Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Friday, 2 August 2019
Info penting bagi yang sering menziarahi Kawasan Bukit Uhud :
Info penting bagi yang sering menziarahi Kawasan Bukit Uhud :
١- Bukit Uhud (أحد جبل، يحبنا و نحبه)
٢ - Jabal Ainain lebih Di kenali dengan Bukit Pemanah kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم meletakkan 50 orang tentera Pemanah di atas bukit ini yang di ketuai Oleh Saidina Abdullah Bin Jubair رضي الله عنه
٣- Kawasan Perkumpulan tentera musyrikin Makkah.
٤- Tapak Perkumpulan tentera Islam.
٥- Khemah yang Nabi صلى الله عليه وسلم dirikan untuk memantau tentera Muslimin.
٦- Lokasi pembunuhan Sayyidus Syuhada Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib (Bapa Saudara Nabi)
٧- Kumpulan tentera Muslimin yang di letakkan di bahagian Kiri.
٨ - Kumpulan Tentera Muslimin di bahagian kanan.
Satu Faedah : Nabi صلى الله عليه وسلم meletakkan Bukit Uhud di bahagian belakang tentera Muslimin bertujuan untuk memelihara bahagian belakang tentera Islam agar tidak di serang oleh musuh dan mengelak tentera islam berpaling ke belakang atau lari dari medan perang ini lah strategi Peperangan yang tersusun.
No comments:
Post a Comment