Allah SWT telah memfardhukan kepada hamba-Nya mengerjakan Haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Haji ertinya 'pergi' atau ' '. Mengikut Hukum syarak bermaksud mengunjungi Baitullahil Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan Wukuf di Arafah, Tawaf dan Sai’e dengan syarat-syarat yang tertentu dan mengerjakan segala perkara-perkara yang wajib serta meninggalkan perkara yang dilarang di dalam ihram.
Namun kewajipan ibadah haji agak berlainan dengan
ibadah-ibadah yang lainnya dari segi konsep dan kefardhuannya kerana ianya hanya
diwajibkan ke atas ummat Islam yang berkemampuan (termasuklah ada peninggalan belanja atau bekalan bagi orang yang ditinggalkan atau tanggungan) sahaja untuk mengunjungi
Baitullahil Haram di Makkah. Bagi yang tidak berkemampuan dari segi
perbelanjaan, kesihatan tubuh badan dan keselamatan dalam perjalanan, maka
tidaklah diwajibkan untuk melakukannya.
Firman Allah:
Firman Allah:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ
اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ
وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
(Surah Al-'Imran: 97)
Mafhumnya:
"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji
dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan
sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya
Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk."
Rata-rata ummat Islam mengakui tentang kewajipan ibadat Haji
yang difardhukan, jika ada ummat Islam yang menentang dan mengingkari
kefardhuannya maka kufurlah ia. Walau
bagaimana pun, apabila dikaitkan dengan ibadah haji ini ummat Islam dibahagikan
kepada beberapa golongan :
Pertama, golongan yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah Haji sehingga mereka telah mengerjakannya beberapa kali dan berkemampuan untuk mengerjakannya beberapa kali lagi jika mereka mahu;
Kedua, golongan yang hanya
berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali sahaja dalam
hidupnya tetapi tidak berhutang, samada telah dikerjakan atau akan dikerjakan;
Ketiga, golongan yang langsung
tidak berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali seumur hidup dengan
sangat-sangat berkeinginan dan cita-citanya tetap ada;
Keempat, golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan
dan seumpamanya tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah
terlintas untuk mengerjakannya walaupun telah
berkesempatan pergi ke tempat-tempat lain yang lebih jauh daripada itu;
Golongan yang
keempat inilah yang dibimbangi akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada
Saidina Ali yang bermaksud:
”
Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan
mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan
yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada
apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani ”
Panggilan
Haji dan Keikhlasan Diri
Peringkat
Ibadah Haji
Ibadah haji mempunyai empat peringkat yang berbeza:
Pertama, Haji Mardud - Haji yang tidak diterima olah Allah SWT
lantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang
lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolak oleh Allah SWT;
Kedua, Haji Maqbul - Haji yang sah dan diterima oleh Allah
SWT dan orang yang mengerjakan haji maqbul ini dianggap sebagai telah
menunaikan perintah Allah dan telah menyempurnakan Rukun Islam yang ke lima
tanpa diberi ganjaran pahala;
Ketiga,
Haji
Makhsus - Ibadah haji yang dikerjakan oleh orang-orang yang tertentu yang menyempurnakan segala syarat dan
rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah SWT
tetapi diampunkan segala dosanya. Haji ini termasuk ke dalam apa yang
disabdakan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Majah,
An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
” Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia
melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang
dilahirkan oleh ibunya ”
Keempat, Haji Mabrur -
Inilah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh
mendapatkannya. Haji ini bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan,
tetapi selain daripada diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke
dalam syurga. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani daripada
Abdullah b. Abas, dan juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
Mafhumnya: ” Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga ”
Apa
Sebenarnya Haji Mabrur itu?
Setiap daripada kita yang akan ke Makkah amat
bercita-cita tinggi semoga amalan haji yang dikerjakan akan dikurniai oleh
Allah SWT sebagai 'Haji Mabrur'. Begitulah yang diingin dan didam-idamkan.
Namun untuk mencapai tingkatan haji yang mabrur itu tidak semudah seperti yang disangkakan tetapi
tidak mustahil untuk mendapatkannya. Ia memerlukan beberapa syarat yang
tertentu berdasarkan masa-masa tertentu.
Di antara kira (tidak semua orang) bagaimana sebelum haji
begitulah selepas kembali daripada mengerjakan haji. Ada pula yang sebelum pergi haji telah sedaya
upaya mengenali diri sendiri dan berusaha, memperbaiki dan meningkatkan tahap
ibadahnya sebagai mencorak, membawa diri ke arah perbuatan (ibadah) yang
mendapat keredhaan Allah SWT. Begitu juga ada yang memikirkan dan terus menerus
melakukan (ibadah) serta berdoa semoga setiap ibadah yang dilakukan benar-benar
menepati ciri-ciri keikhlasan kerana ibadah yang dilakukan semata-mata kerana
Allah SWT sahaja. Begitulah selepas kembali dari mengerjakan haji. Persoalannya,
apa yang dimaksudkan dengan Haji Mabrur itu?
Ibn Kholawaih
mentakrifkan al-Mabrur sebagai al-Maqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak
bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan (tarjih) oleh Imam Nawawi dengan
pendapatnya sebagaimana katanya: "Makna
yang paling benar dan paling masyhur bagi haji mabrur ialah ibadah Haji yang
tidak dicemari oleh perbuatan dosa."
Dengan merujuk kitab hadis yang mu'tabar, Imam Bukhari
meletakkan bab yang khusus bertajuk ‘Kelebihan Haji Mabrur’, manakala Imam
Muslim pula meletakkan perbincangan Haji yang diterima di dalam bab ‘Iman
Kepada Allah Ta'ala Seafdhal-afdhal Amalan’.
Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata (Mafhumnya): Rasulullah
SAW ditanya: Amal ibadah apakah yang paling utama? Nabi bersabda: "Beriman
kepada Allah dan Rasul-Nya." Kemudian apa? Nabi bersabda: "Jihad di
jalan Allah." Kemudian apa? Nabi bersabda: "Haji yang mabrur
(diterima).”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim);
Dari ‘Aisyah Radiyallahu’anha dia berkata (Mafhumnya): Ya Rasulullah! Kami berpendapat bahawa jihad adalah perbuatan
baik yang paling utama, bolehkah kami wanita turut berjihad? Rasulullah
Salallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Tidak begitu, jihad yang paling utama
bagi wanita adalah haji mabrur." (Hadis Riwayat Al-Bukhari);
Nabi SAW bersabda (Mafhumnya), Nabi SAW bersabda (Mafhumnya), "Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak
melakukan jima' dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan bersih dari
dosa-dosanya seperti pada hari ketika dia dilahirkan oleh ibunya." (Hadis
Riwayat Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
Apa
Tandanya Haji Mabrur?
Secara umumnya, sebagai seorang yang ta'at kepada Allah SWT
dan Rasulnya yang ingin mencapai haji yang diterima di sisi Allah SWT,
hendaklah memenuhi kriteria berikut:
Malah, Rasulullah SAW mengajar
kita dengan doa yang telah sabit di dalam hadisnya, antaranya doa ketika
bermusafir (Mafhumnya):
“Ya Allah, Engkaulah Empunya permusafiran ini, dan
khalifah bagi (menjaga) keluarga (ku), aku berlindung dengan-Mu dari keburukan
permusafiran, kekaburan penglihatan, keburukan pada harta dan keluarga“.
Keduanya, semua perbelanjaan (harta) haji adalah
berpunca dengan biaya dari nafkhah dan usaha yang halal. [1]
Rasulullah Sallallahu'alaihi wasohbibihi wasallam ada menyebut:
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا
“Sesungguhnya
Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik (dan sesungguhnya
Allah menyuruh orang mukmin mengikut apa yang diperintahkan oleh para utusan
Allah") (Hadis
Sohih Muslim ra.);
Persiapan biaya perbelanjaan
ada kalanya tidak terlepas daripada transaksi bank yang mengamalkan
riba', atau sebagainya, yang menyebabkan biaya tidak halal. Sekiranya ini
berlaku maka Ibnu Rajab ada mengucapkan sebuah syair yang berbunyi:
Jika anda haji dengan harta tak halal asalnya,
Maka anda tidak berhaji, yang berhaji hanya rombongan anda,
Allah tidak terima kecuali yang halal saja,
Tidak semua yang haji mabrur hajinya.
Kemudian Baginda SAW membacakan ayat al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ
إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
(Surah al-Baqarah 172).
Mafhumnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda
yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah
kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya".
Kemudian Rasulullah membacakan lagi:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
Mafhumnya: “Wahai
orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa
yang kami rezekikan kepada kamu”.
Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah
tangan ke langit seraya berkata:
‘Ya
Tuhanku’ sedangkan punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram,
pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima?”.
Ketiganya, hendaklah
melakukan fardu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang soheh.
Bermula
dengan niat sehinggalah Haji Wada’ telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW
di dalam Sunnahnya. Sebagai seorang Muslim yang sejati, kita wajar meneladani
Baginda SAW tanpa menambah ibadat yang tidak pernah dan menyalahi kehendak
syarak.
Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa pelbagai pertikaian. Malahan Syaidina Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium Hajarul-Aswad, maka beliau menjawab “Kau hanya sebuah batu yang tidak mampu membawa mudarat dan faedah, kalau bukan kerana aku lihat Rasulullah mengucupnya, sudah tentu aku tidak mengucupnya.” (Muttafaqun Alaih).
Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut
teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal
semata-mata.
Semua rukun haji dan wajib haji hendaklah dikerjakan dan disempurnakan dengan keikhlasan hati dan baik (yang seiring dengan majunya zaman semakin sulit untuk dijaga), dan semua larangan semasa di dalam ihram hendaklah sentiasa diingati dan dipatuhi. Jika berlaku kesalahan kecil (bukan menyebabkan haji rosak) yang memerlukan dibayar dengan dam, maka hendaknya segera melakukan (menyempurnakan) dam yang telah ditentukan mengikut kesalahan yang dilakukan (rujuklah pegawai-pegawai agama yang berhampiran dengan kita semasa di Makkah). Mari kita renungkan perkataan Syuraih al-Qadhi, “Yang (benar-benar) berhaji sedikit, meski jemaah haji banyak (ramai). Alangkah banyak (ramai) orang yang berbuat baik, tapi alangkah sedikit yang ikhlas kerana Allah.”
Sepanjang pekerjaan haji, amal perbuatan hendaklah dipenuhi dengan banyak amalan baik, seperti zikir, solat
di Masjidil Haram, solat pada waktunya, dan
membantu teman seperjalanan. Ibnu Rajab
berkata,
“Maka haji mabrur adalah yang terkumpul di dalamnya amalan-amalan baik, dengan menghindari perbuatan-perbuatan dosa."[2] Di antara amalan khusus yang disyariatkan untuk meraih haji mabrur adalah bersedekah dan berkata-kata baik selama mengerjakan haji. Dalam hal ini, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya tentang maksud haji mabrur, maka Baginda SAW menjawab:
“Maka haji mabrur adalah yang terkumpul di dalamnya amalan-amalan baik, dengan menghindari perbuatan-perbuatan dosa."[2] Di antara amalan khusus yang disyariatkan untuk meraih haji mabrur adalah bersedekah dan berkata-kata baik selama mengerjakan haji. Dalam hal ini, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah ditanya tentang maksud haji mabrur, maka Baginda SAW menjawab:
إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَطِيبُ الْكَلاَمِ
Mafhumnya:
“Memberi makan dan berkata-kata
baik.” [3]
Keempat, tidak berbuat maksiat
selama ihram. Maksiat dilarang dalam agama kita dalam semua keadaan. Semasa di
dalam Ihram, banyak pantang larang telah
disenaraikan, di mana larangan tersebut menjadi lebih tegas, dan jika
dilanggar, maka haji mabrur yang diimpikan akan lepas begitu sahaja.
Di antara yang
dilarang semasa mengerjakan haji adalah rafaths, fusuq dan jidal. Allah SWT berfirman:
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ
وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ
وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ
(Surah Al-Baqarah: 197)
Mafhumnya: “(Musim) haji adalah beberapa bulan yang diketahui, barang siapa
yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan itu untuk mengerjakan haji, maka
tidak boleh rafaths, fusuq dan berbantah-bantahan selama mengerjakan haji.”
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ
حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
(HR. Muslim (1350) dan yang lain, dan ini adalah
lafaz Ahmad di Musnad (7136) )
Mafhumnya: “Barang siapa yang haji dan ia tidak melakukan jimak dan tidak melakukan
dosa, ia akan kembali pada keadaannya saat dilahirkan ibunya.”
Jimak (Rafaths) adalah semua bentuk
kekejian dan perkara yang tidak berguna. Termasuk di dalamnya bersetubuh,
bercumbu atau membicarakannya, meskipun dengan pasangan sendiri selama ihram.
Perbuatan dosa (Fusuq) adalah keluar dari
ketaatan kepada Allah, apapun bentuknya. Dengan kata lain, segala bentuk
maksiat adalah fusuq yang dimaksudkan dalam hadis di atas.
"Jidal" adalah
berbantah-bantahan secara berlebihan.[4]
Ketiga-tiga hal tersebut
dilarang semasa di dalam ihram. Adapun di luar waktu ihram, bersetubuh dengan isteri
adalah dibolehkan, sedangkan larangan yang lain tetap tidak boleh. Demikian
juga, orang yang ingin hajinya mabrur harus meninggalkan semua bentuk dosa
selama perjalanan ibadah haji, baik berupa "Syirik", bid’ah mahupun maksiat.
Selain itu yang paling penting ketika
melakukan ibadah haji ialah perlu menjaga adab-adab sesama manusia yang lain
dengan cara selalu menjaga, menghormati, tidak melakukan maksiat, tidak
bertengkar sesama jemaah haji lainnya, menghargai serta saling menjunjung
tinggi martabat manusia dengan ertikata lain tahan, tabah dan sabar menghadapi sebarang
ujian Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW (Mafhumnya):
“Tidak akan berhasil bagi orang yang
melaksanakan ibadah haji ke Tanah Suci jika tidak membawa tiga hal; (1) sikap
wara’ yang membendung dirinya melakukan yang diharamkan, (2) sikap sabar yang
dapat meredakan amarah, (3) dan bergaul baik dengan sesama manusia”.
Kelima, di antara tanda-tanda lain pula adalah jika
orang yang berhaji itu kembali dalam keadaan pengamalan agamanya lebih baik daripada
sebelum berangkat, iaitu dia kembali dalam keadaan bertaubat dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT,
beristiqomah (konsisten) dalam menjalankan ketaatan-ketaatan kepada-Nya dan
terus-menerus dalam keadaan seperti itu. Dengan begitu, pekerjaan hajinya menjadi
titik tolak kehidupan yang lebih baik sebagaimana berikut:
- sentiasa berusaha ke arah kebaikan dengan memperbaiki diri untuk lebih sempurna dengan sentiasa menilai dan memperbaiki akhlak, kelakuan
dan perbuatan dari masa ke semasa;
- sentiasa segera bertaubat sekiranyatelah merasakan diri ada melakukan kesalahan atau kesilapan;
- sentiasa segera bertaubat sekiranyatelah merasakan diri ada melakukan kesalahan atau kesilapan;
- sentiasa berusaha ke arah memiliki hati yang lebih lembut dan bersih dari sebarang noda dan dosa dengan menjauhkan perkara-perkara mungkar
yang dilarang Allah SWT;
- sentiasa berusaha mencari dan memperbanyakkan ilmu dan amal soleh yang
lebih mantap untuk meningkatkan iman dan ketaqwaan yang
kemudiannya di"istiqomah"kan kepada jalan kebaikan; dan
- sentiasa menjadi peringatan diri untuk memperbaiki jalan hidup sehinggalah ke akhir hayat.
(Al-Muntaqa min Fatawa Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan II/145).
Bagi orang yang
hajinya mabrur, mereka menjadikan ibadah haji yang telah dilaluinya sebagai
titik tolak untuk membuka lembaran baru dalam mencari keredhaan Allah SWT. Mereka
akan semakin mendekatkan dirinya ke akhirat dan menjauhi dunia fantasi yang
penuh tipu daya syaitan laknatullah. Al-Hasan
al-Bashri mengatakan,
“Haji mabrur adalah pulang dalam keadaan zuhud terhadap dunia dan mencintai akhirat.”[5] Ia juga mengatakan, “Tandanya adalah meninggalkan perbuatan-perbuatan buruk yang dilakukan sebelum haji.”[6]
“Haji mabrur adalah pulang dalam keadaan zuhud terhadap dunia dan mencintai akhirat.”[5] Ia juga mengatakan, “Tandanya adalah meninggalkan perbuatan-perbuatan buruk yang dilakukan sebelum haji.”[6]
Ibnu
Hajar al-Haitami mengatakan,
“Dikatakan bahwa tanda diterimanya haji adalah meninggalkan maksiat yang dahulu dilakukan, menggantikan teman-teman yang buruk menjadi teman-teman yang baik, dan menggantikan majlis kelalaian menjadi majlis zikir dan kesedaran.”[7]
“Dikatakan bahwa tanda diterimanya haji adalah meninggalkan maksiat yang dahulu dilakukan, menggantikan teman-teman yang buruk menjadi teman-teman yang baik, dan menggantikan majlis kelalaian menjadi majlis zikir dan kesedaran.”[7]
Kemudiannya, selepas mengerjakan haji, di musim-musim seterusnya berusaha pula melakukan umrah. Antara umrah ke umrah yang dilakukan, maka Allah SWT akan mengampunkan dosa yang baharu. Kemudian di musim-musim haji seterusnya akan berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan haji. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW bilamana ada seorang wanita telah datang dan bertanya kepada Rasulullah SAW
“Ya Rasulullah,
sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak
ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya?
Sabda Rasulullah: Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu
berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita itu: Ya. Sabda Nabi: Begitu
juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan
(hutangnya)“.
(Sahih Bukhari No Hadis 1720, 6771)