Gua Hira (Bahasa Arab: غار حراء, Ġār Ḥirāʾ) ialah sebuah gua tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu yang pertama dari Allah melalui Malaikat Jibril[1]. Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.
Gua Hira terletak di Makkah, Arab Saudi. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Bukit Nur atau Jabal al-Nour tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Struktur umum Gua Hira adalah berukuran 4 m (13 ka) panjang dan 1.75 m (5 ka 9 in) untuk lebarnya
Wahai Allah ,Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat. Wahai Allah, Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment