Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Friday, 27 March 2015
Kelebihan Tanah suci Mekah
-Orang yang mengerjakan haji/umrah, wajib masuk ke tanah haram dalam keadaan berihram.
-Orang ziarah sunat tawaf qudum (Tawaf Selamat datang).
-Meninggalkan tanah suci wajib tawaf wada (Tawaf Selamat tinggal).
Peringatan.
Tanah Haram berbeza dengan tempat lain.
-Ka,bah tempat kemuliaan dan keselamatan.
-Rahmat(Pahala) turun ke atas ka'bah 120 setiap hari.
* 60- Ketika kita tawaf.
* 40 -solat
* 20 - Memandang ka'bah.
-Hajarul Aswad menjadi saksi di akhirat.
-Rukun Yamani dijaga oleh 70 Malaikat.
-100.000 ganjaran solat di Masjidil Haram.
-Air zamzam Memenuhi hasrat.
-Solat boleh dilakukan pada bila-bila masa.
-Tempat mustajab berdoa.
*Multazam (dihadapan pintu ka'abah).
*Dibawah Mizab/Pancuran emas.
*didalam Ka'bah.
*dekat telaga Zamzam.
*dibukit Safa dan Marwah.
*Semasa Saie.
*Belakang Makam Ibrahim.
* Di dataran Arafah.
* Di Muzdalifah.
* Di Mina.
* Di Jumratul Sughra.
* Di Jumratul Wusta.
* Di Jumratul Kurba.
Hikmah.
-Perpaduan umat islam.
-Pengorbanan kerana Allah.
-Mensucikan Rohani
-Bersungguh-sungguh.
-Membina kesabaran dan ketabahan,
Ibadat haji melahikan sifat-sifat terpuji.
Sabar, bertanggung jawab, tolong menolong, berjimat cermat, amanah, Sentiasa bertaubat,
Mengingati mati, redha dan bersyukur.
Ibadat haji menhapuskan sifat tercela.
Pemarah, Takabbur, sombong ,Riak, Memtingkan diri sendiri, malas, kufur nikat Allah & hasad dengki.
No comments:
Post a Comment