*Mungkin tidak berlebihan jika dikatakan bahawa Perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara semua perkuburan di dunia.
*Di Perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk para Ahlul Bait iaitu isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah saw, para sahabat dan para tabien.
*Perkuburan ini tidak pernah sunyi daripada dikunjungi oleh para pengunjung yang melaksanakan ibadah umrah. Rata-rata mereka ingin menikmati rasa cinta kepada para sahabat dan tabien yang telah banyak berkorban kepada perkembangan Islam.
*Berkenaan dengan kelebihan perkuburan Baqi’, Rasulullah saw pernah bersabda :
“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.
*Perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah. Di satu sudut di Masjid Nabawi terdapatnya kubur junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.
*Perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Perkuburan Baqi’ juga mempunyai gelaran lain iaitu Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad.
*Gelaran Baqi’ul Qarqad diberikan kepada perkuburan Baqi' kerana sebelum tanah tersebut digunakan sebagai wakaf perkuburan Baqi’, tanah tersebut telah dipenuhi dengan pohon Qarqad.
*Pohon Qarqad adalah sejenis pohon renek yang berduri. Ia mampu hidup subur di iklim sederhana dan subtropika.
*Kepada yang tidak mengetahui apakah itu pohon Qarqad ini, Rasulullah saw pernah bersabda :
“Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Marilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon Qarqad, kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi”
*Jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ adalah seorang sahabat Rasulullah saw daripada golongan Ansar iaitu Asa’ad bin Zararah.
*Nama Asa’ad bin Zararah tercatat sebagai sahabat Rasulullah saw pertama yang disemadi di Perkuburan Baqi daripada golongan Ansar.
*Manakala, jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ daripada golongan Muhajirin adalah Uthman bin Mahzun.
*Ahlul Bait pertama disemadikan di perkuburan mulia ini adalah anak perempuan Rasulullah saw, Ruqayyah binti Muhammad saw.
*Perluasan pertama yang dilakukan terhadap Perkuburan Baqi’ adalah pada zaman pemerintahan Muawiyyah bin Abi Sufian. Beliau telah membeli beberapa ladang yang berhampiran dengan Perkuburan Baqi’ untuk dijadikan wakaf perkuburan.
No comments:
Post a Comment