Friday, 23 September 2016

Kelebihan Kota Madinah dan tempat-tampat yang patut dilawati bagi jemaah Haji Dan Umrah



1- Kelebihan Kota Madinah
Terdapat banyak kelebihan Kota Madinah, antaranya :
a. Madinah adalah Ibu Kota Islam yang pertama. Disinilah tersebarnya Islam ke seluruh pelusuk dunia.
b. Ia adalah tempat turunnya wahyu-wahyu Allah SWT ke atas Nabi SAW sebagai panduan dan pedoman untuk umat manusia.
c. Padanya terdapat bahagian-bahagian Syurga. Misalnya Raudhah adalah satu kebun  daripada kebun Syurga. Mimbar Nabi SAW akan diletakkan diatas terusan-terusan Syurga. Bukit Uhud adalah salah satu daripada bukit-bukit syurga. Tamar Ajwah adalah tamar dari Syurga.
d. Madinah adalah Tanah Haram seperti Mekah. Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah berdoa yang bermaksud : " Ya Allah, Tanamkan kecintaan kami terhadap Madinah seperti mana kecintaan kami terhadap Mekah atau lebih daripada itu"
e. Kota Madinah dan Mekah akan terpelihara daripada Dajjal.
f. Alat pertimbangan, sukatan dan buah-buahannya diberkati.
g. Penduduknya dijamin akan mendapat syafaat Nabi SAW.
h. Ia adalah negeri yang terakhir binasa bila tiba hari Kiamat.
i. Bersolat di Masjid Nabawi adalah 1000 lebih baik daripada solat pada masjid lain kecuali Masjidil Haram.
Pengenalan:
Nak jadi mutawif kena tahu asas2 Sirah. Empat tempat di Madinah yg di kaitkan dengan syurga ialah Raudhah, Kurma Ajwa, perkuburan Baqi' dan Bukit Uhud. Kurma Ajwa ialah kurma yg paling di sukai oleh Rasulullah SAW. Kurma Ajwa di Madinah, bulan sepuluh baru masak betul. Yg kita dapat beli sekarang adalah yg diimpot dari India dan Iran.
Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah ialah dengan menunggang unta kesayangannya yg bernama al-Qaswa. Unta ialah sejenis binatang yg boleh membawa barang berat dan berjalan jauh tanpa makanan. Dikatakan bahawa hati unta boleh buat ubat dan susunya adalah untuk awet muda. Daging unta makin lama dimasak, ia akan menjadi semakin keras.
Tentang unta Rasulullah SAW, ada pula unta yg bernama al’Adhba’ yg dibeli oleh Abu Bakar dari Bani Harisy dengan harga 800 dirham. Lalu dibeli oleh Rasulullah SAW dgn harga 400 dirham. Unta  yg disebut al-Qaswa dan kadang2 disebut al-Jad’a ditunggangi sehingga beliau sampai di Madinah semasa hijrah Baginda SAW ke Madinah.
Apabila tali-tali kekang  unta diturunkan, pemuda2 maju ke depan, tidak henti2 menawarkan Nabi SAW untuk singgah di rumah mereka.
“Biarkan, unta ini ada yang mengarahkanya. Aku akan tinggal di mana Allah menempatkanku.” Begitu tutur Baginda Nabi SAW kepada orang-orang di sana.
Unta itu akhirnya berhenti di suatu kawasan penjemuran kurma, tepat di depan rumah Abu Ayyub Al Ansari. Nabi tidak langsung turun, unta itu kemudian berjalan lagi sementara tali kekang tetap dilepaskn oleh Nabi SAW. Tiba-tiba unta itu menoleh ke belakang dan kembali ke tempat tadi. Di sana unta itu duduk dan menjatuhkan lehernya. Nabi lalu turun, Abu Ayyub Al Ansari tergopoh-gopoh menyambut. Tidak terlukis betapa girang Abu Ayyub Al Ansari mendapat penghormatan seperti ini.
Di rumah Abu Ayyub, Rasulullah SAW telah duduk di bawah dan Abu Ayyub di atas. Ini telah tidak menyenangkn Abu Ayyub dan perkara ini telah diberitahu pada Rasulullah SAW. Rasulluh SAW berkata adalah tidak mengapa,  biar aku duduk di bawah sebab biar senang orang yg nak berjumpa dan mencarinya (Rasulullah SAW).

Dan setiap hari kami menyajikan makanan untuk Rasulullah SAW dan jika ada sisa dari makanan tersebut maka kami makan pada bahagian bekas-bekas tangan Rasulullah SAW kami mendapat berkat dengan hal itu. Pada suatu malam ketika kami hidangkan makan malam, kami bubuhkan di dalam masakan trsebut bawang. Beliau mengembalikannya kepada kami. Dan kami melihat tidak ada sedikit pun sisa makanan pada bekas tangan beliau.

Maka hal ini kami mananyakan kepada Rasulullah SAW mengenai makanan kami dan apa sebab beliau tidak mau menyentuh makanan kami sedikit pun Kata Beliau, "Aku dapati pada makanan ini bau bawang putih, di keranakan aku adalah seorang lelaki yang senantiasa berzikir kepada Allah. maka aku tidak senang bila mulutku tercium bau yang tidak enak. Sedangkan untuk kalian maka silakan kamu memakannya."

Ini ada sebuah kisah ketika sesampainya Rasulullah SAW ke sebuah tempat penjemuran kurma kepunyaan dua orang anak yatim dari Banu’n-Najjar, unta itu berlutut (berhenti). Ketika itulah Rasulullah SAW turun dari untanya dan bertanya: “Kepunyaan siapa tempat ini?” tanyanya. “Kepunyaan Sahl dan Suhail b. ‘Amr,” jawab Ma’adh b. ‘Afra’. Dia adalah wali kedua anak yatim itu. Dia akan membicarakan soal tentang tempat yg ditanyakan oleh Rasulullah SAW dengan kedua anak itu supaya mereka berpuas hati. Mereka meminta kepada Rasulullah SAW supaya di tempat itu didirikan masjid. Rasulullah SAW mengabulkan permintaan tersebut dan dimintanya pula supaya di tempat itu didirikan masjid dan tempat-tinggalnya. Dalam peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah bangunan yg mula di bina ialah masjid.
2- Masjid Nabawi.
Masjid asalnya tlh di bina olh Nabi SAW. Selain dr mempunyai kelebihan2 melakukn ibadat di dlmnya, ia juga mempunyai kawasan yg dinamakn sbg Raudhah dn Makam Rasulullah SAW bersama makam dua orang sahabatnya; Abu Bakar dan Umar RA. Manakala rumah Rasulullah SAW yg masih ada kekal sehingga hari ini hanyalh rumah Baginda brsama Sayyidatina Aisyah. Keluasan asal Madjid Nabawi adlh kira2 35m x 30m = 1050m persegi dn 2.9m tinggi. Ukuran terkini slps pembesarn trakhir ialh tkt bawah seluas 98,500m persegi dn blh menampung seramai 167,000 org jemaah dn tkt atas seluas 67,000m prsegi, blh menampng sramai 90,000 org jemaah. Jumlah kesemua ialh 165,500m persegi dn blh menampung seramai 257,000 jemaah. Kawasn persekitarn yg dijadikn medan utk solat pula blh menampung seramai 250,000 org jemaah. Keseluruhn Masjid Nabawi dn persekitaran blh menampung lbh krg 700,000 jemaah pd hari biasa. Manakala pd musim haji bilangan jemaah blh melebihi sejuta org. Masjid Nabawi pd hari ini mempunyai 23 buah pintu utama. 81 pintu biasa, 10 menara, 27 buah kubah bergerak, 18 tangga biasa dn 6 tangga elektrik.

3- Ziarah Makam Rasulullah SAW.
Beribadah di Masjid Nabawi, Madinah tidak lengkap rasanya bila tidak berziarah ke makam Nabi Muhammad SAW.
Berziarah ke Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi bukan hal yang mudah untuk berziarah kerana penziarah harus masuk bersama2 jemaah yg lain. Para jemaah biasanya berjalan dalam satu rombongan agar tidak terpisah.
Makam Nabi ditandakan dengan pintu berlapis emas dan warna karpet kehijauan berbeza dengan warna karpet lainnya di dalam masjid. Tepat di sebelah makam dan mimbar Rasulullah terdapat Raudhah yang mempunyai erti Taman Syurga.
Di awal pembangunan Masjid Nabawi, luas Masjid Nabawi hanya berukuran 50 meter persegi. Sementara rumah Rasulullah SAW berada tepat di sebelah masjid. Dan ketika Nabi wafat pada usia 63 tahun, beliau pun dimakamkan di rumahnya yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Rumah yg di maksudkn itu adalh kediaman Rasulullah SAW bersama Sayyidatina Aisyah.
Renovasi dan perluasan masjid membuat makam Nabi Muhammad SAW kini berada di kawasan di dalam Masjid Nabawi.
Ziarah ke Masjid Nabawi adalah sunnah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW. “Janganlah mengadakan ziarah kecuali ke tiga masjid, yakni Masjidil Haram, masjid saya ini, dan Masjidil Aqsa.” (HR. Bukhari – Muslim).

Maka hendaklah orang-orang berziarah ke Masjid Nabawi, kerana satu kali solat di dalamnya lebih baik daripada seribu kali solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram. Apabila seseorang akan pergi ke Madinah, seharusnya tujuan asalnya adalah melaksanakan solat di Masjid Rasulullah SAW. Dan ketika dia telah sampai di sana, hendaknya berziarah ke makam Rasulullah SAW, serta makam kedua sahabat beliau iaitu Abu Bakar dan Umar RA, sesuai dengan cara yang telah disyariatkan.
Penziarah Masjid Nabawi disunnahkan untuk mendatanginya dengan tenang dan sopan, memakai wewangian, mengenakan pakaian terbaik, memasukinya dengan kaki kanan, dan membaca do’a ma’thur. Dia disunnahkan pula mendatangi Raudhah terlebih dahulu untuk mengerjakan solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan khusyuk. Sesudah selesai mengerjakan solat sunat ini, dia disunnahkan pergi ke makam Nabi SAW dengan menghadap kepadanya dan membelakangi kiblat untuk mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, kemudian bergerak kebelakang dalam satu hasta ke arah kanan untuk mengucapkan salam kepada Abu Bakar As-Siddiq RA, lalu bergerak kebelakang lagi dalam satu hasta ke arah kanan untuk mengucapkan salam kepada Umar bin Khattab RA. Adalah menjadi kesalahan besar memulakan ziarah makam Rasulullah SAW di pintu yg pertama, Abu Bakar As-Siddiq RA pintu yg kedua dan Umar bin Khattab RA di  pintu yg ketiga. Selepas itu mengadaplah ke arah kiblat dan berdoa untuk dirinya, orang-orang yang dicintainya, saudara-saudaranya dan seluruh umat Islam. Seorang penziarah hanya boleh mengeraskn suaranya hingga terdengar bagi dirinya saja. Dia juga harus menjauhi perbuatan mengusap-ngusap dan mencium makam Nabi SAW kerana itu termasuk perkara yang dilarang oleh beliau.

4- Ziarah Raudhah.
Sesudah ziarah makam Rasulullah SAW kita keluar dan masuk balik melalui pintu Babussalam untuk pergi ke Raudhah. Nak ke Raudhah, masuklah melalui pintu belakang 24-29. Kalau ke kanan lagi tak jumpa Raudhah. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya antara mimbar dan rumahku, itulah Taman Syurga. Terletak betul di sebelah makam dan mimbar Rasulullah SAW, itulah Raudhah yang mempunyai erti Taman Syurga. Carpet Raudhah warnanya hijau muda. Raudhah adalah sebuah bilik kecil di mana doa-doa
yang dipanjatkan di sini diyakini akan dikabulkn oleh Allah SWT. Macamana tidak terkabul. Di dalam syurga minta apa saja dapat. Lokasi Taman Syurga ini merupakan bahagian dari saf laki-laki boleh dimasuki pada bila saja. Raudhah untuk jemaah wanita hanya dibuka untuk pada masa tertentu sahaja. Waktunya ialah 7-11 pagi. Pukul 8 dah tak boleh masuk. Juga setelah solat Zuhur boleh ziarah. Bila kita masuk Raudhah, jemaah wanita, masuklah cara berkumpulan untuk kita bantu sesama kita. Jemaah yg di belakang sekali bertindak membuat benteng. Jemaah yg lain bolehlah solat dua rakaat dan berdoa.  Selepas solat dan berdoa, jemaah ini mengambil alih tugas jemaah yg membuat benteng. Jemaah yg membuat benteng kemudian pergilah solat dan berdoa pula. Bukan hal yang mudah untuk memasuki Raudhah. Cara lainnya bagi jemaah lelaki bolehlah usahakan datang ke masjid pada awal pintu masjid dibuka. Dengan demikian mempunyai waktu cukup untuk melaksanakan solat Tahajud, solat Tasbih, dan solat Fajar serta melakukan zikir atau membaca Alquran.
Mutawif bolehlah juga berdoa agar Allah jauhkan fitnah dalam kerjaya kita sebagai mutawif dan permudahkan segala urusan kita dan jemaah. Doakan juga kebaikan kita dan jemaah untuk dunia dan akhirat iaitu minta keampunan, rezeki dan kesihatan. Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15m . Luasnya yang hanya 144m persegi tak sebanding dengan jutaan jamaah yang berebut ingin masuk ke sana.

5- Ziarah Perkuburan Baqi'.
Daripada ziarah Raudhah kita keluar balik dan kita menghala ke arah kiri Masjid Nabawi untuk ziarah perkuburan Baqi'. Ziarah pekuburan Baqi' adalah sunnah. Berdoalah untuk meninggal dn ditanamkan di Baqi'. Sesiapa yg meninggal di Madinah akan ditanamkan di Baqi' dan dia akan mendapat syafaat Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW juga mendoakan keampunan Allah untuk penghuninya seperti yg disebutkan dalam hadis yg di bawah ni.
Ertinya: Dari Ibn Umar r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW: ”Siapa yg berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi SYAFAAT kepada mereka yang mati di sana.
(Riwayat Tirmizi,al-Nasai)
Dari Umar RA bahawa beliau berdoa: Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di Negeri Rasulmu SAW (Madinah)
(Hadis riwayat Bukhari)
Ketika hayat Rasulullah SAW, Baginda selalu menziarahi perkuburan Baqi’ dan mendoakan keampunan Allah untuk penghuninya. Antara hadis tentang ini adalah ‘Aisyah RA menceritakan Rasulullah SAW setiap kali bermalam di rumahnya, Baginda akan keluar menuju ke perkuburan Baqi’ pada saat hujung malam dan Baginda mengucapkan;
“Selamat sejahtera ke atas kamu para penghuni kediaman kaum yang beriman. Telah datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu. Kami In shaa Allah akan mengikuti kamu. Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untuk para penghuni perkuburan Baqi ini” (HR Imam Muslim).
Di perkuburan al-Baqi’ juga dikebumikan lebih 10 ribu sahabat, antaranya: Saidina Usman, isteri-isteri Nabi  Aisyah binti Abu Bakar, Saudah binti Zam'ah, Hafsah binti Umar, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah binti Abu Umayyah, Juwairiyyah binti al-Haris, Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan, Safiyah binti Huyai bin Akhtab dn Zainab binti Jahsy (selain Khadijah disemadikn di perkuburan Ma'la dan Maimunah di semadikn di Sarif, Mekah. Skrg dikenali sbg Nawariyyah dn trletak kira2 18 km dr Mekah), anak-anak Nabi (Fatimah, Ruqayyah, Ummi Kaltsum dan Zainab), cucu Nabi (al-Hasan bin Husain) dan Abbas bin Abdul Mutalib dn ramai sahabat lagi. Termasuklh Ulama-ulama soleh seperti Syeikh al Azhar Said Tontowi. Menziarahinya merupakan suatu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana hadis tadi. Perkuburan Baqi' hanya boleh diziarahi orang lelaki dan orang perempuan tidak di benarkan.
6- ASAL-USUL KOMPLEKS PEMAKAMAN AL-BAQI'.
Secara etimologis kata “Al-Baqi'” itu ertinya kebun atau pepohonan atau kebun pohon. Tempat pemakaman Al-Baqi' disebut Jannat Al-Baqi' (Jannah itu ertinya syurga) krn kesucian yg dimilikinya dimana disana banyk sekali kaum kerabat dn para sahabat Nabi yg dimakamkn di situ.
Sahabat pertama yg dimakamkn disana ialah Usman bin Madhun yg meninggal pada tanggal 3 Sya’ban pd tahun 3H. Rasulullah SAW memerintahkn pepohonn utk menjatuhkn dirinya ke tanah dn kemudian di tengah-tengahnya Rasulullah menguburkn sahabatnya yg ia sayangi itu sambil meletakkn dua buah batu di makamnya.
Dlm beberapa tahun berikutnya, puteranya Rasulullah SAW yg bernama Ibrahim yg meninggal pada waktu masih kecil dimana Rasulullah SAW waktu itu menangisinya dn merasa kehilangannya juga dikurburkn di sana. Semenjak itulah org2 Madinah mulai menguburkan kerabatnya di tempat pemakaman itu krn Rasulullah SAW seringkali ditemui sedng berdo’a di tempat pemakaman itu, “Salamun ‘Alaykum. Wahai tempat kembali orang-orang yang beriman. In shaa Allah, kami akn menyusul kalian. Ya, Allah ampunkanlah para penduduk pemakaman Al-Baqi.”
Tanah pemakaman itu secara perlahan tapi pasti mulai meluas. Hampir sebanyak 10000 lebih sahabat Rasulullah yang dimakamkan di sana termasuk cucu Rasulullah SAW Hasan bin Ali dn Husin bin Ali. Ali bin Husin, Muhammad Al-Baqir dn Ja’far as-Sadiq yg semuanya juga dikebumikn di sana.
Diantara para kerabat dekat Rasulullah yang juga dikebumikn di pemakaman adalh makciknya seperti Safiya dan Atika dn juga Fathimah binti al-Asad (ibunya Ali bin Abi Thalib). Khalifah ketiga iaitu Usman din Affan dikuburkan di luar tempat pemakaman Jannat Al-Baqi' akn tetapi kemudian kuburannya digabungkn ke dalam tempat pemakaman Baqi' (Usman dibunuh beramai-rama oleh kaum Muslimin kemudian jenazahnya dimakamkan di tempat pemakaman Yahudi yg dekat sekali dengan tempat pemakaman Jannat al-Baqi. Pd waktu Mu’awiyyah memerintah tempat pemakaman Yahudi itu dibeli dn disatukn dgn tempat pemakaman Baqi'. Di tahun-tahun berikutnya tokoh-tokoh Muslim ternama spt Malik bin Anas dn masih banyk yg lainnya turut dikebumikn disana. Utk seterusnya tempt pemakamn Al-Baqi' ini menjadi sebuah tempt pemakaman yg terkenal dn memiliki nilai sejarah yg sangat tinggi sekali bg kaum Muslimin.         
Perkuburan Al-Baqi

JANNAT AL-BAQI DI MATA KAUM SEJARAWAN.
Umar bin Jubair menggambarkn tempat pemakaman Al-Baqi' ini spt yg ia lihat dlm perjalanannya ke kota Madinah sebagai berikut:
“Al-Baqi' itu terletk di sebelah timur kota Madinah. Anda blh memasukinya melalui pintu gerbang yang disebut dgn gerbang Al-Baqi'. Ketika anda memasukinya, kubur pertama yang anda akn temui ialh kuburan Safiya, makciknya Nabi, kemudian lebih lanjut lg anda akn bertenemu dgn kubur Malik bin Anas, Gabenor kota Madinah. Di atas kuburnya ada sebuah kubah kecil. Di depannya ada kubur Ibrahim putera Rasulullah SAW dgnn sebuah kubah berwarna putih di atasnya, dn di sebelah kanannya adalh kubur Abdul Rahman iaitu puteranya Umar bin Khattab, yg lebih dikenal dengan nama panggilan Abu Shahma, yg ayahnya menghukumnya hingga maut menjemputnya. Di depannya ada beberapa kubur dari Aqil bin Abi Thalib dan Abdullah bin Ja’far al-Tayyar (Ja’far bin Abi Thalib). Di depan kubur-kubur itu ada sebuah tempat yg terpisah yg menjadi tempt pemakaman beberapa isteri2 Rasulullah SAW dn yg di sebelahnya adalh kubur Abbas bin Abdul Muthalib.
Kubur Hasan bin Ali terletak di dekat pintu gerbang di sebelah kanannya. Di kubur itu ada sebuah kubah yg menjulang tinggi. Tempat kepala dr Hasan itu tepat di kaki dari Abbas bin Abdul Muthalib, dan kedua makam itu dibangunkn lebih tinggi dari permukaan tanah. Kubur Ibrahim putera Rasulullah SAW juga ada di tempat yg sama. Di belakang kubur Abbas ada sebuah rumah yang dipersembahkn utk Fatimah puteri Rasulullah SAW yg disebut dgn “Bayt Al-Ahzan” (Rumah Duka Cita) krn disinilh dulu Fathimah seringkali bertakziah mengingati ayahnya yg sudah wafat...ayahnya yg ia sayang kpdnya dn merasa kehilangan yg amat sangat stlh kepulangannya. Di ujung yg dn yg paling jauh ada kuburan dari khalifah ketiga iaitu khalifah Usman bin Affan yg dihiasi dgn sebuah kubah kecil di atasnya di sebelahnya adalh kubur Fathimah binti Asad, ibu Ali bin Abi Thalib”
Setelah seabad setengah berlalu, seorang pengembara yg terkenal bernama Ibn Batuta datang utk menggambarkn pemakaman Al-Baqi dgn cara yg lebih kurang sama dgn gambaran yg diberikn oleh Ibn Jubair. Ibn Batuta menambahkn, “Di pemakaman Al-Baqi' ada banyak sekali kubur dr kaum Muhajirin dn Ansar dn banyak diantaranya merupakakn sahabat Nabi, hanya saja kebanyakn dr mrk namanya tidak dikenali.”
Stlh itu selama beberapa abad berselng tempat pemakaman Al-Baqi' tetap dianggap keramat atau suci dgn beberapa perbaikn dilakukn disana-sini. Itu semua dilakukn olh org2 dgn sepenuh hati dn sepenuh pengabdian pd mrk yg dicintai sampai pd suatu ketika segala sesuatunya berubah. Kelompok Wahabi mengambil alih kekuasaan dn mulai menunjukkn prilakunya yang tidak terpuji. Itu terjadi pada awal abad kesembilan belas. Kaum Wahabi mencemarkn kubur2 itu dn secara sengaja dn terbuka mrk menghancurkn kubur2  kaum Syuhada dan para sahabat Nabi yg dikebumikn di sana. Kaum Muslimin yg tidak setuju dgn mrk, dianggap olh kaum Wahabi sbg org2 “sesat dn menyesatkn” dn kebanyakn dr mrk kemudiannya dibunuh olh kaum Wahabi itu.      
Masjid Quba

7- Masjid Quba.
Terletak di perkampungan Quba', kira2 3km dari arah selatan bandar Madinah. Rasullah tlh tiba di perkampungan Quba' dlm perjalanan hijrah dr Mekah. Baginda tinggal di sana selama 4 hari brsama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum biti al-Hadm. Masjid Quba adalah masjid yg pertama di dunia. Rasulullah akan ziarah Masjid Quba pada hari Sabtu dengan menaiki unta atau berjalan kaki. Kalau kita tidak ada program, kita boleh naik teksi dan pergi Masjid Quba. Solat sunat dua rakaat dan lepas tu balik. Sebelum pergi ke Masjid Quba mutawif kena berpesan pada jemaah untuk berwuduk sebelum ke Masjid Quba dan dan ganjarannya berdasarkan hadis yg di bawah ni. Setiap solat sunat kita samaada solat sunat Tahiyyatul Masjid, Solat Dhuha atau solat Hajat, setiap solat akan di beri pahala Umrah.
Sabda Nabi SAW:
" Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah"

8- Masjid Juma'at.
Tidak jauh dr kota Madinah, kira2 2.5km dn kira2 0.5km dr utara Masjid Quba', terdapt sebuah masjid namanya Masjid Juma'at. Stlh empat hari berada di Quba', Rasulullah SAW tlh klr dr Quba' dn tiba di tempat ini, kebetuln hari itu hari Juma'at, Baginda pun melakukn solat Jumaat berjemaah bersama penduduk di tempat itu dan ia merupakn solat Juma'at yg pertama didirikan slps hijrah secara terang2an dlm sejarah Islam.
9- Masjid Tujuh.
Masjid Tujuh asalnya adalah kubu2 pada Peperangan Khandak. Pada peperangan inilah Salman al Farsi telah beri pendapat untuk dirikan parit di sekeliling kubu2 dan Rasulullah SAW telah menerima pendapat Salman al Farsi dan digalikan parit dan ini membuat orang kafir terperanjat.     
10- Masjid Ghamamah (dulu dikenali sbg Masjid al- Musalla).
Yg terletak di sebelah selatan Madinah dn berhadapn Pasar Tamar skrg. Ghamamah yg bermaksud awan mendung. Masjid Ghamamah merupakn tempat Rasulullah SAW melaksanakn Solat Istisqa' (solat untuk meminta hujan). Masjid ini mndapt namanya sbg al-Musalla yg bererti tempat solat dn Rasulullah juga pernah solat Hari Raya di sini.

11- Masjid Abu Bakar.
Berhampiran dgn Masjid Ghamamah ialah Masjid Abu Bakar yg di bina di salah satu tempt musalla Rasulullah. Jalan ke Masjid Abu Bakar adalah ke kanan dari Pasar Kurma. Dari Masjid Nabawi kita keluar ikut pintu 5. Rasulullah SAW pernah bersolat Raya di Masjid Abu Bakar. Adapun sebab solat Hari Raya diadakn di luar masjid krn umat Islam digalakkn membawa semua ahli klrganya; tua, muda, kecil dn besar sehingga perempuan yg uzur (haid) pun di bawa bersama.    



12- Masjid Umar bin Khattab.
Terletak 10m selatan Masjid Abu Bakar. Masjid ini berada di tempat yang lebih tinggi, dan bentuknya sesuai dengan bentuk Masjid Al-Fath, dibangun dan diperbaharui pada waktu yang sama.

13- Masjid Al-Fath.
Dikenali sbg Masjid al-Ahzab atau Masjid al-A'la. Merupakn masjid terbesar di antara masjid-masjid yg lainnya, terletak di kaki Gunung Sala' bahagian barat dn terletak kurang lebih 3km dari Masjid Nabawi. Diriwayatkan bahwa masjid ini dinamakn dgn Al Fath krn tempat ini merupakn tempat solat Nabi Muhammad  SAW selama tiga hari iaitu Isnin, Selasa dan Rabu supaya Allah hancurkan tentera Ahzab seramai 10,000 yg terdiri dr Yahudi, Nasrani dn kaum kafir Quraisy berhadapn dengan 3000 tentera kaum Muslimin. Allah tlh memperkennkn doa Rasulullah SAW pd  hari ketiga iaitu hari Rabu dgn mengirimkn angin yg kencang sehingga memusnahkn khemah2 musuh trsebut dn hasil pertempurn tersebut adalh kemenangan bagi org Islam, 
14- Masjid Salman Al-Farisi.
Terletak 20m selatan Masjid Al Fath, dinamakn dgn nama Salman Al-Farisi krn ialah sbg pelopor pembuatn parit pd Pertempuran Khandak. Masjid ini dibangun pd masa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, dn diperbaharui oleh Menteri Saifuddin Abu al-Hija tahun 575 Hijriah pd masa Kesultanan Usmaniyah.

15- Perang Khandak (Al-Ahzab).
Berlaku pd tahun 5 hijrah. Tujuan peperangan ini ialh utk menewaskn tentera Islam dn menawan Madinah atas dorongn Kemenangan kaum Musyrikin Mekah dlm perang Uhud. Tujuan kaum Musyrikin Mekah ini disokong dn diberi jaminn drpd Bani Nadir dn puak Yahudi serta suku kaum Arab yg bermusuh dgn Nabi Muhammad SAW.
Jumlah tentera:
10 000 og yg terdiri drpd tentera yahudi dn Musyrikin serta penyokong2 drpd pelbagai kumpulan (Al-Ahzab).
3 000 org tentera Islam hanya bertahan di Madinah.
Strategi peperangan:
Salman al-Farisi (keturunan Farsi) mencadangkn supaya menggali parit (al-Khandak) di sebelah utara Madinah dn dibahagian lain dibentengi dgn pohon2 tamar dn bukit bukau. Pihak Nabi Muhammad SAW cuba memecahbelahkn musuhnya dgn menghantar sahabatnya Naim bin Mas'ud yg menyamar sebagai orang bukan Islam dn pergi menemui musuh.
Kesan peperangan:
Ramai tentera Musyrikin terkorban semasa cuba memasuki kubu pertahanan org Islam. Ramai org Yahudi ditawan.
Kaum Yahudi Banu Quraizah yg memberi sokongan dn bantuan kpd Musyrikin Mekah dihapuskn dr kota Madinah.
Kekalahn Musyrikin dlm gabungan tentera al-Ahzab disebabkn motif peperangan mrk yg berbeza-beza.


16- Masjid Ali bin Abi Thalib.
Terletak di timur Masjid Fatimah Az-Zahra, di sebuah bukit kecil. Masjid ini memiliki panjang 8.5m dan lebar 6.5m dn juga dibina disalh sebuah musalla Rasulullah SAW. Diriwayatkn di tempat inilah Ali bin Abi Thalib tlh ikut serta dlm Pertempuran Khandak. Di masjid ini Sayyidina Ali RA pernah melakukn solat Hari Raya sewaktu pemerintahan Sayyidina Usman bin Affan RA.


 
Masjid Ali bin Abu Talib

17- Masjid Fatimah Az-Zahra.
Masjid ini disebut juga Masjid Saad bin Muadz. Merupakan masjid terkecil dibandingkan yang lainnya, dengan luas 4 x 3 meter. Masjid ini dibangun pada masa Kesultanan Usmaniyah, pada masa Sultan Abdul Majid.

18- Masjid Bilal.
Dulu di atas puncak Jabal Abi Qubais ada sebuah masjid kecil yang dinamakan Masjid Bilal yg dulunya adalah rumah Bilal.  Bukit ini menurut ulama Makkah merupakah bukit mulia kerana berdekatan dengan Ka’bah dan menghadap ke Bukit Safa. Ada riwayat yang menyatakan bahawa Jabal Abi Qubais adalah gunung / bukit pertama yang diciptakan Allah dimuka bumi kemudian terpancar darinya jabal2 yg lain.
19- Masjid Abu Zar.
Asal nama Masjid Abu Zar ialh Masjid al-Sajadah. Letaknya di jln Lapangan Terbang dn Jln Abi Zar iaitu dr blkg Masjid Nabawi menuju ke Bukit Uhud. Di masjid inilh Rasulullah SAW sujud paling lama sehingga Abdul Rahman bin 'Auf RA menyangka bahawa Allah SWT telah mewafatkn Rasulullah SAW dalam keadaan sujud. Sejurus itu Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Bahawa Jibril membawa berita bahawa seungguhnya sesiapa berselawat ke atasku maka Allah juga akan berselawat keatasnya, dan sesiapa yg memberi salam keatasku maka Allah juga akan memberi salam (doa) ke atasnya.

20- Masjid Ijabah (Perkenan).
Masjid ini dikenali asalnya dgn nama Masjid Bani Muawiyah al-Ausi krn mrklh org pertama yg membinanya. Terletak di Jln Sittin dgn binaan baharu. Jarak Masjid Ijabah adlh  385m di utara Baqi’. Stlh perluaskn hanya sekitar 580m berdekatan dgn Rumah Sakit Dharabatus Shams. Jemaah kalau sakit, kita hantar hospital kerajaan free. Menurut sejarah, dulu di masjid ini Rasulullah SAW berdoa kpd Allah SWT yg berkait dgn nasib umat, dn langsung dijawab terus olh Allah SWT.
“Beliau mengatakn, ‘Aku meminta tiga hal kpd Rabbku. Tetapi, hanya dua hal dikabulkan, dan satu hal tidak diperkenankn. Aku meminta agar umatku tidak dibinasakn dgn bencana. Prmintaanku pun dikabulkn. Aku memohon agar umatku tidak ditenggelamkn. Permohonanku pun dikabulkan. Aku mengharap agar permusuhan umatku tidak terjadi antara sesama mereka, tetapi permintaanku tidak dikabulkn.”      
Masjid Al-Qiblatain


21- Masjid Al-Qiblatain (Masjid Dua Kiblat).
Masjid ini terletak di barat daya Madinah di tengah2 perkampungn Bani Salamah. Ia dikelilingi olh kebun2 manakala Wadi al-Aqiq pula terhampar di sebelahnya. Masjid ini diberi nama Qiblatain sempena peristiwa turunnya wahyu drpd Allah SWT agar Rasulullah SAW menukarkn kiblatnya dari Baitulmaqdis ke Masjidil Haram. Semasa Rasulullah SAW mula tiba di Madinah, kiblat org2 Islam ialh ke arah Baitulmaqdis iaitu menyerupai kiblat org2 Yahudi. Mrk mengejek Rasulullah SAW dn umat Islam dgn menyatakn Rasulullah SAW mengeji orang Yahudi, tetapi bersolat mengikut kiblat orang Yahudi. Rasulullah SAW kurng senang dgn ejekan itu dn sentiasa berdoa kpd Allah SWT, semoga kiblat ditukarkan ke Baitullah di Mekah. Kira-kira 17 bulan selepas Hijrah, turunlah ayat 144 surah Al-Baqarah yang memerintahkn supaya kiblat ditukarkn ke Ka'abah. Peristiwa turunnya wahyu Allah SWT ketika baginda sedng bersolat Zuhur pd rakaat yg kedua.

22- Masjid Asy-Syams.
Sebuah masjid kecil yg terletak berhampiran dgn Masjid Quba'. Di bina drpd batu hitam tetapi tidak berbumbung. Ia hanya dinamakn Masjid As-Syams (Masjid Matahari) krn keduduknnya di tanah tinggi. Sewaktu matahari terbit, masjid ini terlelebih dahulu mendapt cahaya matahari.

23- Masjid Bani Quraizah.
Masjid ini terletk di sebelah timur Masjid Asy-Syams. Tempat ini dikenali sbg kebun buah-buahan. Bani Quraizah adlh satu puak Yahudi yg tlh dikepung dgn perintah Rasulullah SAW. Ketika hayat Rasulullah SAW, Baginda pernah tinggal di kawasan yg menjadi tapak Masjid Bani Quraizah seperti yg wujud skrng.

24- Pasar Tamar.
Pasti ziarah ke Madinah tidak akn lengkap jika tidak melawati ladang tamar atau kurma. Dari Malaysia lg pasti para jemaah sudah berkira-kira utk membeli kurma utk dijadikn buah tangan utk sanak saudara di Malaysia. Kurma Ajwa ialah kurma yg paling di sukai oleh Rasulullah SAW. Kurma Ajwa di Madinah, bulan sepuluh baru masak betul. Yg kita dapt beli skrg adalh yg diimpot dari India dan Iran. Terdapat pelbagai jenis kurma yg dijual, tapi sudah semestinya Kurma Ajwah menjadi tambatan hati. Para jemaah dibenarkan makan seberapa banyak yg mrk suka, semuanya dikira Halal. Tapi jgn pula dimasukkn kedlm beg plastik krn ianya akn ditimbang dn dikira. Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa yg makan tujuh biji tamar ajwah pd waktu pagi, nescaya dia tidak dapt dimudharatkn olh racun dn sihir pd hari itu.” (HR al-Bukhari).                                  
Makam Syuhadak Uhud (di bukit Unud)

25- Makam Syuhadak Uhud.
Pada Peperangan Uhud pada 3 Hijrah tentera Islam seramai 700 orang telah berperang dengan tentera kafir seramai 3000 orang. Panjang Bukit Uhud ialah 30km. Dikawasan Bukit Uhud itulah Sayyidina Hamzah terbunuh dan gugur syahid. Beliau dikebumikan ditempat jasadnya terbunuh. Selain Sayyidina Hamzah RA, dua orang sahabat yg syahid antaranya Abdullah ibn Jubair Al-Ansari (ketua bahagian pemanah) dan Mus'ab ibn Umair (pemegang panji-panji Islam).
Pada Peperangan Uhud Rasulullah SAW telah membahagikan tentera kepada 2 bahagian. Yg pertama ia tentera memanah di Jabal Rahmah dan lagi satu di bahagian hadapan. Rasulullah SAW telah berpesan pada tentera memanah agar tetap di kubunya walau apapun terjadi. Pd permulaan peperangan tentera Islam telah menang dan ini telah membuatkan tentera barisan hadapan pergi mengambil harta rampasan. Melihat ini, tentera memanah pun meninggalkan kubu dan pergi mengambil harta rampasan tersebut. Apabila melihat perkara ini, Khalid al Walid ketika itu belum Islam telah membawa tenteranya mengikut jalan belakang Bukit Uhud dan menyerang tentera Islam. Seramai 70 orang tentera Islam telah syahid termasuk Sayyidina Hamzah yg digelar Sayyidul Shuhadak atau Penghulu segala syuhadak oleh Rasulullah SAW. Ada sahabat yg tidak sempat mandi wajib iaitu Hanzalah dan telah mati syahid. Jenazah beliau telah di mandikan olh malaikat. Hanzalah tlh mendapt gelaran "Ghasilul Malaikah" (Orang yang dimandikn malaikat)  dan ia menjadi salah satu kebanggaan kaum Anshar, kerana ‘karamah’ yang diperolehinya. Mus’ab bin Umair ialah seorang yg kaya hasil dari emaknya. Bila telah Islam, Mus'ab telah berkorban dan sanggup meninggalkan kekayaannya dan membantu Rasulullah SAW ketika beliau hijrah ke Madinah. Beliau telah terkorban sebagai syuhadak. Ketika pengkebumian beliau apabila ditarik pakaian yg diatas dibawah akan terbuka. Ini juga berlaku disebaliknya. Rasulullah SAW sungguh sedih apabila melihat kejadian ini.
Pada zaman Sayyidina Umar telah berlaku banjir dan jenazah2 syuhadak telah terkeluar dari kubur masing. Hanya 2 jenazah syuhadak yg dapat dikenali iaitu Sayyidina Hamzah RA dengan dadanya yg berlubang dan Mus’ab bin Umair dengan tangannya yg putus. Lepas tu jenazah2 syuhadak di tanam  semula di Makam Syuhadak Uhud. Sayyidina Hamzah telah di bunuh olh Wahsyi iaitu hamba pd Hindun yg pakar merejam.
Apabila kita cerita Peperangan Uhud, kita hendaklah kaitkannya tentang pentingnya ketaatan pada ketua dalam hal kebaikan.


26- Perang Uhud:
Berlaku pd tahun ke 3 hijrah / 635 m berpunca drpd rasa kecewa dn ingin membalas dendam di kalangan kaum Musyrikin Makkah.

Faktor kekecewaan Musyrikin Mekah:
a. Ramai tenteranya terbunuh.
b. Harta benda mrk dirampas
c. Nama dn maruah mrk jatuh krm selama ini mrk bermegah-megah dgn kekuatan dn kejaguhan mrk.

Strategi peperangan:
Nabi Muhammad mengadakn perjumpaan yg tlh melahirkn 2 cadangan iaitu pergi berperang atau bertahn shj di Kota Madinah. Baginda bersetuju dgn pendapat kedua tertapi akhirnya beralah apabila majoriti bersetuju dgn pendapat pertama.

Jumlah tentera:
3000 org tentera Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufyan yg terdiri drpd pelbagai suku ; Quraisy, al-Ahabis (bani al-Harith , Kinanah dn Khuzaah) dn Arab Tihamah. 1000 org tentera Islam pimpinan Nabi Muhammad tetapi malangnya 1/3 drpd jumlah tentera diketuai oleh Abdullah bin Ubay (ketua munafik) keluar drpd barisan perang dn kembali semula ke Madinah. Tentera Islam tewas di tangan kaum musyrikin stlh hampir mendapatkn kemenangan. Hal ini disebabkn sikap sesetengah pasukan pemanah kaum Muslimin meninggalkn tempat mrk krn mengejar harta rampasan perang.

Kesan peperangan:
Ramai sahabat Nabi Muhammad SAW termasuk bapa saudaranya Hamzah RA telah mati syahid. Ia memberi pengajarn yg besar kpd umat islam dr aspek mental mahupun psikologi. Pihak Musyrikin Mekah pulang ke Mekah dgn megah manakala puak Yahudi, Musyrikin dn munafik Madinah turut gembira atas kekalahn tentera Islam. Pd Rabiulawal 4H, kaum Yahudi Bani Nadir di Madinah tlh diusir keluar dr kota krn menimbulkn masalah kpd masyarakt Islam Madinah. Ini menyebabkn kedudukn orang Islam semakin kuat memandangkn Bani Nadir dianggap 'musuh dlm selimut'.

27- Perigi Raumah.
Ianya juga disebut Perigi Usman. Perigi ini tlh di beli olh Saidna Usman drpd seorg Yahudi dgn harga 20,000 Dirham dn kemudian mewakafknnya utk kaum Muslimin Madinah. Air perigi ini tlh dapt digunakn olh kaum Muslimin utk keperluan harian mrk. Perigi ini terletak di hadapan Masjid Qiblatain.

Usman beli syurga.
PARA sahabat Nabi mempunyai bermacam-macam ragam. Ada yg kaya, ada juga yg miskin. Namun begitu, semangat utk menyumbang kpd dakwah Islam menyatukn mrk. Antara sahabat Nabi yg kaya ialah Usman bin Affan. Beliau sangat mahir berniaga, justeru berjaya menjana pendapatn yg cukup banyak. Harta yg beliau miliki sepenuhnya digunakn untuk pelaburn akhirat. Beliau bertekad "membeli" syurga dgn harta yg beliau miliki. Berkata Abu Hurairah: "Usman bin Affan tlh membeli syurga drpd Rasulullah SAW sebanyak dua kali. Kali pertama apabila beliau membeli perigi raumah. Dan kali kedua apabila beliau membiayai pasukan usrah (perang Tabuk)." (riwayat Al-Hakim dlm Al-Mustadrak)

Perigi Raumah
Perigi Raumah adalah satu-satunya sumber air bersih di Madinah apabila kaum muslimin berhijrah ke kota itu. Menurut Ibnu Abd. al-Bar dlm kitab al-Istiab, perigi ini dimilik seorang Yahudi. Beliau tidak membenarkn kaum muslimin mengambil air drpdnya melainkn dgn bayarn. Rasulullah SAW bersabda: Siapa yg membeli perigi Raumah lalu menyerahknnya kpd kaum muslimin, maka ia akn memiliki telaga di dlm syurga."
Apabila mendengar cadangn Nabi ini, Usman segera mendatangi pemuda Yahudi itu. Setelah tawar-menawar berlaku, orang itu bersetuju menjual setengah bahagian shj. Harga yg ditetapkn ialh 12,000 Dirham.
Usman bersetuju membeli setengah bahagian itu. Kedua-duanya sepakat menetapkn satu hari milik Yahudi dn satu hari yang lain untuk Usman. Pada hari milik Yahudi, tiada siapa yg datang utk mengambil air. Sebab mrk tlh mengambil air utk persediaan dua hari pd hari milik Usman. Melihat perkara ini, Yahudi itu berkata kpd Usman: “Engkau telah merosak perniagaanku." Ia lalu menjual bahagiannya kpd Usman pd harga 8,000 Dirham.

28- Perang Tabuk.
Adapun perang Tabuk, maka peperangan ini ialh peperangan terakhir yg dihadiri oleh Baginda Nabi SAW. Pasukan Islam mesti keluar ke Tabuk utk menghadang pasukan Rom yg dikhabarkn tlh bersiap-siaga menyerang Madinah. Persiapan perang kali ini sgt mencabar. Cuaca pd masa itu sgt panas. Kendaraan dn bekalan juga sgt minimum. Justeru, al-Quran menyebut peristiwa ini sbg: saat al-usrah (saat-saat sukar). Abdurahman bin Khabbab bercerita: Aku menyaksikn Rasulullah SAW menggalakkn manusia utk berinfak bg peperangan ini. Usman lalu berdiri dn berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 100 ekor unta dn keperluannya." Baginda lalu menggalakkn infak sekali lg. Usman kembali berdiri dn berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 200 ekor unta dn keperluannya." Baginda menggalakkn infak sekali lagi. Usman kembali berdiri dn berkata: "Wahai Rasulullah, aku menjamin 300 ekor unta dn keperluannya." Abdurahman berkata: aku melihat Rasulullah turun dari mimbar sambil bersabda: "Tidak akn membahayakn Usman apa yg akn ia lakukn stlh ini." (riwayat al-Tirmidzi).
Sabda ini menunjukkn bahawa dosa-dosa Usman tlh diampuni oleh Allah krn sumbangan besar beliau utk dakwah Islam.

Ukuran iman.
Usman bin Affan patut menjadi teladan seluruh umat Islam terutama yg memiliki kelebihn harta. Pandanglah harta sbg titipan Allah yg mesti diserahkn apabila diminta. Permintaan itu tidak lain ialh apabila dakwah dn umat Islam memerlukn bantuan anda. Rasulullah SAW pernah menyatakn bahawa seorang Mukmin yang kuat lbh baik dn dicintai Allah SWT berbanding Mukmin yg lemah. Kekuatan ini bukan hanya dlm tenaga shj, akn tetapi meliputi juga aspek ekonomi, politik dn ilmu pengetahuan. Siapa yg memiliki salah satu kelebihan ini, hakikatnya tengah diamanahkn tanggungjawab utk membela Islam menerusi amanah trsebut. Dn ukuran iman seseorang ditentukn olh sikapnya dlm menjalankn amanah ini dgn baik.
Semoga kita blh menjadi spt Usman bin Affan. Seorg sahabat Nabi yg tlh dijanjikn syurga semenjak beliau masih hidup lagi. Amin Ya Rabbal 'alamin.

29- Saqifah Bani Sa'idah.
Peristiwa Saqifah Bani Sa’idah adalh peristiwa berkumpulnya beberapa gelintir para Sahabat disebuah tempat bernama Saqifah Bani Sa’idah utk memusyawarhkn siapakah yang akan menjadi pemimpin setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Musyawarah ini terjadi antara orang2 Anshar dan Muhajirin dan telah memilih Abu Bakar bin Abi Qahafah sebagai khalifah dan pengganti Nabi Muhammad SAW.      
30- Maarad (muzium) Asmaul Husna.
Maarad Asmaul Husna yang terletak di sisi barat Masjid Nabawi tepatnya pintu masuknya melalui pintu no.13. Di dalam Maarad ini dijelaskan kenapa Tuhan dalam agama Islam disebut dengan nama Allah, kemudian dijelaskan satu-persatu nama-nama Allah SWT beserta penjelasannya menggunakan diorama, kaligrafi, dan multimedia baik video maupun aplikasi layar sentuh. Banyak hal yang dapat dikagumi didalamnya, terutama kaligrafi yang indah dan penjelasan mengenai penciptaan alam semesta, manusia dan alam, serta rahsia-rahsia alam yang banyak disebut di dalam Al-Quran yang baru-baru ini terbukti dalam penemuan sains moden. Pamiran ditutup pada hari Juma'at.

31- Maarad (muzium)Nabi SAW
Letaknya di timur Masjid Nabawi di pintu 13. Sebenarnya ini bangunan baru namun di situlah secara lengkap sejarah Nabi SAW diceritakan. Maarad Nabi SAW merupakan sebuah maarad yang memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang segala hal berkaitan Rasulullah SAW. Mengenal kehidupan dan keperibadian Rasulullah SAW boleh dilakukan dengan berbabagai cara dan Maarad Nabi di Mekah adalah yg terlengkap di Dunia. Dengan teknologi informasi yang interaktif dan canggih, para pengunjung akan ditunjukkan perjalanan kehidupan Rasululah SAW. Ada pula persembahan diorama tentang fasa kehidupn Mekah dan Madinah serta ruangan teater yang memperlihatkan suasana di zaman Rasulullah SAW dan sahabatnya. Maarad Nabi SAW dibangunkan oleh Doktor Naser bin Misfir Al Quraishy yang sebelumnya menulis ensiklopedia tentang Rasulullah SAW