Arafah Sebaik-Baik Hari
Wukuf di Arafah ialah rukun haji yang terpenting, tanpanya tidak sah ibadah haji. Arafah iaitu hari yang mana hati secara fitrah mengagungkan Allah SWT, Tuhan semesta alam. Hari Arafah juga sebaik-baik hari yang pernah matahari terbit, hari makrifah, hari pengampunan, hari yang diturunkan rahmat dari Tuhan Pencipta bumi dan langit.“Daku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah; Tiada sekutu bagiNya, dan daku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan utusanNya; Dan pilihan-Nya dari sekalian makhluk dan kekasih-Nya yang telah memuliakan hari Wuquf di Arafat dan mengagungkan dengan begitu jelas dan terang tentang kemuliaan dan keutamaan hari ini. Ya Allah! Berilah selawat, salam dan keberkatan ke atas penghulu sekalian makhluk dan kekasih Allah dengan salam sebanyak-banyaknya.”
Wukuf bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika (sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan).
Masanya bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke 10 Zulhijjah.
Waktu afdalnya adalah berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih disukai Allah dalam melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini, iaitu 10 hari pada Zulhijah.”
ARAFAH
..Di Arafah terdapat Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) di Gunung Arafat yang menjadi tumpuan umat berdoa. Di bukit ini didirikan sebuah tugu putih bagi mengenang pertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa setelah mereka dikeluarkan dari syurga dan dipisahkan di dua daratan.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda melakukan wukuf. Wahyu tersebut bermula dalam surah al-Maidah.
Pada Hari Arafah, di sekitar Masjid Namirah iaitu lokasi bersejarah yang menjadi tempat perkhemahan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda sebelum tiba waktu untuk Wukuf, akan kelihatan ribuan manusia.
Situasi sama juga kelihatan di lokasi bersejarah lain seperti (Bukit) Jabal Rahmah dan di kaki bukit inilah terdapat batu tempat Rasulullah SAW berwukuf.
Selain ada yang berjalan, terdapat juga jemaah yang duduk di dalam ratusan ribu khemah yang didirikan di seluruh Padang Arafah yang berkeluasan 10 kilometer persegi tersebut.
Hari Arafah
Hari Arafah adalah antara hari-hari yang paling afdal di sisi Allah SWT. Daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama hari adalah hari Arafah.”Berwukuf di Padang Arafah adalah kemuncak Ibadah Haji dan ia merupakan Rukun Haji yang utama kerana ianya membezakan Haji dan Umrah. Pada Umrah, tiada Wukuf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah wukuf di Arafah.”
Hari Arafah juga adalah hari Allah SWT akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakannya, daripada api neraka. Keesokannya adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan kegembiraan serta kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Haji Akbar
Sekiranya Wukuf jatuh pada hari Jumaat, ia digelar Haji Akbar dan para jemaah harus memanafaatkannya kerana ia mempunyai kelebihan menunaikan 70 kali haji.Ketika Nabi Muhammad SAW Wukuf di Arafah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 9 Hijrah, turunnya wahyu ayat terakhir al-Quran: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu.” Surah Al-Ma’idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan baginda pun wafat.
Syarat Berwuquf
- Telah berihram dengan niat haji
- Seorang yang beribadat (tidak gila / tidak mabuk / tidak hilang akal sepanjang masa)
- Berada di bumi Arafah walau seketika di dalam waktu wuquf.
Amalan-Amalan Berwuquf Di Arafah
Dalam usaha untuk lebih mendekati diri kepada Allah SWT sepanjang berada di Arafah, jemaah haji digalakkan melakukan ibadah dan amalan-amalan sunat berwukuf, antaranya:- Mandi sunat wukuf.
- Bertaubat
- Solat berjemaah
- Solat Jamak dan Qasar Zuhur dan Asar.
- Membaca Al-Quran
- Memperbanyakkan ucapan:
- Bertalbiah diselangi dengan doa.
- Bertasbih, bertahmid, bertahlil.
- Berdoa bersungguh-sungguh.
- Berzikir dan pujian kepada Allah SWT.
- Kuliah fadilat Arafah.
- Solat-solat sunat
- Qiyamulail.
Hikmah Wukuf
- Menimbulkan rasa kekerdilan diri lantaran mengingati dan menyaksikan kebesaran Allah.
- Membentuk diri menjadi Muslim yang berjiwa ikhlas dan berakhlak mulia.
- Menjadi hamba Allah yang bersyukur terhadap segala Anugerah-Nya.
- Melahirkan sifat kemanusiaan dan kesetiakawnan tinggi.
- Melahirkan rasa kerelaan untuk melakukan pengorbanan pada insan lain.
- Meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Amalan Bagi Yang Tidak Menunaikan Haji
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan sunat lain pada hari itu.Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah ﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
Hak Puasa Arafah Di Mana Saja
Dalam Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah. Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tdk mengerjakan ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah, kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam, yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya, maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.
Niat Puasa Hari Arafah;
Rasulullah ﷺ. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
Jemaah Haji Tidak Disunatkan Puasa
Bagi orang yang sedang mengerjakan ibadah haji, maka tidak disunatkan berpuasa, sesuai dengan sabda Nabi ﷺ dibawah ini:
Dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, “Rasulullah ﷺ telah melarang puasa pada hari Arafah di Padang Arafah.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasa-i, dan Ibnu Majah)
Mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.
Ragu-Ragu
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah ﷺ yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah ﷺ, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).
Puasa Arafah dan Tarwiyah sangat dianjurkan bagi turut merasai nikmat yang sedang dirasakan oleh para jemaah haji ketika menjalankan ibadah di tanah suci ketika itu.
Tidak dinafikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah سبحانه وتعالىuntuk diriNya. Disebutkan dalam hadist Qudsi : “Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Daku- lah yang akan membalasnya. Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata -mata kerana Daku.”
Diriwayatkan dari Abu Said Al- Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺbersabda: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah سبحانه وتعالىpasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun.”( HR Bukhari Muslim).
Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah
1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di Arafah.”2. Ulama Syafi’iyyah,
a. “Membenarkan untuk berpuasa pada Hari Tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.”
b. “Jika jemaah haji bermukim di Makkah, lalu pergi ke Arafah siang hari maka puasanya itu menyelisihi hal yang lebih utama, jika pergi ke Arafah malam hari maka boleh berpuasa. Jika jamaah haji adalah musafir, maka secara mutlak disunahkan untuk berbuka.”
3. Hanabilah : “Disunahkan bagi para jamaah haji berpuasa pada hari Arafah jika wuqufnya malam, bukan wuquf pada siang hari, jika wuqufnya siang maka makruh berpuasa.”
4. Pendapat Imam Ahmad rh pula;
a. “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”
b. Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.
5. Hanafiyah : “Makruh bagi jamaah haji berpuasa Arafah jika membuat lemah, begitu juga puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah).”
6. Malikiyah : “Makruh bagi jemaah haji berpuasa Arafah, begitu juga puasa Tarwiyah.”
Hadits Puasa Arafah.
Riwayat dari Abu Qatadah,dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Puasa Arafah dapat emghapuskan dosa dua tahun yang telah lewat dan yang akan datang, dan Puasa Assyura (tanggal 10 Muharram) menghapuskan dosa setahun yang telah lewat.”
(HR. Muslim).
Hadits lain seperi terdapat dalam postingan sebelumnya.
Rasulullah SAW bersabda,
“Puasa pada hari Arafah menghapus dosa satu tahun dan puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa dua tahun.”
Keistimewaan Puasa Arafah adalah:
1. Allah SWT mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, tahun lalu dan yang akan datang.
2. Allah SWT menjaganya untuk tidak berbuat dosa selama dua tahun
3. Pembebasan dari api neraka nanti.
Adapun pada tahun pertama, maka dosa-dosanya akan diampuni.
Sebagian ulama berpendapat bahwa bila seseorang yang melakukan maksiat pada tahun itu, maka Allah SWT akan menjadikan puasa di hari Arafah yang ia lakukan di tahun lalu akan sebagai penghapus dosa, sebagaimana ia menjadi penghapus dosa di tahun sebelumnya.
Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya diusahakan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.
Kelebihan Hari Arafah
Hari Arafah adalah hari pertemuan dan perjumpaan besar antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani, kerana hari Arafah adalah hari makrifah, hari kebebasan, hari doa, hari kesempurnaan agama dan nikmat dan hari perpisahan.Terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan Hari Arafah di antara ialah:
1. Hari Kemuliaan
Di antara kemuliaan hari ini ialah Allah SWT telah bersumpah dengan hari Arafah.Firman Allah SWT:
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ ﴿٣
“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (Surah Al-Buruj: 1-3)Rasulullah SAW bersabda: “Makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu ialah hari Jumaat, dan segala keadaan yang disaksikan ialah hari Arafah, Jumaat adalah yang terbaik daripada Allah kepada kita.” (Ad-Dur al-Mantsur: 8/463 dan At-Tabary).
Begitu juga Allah SWT telah bersumpah dengan kebesaran hari mulia ini. FirmanNya:
وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢
“Demi waktu Fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).” (Surah Al-Fajr: 1-2)Menurut Abdullah bin Zubair: “Dari 1 Zulhijjah hingga Hari Korban adalah termasuk hari Arafah.” (At-Tabary).
2. Hari Disempurnakan Agama-Nya
Hari Arafah adalah hari yang agung kerana hari ini Allah telah menyempurnakan agama-Nya, dan melengkapkan nikmat-Nya:الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah: 3).
3. Hari Bulan Suci
Hari Arafah adalah termasuk satu hari dalam bulan-bulan suci di mana Allah SWT berfirman:إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).”(Surah At-Taubah: 36).
4. Hari Beramal Soleh
Hari Arafah adalah salah satu hari dari hari-hari sepuluh yang dilebihkan untuk melakukan amal soleh seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai Allah dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (10 hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah..Bukan jihad fi sabillah? Jawab nabi; Ya, Jihad fi sabillah tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid).” (Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn Majah) “.
5. Hari Pembebasan
Hari Arafah adalah hari pembebasan. Rasulullah SAW telah bersabda:“Tidak ada satu hari pun yang di hari itu Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari ‘Arafah, sebab pada hari itu Dia turun kemudian membangga-banggakan mereka di depan para malaikat seraya berfirman: ‘Apa yang mereka inginkan? ‘” (Sahih Muslim 3275).
Hari Arafah adalah hari yang utama di mana Allah Ta’ala membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka dan Allah membangga-banggakan orang-orang di Arafah di depan para malaikat.
6. Hari Permohonan Doa
Hari Arafah adalah hari doa dan hari perjumpaan antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Pada hari pengampunan yang agung ini betapa banyak kebimbangan telah dilepaskan, dan berapa kesedihan telah diredakan dan berapa banyak keperluan telah ditunaikan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menggesa supaya membanyakkan berdoa pada hari yang agung ini. Baginda SAW bersabda:“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari ‘Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan rasul sebelumku ungkapkan ialah tiada tuhan melainkan Allah …” (Riwayat at-Timizi).
Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.
Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.
Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)
Doa Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.
Berikut adalah ‘Doa Hari Arafah’ tersebut:
.
Allâhumma yâ Ajwada man a‘thâ, embe khayra man suila, embe Arhama manisturhima. Allâhumma shalli ‘alâ Muhammadin wa âlihi fil awwalîn. Wa shalli ‘alâ Muhammadin wa âlihi fil âkhirîn. Wa shalli ‘alâ Muhammadin wa âlihi fil malail a‘lâ. Wa shalli ‘alâ Muhammadin wa âlihi fil mursalîn.
Allâhumma a‘thi Muhammadan wa alahul wasîlata wal fadhîlata wasy syarafa warrif‘ata waddarajatal kabîrah.
Allâhumma innî âmantu bi-Muhammadin shallallâhu ‘alayhi wa âlihi, wa lam arahu falâ tahrimnî fil qiyâmati ru’yatahu, warzuqnî shuhbatahu, wa tawaffanî ‘alâ millatihi, wasqinî min hawdhihi masyraban rawiyyan sâighan hanîan lâ azhmau ba‘dahu Abadan, innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr.
Allâhumma âmantu bi-Muhammadin shallallâhu ‘alayhi wa âlihi. Wa lam arahu fa‘arrifnî fil jinâni wajhahu. Allâhumma balligh Muhammadan shallallâhu ‘alayhi wa âlihi minnî tahiyyatan katsîratan wa salâmâ
Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya.
Pengajaran Daripada Hari Arafah
Terlalu banyak pengajaran hari Arafah yang boleh dipelajari, di antaranya adalah:1. Hari Peringatan
Pada hari ini mengingatkan kita kepada suatu urusan yang agung dan besar, yang menambahkan keimanan dan menguatkan hubungan dengan Pemilik Agama. Iaitu mengingatkan tentang hari kiamat dan melengkapkan persediaan dan bekalan untuk hari itu kerana pada hari itu perasaan tidak terkata dan nurani tidak tertulis, tetapi hanya dapat dinikmati bagi siapa yang melaksanakannya, seperti mana ada bijak pandai pernah mengatakan: “Siapa yang merasa dia tentu tahu.”Ini adalah hari seumpama hari Perhimpunan terbesar seperti dalam FirmanNya:
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّمَنْ خَافَ عَذَابَ الْآخِرَةِ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّجْمُوعٌ لَّهُ النَّاسُ وَذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّشْهُودٌ ﴿١٠٣﴾
“Iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.” (Surah Al-Hud: 103).Oleh itu, hari Arafah adalah gambaran kecil dari keadaan sebenar hari kiamat. Demi Allah, sekiranya para jemaah haji memerhatikan pemandangan ini dan bagi yang bukan jemaah haji boleh melihat melalui skrin, tentulah akan mengubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik dan menjadi hati yang tunduk patuh kepada Tuhan. Semua orang yang menyaksikan pemandangan ini dan perhimpunan orang ramai yang sangat besar di Arafat dan mendengar suara, pekikan dan jeritan, dia akan serta-merta berkata: Maha suci bagi Allah, Maha Suci bagi yang mengetahui bahasa mereka, Maha Suci bagi mampu membezakan suara mereka dan Maha Suci bagi yang tertunai hajat mereka.
2. Rahmat Tanpa Batas/Sempadan
Di Arafat terbuka penutup dan pintu syurga. Oleh itu, para jemaah menuju kepada Tuhan dengan hati yang bersih daripada kegelapan syahwat dan hawa nafsu, dan memancarkan cahaya sehingga menerangi dunia dan semua yang ada termasuklah yang sekecil zarah pun.Di Arafah terjunjung semangat kemanusiaan tanpa kenal sempadan, antara tuan dan kuli, tua dan muda, kaya dan miskin, raja dan rakyat, mulia atau keji. Di tempat ini satu pelajaran agung iaitu tentang persamaan, di mana tidak ada orang yang boleh membezakan antara kaya dan miskin, tidak juga di antara yang kuat dan lemah, dan tidak juga di antara berkedudukan dan berpangkat dan tidak berkedudukan dan berpangkat.
3. Menyaksikan Penyatuan Umat
Perhimpunan umat Islam di Arafah pada hari yang mulia ini memberi peluang besar untuk menyaksikan manfaat Haji seperti yang dikehendaki dan disebut oleh Allah SWT:وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ ﴿٢٦﴾ وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka.” (Surah Al-Hajj: 27-28)Manfaat yang paling penting dan menjadi kewajipan yang tidak dapat dielakkan kepada umat Islam: Keperluan untuk kerjasama antara negara-negara Arab dan Islam. Perjumpaan di Arafah ini adalah peluang besar untuk menghapuskan jurang dan memikirkan tentang keadaan dunia Islam.
Di antara faktor yang membantu untuk mencapai kerjasama ini tercapai ialah; umat Islam adalah satu umat yang menggunakan bahasa yang satu, sejarah masa lalu yang satu, objektif yang satu, penyakit yang satu. Mereka di Arafat menuju kepada Tuhan yang satu , memakai pakaian yang satu, pada masa yang satu dan dengan laungan yang satu “Labbaikallah humma labbaik….” Semua ini membantu untuk mencapai kerjasama yang membuahkan kemajuan, kemakmuran,kecintaan dan keintiman, dan menggemblingkan tindakan yang memuaskan hati rakyat negara Arab.
4. Pesanan Terakhir Rasulullah SAW
Inilah hari agung yang mengingatkan kita kepada makhluk yang paling agung yang pernah dijadikan Allah, mengingatkan kita dengan perhimpunan perpisahan di dalam haji Wida’. Tiada masa yang paling hebat dan tiada perhimpunan yang paling indah, melainkan di saat pertemuan antara utusan Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam bersama dengan orang ramai yang khusyuk dan merendak diri di hadapan Allah, Semua mereka memiliki hati yang sedar dan telinga yang mendengar untuk melihat perpisahan dan kata-kata perpisahan, iaitu kata-kata dari Rasulullah SAW yang tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya.Seluruh dunia telah mendengar kata-kata Rasulullah SAW yang telah mengumumkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup. Antara prinsip-prinsip yang paling penting ialah:
Pada hari ini, Rasulullah SAW merumuskan untuk umat bahkan semua manusia tentang prinsip-prinsip kemanusiaan dan belas kasihan, dan meletakkan mereka kepada asas-asas keamanan dan kedamaian. Antara pesanan lain dari Rasulullah SAW untuk umatnya: Berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah telah menentukan secara tegas bahawa langkah dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda umat Islam ialah untuk merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
- Menghormati nyawa, harta dan kehormatan.
- Larangan riba.
- Keadilan iaitu satu ciri Islam yang utama
- Melindungi dan menjaga nyawa.
- Larangan mempersendakan agama Allah.
- Hak lelaki ke atas wanita, hak wanita ke atas lelaki.
- Ikatan utama umat Islam adalah ikatan akidah dan Islam. Ikatan ini yang membawa mereka kepada prinsip persamaan dan kerjasama dalam perlaksanaan undang-undang Islam.
Isi Khotbah Arafah Rasulullah
Ketika melakukan ibadah Haji
yang terakhir, Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah yang penuh dengan
nilai akhlak dan persaudaraan.
Mari kita jadikan teladan sekaligus amalkan pesan istimewa yang disampaikan Rasulullah SAW tersebut. Pesan penting khutbah perpisahan Rasulullah SAW di Arafah saat menunaikan ibadah haji tersebut terangkum dalam 10 pesan.
10 Pesan Rasulullah SAW di Arafah tersebut adalah sebagai berikut:
1. Jangan Membunuh.
Rasululah SAW bersabda,
Wahai manusia sekalian, dengarkanlah perkataanku ini karena aku tidak mengetahui apakah aku dapat menjumpaimu lagi setelah tahun ini di tempat wukuf ini.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya darah kamu dan harta kekayaan kamu merupakan kemuliaan (haram dirusak orang lain), sebagimana mulianya hari ini di bulan yang mulia ini.
2. Tradisi Jahiliyah Tak Berlaku Lagi.
Ketahuilah,
Sesungguhnya segala tradisi jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan (seperti pembunuhan, dendam dan sebagainya) yang telah terjadi di masa jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi.
3. Larangan Riba.
Transaksi riba yang dilakukan pada masa jahiliyah juga sudah tidak berlaku lagi sejak hari ini.
Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak berlaku lagi.
4. Jagalah Agama.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya setan itu masih terus berusaha (untuk mengganggu kamu) dengan cara yang lain. Setan akan puas jika kamu sekalian melakukan perbuatan tercela. Oleh karena itu hendaklah kamu menjaga agamamu dengan baik.
5. Larangan Mengubah Bulan Suci.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya mengubah-ubah bulan suci itu akan menambah kekafiran. Satu tahun adalah 12 bulan. Empat bulan diantaranya adalah bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut, Zulqaidah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban
6. Muliakan Wanita.Mari kita jadikan teladan sekaligus amalkan pesan istimewa yang disampaikan Rasulullah SAW tersebut. Pesan penting khutbah perpisahan Rasulullah SAW di Arafah saat menunaikan ibadah haji tersebut terangkum dalam 10 pesan.
10 Pesan Rasulullah SAW di Arafah tersebut adalah sebagai berikut:
1. Jangan Membunuh.
Rasululah SAW bersabda,
Wahai manusia sekalian, dengarkanlah perkataanku ini karena aku tidak mengetahui apakah aku dapat menjumpaimu lagi setelah tahun ini di tempat wukuf ini.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya darah kamu dan harta kekayaan kamu merupakan kemuliaan (haram dirusak orang lain), sebagimana mulianya hari ini di bulan yang mulia ini.
2. Tradisi Jahiliyah Tak Berlaku Lagi.
Ketahuilah,
Sesungguhnya segala tradisi jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan (seperti pembunuhan, dendam dan sebagainya) yang telah terjadi di masa jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi.
3. Larangan Riba.
Transaksi riba yang dilakukan pada masa jahiliyah juga sudah tidak berlaku lagi sejak hari ini.
Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak berlaku lagi.
4. Jagalah Agama.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya setan itu masih terus berusaha (untuk mengganggu kamu) dengan cara yang lain. Setan akan puas jika kamu sekalian melakukan perbuatan tercela. Oleh karena itu hendaklah kamu menjaga agamamu dengan baik.
5. Larangan Mengubah Bulan Suci.
Wahai manusia sekalian,
Sesungguhnya mengubah-ubah bulan suci itu akan menambah kekafiran. Satu tahun adalah 12 bulan. Empat bulan diantaranya adalah bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut, Zulqaidah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban
Takutlah kepada Allah SWT dalam bersikap kepada wanita, karena kamu telah mengambil mereka (menjadi istri) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu sekalian.
Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap istri-istri kamu. Istrimu juga mempunyai kewajiban terhadap diri kamu. Sedangkan kewajiban kamu terhadap mereka adalah memberi nafkah dan pakaian yang baik kepada mereka.
Maka perhatikanlah perkataanku ini,
Wahai manusia sekalian, sesungguhnya aku telah menyampaikannya.
7. Ikuti Al Qur’an dan Sunnah.
Aku tinggalkan sesuatu bagi kalian semua.
Jika kamu berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Kitab Allah (Al Qur,an) dan Sunnah Nabi-nya (Al Hadits).
8. Taati Pemimpin.
Wahai manusia sekalian,
Dengarkanlah dan taatlah kamu kepada pemimpin kamu, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba sahaya dari negeri Habsyah yang berhidung pesek, selama dia tetap manjelankan ajaran Al Qur’an kepada kalian.
9. Berbuat Baik.
Lakukanlah sikap yang baik terhadap hamba sahaya.
Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kamu makan dan berikanah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kamu pakai.
Jika mereka melakukan suatu kesalahan yang tidak dapat kamu maafkan, maka juallah hamba sahaya tersebut dan janganlah kamu menyiksa mereka.
10. Sesama Muslim Bersaudara.
Wahai manusia sekalian,
Ketahuilah oleh kamu sekalian, bahwa setiap muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain. Oleh sebab itu janganlah kamu menganiaya diri kamu sendiri.
Ya Allah, sudahkah aku menyampaikan pesan ini kepada mereka?
Kamu sekalian akan menemui Allah, maka setelah kepergianku nanti, janganlah kamu menjadi sesat. Hendaklah mereka yang hadir dan mendengar khutbah ini menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir.
Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami daripada mereka yang hadir langsung pada hari ini.
Kalau kamu semua nanti akan ditanya tentang kau, maka apakah yang akan kamu katakan?
Semua yang hadir menjawab,
“Kami bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan tentang kerasulanmu, engkau telah menyampaikan amanah, dan telah memberikan nasehat.
Sambil menunjuk ke langit, Nabi Muhammad SAW kemudian bersabda,
“Ya Allah, saksikanlah pernyataan mereka ini,
Ya Allah, saksikanlah pernyataan mereka ini,
Ya Allah, saksikanlah perkataan mereka ini,
Ya Allah, saksikanlah perkataan mereka ini.”
(HR. Bukhari Muslim).
5. Pembebasan
Sepatutnya umat Islam, yang berada di Arafat dan lain-lain tempat-tempat suci, terutamanya Rumah Allah, jangan melupakan kiblat pertama umat Islam pertama: Al-Aqsa, yang mesti dikembalikan ke pangkuan umat Islam dan membebaskan dari cengkaman bangsa Yahudi. Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada kita pada hari kiamat nanti.Kita memohon agar Allah menjadikan kita pada hari Arafah tergolong orang-orang yang diterima amalnya, orang-orang yang diberikan kemenangan dan orang-orang yang Allah bebaskan dari api neraka.
Penutup
Segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang menerima hamba-hambaNya pada hari Arafah dengan kemurahan hatiNya dan melimpah kurniaNya kepada mereka, kerana memberikan mereka yang terbaik berbanding yang diberikan kepada orang-orang yang meminta lainnya. Allah SWT akan mengampuni segala dosa, menyembunyikan kecacatan dan melepaskan segala kesusahan mereka di akhirat nanti. Wahai para sahabat yang disayangi, bertakarublah kepada Allah SWT dengan ketakwaan sebenarnya:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Al-Imran: 102).
No comments:
Post a Comment