Tuesday, 7 April 2015

Doa ibadat Saie (Pusingan Pertama sehingga ke tujuh)

Ibadah Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah..
Kedua bukit yang satu sama lainnya berjarak sekitar 450 meter. Ketika melintasi  Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu neon berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan spertia biasa.
Doa Saie pusingan pertama


Maksudnya:

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, terbesar dari segala yang besar. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, maha Suci Allah Yang Maha Agung dengan  puji -pujian yang mulia pagi dan petang. Di sebahagian malam hendaklah kamu sujud bagi-Nya dan bertasbihlah mensucikan-Nya waktu malam yang panjang.  Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang telah menepati segala janji-janji-Nya. Tuhan yang telah menolong hamba-Nya dan menghancurkan segala musuh-musuh dengan keagungan-Nya. 
Tidak ada sesuatu yang terdahulu sebelum-Nya dan tidak ada sesuatu yang terkemudian sesudah-Nya. Tuhan yang menghidupkan sesuatu dan mematikannya. Dialah Tuhan yang sentiasa hidup tidak mati dan tidak binasa selama­-lamanya.  Segala kebaikan dan kebajikan di dalam genggaman-Nya, kepada-Nya terpulang sesuatu dan Dialah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. (Ya Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemudahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau meagetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.)
Ya Tuhan,  lepaskanlah kami daripada azab api neraka dengan beroleh kesejahteraan, kemenangan, kesukaan bersama-sama hamba Engkau yang soleh,  bersama-sama mereka yang telah Engkau anugerahkan nikmat-nikmat-Mu Yang banyak, yang terdiri dari golongan Nabi-Nabi, Siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang~orang yang soleh. Sesungguhnya mereka itu adalah sebajk.bajk tauladan. Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah yang amat mengetahui (akan balasan pahalanya).   
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kepada Allah kami memperhambakan diri kami dengan penuh keikhlasan dan kejujuran walaupun orang kafir marah dan membencinya. Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah,  maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah  atau mengerjakan umrah, maka tidaklah salah dia bersa’ie di antara keduanya (Safa dan Marwah) dan sesiapa bersukarela memgerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya  Allah Maha pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui.
Doa Saie pusingan Kedua

Maksudnya:

Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Besar, segala puji-pujian bagi Allah, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan Yang Esa, tidak mempunyai isteri dan anak dan tiada baginya sekutu di dalam urusan kerajaan-Nya. Tiada bagi-Nya penolong disebab sesuatu kelemahan dan bertakbirlah membesarkan-­Nya dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitab-Mu, Al Quran yang diturunkan, yang bermaksud; mohonlah kepada-Ku, akan Aku tunaikan permintaanmu,  
maka inilah kami bermohon kepada-Mu wahai Tuhan kami, maka ampunilah kami seperti mana yang telah Engkau perintahkan kami, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji. 
Wahai Tuhan kami, kami telah mendengar seruan yang menyeru kami untuk beriman dengan-Mu, maka kami telahpun beriman. Wahai Tuhan ampunilah ,dosa kami, hapuskanlah segala kejahatan kami, dan matikanlah kami bersama-sama orang yang baik-baik. Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau janjikan dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Janganlah Engkau kecewakan kami di hari qiamat, sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji. 
Wahai Tuhan kami, kepada Engkau kami berserah, kepada Engkau kami kernbali. Dan hanya kepada-Mu sahaja tempat kembali.   Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan saudara-mara kami yang mendahului karni beriman, janganlah Engkau jadikan kami dan golongan orang yang menaruh dengki terhadap saudaru-saudara kami yang beriman, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengasihani. (Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah hami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah.)

Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tidaklah menjadi salah dia bersaie antara kedua-duanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan,  maka sesungguhnya Allah Maha Pemberi Balasan lagi Maha Mengetahui.

Doa Saie pusingan ketiga

 
Maksudnya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji-pujian bagi Allah,  Wahai Tuhan kami sempurnakanlah cahaya keimanan kami dan ampunkanlah dosa kami, sesungguhnya Engkaulah yang amat berkuasa di atas sesuatu. Ya Allah, aku memohon kepada Engkau kebajikan dan kebaikan sama ada yang segera atau yang terlewat, aku memin keampunan bagi dosaku di samping memohon rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan
(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahrnatilah kami, maĆ fkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah).  Ya Tuhan, tambahkanlah ilmu pengetahuanku, janganlah Engkau pesongkan hatiku selepas mendapat hidayah petunjuk-Mu, berilah akan daku di sisi-Mu rahmat, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemberi kurnia. Ya Allah, berilah kesejahteraan pada pendengaranku dan penglihatanku, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkanEngkau.
Ya Allah. aku berlindung dengan-Mu dari seksa kubur, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-sebenarnya melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari golongan orang yang zalim.  Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kekufuran dan kemiskinan.  Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu dari seksa-Mu, aku berlindung dengan­-Mu dari kemurkaan-Mu, tiada upaya aku menghitung segala kepujian kepada Engkau sebagaimana Engkau telah memujikan diri Engkau, bagi Engkaulah segala puji-pujian sehingga Engkau redhakan akan daku. 
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi Maha Mengetahui.

Doa Saie pusingan keempat



Maksudnya
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala kepujian tertentu bagi Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu sebaik-baik perkara yang Engkau mengetahuinya, aku berlindung dengan-Mu daripada seburuk-buruk perkara yang Engkau mengetahuinya, aku memohon ampun daripada setiap perkara jahat yang Engkau mengetahuinya, sesungguhnya Enghau Maha Mengetahui segala perkara yang tersembunyi dan ghaib. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-­benarnya melainkan Allah, Tuhan yang memerintah alam semesta yang sebenar dan nyata, Nabi Muhammad pesuruh Allah yang bersifat benar dan amanah.
Ya Allah, sebagaimana Engkau memberi petunjuk kepadaku memilih agama islam, maka sesungguhnya aku memohon kepada-Mu supaya cahaya islam itu tidak dihapuskan dariku sehingga Engkau mematikan daku dalam keadaan aku seorang Islam sejati. Ya Allah, kurniakanlah cahaya keimanan di dalam hatiku, pendengaranku dan penglihatanku.

Ya Allah, lapangkanlah hatiku, mudahkanlah pekerjaanku. aku minta perlindungan dengan-Mu daripada was-was dan perpecahan didalam pekerjaan juga daripada fitnah kubur.   
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang datang di waktu malam dan yang datang di waktu siang, juga daripada segala kejahatan dalam tiupan angin, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.  Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak menunaikan ibadat kepada Engkau sebagaimana yang sewajarnya, Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya kami tidak menyebut nama-­Mu sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran­Mu.

(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui.

Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah).   Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi Maha Mengetahui.

Doa Saie pusingan kelima

 
Maksudnya

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji-pujian tertentu bagi Allah.  Maha Suci Engkau ya Allah. Sesungguhnya kami tidak dapat bersyuhur kepada Engkau atas segala nikmat-­Mu sebagaimana yang sepatutnya. Maha Suci Engkau Ya Allah, tidak ada tolok banding sama sekali kemuliaan-Mu.

Ya Allah, kasihkanlah kami dengan keimanan dan hiaskanlah keimanan itu di dalam jiwa kami, jauhkanlah kufur, fasik dan derhaka dan jiwa kami, jadikanlah hami dari golongan orang yang dapat petunjuk.
(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah).

Ya Allah, peliharalah daku dari azab-Mu di hari Engkau bangkitkan hamba-hamba-Mu ya Allah. Berilah petunjuk kepadaku dan bersihkanlah jiwaku dengan taqwa kepada-Mu. Ampunkanlah dosaku di dunia dan di akhirat.

YaAllah, cucurilah berkat, rahmat dan kurniaan hepadaku. 
Ya Allah, aku memohon kapada-Mu rahmat yang kekal abadi, selubungilah cahaya keimanan di hatiku, pendengaranku, penglihatanhu, di lidahhu, di kananku, di atasku dan jadikan dalam jiwaku cahaya keimanan. Dan agungkan cahaya bagiku ya Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala pekerjaanku.
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi Maha Mengetahui.

Doa pusingan keenam.


Ya Allah, aku memohon kapada-Mu rahmat yang kekal abadi, selubungilah cahaya keimanan di hatiku, pendengaranku, penglihatanhu, di lidahhu, di kananku, di atasku dan jadikan dalam jiwaku cahaya keimanan. Dan agungkan cahaya bagiku ya Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala pekerjaanku.
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi Maha Mengetahui. 
YaAllah, aku memohon kepada Engkau petunjuk dan taqwa, kebersihan hati dan kekayaan. Ya Allah, kepada Engkaulah segala pujian sebagaimana yang kami perkatakan dan sebaik-baik perkataan kami ialah memuji-muji kebesaran Engkau.  Ya Allah, aku memohon keredoan-Mu dan syurga, aku berlindung dengan Engkau daripada kemurkaan-Mu dan neraka, juga aku berlindungdengan Engkau dari segala perkataan, perbuatan dan iktikad aku ke dalam neraka. Ya Allah, ya Tuhan, dengan cahaya-Mu kami dapat petunjuk kejalan yang benar. Dengan kelebihan­Mu kami dapat kemewahan. Di dalam peliharaan, pemberian dan ihsan Engkau kami berada pagi dan petang.
Engkaulah yang awal tiada sesuatu pun sebelurn-­Mu dan yang akhir tiada sesuatu pun sesudah-Mu. Engkau yang zahir, tiada yang mengatasi-Mu. Engkaulah yang batin tidak ada selain dart-Mu. Kami berlindung dengan-Mu dan kepapaan, kemalasan,juga

dari azab kubur dan fitnah kekayaan.  Kami memohon kepada-Mu kemenangan dengan mendapat syurga.

(Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, kurniakanlah kami kemurahan-Mu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah). 
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi Maha Mengetahui.

Doa Saie pusingan ketujuh. 



Maksudnya

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar segala puji-pujian yang banyak tertentu bagi Allah. Ya Allah, tanamkanlah dalam jiwaku rasa kasih sayang kepada iman danjadikanlah ia perhiasan di hatiku, tanamkanlah rasa benci kepada kufur, fasik dan derhaka di hatiku, jadikanlah aku dari golongan orang yang mendapat petunjuk. (Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah hami, kurniakanlah kami kemurahan, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah).  Ya Allah, sempurnakanlah ajalku dengan segala kebajikan, sampaikanlah cita-citaku dengan limpah kurniaan-Mu dan mudahkanlah segala jalan yang boleh menyampaikanku kepada keredhaan-Mu, perelokkanlah segala amalanku dalam semua keadaan,  wahai Tuhan yang menolong mereha yang tenggelam. Tuhan yang melepaskan orang yang binasa, Tuhan yang mendengar segala bisikan jiwa, Tuhan yang menjadi tumpuan segala rayuan.  Wahai Tuhan yang sentiasa bersifat ihsan yang sentiasa melihat kebaikan, wahai Tuhan yang sesuatu itu tidak terkaya daripada-Nya, dan tiap-tiap suatu yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya,  Tuhan yang menentukan segala rezeki kepada tiap-tiap suatu dan kepada-Nya tempat kembali.  Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan­Mu dari sejahat-jahat perkara yang Engkau kurniakan kepada kami dan dari sejahat-jahat perkara yang Engkau tegahkan kami.  Ya Allah, matikanlah kami dalam agama Islam dan dampingkanlah kami dengan orang-orang yang soleh dalam keadaan tidak terhina dan tidak terpesona. 
Ya Allah, berikanlah kepada kami segala kemudahan, janganlah menyusahkan, ya Tuhan, sempurnakanlah amalan kami dengan kebajikan. Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dan syiar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadah haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah maka tidaklah menjadi salah dia bersaie di antara keduanya, dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara-perkara kebajikan maka sesungguhnya Allah Maha Pembeni Balasan lagi Maha Mengetahui.

Doa setalah selesai saie 

 
Maksudnya

Ya Tuhan, kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepada-Mu. Janganlah membiarkan kami bergantung kepada yang lain selain dari-Mu.  Matikanlah kami di dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami Ya Allah, ya Alah, ya Tuhan! Peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredhaan-Mu wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.


No comments:

Post a Comment