Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda, ‘Apabila seseorang dari kamu telah selesai dari
tasyahhud akhir, maka hendaklah ia memohon perlindungan dengan Allah
dari 4 perkara. Dari azab Neraka Jahanam, dan dari azab kubur, dan dari
fitnah kehidupan serta kematian, dan dari kejahatan Al-Masih Dajjal’”. (Muslim)
Hadis 10.1.2
Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda, ‘Apabila seseorang dari kamu telah bertasyahhud, maka
maka hendaklah ia memohon perlindungan dengan Allah dari 4 perkara. Dari
azab Neraka Jahanam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan
serta kematian, dan dari kejahatan Al-Masih Dajjal. Kemudian hendaklah
ia mendoakan untuk dirinya dengan apa yang baik baginya’ ”. (An-Nasa’i)
Hadis 10.1.3
Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, “Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda, ‘Apabila seseorang dari kamu telah bertasyahhud, maka
hendaklah ia memohon perlindungan dengan Allah dari 4 perkara,
yang
bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab
Neraka Jahanam, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan serta
kematian, dan dari kejahatan fitnah Al-Masih Dajjal’”. (Muslim)
Hadis 10.2
Dari Ibnu Abbas, dari Nabi s.a.w., bahawasanya adalah dia mengucapkan selepas tasyahhud,
yang
bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab
Neraka Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari azab kubur, dan aku
berlindung denganMu dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung denganMu dari
fitnah kehidupan serta kematian”. (Abu Daud)
Hadis 10.3
Dari Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w., dia mengkhabarkan bahawa Nabi s.a.w. berdoa di dalam solat,
Yang
bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari azab
kubur. Dan aku berlindung denganMu dari fitnah Al-Masih Dajjal. Dan aku
berlindung denganMu dari fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah,
sesungguhnya aku berlindung denganMu dari perbuatan dosa dan hutang yang
tertunggak”. Seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Mengapakah sering engkau memohon perlindungan dari hutang wahai Rasulullah”. Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Sesungguhnya seorang lelaki apabila dia berhutang, dia
bercerita lalu dia berdusta, dan dia berjanji lalu dia memungkirinya”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Baihaqi, Ahmad)
Hadis 10.4
Dari Farwah bin Naufal, dia berkata, “Aku berkata kepada Aisyah, ‘Riwayatkanlah kepadaku akan sesuatu yang Rasulullah s.a.w. berdoa dengannya di dalam solatnya’. Lalu dia berkata, ‘Baiklah, adalah Rasulullah s.a.w., dia mengucapkan,
yang
bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari
keburukan apa yang telah aku lakukan, dan dari keburukan apa yang belum
aku lakukan’”. (An-Nasa’i, Muslim, Abu Daud, Ahmad)
Hadis 10.5
Dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. mengucapkan di dalam sebahagian solatnya, ‘اَللّٰهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا’, yang bermaksud, ‘Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah’.
Lalu apabila dia selesai, aku berkata, ‘Wahai Nabi Allah, apakah hisab
yang mudah itu’. Dia bersabda, ‘Bahawa Dia melihat pada kitabnya, lalu
Dia memaafkannya. Sesungguhnya orang yang hisab itu di soal siasat pada
hari itu, Aisyah, binasalah ia. Dan apa yang menimpa seseorang mukmin
itu, Allah akan menutupkan dengannya darinya, sehingga satu duri yang
menusuknya’ ”. (Ahmad, Al-Hakim)
Hadis 10.6
Dari
ayah Atha’ bin As-Saib, dia berkata, “Ammar bin Yasir pernah solat
bersama-sama dengan kami, lalu dia meringkaskannya. Maka sebahagian
orang berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya engkau telah meringankan, atau
engkau telah meringkaskan, solat itu’. Lalu Ammar berkata, ‘Adapun pada
yang demikian itu, sesungguhnya aku telah berdoa di dalamnya dengan doa
yang aku telah mendengarnya dari Rasulullah s.a.w.’.
Lalu apabila Ammar bangun, seorang lelaki dari kalangan orang-orang itu
mengikutinya, dia adalah Ubay, tetapi dia menyamarkan dirinya. Lalu
Ubay menyoal Ammar doa itu. Kemudian Ubay datang lalu dia memberitahukan
doa itu kepada orang lain,
yang
bermaksud, ‘Ya Allah, dengan ilmuMu terhadap perkara-perkara yang ghaib
dan kekuasaanMu ke atas seluruh makhluk, hidupkanlah aku selagi Engkau
mengetahui kehidupan itu adalah lebih baik bagiku, dan ambillah nyawaku
apabila Engkau mengetahui kematian itu adalah lebih baik bagiku. Ya
Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu rasa takut terhadapMu semasa
tersembunyi dan juga semasa terang-terangan. Dan aku memohon kepadaMu
kalimat yang hak semasa dalam keadaan reda dan juga semasa dalam keadaan
marah. Dan aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa fakir dan juga
semasa kaya. Dan aku memohon kepadaMu kebahagiaan yang tidak lenyap. Dan
aku memohon kepadaMu keseronokan yang tidak putus. Dan aku memohon
kepadaMu reda selepas qada. Dan aku memohon kepadaMu kehidupan yang
nyaman setelah mati. Dan aku memohon kepadaMu lazat memandang kepada
wajahMu, serta kerinduan kepada perjumpaan denganMu dalam keadaan tanpa
kemudaratan dan tanpa fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami
dengan hiasan keimanan, dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang
menyampaikan petunjuk yang mendapat petunjuk’ ”. (An-Nasa’i, Ibn Khuzaimah, Al-Hakim)
Hadis 10.7
Dari Abu Bakar r.a., bahawa dia pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w., “Ajarkanlah kepadaku satu doa yang aku berdoa dengannya di dalam solatku”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ucapkanlah,
yang
bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku, aku telah menzalimi diriku
dengan kezaliman yang banyak, dan tidaklah dapat mengampuni dosa-dosa
itu melainkan Engkau. Oleh karena itu, ampunilah aku dengan pengampunan
dariMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkau Yang Maha
Mengampuni, Yang Maha Mengasihani’ ”. (Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, At-Tirmizi, Al-Baihaqi)
Hadis 10.8
Dari Aisyah, bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a. pernah keluar mengunjungi Rasulullah s.a.w., lalu dia berbicara dengan Rasulullah s.a.w. tentang sesuatu yang menjadi tersembunyi dari Aisyah semasa Aisyah sedang solat. Maka Nabi s.a.w.
bersabda, “Wahai Aisyah, gunakanlah kalimat-kalimat yang sempurna atau
kalimat yang lain”. Lalu apabila Aisyah selesai, dia menyoal Rasulullah s.a.w. tentang yang demikian itu, lalu Rasulullahs.a.w. bersabda kepada Aisyah, “Ucapkanlah,
yang
bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu kebaikan
kesemuanya, yang sementaranya dan juga yang akan datangnya, yang aku
mengetahuinya dan yang tidaklah aku mengetahui. Dan aku berlindung
denganMu dari keburukan kesemuanya, yang sementaranya dan juga yang akan
datangnya, yang aku mengetahuinya dan yang tidaklah aku mengetahui. Dan
aku memohon kepadaMu syurga dan apa yang menyebabkan mendekatkan
kepadanya, dari perkataan atau perbuatan. Dan aku berlindung denganMu
dari neraka dan apa yang menyebabkan mendekatkan kepadanya, dari
perkataan atau perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu kebaikan yang hambaMu
dan rasulMu Muhammad pohonkan kepadaMu. Dan aku berlindung denganMu
dari keburukan yang hambaMu dan rasulMu Muhammad mengambil perlindungan
denganMu. Dan aku memohon kepadaMu apa yang Engkau tetapkan bagiku dari
segala perkara bahawa engkau menjadikan kesudahannya sebagai haluan yang
benar’ ”. (Al-Hakim, Ahmad, Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad)
Hadis 10.9
Dari Zaidah, dari Sulaiman, dari Abi Saleh, dari sebagaimana para sahabat Nabi s.a.w., dia berkata, “Nabi s.a.w.
pernah bertanya kepada seorang lelaki, ‘Bagaimana yang engkau ucapkan
di dalam solat’. Dia menjawab, ‘Aku bertasyahhud dan aku mengucapkan,
yang
bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu syurga,
dan aku berlindung denganMu dari neraka. Adapun sesungguhnya aku tidak
dapat menghayati ucapanmu yang berdengung, dan tidak juga ucapan Muaz
yang berdengung’. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, ‘Sekitar itulah ucapan kami’ ”. (Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibn Khuzaimah)
Hadis 10.10
Dari Hanzalah bin Ali, bahawa Mihjan bin Al-Adra’ menceritakan kepadanya, katanya, “Rasulullah s.a.w.
pernah memasuki masjid, lalu pada masa itu dia mendapati seorang lelaki
sedang menyelesaikan solatnya, dan dia sedang bertasyahhud, dan dia
mengucapkan,
yang
bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu, ya Allah,
dengan bahawasanya Engkau, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal, yang
segala sesuatu berhajat kepadaNya, yang tidak beranak dan tidak
diperanakkan, dan tidak ada bagiNya persamaan sesiapa pun, agar Engkau
mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau, Engkau Yang Maha Pengampun,
Yang Maha Mengasihani”. Mihjan bin Al-Adra’ berkata, “Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sesungguhnya diampuni baginya, sesungguhnya diampuni baginya’, sebanyak 3 kali”. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Hakim, Ahmad, Ibn Khuzaimah)
Hadis 10.11
Dari Anas, bahawasanya adalah dia bersama-sama Rasulullah s.a.w. sedang duduk, semasa seorang lelaki sedang solat. Kemudian lelaki itu berdoa,
yang
bermaksud, “Ya Allah, sesungguhnya aku, aku memohon kepadaMu, dengan
bahawasanya bagiMu segala puji-pujian, tiada Tuhan melainkan Engkau,
Yang Maha Dermawan, Pencipta segala langit dan bumi, wahai Yang Maha
Agung dan Yang Maha Pemurah, wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha
Berdiri Dengan Sendirinya”. Lalu Nabi s.a.w.
bersabda, “Sesungguhnya dia telah berdoa kepada Allah dengan namaNya
yang apabila berdoa dengannya, Dia akan mengabulkan, dan apabila memohon
dengannya, Dia akan memberi”. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Hakim, Ahmad)
Hadis 10.12
‘Amr
bin Maimun Al-Audi berkata, “Adalah Saad, dia mengajar anak-anaknya
kalimat-kalimat ini sebagaimana seorang guru mengajar para remaja
menulis, dan dia berkata, ‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w., dia memohon perlindungan dari perkara-perkara berikut di bahagian hujung solat,
yang
bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku, berlindung denganMu dari sifat
penakut, dan aku berlindung denganMu bahawa aku dikembalikan ke umur
yang paling teruk, dan aku berlindung denganMu dari fitnah dunia, dan
aku berlindung denganMu dari azab kubur.’ ” (Bukhari)
Hadis 10.13
Dari Muaz bin Jabal, bahawasanya Rasulullah s.a.w.,
dia memegang tangan Muaz dan bersabda, “Wahai Muaz, demi Allah
sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu, demi Allah sesungguhnya aku
benar-benar mencintaimu”. Lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Aku mewasiatkan kepadamu, wahai Muaz, janganlah sekali-kali
tidak engkau berdoa pada bahagian hujung setiap solat, bahawa engkau
mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatiMu, dan untuk mengsyukuriMu, dan untuk beribadat yang baik untukMu’ ”. Dan Muaz mewasiatkan dengan yang demikian itu kepada As-Sunabihi, dan As-Sunabihi mewasiatkannya kepada Abu Abdul Rahman. (Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Baihaqi, Ahmad, Al-Hakim)
Hadis 10.14
Dari Umu Salamah, “Bahawasanya Nabi s.a.w., adalah dia mengucapkan selepas solat fajar,
yang
bermaksud, ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang
bermanfaat, dan rezeki yang baik, dan amalan yang diterima’ ”. (Ahmad, Ibnu Majah)
Hadis 10.15 – (Doa terakhir di antara tasyahhud dan salam)
Dari Ali bin Abu Talib r.a., dari Rasulullah s.a.w., bahawa dia apabila dia berdiri untuk solat, dia mengucapkan,
yang
bermaksud, ‘Aku hadapkan wajahku kepada yang menciptakan semua langit
dan bumi ini sebagai orang yang cenderung kepada agama yang hak. Dan
tidaklah aku dari kalangan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku,
penumpuanku, kehidupanku, matiku adalah kepunyaan Allah, Tuhan semesta
alam, tiada sekutu bagiNya. Dan dengan demikianlah aku telah
diperintahkan, dan aku adalah orang yang paling segera menyerah diri
kepada Allah. Dan berikanlah aku petunjuk kepada akhlak yang paling
baik. Tiadalah yang dapat memberi petunjuk kepada yang paling baiknya
melainkan Engkau. Dan hindarkanlah dariku yang buruknya. Tiadalah yang
dapat menghindarkan diriku yang buruknya melainkan Engkau. Di sini aku
untuk berkhidmat kepadaMu dan untuk menyenangkan hatiMu. Dan kebaikan
itu kesemuanya adalah di dalam tanganMu, dan keburukan itu tiada padaMu.
Aku adalah menerusiMu dan kepadaMu. Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi
Engkau. Aku memohon keampunan dariMu dan aku bertaubat kepadaMu’.
Dan apabila Rasulullah s.a.w. rukuk, dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Ya
Allah, kepadaMu aku rukuk, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku
menyerah diriku. Pendengaranku, dan penglihatanku, dan otakku, dan
tulang-tulangku, dan urat-uratku merendah diri kepadaMu’.
Dan apabila Rasulullah s.a.w. bangkit, dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Ya
Allah, Tuhan kami, kepunyaanMulah puji-pujian itu, memenuhi segala
langit dan memenuhi bumi, dan memenuhi apa yang di antara keduanya, dan
memenuhi apa yang Engkau kehendaki selepas itu’.
Dan apabila Rasulullah s.a.w. sujud, dia mengucapkan,
yang bermaksud, ‘Ya
Allah, kepadaMu aku sujud, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu aku
menyerah diriku. Wajahku bersujud kepada yang menjadikannya dan
membentuknya. Dan Dia membuka pendengaranku dan penglihatanku. Dan Maha
Berkat Allah, yang terbaik dari segala pencipta-pencipta’.
Kemudian dia menjadikan terakhir yang dia ucapkan di antara tasyahhud dan salam,
yang bermaksud, ‘Ya
Allah, ampunilah aku apa yang telah Dengan itu, ampunilah aku akan apa
yang telah aku lakukan sebelum ini, dan apa yang aku lakukan selepas
ini, dan apa yang aku rahsiakan, dan apa yang aku memperlihatkan dengan
nyata, dan apa yang aku melampaui batasan, dan apa yang Engkau lebih
mengetahuinya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang
mengakhirkan. Tiadalah Tuhan melainkan Engkau’ ”. (Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi)
No comments:
Post a Comment