Tuesday 31 March 2015

TAHALUL


Tahalul bermaksut membebaskan diri daripada perkara-perkara larangan semasa Ihram.

Tahalul terbahagi kepada 2,
-Tahalul awal.
-Tahalul sani.
Tahalul Awal
Bebas 10 perkara larangan daripada 13 perkara larangan semasa ihram. yang masih menjadi larangan ialah.
-Melakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbu).
-Bersetubuh.
-Menguruskan perkahwinan.
* Berkahwin.
* Mengkahwinkan (menikahkan).
* Menerima wakil kahwin.
Tahalul awal boleh dihasilkan dengan melakukan 2 daripada 3 perkara berikut.
-Tawaf dan Saie.
-Melontar jamrah kurba.
-Bercukur/Bergunting rambut.
Tahalul awal boleh dihasilkan dengan cara berikut.
*melontar jamrah Aqabah.
*Bercukur/bergunting
Atau
*Tawaf dan Saie.
*bercukur/Bergunting.

Tahalul Sani.
-Bebas semua larangan.
-boleh dihasikan dengan,
*melontar jamrah aqabah.
*bercukur @ bergunting, Tawaf dan saie.
Jika tahalul awal dengan.
*Tawaf dan Saie.
*bercukur @ bergunting. & melontar jamrah aqabah.



Penjelasan Tentang Mabit,Nafar Awal dan Nafar Sani

MABIT

Mabit adalah berhenti sejenak atau bermalam beberapa hari untuk mempersiapkan segala sesuatu dalam pelaksanaan melontar Jumrah yang merupakan salah satu wajib ibadah haji mabit dilakukan 2 tahap di 2 tempat yaitu di Muzdalifah dan di Mina.
Tahap Pertama : Mabit di Muzdalifah dilakukan tanggal 10 Zulhijah, yaitu lewat tengah malam sehabis wukuf di padang Arafah. Mabit tahap pertama ini biasanya hanya beberapa saat saja, yaitu secukup waktu untuk mengumpulkan 7 buah krikil guna melontar jumrah Aqabah.
 Tahap Kedua : Mabit ini dilakukan di Mina dalam 2 hari  (11 dan 12 Zulhijah) bagi yang akan mengambil ‘Nafar Awal’, dan 3 hari (11,12,13 Zulhijah) bagi yang akan mengambil ‘Nafar Akhir’. Dari hari pertama sampai terakhir dari mabit di Mina ini adalah melontar ketiga jumrah Ula, Wusta dan Aqabah.

Nafar Awal
Yang dimaksud dengan Nafar Awal adalah apabila kita hanya melontar 3 hari, bukan 4 hari seperti Nafar Sani/Akhir. Disebut Awal karena jama’ah lebih awal meninggalkan Mina kembali ke Mekah. Dan hanya melontar sebanyak 3 hari. Total krikil yang dilontar jama’ah nafar awal adalah 49 butir.
Jama’ah haji pelaku Nafar Awal hanya 2 malam menginap di Mina dan meninggalkan Mina pada tanggal 12 Zulhijah sebelum matahari terbenam.
Meninggalkan mina pada 12 zulhijjah dengan syarat-syaratnya.
-Telah bermambit di mina dua malam (11 dan 12).
-Telah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jamrah pada dua hari Tasyriq (11 dan 12).
-Telah berniat nafa untuk kembali ke Mekah semasa berada di mina.
-Meninggalkan mina sebelum terbenam matahari pada 12 zulhijjah.
-Berazam tidak kembali ke Mina untuk mambit dan melontar pada 13 Zulhijjah.

Nafar Sani atau Aknir
Meninggalkan mina pada 13 Zulhijah setelah menyempurnakan amalan-amalan haji di mina pada 10,11,12,dan 13 (Mambit dan melontar jamrah).
 Disebut Nafar Sani atau Nafar Akhir apabila Jama’ah melontar Jumrah selama 4 (empat) hari pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah sehingga jumlah batu yang dilontar sebanyak 70 butir. Disebut Nafar Sani/AKhir karena jema’ah haji bermalam di Mina 3(tiga)  malam dan meninggalkan Mina pada tanggal 13 Zulhijah.


Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, Maka tiada dosa baginya. dan barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), Maka tidak ada dosa pula baginya, bagi orang yang bertakwa. dan bertakwalah kepada Allah, dan Ketahuilah, bahwa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya.
Nafar sani lebih afdhal. Nabi s.a.w berada di minah selama hari Tasyriq.