Add caption |
Terdapat lapan tiang atau dalam bahasa Arabnya disebut ‘ustuanah’ bersejarah yang mempunyai kelebihan tersendiri. Kesemua tiang-tiang Masjid aL-Nabawi yang didirikan Rasulullah s.a.w itu diperbuat daripada kayu. Para sahabat dan salafussoleh tidak melepaskan peluang untuk mengerjakan solat dan ibadah lainnya di setiap tiang-tiang yang mempunyai keistimewaan dan keutamaan ini.
1. TIANG SAYYIDAH AISYAH
Tiang ini adalah yang ketiga dari mimbar dan ketiga dari maqam Rasulullah SAW dan ketiga dari kedudukan kiblat di dalam masjid Nabawi. Di bawah tiang inilah Rasulullah SAW sentiasa mengerjakan solat dan menjadi imam selama beberapa bulan, ketika mana kiblat solat masih ke arah Masjid aL-Aqsa.
Tiang ini juga dikenali sebagai “Tiang aL-Muhajiun” kerana mereka selalu berkumpul berdekatan tiang tersebut. Nama lain baginya juga disebut “Tiang Undi” kerana menurut Imam aL-Tabrani r.a, Rasulullah SAW telah bersabda. “Di dalam masjidku ini ada satu tempat yang jika manusia mengetahui tentang kelebihannya, nescaya mereka akan bertumpu ke situ sehingga terpaksa mengadakan cabutan untuk mendapatkan tempat solat di situ.”
Para Sahabat seperti Sayyiduna Abu Bakar aL-Siddiq r.a , Sayyiduna Uthman r.a, Sayyiduna Abdullah ibnu Zubair r.a dan Sayyiduna Amir ibnu Abdullah r.a sentiasa dilihat besembahyang di tiang tersebut.
Nama lain bagi tiang ini ialah “Tiang undi” kerana menurut al-Tabarani dalam kitabnya al-Awsat, 118: Sayidatina Aisyah berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Di dalam masjidku ini ada satu tempat yang jika manusia mengetahui tentang kelebihannya nescaya mereka akan berkerumun di situ sehingga terpaksa mencabut undi untuk mendapatkan solat di situ”.
2. TIANG TAUBAT
Tiang ini terletak di sebelah timur ‘Tiang Aisyah RA’, nombor 4 dari mimbar, nombor 2 dari Maqam Rasulullah SAW dan nombor 3 dari kedudukan Kiblat. Dinamakan ‘Tiang Taubat’ kerana di situlah seorang sahabat dari kaum Ansar bernama Abu Lubabah ra. telah mengikat dirinya sebagai hukuman kerana telah mengkhianati Rasulullah SAW kepada Yahudi Bani Quraizah. Akhirnya Rasulullah SAW membuka ikatan Abu Lubahah setelah ALLAH SWT menurunkan wahyu menerima taubat Abu Lubahah yang ikhlas itu.
Kisahnya, sewaktu beliau dihantar mewakili pihak Islam berunding dengan Bani Quraizah selepas peperangan Ahzab, Abu Lubahah telah memberi isyarat bahawa mereka akan dibunuh jika berunding dengan Rasulullah SAW dengan menunjuk ke arah lehernya.
Selepas peristiwa itu, beliau berasa dukacita dan menyesali perbuatannya lalu terus ke Masjid aL-Nabawi dengan penyesalan yang teramat sangat sehingga hilang pendengaran dan penglihatannya.
Di Masjid Al-Nabawi, beliau terus mengikat dirinya di tiang tersebut tanpa makan dan minum, serta bersumpah tidak membebaskan dirinya sehinggalah Rasulullah SAW sendiri yang melepaskannya. Anak perempuannya membukakan ikatannya sekadar untuk dia bersolat dan menunaikan hajat sahaja. Akhirnya Nabi SAW membuka ikatan Abu Lubahah r.a setelah ALLAH SWT menurunkan wahyu menerima taubatnya.
Nabi SAW juga selalu mengerjakan solat sunat di tiang itu. Rasulullah SAW juga selalu duduk di situ selepas solat Subuh untuk bebicara dengan orang miskin dari golongan lemah, dan orang yang baru masuk Islam serta menyampaikan wahyu yang baru turun kepada Baginda SAW..
3. TIANG KATIL
Tiang ini ialah yang bersambung dengan pagar besi Maqam dan bersebelahan dengan ‘Tiang Taubah’. Tiang ini mendapat namanya kerana di situlah Rasulullah SAW beriktikaf dan mempunyai katil yang diperbuat daripada pelepah tamar yang diletakkan bedekatan tiang tersebut untuk Baginda berehat dan beriktikaf.
4. TIANG PENGAWAL
Tiang ini terletak di sebelah timur ‘Tiang Katil’ dan dikenali sebagai ”Tiang Ali ibnu Abi Thalib r.a’ kerana beliau selalu duduk bersolat dan duduk di bahagiannya yang bersambung dengan rumah Rasulullah SAW untuk menjaga Rasulullah SAW sebelum turun firman ALLAH SWT yang bermaksud, “ALLAH SWT melindungi engkau daripada gangguan manusia”. Selepas itu tidak ada lagi sahabat yang mengawal Rasulullah SAW.
Setelah turun ayat tersebut, Sayyiduna Ali ibnu Abi Thalib r.a dan juga sahabat-sahabat yang lain tidak lagi berkawal ke atas Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun Sayyidina Ali r.a tetap solat dan duduk di situ sehingga beliau dilantik menjadi Amirul Mukminin.
5. TIANG PERWAKILAN
Tiang ini terletak di sebelah utara dari belakang ‘Tiang Pengawal’. Dinamakan ‘Tiang Perwakilan’ kerana Rasulullah SAW selalu duduk di tiang tersebut untuk menerima kedatangan perwakilan dari mana-mana kaum yang ingin bertemu dengan Baginda.
Di tiang inilah Bani Tamim memangil-manggil agar Rasulullah SAW keluar dengan tidak sopan sehingga turun ayat yang menerangkan perintah bersopan santun tehadap Rasulullah SAW.
6. TIANG EMPAT PERSEGI KUBUR
Tiang ini dikenali juga sebagai ‘Tiang Maqam JibriL ‘alaihissalam iaitu tempat berdiri Malaikat JibriL ‘alaihissalam ketika datang bertemu Rasulullah SAW. Ia terletak di sebelah timur ‘Raudhah’ dan kini terletak di dalam pagar Maqam. Menurut ahli sejarah, rumah Sayyidah Fatimah aL Zahra’ RA terletak berhadapan dengan tiang ini
7. TIANG TAHAJJUD.
7. TIANG TAHAJJUD.
Tiang ini terletak di belakang rumah Sayyidah Fatimah RA dari arah sebelah utara. Kini tiang tersebut berada dalam pagar Maqam dan sebagai tanda kepada tiang ini, dibina satu mihrab yang telah ditutup dengan batu dan dijadikan rak aL-Quran yang di atasnya terdapat gambar Masjidil Haram.
Disebutkan bahawa Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat Tahajjud di situ. Apabila para sahabat mengetahui perkara tersebut, mereka pun beramai-ramai keluar dan ikut serta mengerjakan solat Tahajjud juga. Sebab itu tiang ini dinamakan dengan ‘Tiang Tahajjud’.
8. TIANG WANGI
Ini adalah tempat Rasulullah SAW selalu bersolat dan bermunajat selepas penukaran kiblat dari Masjid aL-Aqsa ke Masjidil Haram di Makkah. Di-riwayatkan bahawa Rasulullah SAW melihat tedapat kahak di tiang itu. Seorang sahabat bangun mengesat kahak itu dan menggosok kesannya dengan sejenis minyak wangi yang dipanggil al Khaluq. Rasulullah SAW suka akan perkara tersebut.
Sejak itu para sahabat selalu menyapu minyak wangi di tempat itu sebagai tanda tempat solat Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, tiang tersebut dinamakan dengan ‘Tiang Wangi’.
Imam Malik r.a pernah berkata, “Bahawa di antara tempat yang baik untuk solat sunat adalah di tiang ini.” Pada hari ini tiang tersebut sebahagian daripadanya termasuk ke dalam Mihrab Rasulullah SAW yang tertulis padanya (ini adalah tempat solat Rasulullah SAW) iaitu di bahagian kanan Mihrab.
Tiang-tiang yang disebut di atas adalah antara tiang yang disebut mengenai kisah dan sejarahnya, namun tiang-tiang lain juga mempunyai kelebihan tersendiri sebagaimana kata Ibn al-Najjar:
“Semua tiang di Masjid Nabawi elok untuk bersolat berhampirannya kerana para sahabat sentiasa bersolat di mana-mana saja di dalam masjid itu”.
Boleh thu ni rujukan dr bku mana? Serta halaman nya skli
ReplyDelete