Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Friday, 20 March 2015
13 PERKARA DILARANG SEMASA DIDALAM IHRAM
1. Larangan tengtang pakaian.
-Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum seperti baju, seluar, kasut yang menutup jari-jari kaki dan tumit dan lain-lain (Lelaki sahaja).
-Menutup kepala atau sebahagianya daripadanya seperti songkok, topi, kopiah dan lain-lain (Leleki sahaja).
-Menutup muka atau sebahagian daripadanya seperti toping dan sebahaginya (Wanita Sahaja).
-Memakai sarung tangan (lelaki & wanita).
Orang yang melanggar akan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. (boleh pilih-terlupa/tidak sengaja dimaafkan)
-Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin 2 cupak makanan setiap orang atau berpuasa 3 hari.
2. Larangan tentang wangi-wangian.(setelah berniat Ihram).
-Memakai bau-bauan sama ada dibadan, pakaian atau makanan dengan tujuan mewangikan.
-Memakai minyak dikepala, janggut dan semua bulu muka.
Orang yang melanggar akan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. (boleh pilih-terlupa/tidak sengaja dimaafkan)
-Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin 2 cupak makanan setiap orang atau berpuasa 3 hari.
3. Larangan tentang kecantikan.
-Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan.
-Mengerat atau memotong kuku.
Orang yang melanggar akan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. (boleh pilih-terlupa/tidak sengaja dimaafkan)
-Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin 2 cupak makanan setiap orang atau berpuasa 3 hari.
4. Larangan tentang alam sekitar.
-Memotong atau merosak atau mencabut tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok di tanah haram.
-Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakanya ditanah haram atau halal.
Orang yang melanggar akan dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir. (boleh pilih-terlupa/tidak sengaja dimaafkan)
-Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin 2 cupak makanan setiap orang atau berpuasa 3 hari.
5. Larangan tentang hubungan jenis.
-Dilarang bagi lelaki dan wanita.
-Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercumbu-cumbuan.
-Bersetubuh selepas tahalul awwal.
-Bersetubuh selepas persetubuhan yang merosakkan ibadat haji atau umrah.
Dam (Suami sahaja).
-Menyembelih seekor kambing atau bersedekah kepada 6 orang fakir miskin, setiap orang dua cupak gandum/beras atau berpuasa selama 3 hari.
-Melakukan persetubuhan.
-Sebelum Tahallul Awwal (haji).
-Sebelum Tahalul (umrah).
Dam (suami sahaja).
-Menyembelih seekor unta.
-Jika tidak mampu, sembelih 7 ekor kambing,
-Jikat tidak mampu hendaklah memberi makanan dengan nilai seekor unta dan disedekahkan kepada fakir miskin.
-Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa mengikut bilangan cupak makanan dari seekor unta (1 cupak = 1 hari) wajib mengerjakan ibadat haji/umrah. Wajib qadha haji pada tahun berikutnya atau wajib qadha umrah dengan segera.
-Berkahwin atau mengawihkan atu menerima wakil kahwin. Perkahwinan (pernikahan tidak sah.)
No comments:
Post a Comment