Friday, 5 July 2019

soal jawab ibadah haji & umrah

𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 : 

saya baru pulang dari umrah. kini saya merasa ragu-ragu dengan sah atau tidak tawaf umrah terakhir saya. ketika tawaf saya syak, saya terkentut. tapi saya tidak pasti samada saya kentut atau tidak? 

𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧 : 

1. Syak yang datang kemudian tidak menghilangkan yakin. dalam kaedah fiqh menyebut 
اليقين لا يزال بالشك

2. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a : 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ الْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

Yang bermaksud : dari Abi Hurairah r.a dia berkata, baginda Rasul telah bersabda : 

𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘥𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘱𝘢𝘴𝘵𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘯𝘺𝘢, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 (𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘸𝘶𝘥𝘶𝘬) 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘣𝘶𝘯𝘺𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘢𝘶.

H.R. Muslim 541

° sah tawafnya tidak perlu mengulangi tawafnya.  

° apabila tidak pasti sama ada terkentut atau tidak, maka yakinkan dengan 2 petanda iaitu bunyi atau bau. Jika tidak didapati keduanya maka dikira tidak kentut. Jika mendapati salah satu darinya atau keduanya dikira kentut. 

[5:23 PM, 2/17/2020] md jafri mshat: Soalan : 
Apakah yang dimaksudkan dengan "istito'ah" (berkemampuan) untuk melaksanakan haji? 

Jawapan : 
"Istito'ah" adalah kemampuan melaksanakan haji dengan diri sendiri atau dengan pertolongan orang lain. 

Dengan diri sendiri : 

1. Mampu menyediakan bekalan dan perbelanjaan termasuk menyediakan nafkah bagi tanggungan yang ditinggalkan. 

2. Ada pengangkutan pergi dan balik

3. Aman perjalanan bagi diri dan harta dari musuh dan wabak penyakit. 

4. Sihat tubuh badan

5. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji. 

Dengan bantuan orang lain : 

Seseorang yang memenuhi semua syarat tetapi dia uzur kerana sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua. 

Atau
Seseorang yang telah meninggal dunia dan berkemampuan mengerjakan haji ketika hayatnya. 

Mereka boleh mewakilkan orang lain untuk melaksanakan haji untuk mereka. (Badal haji)
[5:24 PM, 2/17/2020] md jafri mshat: 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 

𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧: 

Adakah harus seseorang menunaikan Haji melalui pembiayaan atau pinjaman institusi kewangan?

𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧: 

Harus bagi orang yang berhutang melalui skim pinjaman wang daripada institusi kewangan untuk menunaikan fardu Haji atau Umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan tidak menjejaskan kehidupan normal seseorang. Walau bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Tidak ada unsur riba.

2. Mempunyai pendapatan yang melebihi sara diri serta orang yang di dalam tanggungan untuk melunaskan hutang dan perbelanjaan mengerjakan Haji.

3. Kemudahan yang diambil di atas dasar menyegerakan perintah Allah s.w.t

[5:25 PM, 2/17/2020] md jafri mshat: 𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧 : 

Apakah syarat-syarat bagi orang yang ingin menerima wakil untuk mengerjakan Haji orang lain yang diwakilnya? 

𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧: 

𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭: 

1. Orang yang menerima badal haji itu telah pun menunaikan fardu Haji bagi dirinya sendiri dengan sempurnanya.

2. Hendaklah penerima badal haji melakukan Haji itu untuk seorang sahaja bagi satu-satu musim Haji.

3. la hendaklah berihram di Miqat orang yang hendak dihajikannya atau pada tempat yang sama jauhnya dengan Miqat itu. Jika ditentukan Miqatnya untuk berihram hendaklah ia berihram pada Miqat yang ditentukan itu. Jika tidak ditentukan mana-mana Miqat maka harus bagi orang yang mengambi lupah Haji itu berihram pada mana-mana Miqat yang dilaluinya. 

Bagi penduduk Makkah, sama ada berma…
[5:26 PM, 2/17/2020] md jafri mshat: 𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧:
Apakah yang dimaksudkan dengan rukun dan wajib Haji dan perbezaan antara keduanya? 

𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧:

𝐑𝐮𝐤𝐮𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢
Maksudnya ialah pekerjaan asas yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan Haji.

Sekiranya salah satu daripada rukun Haji itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka Ibadat Hajinya tidak sah.

𝐖𝐚𝐣𝐢𝐛 𝐇𝐚𝐣𝐢
maksudnya ialah satu perkara atau pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjaka Ibadat Haji tersebut. 

Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara-perkara wajib Haji itu maka Hajinya sah tetapi wajib ke atasnya Dam dengan syarat-syaratnya serta berdosa jika meninggalkannya yang wajib itu dengan sengaja.

𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 "𝐀𝐟𝐝𝐡𝐚𝐥"

Telah “thabit” pada hadis yang “Sohih” diharuskan bagi kita untuk memilih untuk melaksanakan haji dengan kaedaah-kaedah yang tiga iaitu samada dengan kaedah “Tamattu’” atau “Ifrad” atau “Qiran”.

عن عائشة رضي الله عنها : خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِحَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ وَمِنَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ وَأَهَلَّ رَسُولُ اللَّهِ بِالْحَجِّ فَأَمَّا مَنْ أَهَلَّ بِالْحَجِّ أَوْ جَمَعَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لَمْ يَحِلُّوا حَتَّى كَانَ يَوْمُ النَّحْرِ

Dari A'isyah r.a : "Kami keluar bersama Nabi s.a.w pada tahun haji wada' (perpisahan), di antara kami ada yang berihram umrah, ada yang berihram haji dan umrah dan ada pula yang berihram haji. Sedangkan Rasulullah s.a.w berihram haji. Adapun orang yang berihram haji atau menggabungkan haji dan 'umrah maka mereka tidak bertahallul sehingga hari "Nahar" (10 zulhijah)
HR. al-Bukhari

Apa yang menjadi persoalan bagi kita adalah haji mana kah yang paling "afdhal" untuk dilaksanakan. Apa yang menjadi afdhal semestinya apa yang dilaksanakan oleh Baginda nabi s.a.w atau apa yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w

𝐀𝐟𝐝𝐡𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐈𝐟𝐫𝐚𝐝

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh A'isyah r.a menunjukkan bahawa Baginda s.a.w telah melaksanakan haji dengan kaedah Ifrad. Dengan bersandarkan kepada hadis ini al-Syafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Awza'i berpendapat Haji ifrad adalah kaedah haji yang paling affhal kerana dilaksanakan oleh Baginda s.a.w. ia juga dikuatkan dengan pandangan Umar al-Khattab, Uthman ibn Affan, Ali bin Abi Thalib, Ibn Mas'ud, Ibn Umar, dan Jabir bin Abdillah r.a. 

𝐀𝐟𝐝𝐡𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐐𝐢𝐫𝐚𝐧

Al-Hanafiyyah berpendapat bahawa Qiran adalah kaedah yang paling Afdhal ini berdasarkan hadis 


أَتَانِي اللَّيْلَةَ آتٍ مِنْ رَبِّي فَقَال : صَل فِي هَذَا الْوَادِي الْمُبَارَكِ وَقُل : عُمْرَةٌ فِي حَجَّةٍ

Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku pada suatu malam dan utusan itu berkata,”solat lah di lembah yang diberkati ini dan katakan "Umrah di dalam Haji”. 

HR. al-Bukhari

Hadis ini memberitahu bahawa Baginda s.a.w telah berihram dengan ihram haji dan apabila datang Jibril a.s kepada Baginda s.a.w dan memberitahu perkara tersebut. Maka Baginda berihram umrah semula menjadikan Baginda menggabung antara kedua ihram iaitu Haji dan Umrah. Ini menunjukkan haji Qiran yang paling Afdhal kerana ia dilakukan oleh Baginda s.a.w. 

عَنْ جَابِرٍ أَنَّ رَسُول اللَّهِ قَرَنَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَطَافَ لَهُمَا طَوَافًا وَاحِدًا

Dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w menggabungkan haji dan umrah, lalu melakukan sekali tawaf untuk haji dan umrah.

HR. al-Tirmizi

Hadis ini juga menjadi penguat bahawa Baginda s.a.w telah melaksanakan Haji secara Qiran.

Pendapat ini juga menjadi pilihan kepada beberapa ulama lain antaranya Sufyan al-Thauri dan juha salah seorang imam besar dalam mazhab al-Syafiyah iaitu al-Muzani. 

𝐀𝐟𝐝𝐡𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐭𝐭𝐮' 

al-Hanabilah berpendapat bahawa Haji yang paling afdhal adalah dengan kaedah Tamattu'. Ini kerana Tamattu' adalah yang paling mudah untuk dilakasanakan dan bertepatan dengan apa yang disebut dalam hadis memerintahkan Baginda melaksanakan umrah dalam bulan Haji. Pendapat ini juga menjadi pilihan A'isyah, Ibn Abbas, dan Abdullah bin Zubair r.a. 

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 

Apa yang kita dapat simpulkan dari semua pandangan di atas adalah, Afdhal kita melakukan haji dengan mana-mana kaedah yang paling mudah bagi kita dan paling dekat dengan apa yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. 

𝐒𝐨𝐚𝐥𝐚𝐧:
Apakah yang dimaksudkan dengan rukun dan wajib Haji dan perbezaan antara keduanya? 

𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧:

𝐑𝐮𝐤𝐮𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢
Maksudnya ialah pekerjaan asas yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan Haji.

Sekiranya salah satu daripada rukun Haji itu tidak dikerjakan sama ada sengaja atau terlupa maka Ibadat Hajinya tidak sah.

𝐖𝐚𝐣𝐢𝐛 𝐇𝐚𝐣𝐢
maksudnya ialah satu perkara atau pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjaka Ibadat Haji tersebut. 

Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara-perkara wajib Haji itu maka Hajinya sah tetapi wajib ke atasnya Dam dengan syarat-syaratnya serta berdosa jika meninggalkannya yang wajib itu dengan sengaja.

No comments:

Post a Comment