Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Wednesday, 12 February 2020
NIAT UMRAH BERSYARAT
.
1. Tahukah kalian, selain daripada #niatumrah biasa, ada juga terdapat tiga jenis niat umrah bersyarat yang boleh dipraktikkan oleh para jemaah?
.
2. Ketiga-tiga niat umrah bersyarat tersebut adalah seperti berikut:
.
a) Niat bersyarat untuk lelaki/wanita secara general: "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Sekiranya aku terhalang, maka halallah aku dengannya"
.
b) Niat bersyarat untuk wanita yang sedang dalam haid: "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Sekiranya haid aku berterusan selama... (sebutkan jumlah hari i.e tiga) hari/ sehingga pulang, maka halallah aku dengannya"
.
c) Niat bersyarat untuk wanita yang belum datang haid: "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Sekiranya aku terhalang/ datang haid, maka halallah aku dengannya"
.
3. Seandainya perkara-perkara yang disebutkan dalam #niatbersyarat itu berlaku, maka secara automatiknya ihram kita akan terbatal dan bebas dari semua pantang larang ihram. Tidak perlu bergunting atau membayar dam.
No comments:
Post a Comment