Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Sunday, 1 May 2022
Tuesday, 12 October 2021
Sunday, 10 October 2021
Saturday, 9 October 2021
Sunday, 3 October 2021
Tuesday, 12 January 2021
Friday, 8 January 2021
Saturday, 2 January 2021
Friday, 1 January 2021
Wednesday, 4 November 2020
Tuesday, 3 November 2020
Monday, 2 November 2020
Maklumat Hospital awam di Makkah dan Madinah
Maklumat Hospital awam di Makkah dan Madinah
=======================
=======================
Berikut ialah maklumat hospital di Makkah dan Madinah beserta maklumat kemudahan dialisis. Kos rawatan adalah percuma bagi pemegang visa umrah.
Walaupun percuma,jemaah di galakan mengambil polisi perlindungan takaful untuk cover risiko-risiko lain sepanjang berada diluar negara.
Thursday, 1 October 2020
Friday, 1 May 2020
Ke Miqat dengan SAPTCO. (Bas)
Ke Miqat dengan SAPTCO.
Selain menggunakan teksi dan kereta sapu, bas SAPTCO merupakan antara pilihan lain untuk ke Miqat Tan'im. Tiket sehala berharga SR 2. 2 hala SR 4. Stesen bas berada di belakang Hotel Dar Tawhid.
Beroperasi sepanjang 24 jam. Waktu disyorkan untuk anda mengerjakan umrah ialah selepas subuh dan tengah malam.
Wednesday, 1 April 2020
Bas ziarah di Madinah
Bas ziarah di Madinah, tiket SR 10 untuk 24 jam. SR15 untuk 3 hari dan SR30 untuk 10 hari. Boleh naik berapa kali nak pergi.
Boleh pergi ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain dan Syuhada' Uhud.
Friday, 13 March 2020
mustajab doa dalam masjidil haram.
Sebelum kita sampai ke Makkah, eloklah kalau kita ketahui dahulu beberapa tempat-tempat mustajab doa dalam masjidil haram.
Sekurang-kurangnya bila kita di sana, tidaklah kita terlepas tempat-tempat ini dan menyesal tidak berdoa bersungguh-sungguh bila berpeluang. Peluang itu bukanlah selalu datang.
1. Multazam
Multazam adalah tempat yang paling utama dan mustajab berdoa. Kawasan Multazam ni adalah jarak di antara Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Sekiranya anda berpeluang mendekati kawasan ini, jangan lepaskan peluang dan berdoalah sepuas-puasnya.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Multazam adalah tempat dikabulkan doa. Tidak ada satu pun dia seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan" - HR Ahmad
"Multazam adalah tempat dikabulkan doa. Tidak ada satu pun dia seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan" - HR Ahmad
2. Hijir Ismail
Hijir Ismail pula adalah tempat kedua menjadi pilihan selepas Multazam. Tempat ini juga jarang sekali tidak penuh. Kalau anda nak tahu, Hijir Ismail adalah termasuk sebahagian dari Kaabah. Sebab itulah kalau sedang tawaf, kita perlu berjalan di luar Hijir Ismail. Jika berkesempatan dan ada ruang, lakukan lah solat sunat di Hijir Ismail. Berdoalah sebanyak-banyak yang mungkin ketika berada di sini.
3. Depan Pintu Kaabah
Depan pintu Kaabah juga adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa. Selalunya memang sangat sesak keadaan di depan pintu Kaabah. Banyak sekali manusia berasak-asak di kawasan ini. Jika diberi rezeki oleh Allah untuk anda berada di depan pintu Kaabah, jangan lepaskan peluang untuk berdoa dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah doa anda akan dimakbulkan oleh Allah swt.
4. Rukun Yamani
Di Rukun Yamani dikatakan di sini Allah swt mewakilkan seramai 70 Malaikat untuk mengaminkan doa para jemaah.
5. Belakang Maqam Ibrahim
Di belakang Maqam Ibrahim adalah tempat kebiasaannya para jemaah melakukan solat sunat sebaik sahaja habis melaksanakan ibadah tawaf. Di sini juga adalah antara tempat paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkanlah doa ketika anda berada di Maqam Ibrahim.
Thursday, 12 March 2020
Solat jamak
Solat jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.
Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat jamak, harus juga solat qasar. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat Subuh tidak boleh dijamakkan.
Menurut pendapat imam Syafi’i, mengatakan bahwa jika seseorang berniat hendak mukim lebih dari empat hari, harus mencukupkan shalat, dan kalau kurang, boleh mengqashar dan jamak. Tempoh masa ini berbeza daripada satu mazahab dengan mazahab yang lain.
Hanya dalam salah satu pendapat imam Syafi’i, bahwa kalau keadaannya seperti kalau bermukimnya seseorang itu karena ada sesuatu keperluan yang harus diselesaikan, dan selama menunggu itu ia mengatakan: “Saya akan pulang hari ini atau esok”, maka maka dibolehkannya mengqasar dan jamak itu terbatas tujuhbelas atau delapanbelas hari, dan jika lebih dari itu, maka harus mencukupkan.
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir:[
- Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
- Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
Solat Jamak Taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.
Syarat-syarat Jamak Taqdim:[
- Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.
- Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
- Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
- Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir:[
- Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
- Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
Tuesday, 10 March 2020
KAABAH
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia”
- Surah Ali-Imran 3:96
- Surah Ali-Imran 3:96
Kaabah adalah tempat di atas dunia ini yang tidak akan surut dilawati manusia yang sentiasa hidup dengan ibadah dari dulu hingga sekarang pada bila² masa sahaja.
9 Fakta Tentang Kaabah
1. Kaabah Yang Asal Mempunyai 2 Pintu Dan 1 Tingkap
Kaabah pada binaan yang asalnya mempunyai 2 pintu. Satu pintu masuk dan satu lagi pintu keluar. Namun binaan baru Kaabah hanya mempunyai satu pintu sahaja dan tidak mempunyai tingkap.
2. Kaabah Pernah Dibina Semula Beberapa Kali
Kaabah pernah runtuh dan dibina semula beberapa kali disebabkan bencana alam seperti banjir dan juga akibat serangan.
.
Mengikut pendapat pakar sejarah dan para pengkaji, Kaabah pernah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.
.
Dikatakan bahawa Kaabah pertama kali dibina ketika zaman Nabi Adam, sebagai pusat pertama ibadah manusia kepada Allah. Kemudian ia dibina semula oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail pada zaman mereka. Pengubahsuaian terakhir dilakukan pada tahun 1996 menggunakan teknologi terkini.
.
3. Kaabah Pada Asalnya Bukan Berbentuk Segi Empat
.
Kaabah pada asalnya bukan berbentuk petak persegi seperti yang kita lihat sekarang. Bahagian Kaabah yang asal termasuklah bahagian melengkung di luarnya yang dipanggil ‘Hijr Ismail’.
.
Oleh sebab itu, tidak sah jika bertawaf di dalam Hijr kerana ia juga termasuk sebagai binaan Kaabah. Dan jika para jemaah ingin bersolat, mereka juga boleh bersolat dalam kawasan Hijr.
.
4. Kunci Pintu Kaabah Dipegang Oleh Satu Keturunan Sahaja
.
Hanya satu keturunan sahaja yang dipertanggungjawabkan memegang kunci pintu Kaabah iaitu Keturunan Bani Shaiba.
.
Rasulullah SAW pernah menyuruh Osman bin Talha agar memegang kunci Kaabah. Dan Osman ketika itu berjanji bahawa kunci Kaabah hanya akan dipegang oleh keturunannya hingga hari kiamat.
.
5. Kiswah Kaabah Berwarna Hitam, Hijau, Merah Dan Putih
.
Warna kiswah atau penutup Kaabah bukan hanya berwarna hitam seperti sekarang.
.
Kiswah pertama dibuat dari kain tenunan Yaman berwarna merah dan berjalur². Manakala pada masa Khalifah Ma’mun ar-Rasyid, kiswah dibuat dengan warna putih.
.
Ketika zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah pula, kiswah pernah dibuat berwarna hijau dan ada masanya berwarna kuning. Ia bergantung kepada kehendak pemerintah pada setiap zaman tersebut.

Namun akhirnya Khalifah al-Mamun dari Dinasti Abbasiyah telah memutuskan bahawa kiswah Kaabah ditetapkan berwarna hitam, dan ia akhirnya kekal hingga sekarang.
.
6. Hajar Al-Aswad Berasal Dari Syurga
.
Menurut penceritaan sejarah dan juga riwayat-riwayat, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warna asalnya adalah putih berkilauan tetapi ia telah bertukar hitam dipercayai kerana dosa² yang dilakukan oleh manusia.
.
Menurut riwayat daripada Sa’id bin Jubair r.a, daripada Ibnu Abbas, daripada Ubay bin Ka’ab r.a, menerangkan bahawa hajarul aswad telah dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.
.
7. Apa Yang Ada Di Dalam Kaabah
.
Di dalam Kaabah terdapat tiga tiang dan pada dindingnya dicatatkan nama² tokoh yang pernah membangunkan Kaabah.
.
Jika anda perasan, terdapat bongkah di antara tiang. Itu adalah tempat disimpan campuran wangi²an yang berbagai jenis yang akan digunakan setiap kali membersihkan Kaabah.
.
Pada lantai Kaabah terdapat bahagian berwarna putih yang dipercayai tempat Nabi SAW solat setiap kali masuk ke dalam Kaabah.
.
Terdapat juga pintu lain di dalam Kaabah iaitu pintu yang membolehkan para petugas naik ke bahagian bumbung untuk kerja² pembersihan.
.
Bumbung pula dibina daripada kayu yang sangat utuh kemudian dilapisi dengan perak asli.
.
Bahagian dinding atasnya juga terdapat kain kiswah berwarna hijau serta gantungan wangi²an.
.
8. Lingkaran Perak Dibuat Agar Hajarul Aswad Lebih Utuh
.
Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki, seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran perak di sekeliling hajarul aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah.
.
Pemasangan lingkaran perak seterusnya juga pernah dibuat pada tahun 189 Hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Harun ar-Rasyid.
.
Beliau memerintahkan seorang pengukir perak terkenal ketika itu yang bernama Ibnu at-Tahnan, untuk menyempurnakan pemasangan lingkaran perak dan menjadikannya lebih berkilat. Pemasangan lingkaran perak juga berlaku beberapa kali selepas itu ketika zaman Khalifah Uthmaniyyah.
.
9. Malaikat Juga Bertawaf Seperti Umat Islam Bertawaf Di Kaabah
.
Al-Azraqi meriwayatkan kepada Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain, beliau berkata bahawa Allah SWT berfirman kepada malaikat :
“Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi.”
.
Kemudian para malaikat bertanya :
“Adakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang yang akan melakukan kerosakan?” Kisah ini juga ada tercatat di dalam Al-Quran ketika Allah ingin menciptakan Nabi Adam.
.
Kita semua tahu apa jawapan Allah selepas itu iaitu Allah mengatakan bahawa Dia lebih tahu berbanding para malaikat. Malaikat kemudian takut dimurkai oleh Allah lalu mereka bertawaf di sekeliling Arasy untuk memohon ampun kepadaNya.
.
Diceritakan bahawa Allah menjadikan sebuah rumah iaitu Bait Al-Ma’mur di mana para malaikat diarahkan bertawaf di situ dan bukan lagi di Arasy.
.
Allah juga mengutuskan para malaikat supaya membina baitullah di bumi supaya manusia dapat bertawaf juga di bumi sebagaimana para malaikat bertawaf di Bait Al-Ma’mur.
.
Semoga dengan mengetahui 9 fakta ini, kita akan dapat lebih menghayati tempat suci Kaabah apabila kita menunaikan ibadah umrah dan haji kelak.In shaa Allah..Aamiin

Subscribe to:
Posts (Atom)