Dalil:
كان
صلى الله عليه وسلم في غزو تبوك إذا ارتحل قبل زيغ الشمس أخر الظهر إلى أن
يجمعها إلى العصر فيصليهما جميعا , و إذا ارتحل بعد زيغ الشمس عجل العصر
إلى الظهر , و صلى الظهر و العصر جميعا , ثم سار و
كان إذا ارتحل قبل المغرب أخرالمغرب حتى يصليها مع العشاء , و إذا ارتحل
بعد المغرب عجل العشاء فصلاها مع المغرب
Adalah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila
hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, baginda mengakhirkan
solat Zuhur sehingga dikumpulkan solat Zuhur kepada solat Asar dan lalu
baginda mendirikan kedua-duanya serentak (Jamak Takhir).
Apabila
baginda hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka baginda
bersolat Zuhur dan Asar serentak (dalam waktu Zuhur) kemudian bagindapun
berangkat (Jamak Taqdim ).
Apabila baginda berangkat sebelum Maghrib maka baginda mengakhirkan solat Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya (Jamak Takhir).
Dan
apabila baginda berangkat selepas waktu Maghrib maka baginda
mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam
waktu Maghrib)
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
SOLAT QASAR Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja. Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
|
Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
No comments:
Post a Comment