Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Tuesday, 31 March 2015
TAHALUL
Tahalul bermaksut membebaskan diri daripada perkara-perkara larangan semasa Ihram.
Tahalul terbahagi kepada 2,
-Tahalul awal.
-Tahalul sani.
Tahalul Awal
Bebas 10 perkara larangan daripada 13 perkara larangan semasa ihram. yang masih menjadi larangan ialah.
-Melakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbu).
-Bersetubuh.
-Menguruskan perkahwinan.
* Berkahwin.
* Mengkahwinkan (menikahkan).
* Menerima wakil kahwin.
Tahalul awal boleh dihasilkan dengan melakukan 2 daripada 3 perkara berikut.
-Tawaf dan Saie.
-Melontar jamrah kurba.
-Bercukur/Bergunting rambut.
Tahalul awal boleh dihasilkan dengan cara berikut.
*melontar jamrah Aqabah.
*Bercukur/bergunting
Atau
*Tawaf dan Saie.
*bercukur/Bergunting.
Tahalul Sani.
-Bebas semua larangan.
-boleh dihasikan dengan,
*melontar jamrah aqabah.
*bercukur @ bergunting, Tawaf dan saie.
Jika tahalul awal dengan.
*Tawaf dan Saie.
*bercukur @ bergunting. & melontar jamrah aqabah.
No comments:
Post a Comment