Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Tuesday, 24 March 2015
SAIE (RUKUN)
Selepas kita selesaikan Tawaf Ka'abah, Solat sunat Tawaf dua rakaat, dan minum air Zamzam, berjalan menuju ke bukit Safa bagi tujuan ibadat Saie.
sambil kita berjalan sunat kita membaca.
Aku mulai dengan apa yang telah dimulakan oleh Allah dan Rasulnya, sesungguhnya Safa dan Marwan itu adalah sebahagian Syi'ar (lambang) agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji atau umrah tidak menjadi kesalahan ia bersaie (berulang alik) antara keduanya. Maka sesiapa bersukarela mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala lagi amat mengetahui.
Sampai di bukit Safa, sunat menghadap Ka'bah dan berdoa.
Ya Allah, sesungguhnya aku ingin mengerjakan saie antara safa dan marwan sebanyak tujuk kali ulang alik sebagai Saie umrah kerana Allah Ta'ala.
-Angkat kedua tangan isyarat ke arah baitullah sebanyak tiga kali dengan bertakbir.
Allah maha besar, Allah maha besar, Allah masa besar ,dan bagi Allah segala puji-pujian.
-Mula berjalan menuju ke Bukit Marwan mengikut jalan sehala sebelah kanan dan baca doa Saie yang bertama (atau sebarang doa @ berzikir).
-Apabila sampai dikawasan berlampu yang berwarna hijau disunatkan berlari-lari anak (Lelaki sahaja) dan membaca doa:
Wahai Tuhanku, Ampunnilah dan rahmatilah aku, maafkanlah dan muliakanlah aku, ampunilah daripada apa yang engkau ketahui, sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha Agung lagi maha mulia.
-Setelah lepas kawasan tersebut (lampu hijau), maka berjalanlah seperti biasa menuju ke bukit Marwah.
-Naik ke atas bukit Marwah.
-Menghadap ke ka'bah berdoa.
-Setelah selesai berdoa, mengaangkat tangan mengisyaratkan ke arah ka'bah serta bertakbir.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.
-Mula berjalan untuk pusingan kedua melalui jalan sehala sebelah kanan sambil berdoa dengan doa Saie yang kedua atau doa-doa lain.
-Begitulah sampai pusingan yang ke tujuh yang berakhir di bukit Marwah dan membaca Doa tamat Saie.
Syarat-syarat Saie.
-hendaklah dilakukan selepas Tawaf Rukun (haji/Umrah) atau tawaf Qudum.
-Mulai di bukit Safa dan disudahi di bukit Marwah.
-Cukup 7 kali dengan Yakin (dari safa ke Marwah ke safa dikira sekali)
-Hendaklah saie sehingga sampai ke penghujung tempat Saie di bukit safa dan di bukit Marwah pada tiap-tiap kali.
-Hendaklah Saie sehingga sampai ke penghujung tempat Saie di bukit Safa dan bukit Marwah pada setiap kali.
-Hendaklah saie di Bathnul wadi.
-Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan Saie.
Perkara sunat di dalam mengerjakan Saie.
-keluar ke tempat Saie melalui pintu safa.
-Menaiki bukit safa dan marwah hingga sampai ke batu-batu bukit. (jika di tingkat bawah).
-Menghadap ke arah Qiblat dan mengangkat tangan serta bertakbir ( Setiap kali berada di bukit Safa dan Marwah).
-Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di tempat yang bertanda lampu hijau dan membaca doa.
No comments:
Post a Comment