Friday 19 December 2014

SOLAT SUNAT RAWATIB

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.
.
.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).
.
2.  Niat Solat Rawatib:
a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).
Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas

.

Peringatan:

  • Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
  • Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
  • Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
  • Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
  • Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.

Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.  Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
.
Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.”  Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.

Wednesday 10 December 2014

PENGURUSAN JENAZAH

"Kullu nafsin za ikatul mauts"
Setiap yang hidup akan menempuh kematian.
Satu pekara yang amat berat jemaah mahu lakukan adalah mengusung Jenazah.
Tahukah peluang terbuka luas untuk merebut pahala, kalaulah mereka tahu 50.000 pahala menanti hasil amal baik mereka, pasti mereka berkejaran  berebut-rebut menafikan orang lain manfaat usaha baik ini.
Dan mereka yang menghantar jenazah ke tempat perkuburanya mendapat ganjaran 1 qirats.
Sabda Rasullullah s.a.w " Aku lihat 1 qirats itu semasa Israk mikraj sebesar Jabal Uhud. Alangkah ruginya mereka yang tidak merebut peluang ini.

HIJIR ISMAIL


Waktu afdhal solat sunat Taubat di hijir Ismail adalah selepas solat Asr dengan Doa Memahon keampunan dari segala dosa yang terdahulu. Dosa yang kita tahu dan kita sembunyikan serta dosa yang akan datang yang kita tidak ketahui. Mohon diangkat seksa kubur dan dilindungi dari azab neraka.
bacalah doa... (Surah al-bakarah 201)

2:201
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka

TEMPAT JIBRIL SUJUT



Setelah mendapat perintah mendirikan solat 50 waktu, dan selepas berulang kali membuat rayuan, tinggal 5 waktu sahaja.Sekembalinaya ke Mekkah Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril a.s bagaimana mengerjakan solat. "Ikut aku mendirikan solat" kata Jibril a.s. yakin Jibril a.s sebagai imam dan Rasulullah s.a.w sebagai makmum.
Lokasi tempat solat tersebut disemadikan dengan Marmar berwarna coklat. (tempat utama yang makbul berdoa).
Mungkin ramai yang  perasan setiap kali solat waktu lazim imam di Haraam akan memilih lokasi ini. Dan saya hampir pasti ramai yang tidak tahu signifikannya tempat ini dalam hal aqidah. Ia terletak di lantai sendeng lebih kurang 1.5m ke kanan pintu Kaabah.
Sekembalinya dari Isra' Mi'raj Rasullulah s.a.w kurang jelas cara-cara memdirikan solat lima waktu yang diperintahkan. Maka Jibril datang lima kali di awal waktu dan lima kali diakhir waktu untuk menjelaskan sempadan setiap lima waktu solat.
Lantas ini adalah antara lokasi yang terbaik untuk kita mendirikan solat hajat.


Monday 8 December 2014

Gunung Uhud Mencintai Rasulullah

MAKAM PARA SUHADA
PEMANDANGAN MAKAM SUHADA.

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Disinilah bersemadinya para Syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku 3 syawal tahun 3 hijrah (19 March 625M) antara tentera islam dengan tentera kafir Quraish. Perang uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan meraka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini berlaku di sebuah tempat dikelilingi  Bukit Uhud.
Kaum Quraish menyediakan 3.000 pasukan, 200 diantaranya pasukan berkuda yang gagah di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Sedangkan Rasulullah ketika itu hanya mampu mengumpulkan 700 orang setelah 300 orang lainnya memilih mundur karena hasutan Abdullah Ubay, tokoh munafik  Madinah. Sebanyak 50 orang pasukan pemanah di tempatkan di gunung Uhud di ketuai oleh Abdullah bin Jabir.

Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.

Nabi Muhammad SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Dalam peperangan ini tentera Islam mengalami kekalahan, nabi sendiri cedera dan patah giginya.  Perang Uhud meninggalkan pengajaran yang bernilai kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya tentang kepentingan taat kepada ketua serta tidak mudah terpesona dengan harta.
Tahun 46 H, Gunung Uhud pernah dilanda banjir besar  hingga menyebabkan tanah di beberapa bahagian di Gunung Uhud terlongsor. Salah satu tempat yang terjejas adalah makam Sayyidina Hamzah dan Abdullah bin Jahsy hingga jasad keduanya nampak di permukaan. Diriwayatkan, jasad keduanya masih kelihatan utuh meskipun telah 43 tahun dikebumikan.

Bahkan luka di badan Hamzah itu masih mengalir darah segar seperti jasad orang yang baru saja meninggal. Jasad keduanya dimakamkan kembali tak jauh dari makam 68 syuhada Uhud lainnya. Makam keduanya diberi tanda batu-batu hitam yang mengelilingi makam.

Sebuah riwayat juga menceritakan Rasulullah pernah menaiki puncak Uhud bersama Abu Bakar Assidhiq, Umar ibn Khathab dan Utsman bin Affan. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.

Rasulullah lalu menghentakkan kakinya dan bersabda, “Diamlah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.