"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak." [HR Thobrani]
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah...
1. Tidak berdiri lurus.
Berdiri lurus
bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang
diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat.
Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri
lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana
mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid
sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya
seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah.
2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah.
Contohnya,
bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal,
lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan
100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ .
Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia
boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram
dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah.
3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah.
Al-Fatihah
merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan
makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati
atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud.
4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud.
Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz
"Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Sahabat bertanya, "Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?"
"Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya" [HR Ahmad]
5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai.
7 anggota sujud
tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan;
kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya
yang bermaksud:
"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih]
6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah.
"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih]
6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah.
Perkara ini
merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang
tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang
betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu
dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun
begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang
betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru
agama yang hak.
7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat.
7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat.
Lafaz yang
tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu'alaikum warahmatullaah).
Sekiranya menyebut "asalaamu'alaikum", "salaamu'alaikum", menukar huruf ﻉ
kepada ﺃ, huruf ﺡkepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada
ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam
hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah
rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan
tajwid yang betul.
8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal.
8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal.
Pergerakan
anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah
kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i'tidal, yang macam buayan
tu.
9. Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk.
10. Dada berpaling dari kiblat
9. Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk.
10. Dada berpaling dari kiblat
No comments:
Post a Comment