cara solat Nabi SAW, sejak dalam persediaan untuk solat iaitu berwudhu dan menyediakan tempat solat, sehinggalah setelah selesai solat iaitu membaca zikir-zikir yang diajarkan oleh Nabi SAW.
Solat tidak boleh dilakukan secara sembarangan tanpa mengetahui petunjuk dalil dari Nabi SAW. Nabi telah mengajarkan cara solat dengan sebaik-baiknya mengenangkan ini adalah ibadah terpenting dalam agama. Sampai Baginda pernah solat di atas mimbar dan selesai solat Baginda berkata kepada sahabatnya, “Aku melakukan ini agar kalian mengikutiku, dan agar kalian mengetahui solatku.” (Al-Bukhari & Muslim)
Betapa besar pengaruh solat dalam pembentukan jiwa seseorang dan dalam mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, sehingga tidak wajar bagi seorang Muslim melakukan solat secara ikut-ikutan tanpa mempelajarinya dari hadis-hadis yang sabit dari Nabi SAW. Para ulama bertungkus lumus mengumpulkan hadis-hadis berkaitan cara solat Nabi, antara yang terbaik dan telah diterjemahkan  adalah kitab berjudul ‘Sifat Shalat Nabi’ karangan Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani.
Dalam Al-Quran, ALLAH SWT menceritakan tentang doa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku sebagai orang yang tetap mendirikan solat” (Ibrahim: 40). Allah juga menceritakan tentang Nabi Ismail ‘alaihissalam, “Dan ceritakanlah (Muhammad), kisah Ismail di dalam kitab (Al-Quran). Dia benar-benar seorang yang benar janjinya, seorang Rasul dan Nabi. Dia menyuruh keluarganya untuk mendirikan solat dan menunaikan zakat.” (Maryam: 54-55)
Allah juga berkata kepada Musa ‘alaihissalam, “Sesungguhnya Aku adalah ALLAH, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku” (Surah Taha: 14). Para Malaikat juga menyeru ibu Nabi Isa, iaitu Maryam untuk mengerjakan solat seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran, “Wahai Maryam, taatilah Tuhanmu, sujud dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk” (Surah Ali Imran: 43)
ALLAH juga memerintahkan Bani Israil mengerjakan solat, “Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari Bani Israil, ‘Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin. Dan berkatalah yang baik kepada manusia, laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat’. Tetapi kamu berpaling kecuali sebahagian kecil dari kamu.” (Al-Baqarah: 83)
Akhirnya Allah juga memerintahkan Nabi kita Muhammad SAW, “Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan sabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Taha: 132)
PEMISAH ANTARA IMAN DAN KUFUR
Siapa saja yang memandang remeh solat bererti dia telah meremehkan agama Islam. Kadar kecintaan seseorang terhadap Islam diukur dengan kadar cintanya terhadap solat. Ada orang yang solat kerana terpaksa dan berat hati, dan ini adalah ciri-ciri kemunafikan, tanda-tanda bahawa hatinya telah tertutup sehingga dia membenci ibadah solat.
Adapun orang mukmin melihat solat itu suatu kesenangan dan kesejukan dalam hati, seperti sabda Nabi SAW kepada Bilal, “Wahai Bilal, iqamahkanlah solat, tenangkanlah kami dengannya” (Sahih, Abu Daud). Juga Nabi SAW bersabda: “Dicintakan kepadaku dari dunia, wanita dan wangian, dan dijadikan penyejuk mataku di dalam solat”. (Sahih, riwayat Ahmad)
Maka janganlah sampai kita bertemu ALLAH dalam keadaan tidak ada sedikit pun Islam pada diri kita. Ini kerana tiang kepada kalimah syahadah yang kita ucapkan adalah solat. Apa jua bangunan akan roboh jika tidak ada tiangnya. Tidak ada gunanya amalan-amalan lain jika tidak ada solat. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jarak pemisah antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat.” (Riwayat Muslim)

TARAWIH BERSAMA IMAM SEHINGGA SELESAI ( Fadilatnya begitu besar Seumpama kita mengerjakan solat sepanjang malam).

Jika berlaku khilaf di antara dua masalah dalam Islam perlu dijadikan al-Quran dan sunnah sebagai pemutus dalam menentukan kesahihan dalam sesuatu masalah. Umpama dalam masalah khilaf jumlah rakaat terawih yang sahih samada 11 rakaat atau 20 rakaat, maka perlu diselesaikan masalah khilaf ini dengan panduan sunnah Nabi saw.
Jika diteliti masalah jumlah rakaat solat terawih maka telah jelas banyak daripada hadis Nabi saw yang menunjukkan Nabi saw mendirikan solat terawih pada bulan Ramadhan sebanyak 11 rakaat. Aisyah RA isteri Nabi saw telah mengatakan bahawa Nabi tidak pernah solat malam melebihi 11 rakaat samada di dalam bulan Ramadan atau di luar bulan Ramadhan iaitu bulan-bulan yang lain.
Kata Aisyah RA : “Rasulullah SAW tidak pernah menambah jumlah rakaat dalam solat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula dalam solat lainnya lebih dari 11 rakaat”. (HR. Bukhari, hadis no. 1147 dan  HR Muslim, Hadis no. 738)
Hal ini juga telah disokong dengan hadis daripada Jabir bin Abdullah, kata Jabir : “ Rasulullah saw mengimami solat kami pada malam bulan Ramnadhan sebanyak lapan Rakaat diikuti dengan  solat Witir.. “.( Hadis Hasan, Hadis Riwayat  at-Tabarani).
DALIL 20 RAKAAT LEMAH
Adapun Hadis dan dalil yang menunjukkan solat tarawih berjumlah 20 rakaat semuanya boleh dikatakan dhaif dan lemah. Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan : “Adapun riwayat Abi Syaibah daripada hadis Ibnu Abbas yang mengatakan Rasulullah saw solat pada bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat  dan solat witir, sanadnya lemah. Ia bercanggah dengan hadis Aisyah dalam riwayat Bukhari dan Muslim yang mana Aisyah lebih tahu tentang amalan Rasulullah saw pada waktu malam berbanding orang lain”. (lihat Fathul Bari, jilid ke 4, ms 205-206))
Walaupun hakikat rakaat terawih yang sahih itu 11 rakaat, namun realitinya di negara kita masih terdapat sebahagian masjid dan surau mendirikan solat terawih dengan 20 rakaat.
Tetapi para jemaah yang hadir ke masjid sebahagian mereka hanya mendirikan solat terawih sebanyak 8 rakaat bersama imam kemudian terus pulang ke rumah tanpa menghabiskan solat terawih seterusnya atau witir bersama imam.
Mungkin kita mengetahui bahawa mereka ingin menambah dengan solat malam bersendirian di rumah atau melaksanakan solat witir tersebut sendirian di rumah. Persoalanya Apakah perbuatan seperti ini menepati sunnah?
AFDAL BERJEMAAH BERSAMA IMAM
Telah sahih daripada Nabi saw mengatakan: “ Siapa yang solat bersama imam sampai dia (imam) selesai, maka ditulis untuknya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR. an-Nasa i , hadis  no. 1605,dan HR at-Tirmidzi, hadis  no. 806, Imam Tirmidzi mensahihkan hadis ini. Syeikh al-Albani dalam al-Irwa’ hadis  no. 447 mengatakan bahawa hadis ini sahih)
Perkataan Nabi saw “solat bersama imam sampai ia selesai” jelas menunjukkan bahawa yang menjadi anjuran dan sunnah Nabi adalah solat terawih bersama imam dari awal sehingga imam selesai solat witir yang terakhir.  Hadis ini datang bersama fadilat yang besar dengan memberi khabar gembira kepada makmum yang solat bersama imam sehingga selesai dengan mendapat pahala sepanjang malam.
Adapun  mereka yang yakin dan cerdik dalam meraih pahala yang Allah mahu berikan pasti akan solat terawih berjemaah bersama imam sehingga rakaat yang terakhir. Hadis ini juga memberi kefahaman, seandainya imam mendirikan solat 20 rakaat maka makmum juga perlu menyelesaikan kesemua rakaat tersebut bersama imam sekiranya ingin mendapat fadilat pahala solat sepanjang malam.
AFDAL BERJEMAAH AWAL MALAM
Mungkin ada yang berhujah bahawa solat terawih secara bersendirian di akhir malam itu lebih afdal. Ya, secara umum  begitulah hakikat untuk mendirikan solat terawih sekiranya didirikan pada akhir malam secara sendirian. Hal ini kerana di zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar, para sahabat masing-masing mendirikan solat terawih secara sendirian.
Namun, apabila tiba zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab, beliau melihat solat terawih dilakukan secara sendirian dan berpecah-pecah maka beliau mengambil keputusan di atas sunnah yang mana Nabi saw pernah menjadikan solat terawih secara berjemaah, maka bermula dalam sejarah Islam solat terawih itu dilakukan secara berjemaah dengan satu imam di awal malam.
Jadi, mana satukah  waktu yang terbaik untuk mendirikan solat terawih ini? Apakah pada awal malam atau pada akhir malam?
Imam Ahmad bin Hanbal apabila ditanya soalan : “Adakah lebih baik dilewatkan solat terawih sehingga hujung malam?, maka Imam Ahmad menjawab  : “ Tidak, amalan kaum muslimin (diawalkan jemaah diawal malam) lebih aku sukai”. ( Masaa’il Imam Ahmad oleh Imam Abu Daud)
Jadi yang terbaik dalam kita mengikut sunnah Nabi dan sahabat, adalah dengan memilih mendirikan solat terawih 11 rakaat bersama imam kerana ianya paling rajih, kemudian dilakukan berjemaah di awal malam disebabkan ianya lebih afdal dan seterusnya menyelesaikan solat tersebut bersama- sama dengan imam untuk mendapat pahala sepanjang malam.
Jika ini yang kita pilih mudah-mudahan kita telah menghimpunkan sunnah Nabi dan sahabat dalam kita bersolat terawih di bulan Ramadan ini.

Wednesday, 15 June 2016

Waktu-waktu yang sesuai berdoa dimana doa kita akan dikabulkan oleh Allah s.w.t

Sungguh berbeza Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan makhluk-Nya. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lihatlah manusia, ketika ada orang meminta sesuatu darinya ia merasa marah dan berat hati. Sedangkan Allah Ta’ala mencintai hamba yang meminta kepada-Nya. Sebagaimana perkataan seorang penyair: “Allah murka pada orang yang enggan meminta kepada-Nya, sedangkan manusia ketika diminta ia marah

Ya, Allah mencintai hamba yang berdoa kepada-Nya, bahkan karena cinta-Nya Allah memberi ‘bonus’ berupa ampunan dosa kepada hamba-Nya yang berdoa. Allah Ta’ala berfirman dalam sebuah hadits qudsi: “Wahai manusia, selagi engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, aku mengampuni dosamu dan tidak aku pedulikan lagi dosamu” (HR. At Tirmidzi, ia berkata: ‘Hadits hasan shahih’)
Sungguh Allah memahami keadaan manusia yang lemah dan senantiasa memerlukan akan Rahmat-Nya. Manusia tidak pernah lepas dari keinginan, yang baik maupun yang buruk. Bahkan jika seseorang menuliskan segala keinginannya dikertas, entah berapa lembar akan terpakai.
Maka kita tidak perlu heran jika Allah Ta’ala melaknat orang yang enggan berdoa kepada-Nya. Orang yang demikian oleh Allah ‘Azza Wa Jalla disebut sebagai hamba yang sombong dan diancam dengan neraka Jahannam. Allah Ta’ala berfirman: “Berdoalah kepadaKu, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri karena enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. Ghafir: 60)
Ayat ini juga menunjukkan bahwa Allah Maha Pemurah terhadap hamba-Nya, karena hamba-Nya diperintahkan berdoa secara langsung kepada Allah tanpa melalui perantara dan dijamin akan dikabulkan. Sungguh Engkau Maha Pemurah Ya Rabb…
Di antara usaha yang bisa kita upayakan agar doa kita dikabulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahwa doa ketika waktu-waktu tersebut  dikabulkan. Diantara waktu-waktu tersebut adalah:

1. Ketika sahur atau sepertiga malam terakhir
Sepertiga malam yang paling akhir adalah waktu yang penuh berkah, sebab pada saat itu Rabb kita Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa ketika itu. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam: “Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758)

2. Ketika berbuka puasa
Waktu berbuka puasa pun merupakan waktu yang penuh keberkahan, karena diwaktu ini manusia merasakan salah satu kebahagiaan ibadah puasa, yaitu diperbolehkannya makan dan minum setelah seharian menahannya, sebagaimana hadits: “Orang yang berpuasa memiliki 2 kebahagiaan: kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabb-Nya kelak” (HR. Muslim, no.1151)
Keberkahan lain di waktu berbuka puasa adalah dikabulkannya doa orang yang telah berpuasa, sebagaimana sabda  Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam: Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi” (HR. Tirmidzi no.2528, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi)

3. Ketika malam lailatul qadar
Malam lailatul qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an. Malam ini lebih utama dari 1000 bulan. Sebagaimana firmanAllah Ta’ala: “Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan” (QS. Al Qadr: 3)
Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa. Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Radhiallahu’anha: “Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Beliau bersabda: Berdoalah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni (‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku‘)”(HR. Tirmidzi, 3513, ia berkata: “Hasan Shahih”)
Pada hadits ini Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiallahu’anha meminta diajarkan ucapan yang sebaiknya diamalkan ketika malam Lailatul Qadar. Namun ternyata Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengajarkan lafadz doa. Ini menunjukkan bahwa pada malam Lailatul Qadar dianjurkan memperbanyak doa, terutama dengan lafadz yang diajarkan tersebut.

4. Ketika adzan berkumandang
Selain dianjurkan untuk menjawab adzan dengan lafazh yang sama, saat adzan dikumandangkan pun termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa.  Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Yaitu ketika adzan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Shahih”)

5. Di antara adzan dan iqamah
Waktu jeda antara adzan dan iqamah adalah juga merupakan waktu yang dianjurkan untuk berdoa, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam: “Doa di antara adzan dan iqamah tidak tertolak” (HR. Tirmidzi, 212, ia berkata: “Hasan Shahih”)
Dengan demikian jelaslah bahwa amalan yang dianjurkan antara adzan dan iqamah adalah berdoa, bukan shalawatan, atau membaca murattal dengan suara keras, misalnya dengan menggunakan mikrofon. Selain tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah  Shallallahu’alaihi Wasallam, amalan-amalan tersebut dapat mengganggu orang yang berdzikir atau sedang shalat sunnah. Padahal Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Ketahuilah, kalian semua sedang bermunajat kepada Allah, maka janganlah saling mengganggu satu sama lain. Janganlah kalian mengeraskan suara dalam membaca Al Qur’an,’ atau beliau berkata, ‘Dalam shalat’,” (HR. Abu Daud no.1332, dishahihkan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani di Nata-ijul Afkar, 2/16).

6. Ketika sedang sujud dalam shalat
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka perbanyaklah berdoa ketika itu” (HR. Muslim, no.482)

7. Ketika sebelum salam pada shalat wajib
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, kapan doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda: “Diakhir malam dan diakhir shalat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499)
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahwa yang dimaksud ‘akhir shalat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam pada shalat wajib. Ahli fiqih masa kini, Syaikh Ibnu Utsaimin Rahimahullah berkata: “Apakah berdoa setelah shalat itu disyariatkan atau tidak? Jawabannya: tidak disyariatkan. Karena Allah Ta’ala berfirman: “Jika engkau selesai shalat, berdzikirlah” (QS. An Nisa: 103). Allah berfirman ‘berdzikirlah’, bukan ‘berdoalah’. Maka setelah shalat bukanlah waktu untuk berdoa, melainkan sebelum salam” (Fatawa Ibnu Utsaimin, 15/216).
Namun sungguh disayangkan kebanyakan kaum muslimin merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam pada shalat wajib yang sebenarnya tidak disyariatkan, kemudian justru meninggalkan waktu-waktu mustajab yang disyariatkan yaitu diantara adzan dan iqamah, ketika adzan, ketika sujud dan sebelum salam.

8. Di hari Jum’at
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menyebutkan tentang hari  Jumat kemudian beliau bersabda: ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu)
Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Baari ketika menjelaskan hadits ini beliau menyebutkan 42 pendapat ulama tentang waktu yang dimaksud. Namun secara umum terdapat 4 pendapat yang kuat. Pendapat pertama, yaitu waktu sejak imam naik mimbar sampai selesai shalat Jum’at, berdasarkan hadits: “Waktu tersebut adalah ketika imam naik mimbar sampai shalat Jum’at selesai” (HR. Muslim, 853 dari sahabat Abu Musa Al Asy’ari Radhiallahu’anhu).
Pendapat kedua, yaitu setelah ashar sampai terbenamnya matahari. Berdasarkan hadits: “Dalam 12 jam hari Jum’at ada satu waktu, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan. Carilah waktu itu di waktu setelah ashar” (HR. Abu Daud, no.1048 dari sahabat Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu. Dishahihkan Al Albani di Shahih Abi Daud).
Pendapat ketiga, yaitu setelah ashar, namun diakhir-akhir hari Jum’at. Pendapat ini didasari oleh riwayat dari Abi Salamah.
Pendapat keempat, yang dikuatkan oleh Ibnu Hajar sendiri, yaitu menggabungkan semua pendapat yang ada. Ibnu ‘Abdil Barr berkata: “Dianjurkan untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa pada dua waktu yang disebutkan”. Dengan demikian seseorang akan lebih memperbanyak doanya di hari Jum’at tidak pada beberapa waktu tertentu saja. Pendapat ini dipilih oleh Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu ‘Abdil Barr.

9. Ketika turun hujan
Hujan adalah nikmat Allah Ta’ala. Oleh karena itu tidak boleh mencelanya. Sebagian orang merasa jengkel dengan turunnya hujan, padahal yang menurunkan hujan tidak lain adalah Allah Ta’ala. Oleh karena itu, daripada tenggelam dalam rasa jengkel lebih baik memanfaatkan waktu hujan untuk berdoa memohon apa yang diinginkan kepada Allah Ta’ala: “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika adzan berkumandang dan ketika hujan turun” (HR Al Hakim, 2534, dishahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078)

10. Hari Rabu antara Dzuhur dan Ashar
Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, yaitu dikabulkannya doa diantara shalat Zhuhur dan Ashar dihari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu: “Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, yaitu hari Senin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu diantara dua shalat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”
Dalam riwayat lain: “Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu diantara shalat Zhuhur dan Ashar
(HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya tsiqah”, juga dishahihkan Al Albani di Shahih At Targhib, 1185)

11. Ketika Hari Arafah
Hari Arafah adalah hari ketika para jama’ah haji melakukan wukuf di Arafah, yaitu tanggal 9 Dzulhijjah. Pada hari tersebut dianjurkan memperbanyak doa, baik bagi jama’ah haji maupun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak sedang menunaikan ibadah haji. Sebab Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (HR. At Tirmidzi, 3585. Di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi)

12. Ketika Perang Berkecamuk
Salah satu keutamaan pergi ke medan perang dalam rangka berjihad di jalan Allah adalah doa dari orang yang berperang di jalan Allah ketika perang sedang berkecamuk, diijabah oleh Allah Ta’ala. Dalilnya adalah hadits yang sudah disebutkan di atas: “Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. Yaitu ketika adzan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Shahih”)

13. Ketika Meminum Air Zam-zam
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (HR. Ibnu Majah, 2/1018. Dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah, 2502)

Demikian uraian mengenai waktu-waktu yang paling dianjurkan untuk berdoa. Mudah-mudahan Allah Ta’ala mengabulkan doa-doa kita dan menerima amal ibadah kita.

Dasyatnya Amalan Berdoa Sebelum Berbuka Puasa


Dasyatnya Amalan Berdoa Sebelum Berbuka Puasa.Puasa dah masuk 11 hari akhir dah. Macam mana dengan amalan puasa tahun ni. Harapnya semuanya ok. Bulan Ramadhan ni agak sibuk sedikit. Macam-macam perkara nak dibuat. Terutamanya bila dah minggu-minggu akhir sebelum bercuti panjang untuk raya nanti. .Nak kena jaga semua tu bagi 'stabil' kata orang.  Tak nak nanti bercuti dalam keadaan 'parah' semuanya.

Baiklah hari ini saya nak kongsikan kelebihan yang saya dapat dari kawan-kawan juga. Ianya berkenaan amalan berdoa sebelum berbuka puasa. Semoag memberi manfaat kepada kita semua sebelum bulan Ramadhan yang mulia ini meninggalkan kita.

Dahsyatnya Amalan Berdoa Sebelum Berbuka Puasa
Ada  waktu yg mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu:-

1. Berdoa saat menjelang berbuka puasa.
2. Berdoa menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya.

Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk memohon kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia maupun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai air mata mereka mengalir deras.

Ya, berdoa meminta kepada Allah SWT Yang Maha Kaya.

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin kita disini iaitu mensia-siakan waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk menyiapkan hidangan berbuka menjelang azan maghrib, persiapan biskut raya, menonton tv dan macam-macam lagi.

Kemudian berkumpul menghadap hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu....atau dzahaba zhoma'u....", padahal hanya mencukupi maknanya berupa laporan dan ucapan syukur sahaja.

Setelah kita memahaminya, hendaknya sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit sebelum azan maghrib (bersedia dalam keadaan berwudhu) kemudian berdoa meminta apa sahaja (adabnya dengan di dahului puj-pujian kepada Allah SWT dan  berselawat atas Nabi SAW), Kerana Allah SWT memberikan JAMINAN bahawa doa-doa tersebutakan dikabulkan.."Allah SWT mengikut prasangka hamba kepada Nya"

Manfaatkanlah waktu anda dengan berdoa bukan hanya demi juadah atau nak cepat makanan saat jelang berbuka sahaja. Malah berdoalah untuk diri kita, anak-anak, keluarga kita, orang tua kita, sahabat kita, negara kita dan seluruh umat Muhammad SAW.

Musuh-musuh Islam tahu betapa hebat ummat Muhammad SAW bila mereka berdoa kepada ALLAH SWT disaat menjelang berbuka. Kerana itu, mereka buat tipu daya untuk melalaikannya dengan program tv dan media lainnya di pada waktu yang mustajab untuk berdoa tersebut iaitu menjelang
berbuka dan menjelang sahur (2/3 malam).Sehingga ummat hari ini, mereka makan, minum, berpuasa, namun tak sempat untuk berdoa.