Tuesday 22 October 2013

Adab-adab Jemaah Haji Dan Umrah Kembali Ke Tanahair

Sunat dia bertakbir di setiap tanah tinggi sebanyak tiga kali takbir kemudian dia berkata:
(آيبون تائبون عابدون ساجدون لربنا حامدون صدق الله وعده ونصر عبده و هزم الأحزاب وحده).
Dia menghantar berita tentang kepulangannya kepada keluarganya dan janganlah dia pulang secara mengejut kerana perbuatan itu adalah dilarang.
Apabila sampai di tanah airnya dia membaca:
(اللهم إني أسألك خيرها, و خير أهلها, و خير ما فيها, و أعوذ بك من شرها, و شر أهلها و شر ما فيها اللهم اجعل لنا بها قرراً و رزقاً, اللهم ارزقنا جناها, و أعذنا من وباها, و حببنا إلى أهلها, و حبب صالحي أهلها إلينا).
Apabila dia sampai ke kawasan tempat tinggalnya, dia pergi ke masjid kemudian sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang dilarang mendirikan sembahyang kemudian dia masuk ke rumahnya dan mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat, memuji Allah s.w.t serta bersyukur di atas taufiq dan hidayatNya.
Disunatkan bagi orang yang bersalam dengan orang yang pulang dari mengerjakan Haji supaya berdoa:
(قبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك).
Yang bermaksud: Semoga Allah menerima ibadat Haji kamu dan mengampunkan dosa kamu serta menggantikan perbelanjaan kamu.
Jemaah Haji pula menjawab:
(غفر الله لنا ولكم).
Yang bermaksud: Semoga Allah mengampunkan dosa kami dan dosa kamu semua.
Sepatutnya selepas jemaah Haji pulang dia hidup dalam keadaan yang lebih baik dari sebelumnya kerana ia melambangkan bahawa ibadat Hajinya diterima dan melakukan kebaikan dengan lebih banyak lagi.

Sunday 6 October 2013

DOA KETIKA BERMALAM DI ARAFAH

Doa Malam Arafah adalah doa ketika jemaah haji berada di Padang Arafah pada 09 Zulhijjah. Doa ini tidak hanya dibaca oleh jemaah haji tetapi juga dianjurkan bagi semua kaum muslimin.
Dengan doa ini diharapkan kita terjaga dari segala bencana, dan disampaikan oleh Allah SAW pada hajat dunia dan akhirat yang kita harapkan. Lebih khusus lagi dengan doa ini kita doakan semoga ibadah haji saudara-saudara kita menjadi haji yang mabrur, diredhai oleh Allah SWT, diberi kesihatan yang baik dan diselamatkan dari segala bencana.
Berikut ini di antara bahagian dari rangkaian kalimat doa Malam Arafah:
.

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

اللهم صل على محمد وآل محمد

Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad
Ya Allah! Sampaikan selawat ke atas Rasulullah dan keluarganya.
.

اَللّهُمَّ يَا شَاهِدَ كُلِّ نَجْوى، وَمَوْضِعَ كُلِّ شَكْوى، وَعالِمَ كُلِّ خَفِيَّة، وَمُنْتَهى كُلِّ حَاجَة، يا مُبْتَدِئًاً بِالنِّعَمِ عَلَى الْعِبادِ، ياكَريمَ الْعَفْوِ، يَا حَسَنَ التَّجاوُزِ، يَا جَوَادُ يَا مَنْ لا يُوَارِي مِنْهُ لَيْلٌ دَاجٍ، وَلاَ بَحْرٌ عَجَّاجٌ، وَلاَ سَمَآءٌ ذَاتُ اَبْرَاجٍ، وَلاَ ظُلَـمٌ ذَاتُ ارْتِتَاجٍ، يَا مَنِ الظُّلْمَةُ عِنْدَهُ ضِيَآءٌ

Allâhumma yâ Syâhidu kulli najwâ. Wa maudhi‘a kulli syakwâ. Wa ‘âlima kulli khafiyyah. Wa muntahâ kulli hâjah. Yâ mubtadian binni’ami ‘alal ‘ibâd.Yâ Kârimal ‘afwi. Yâ hasanat tajâwuz. Yâ Jawâd. Yâ man lâ yuwârî minhu laylun dâjin, wa lâ bahrun ‘ujjâjin, wa lâ samâun dzâta abrâjin, wa lâ zhulmun dzâtartiyâjin. Yâ manizhzhulmatu ‘indahu dhiyâun.
Ya Allah! Wahai Yang Menyaksikan setiap rintihan. Wahai Tumpuan setiap pengaduan. Wahai Yang Mengetahui semua rahsia. Wahai Pengakhir dari segala keperluan. Wahai Yang Memulai dengan kenikmatan pada semua hamba-Nya. Wahai yang mulia ampunan-Nya. Wahai yang baik maghfirah-Nya. Wahai Yang Maha Dermawan. Wahai Yang dari-Nya tidak tersembunyi kegelapan malam, lautan yang berderu, langit yang berawan tebal dan gelap bercampur badai. Wahai Yang di sisi-Nya gelap menjadi cahaya..

اَسْاَلُكَ بِنُورِ وَجْهِكَ الْكَرِيمِْ الَّذِى تَجَلَّيْتَ بِهِ لِلْجَبَلِ فَجَعَلْتَهُ دَكَّاً وَخَرَّ موُسَى صَعِقاً

As-aluka binûri wajhikal karîm alladzî tajallayta bihi liljabali faja’altahu dakkaw wa kharra mûsa sha’iqa.
Daku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang mulia, yang apabila Dikau nampakkan pada gunung ia hancur dan Nabi Musa pun jatuh tersungkur..

وَبِاِسْمِكَ الَْمخْزُوْنِ الْمَكْنُوْنِ الْمَكْتُوْبِ الطّاهِرِ الَّذِى اِذَا دُعِيْتَ بِهِ اَجَبْتَ، وَاِذا سُئِلْتَ بِهِ اعَطْيَتْ

Wa bismikal makhzûnil maknûn, al maktûbith thâhiri alladzî idzâ du‘îta bihi awjabta wa idzâ suilta bihi a‘thayta.
Dengan Asma-Mu yang tersimpan kukuh, yang tertulis dan suci, yang apabila berdoa kepada-Mu dengannya Dikau makbulkan, dan bila meminta Dikau tunaikannya..

وَبِاِسْمِكَ السُّبوُّحِ الْقُدُّوسِ الْبُرْهَانِ الَّذِى هُوَ نوُرٌ عَلَى كُلِّ نُورٍ وَنوُرٌ مِنْ نوُرٍ يُضِيْىُ مِنْهُ كُلُّ نوُر، اِذَا بَلَغَ الاَْرْضَ انْشَقَّتْ، وَاِذَا بَلَغَ السَّمَاوَاتِ فُتِحَتْ، وَاِذَا بَلَغَ الْعَرْشَ اهْتَزَّ

Wa bismikassubûhil quddûsil burhân alladzî huwa nûrun ‘alâ kulli nûr, wa nûrun minnûrin yudhîu minhu kulli nûr, idzâ balaghal ardha insyaqqat, wa idzâ balaghas samâa futihat, wa iddza balaghal ‘arsya ihtazzat.
Dengan Asma-Mu yang suci, yang quddus dan jelas, yang berupa cahaya di atas semua cahaya, cahaya dari cahaya yang menyinari semua cahaya. Yang jika sampai ke bumi ia terbelah, bila sampai ke langit ia terbuka, dan bila sampai ke arasy ia bergoncang..

يَا مُجِيْبُ اَسْاَلُكَ بِحَقِّ هَذِهِ الاَْسْمَاءِ وَبِهَذِهِ الدَّعَوَاتِ اَنْ تَغْفِرَ لَنَا مَا قَدَّمْنَا وَما اَخَّرْنَا وَمَا اَسْرَرْنَا وَمَا اَعْلَنَّا وَمَا اَبْدَيْنَا وَمَا اَخْفَيْنَا وَمَا اَنْتَ اَعْلَمُ بِهِ مِنَّا اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Yâ mujîbu, as-aluka hihaqqi hâdzihil asmâi wa bihâdzihid da‘awâti, an taghfira lanâ mâ qaddamnâ wa mâ akhkharnâ, wa mâ asrarnâ wa mâ a‘lannâ, wa mâ abdaynâ wa mâ akhfaynâ, wa Anta a‘lamu bihi minnâ, innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr, birahmatika yâ Arhamar râhimîn.
Wahai Yang Maha Mengabulkan doa! Dengan hak semua nama dan doa yang telah daku sebutkan. Daku memohon kepada-Mu, ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang, yang kami sembunyikan dan yang kami nampakkan, Dikau lebih mengetahui daripada kami, sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ampunilah dosa-dosa kami dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi..

يَا حَافِظَ كُلِّ غَرِيْبٍ، يَا مُونِسَ كُلِّ وَحِيْدٍ، يَا قُوَّةَ كُلِّ ضَعِيْفٍ، يَانَاصِرَ كُلِّ مَظْلوُمٍ يَارَازِقَ كُلِّ مَحْرُوْمٍ، يَا مُوْنِسَ كُلِّ مُسْتَوْحِشٍ، يَا صَاحِبَ كُلِّ مُسَافِرٍ، يَا عِمَادَ كُلِّ حَاضِرٍ، يَا غَافِرَ كُلِّ ذَنْبٍ وَخَطيئَة

Yâ Hâfizha kulli gharîb. Yâ Mûnisa kulli wahîd. Yâ Quwwata kulli dha‘îf. Yâ Nâshira kulli mazhlûm. Yâ Râziqa kulli mahrûm. Yâ Mûnisa mustawhisyin. Yâ Shâhiba kulli musâfir. Yâ ‘Imâda kulli hâdhir. Yâ Ghâfira kulli dzanbin wa khathîah.
Wahai Yang Menjaga setiap yang terasing. Wahai Yang Menghibur setiap yang sendirian. Wahai Yang Menguatkan setiap yang lemah. Wahai Yang Menolong setiap yang teraniaya. Wahai Yang Memberi rezeki setiap yang berhalangan. Wahai Yang Menghibur setiap yang terhempas. Wahai Yang Menemani setiap musafir. Wahai Yang Menjaga setiap hadirin. Wahai Yang Mengampuni semua dosa dan kesalahan..

يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ، يَا صَرِيْخَ الْمُسْتَصْرِخِيْنَ، يَا كَاشِفَ كُرَبِ الْمَكْرُوْبِيْنَ، يَافَارِجَ هَمِّ الْمَهْمُوْمِيْنَ، يَابَدِيْعَ السَّمَاوَاتِ وَالاَْرَضِيْنَ، يَامُنْتَهَى غَايَةَ الطّالِبِيْنَ، يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ، يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ، يَا دَيَّانَِ يَوْمِ الدِّيْنِ

Yâ Ghiyâtsal mustaghîtsîn. Yâ Shârîkhal mustashrikhîn. Yâ Kâsyifa karbil makrûbîn. Ya Fârija hammil mahmûmîn. Yâ Badî‘as samâwâti wal aradhiyîn. Yâ Muntahâ ghâyatith thâlibîn. Ya Mûjîba da‘watil mudhtharrîn. Yâ Arhamar râhimîn. Yâ Rabbal ‘alamîn. Ya Dayyâna yawmid dîn.
Wahai Yang Melindungi setiap yang memohon perlindungan; Wahai Yang Menolong setiap jeritan yang mencari pertolongan; Wahai Yang Menghilangkan derita orang-orang yang menderita; Wahai Yang Menggembirakan duka orang-orang yang berduka; Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi; Wahai Pengakhir tujuan para pengharap; Wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang sengsara; Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Wahai Tuhan alam semesta; Wahai Yang Membalas pada Hari Pembalasan..

يَا اَجْوَدَ اْلاَجْوَدِيْنَ، يَا اَكْرَمَ اْلاَكْرَمِيْنَ، يَا اَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ، يَا اَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ، يَا اَقْدَرَ الْقَادِرِيْنَ

Yâ Ajwadal ajwadîn. Yâ Akramal akramîn. Yâ Asma‘as sami‘în. Yâ Absharan nâzhirîn. Yâ Aqdaral qâdirîn.
Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang dermawan; Wahai Yang Paling Mulia dari semua yang mulia; Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar; Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat; Wahai Yang Maha Kuasa dari semua yang berkuasa..

اِغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُغَيِّرُ النِّعَمَ

Ighfir liyadz dzunûbal latî tughayyirun ni‘am.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengubah kenikmatan..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُوْرِثُ النَّدَمَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tûritsun nadam.
Ampunilah dosa-dosaku yang mewarisi penyesalan..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتِى تُوْرَثُ السَّقَمَ

Waghfir liyadz dzunubal latî tûritsus saqam.
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تَهْتِكُ الْعِصَمَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tahtikul ‘isham.
Ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى تَرُدُّ الدُّعآءَ

Waghfir liyadz dzunubal latî taruddud du‘â’.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى تَحْبِسُ قَطْرَ السَّمَآءِ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tahbisu qathras samâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan turunnya hujan..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُعَجِّلُ الْفَنَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tu‘ajjilul fanâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang mempercepatkan kebinasaan..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوبَ الَّتِى تَجْلِبُ الشَّقَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tajlibusy syaqâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan penderitaan..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تُظْلِمُ الْهَوَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî tuzhlimul hawâ.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengelapkan hati..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنُوْبَ الَّتِى تَكْشِفُ الْغِطَآءَ

Waghfir liyadz dzunûbal latî taksyiful ghithâ’.
Ampunilah dosa-dosaku yang menutupi tirai..

وَاغْفِرْ لِىَ الذُّنوُبَ الَّتى لاَ يَغْفِرُهَا غَيْرُكَ يَا اَللهُ

Waghfir liyadz dzunûbal latî lâ yaghfiruhâ ghayruka yâ Allâh.
Ampunilah dosa-dosaku yang tiada memaafkannya kecuali Dikau, Ya Allah!
.

وَاحْمِلْ عَنِّى كُلَّ تَبِعَة لاَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، وَاجْعَلْ لِى مِنْ اَمْرِى فَرَجاً وَمَخْرَجاً وَيُسْراً، وَاَنْزِلْ يَقينَكَ فِى صَدْرِى، وَرَجَآءَكَ فِى قَلْبِى حَتَّى لاَ اَرْجُوَ غَيْرَكَ

Wahmil ‘annî kulla tabî‘atin liahadin min khalqika. Waj’allî min amrîfarajan wa makhrajan wa yusrâ. Wa anzil yaqînaka fî shadrî wa rajâaka fî qalbî, hattâ lâ arju ghayraka.
Jauhkan dariku setiap akibat buruk dari makhluk-Mu. Jadikan urusanku kebahagiaan bagiku, jalan keluar dan kemudahan. Tanamkan ke dalam dadaku keyakinan pada-Mu, dan ke dalam qalbuku harapan pada-Mu. Sehingga daku tidak berharap kepada selain-Mu..

اَللَّهُمَّ احْفَظْنِى وَعَافِنِى فِى مَقَامِى وَاصْحَبْنِى فِى لَيْلِى وَنَهَارِى وَمِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِيْنِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَمِنْ تَحْتِى

Allâhummahfazhnî wa ‘âfinî fî maqâmî. Washhabnî fî laylî wa nahârî wa min bayni yadayya wa min khalfî wa ‘an yamînî wa ‘an syimâlî wa min fawqî wa min tahtî.
Ya Allah! Jagalah daku dan selamatkan daku dalam keadaanku ini. Temani daku pada malam dan siangku, di depan dan di belakangku, di kanan dan kiriku, di atas dan di bawahku..

وَيَسِّرْ لِىَ السَّبِيْلَ، وَاَحْسِنْ لِىَ التَّيْسِيْرَ، وَلاَ تَخْذُلْنى فِى الْعَسِيْرِ، وَاهْدِنِى يَا خَيْرَ دَليْلٍ، وَلاَ تَكِلْنِى اِلِى نَفْسِى فِى اْلاُْموُرِ، وَلَقِّنِى كُلَّ سُرُوْرٍ

Wa yassir liyas sabîla, wa ahsin liyat taysîr. Wa lâ takhdzulnî fil ‘asîr. Wahdinî yâ khayra dalîl. Wa lâ takilnî ilâ nafsî fil umûri, wa laqqinî kulla surûr.
Mudahkan daku dalam perjalanan. Muliakan daku dengan kemudahan. Jangan hinakan daku dengan kesukaran. Berilah daku petunjuk Wahai Pemberi petunjuk yang terbaik. Jangan biarkan daku sendirian dalam segala urusanku. Karuniakan padaku setiap kebahagiaan..

وَاقْلِبْنِى اِلَى اَهْلِى بِالْفَلاَحِ وَالنَّجَاحِ مَحْبوُراًً مَحْبوُراً فِى الْعاجِلِ وَالاَْجَلِ اِنَّكَ عَلى كُلِّ شَىْء قَديرٌ

Waqlibnî ilâ ahlî bil falâhi wan najâhi mahbûran fil âajili wal âjili. Innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr.
Kembalikan daku pada keluargaku dengan kejayaan dan keselamatan yang dihiasi kebahagiaan, cepat atau lambat. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu..

وَارْزُقْنى مِنْ فَضْلِكَ، وَاَوْسِعْ عَلَىَّ مِنْ طَيِّباتِ رِزْقِكَ، وَاسْتَعْمِلْنى فى طاعَتِكَ، وَاَجِرْنى مِنْ عَذابِكَ وَنارِكَ، وَاقْلِبْنى اِذا تَوَفَّيْتَنى اِلى جَنَّتِكَ بِرَحْمَتِكَ

Warzuqni min fadhlika, wa awsi‘ ‘alayya min thayyibâti rizqika. Wasta‘milnî fî thâ‘atika, wa ajirnî min ‘adzâbika wa nârika. Waqlibnî idzâ tawaffaytanî ilâ jannatika birahmatika.
Anugerahkan padaku kurniaan-Mu. Luaskan bagiku rezeki-Mu yang baik. Anugerahkan padaku kekuatan beramal untuk beramal dalam ketaatan pada-Mu. Selamatkan daku dari seksa-Mu dan neraka-Mu. Masukkan daku ke syurga-Mu dengan rahmat-Mu ketika daku kembali kepada-Mu..

اَللّهُمَّ اِنّى اَعوُذُ بِكَ مِنْ زَوالِ نِعْمَتِكَ، وَمِنْ تَحْويلِ عافِيَتِكَ، وَمِنْ حُلوُلِ نَقِمَتِكَ وَمِنْ نُزوُلِ عَذابِكَ، وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ، وَدَرَكِ الشِّقَآءِ، وَمِنْ سُوءِ الْقَضَآءِ، وَشَمَاتَةِ الاَْعْدَآءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمآءِ، وَمِنْ شَرِّ مافِى الْكِتَابِ الْمُنْزَلِ

Allâhumma innî a‘ûdzubika min zawâli ni‘matika, wa min tahwîli ‘âfiyatika, wa min hulûli niqmatika, wa min nuzûli ‘adzâbika, wa a‘ûdzubika min juhdil balâi wa darakisy syaqâ’, wa min sûil qadhâi wa syamâtatil a‘dâi, wa min syarri mâ yanzilu minas samâi, wa min syarri mâ fil kitabil munzal.
Ya Allah! Sungguh daku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, berubahnya kesalamatan-Mu, datangnya seksa dan azab-Mu. Daku berlindung kepada-Mu dari bala yang berat dan kesengsaraan, dari takdir yang buruk dan kejahatan musuh-musuh-Mu, dari keburukan yang datang dari langit dan keburukan yang disebutkan dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Rasul-Mu..

اَللّهُمَّ لا تَجْعَلْنِى مِنَ الاَْشْرَارِ، وَلاَ مِنْ اَصْحَابِ النَّارِ، وَلاَ تَحْرِمْنِى صُحْبَةَ الاَْخْيَارِ، وَاَحْيِنِى حَيَاةً طَيِّبَةً وَتَوَفَّنِى وَفَاةً طَيِّبَةً تُلْحِقْنِى بِالاَبْرَارِ، وَارْزُقْنِى مُرَافَقَةِ الاَنْبِيَآءِ فِى مَقْعَدِ صِدْقِ عِنْدَ مَلِيْكٍ مُقْتَدِر

Allâhumma lâ taj’alnî minal asyrâri. Wa lâ min ashhâbin nâri. Wa lâ tahrimnî shuhbatal akhyâri. Wa ahyinî hayâtan thayyibah. Wa tawaffanî wafâtan thayyibatan tulhiqunî bil abrâr. Warzuqnî murâfaqatal ambiyâi fî maq‘adi shidqin ‘inda malîkin muqtadir.
Ya Allah! Jangan golongkan daku dengan orang-orang yang buruk dan penghuni neraka. Jangan halangi daku untuk bersahabat dengan orang-orang yang baik. Hidupkan daku dengan kehidupan yang baik; Matikan daku dengan kematian yang baik yang membawa daku pada orang yang baik. Anugerahkan padaku persahabatan dengan para Nabi di tempat yang benar di sisi Pemilik Yang Maha Kuasa..

اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى حُسْنِ بَلاَئِكَ وَصُنْعِكَ، وَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى الاِْسْلاَمِ وَاتِّبَاعِ السُّنَةِ

Allâhumma lakal hamdu ‘ala husni balâika wa shun’ika. Wa lakal hamdu ‘alal islâmi wattibâ‘is sunnah.
Ya Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu. Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada agama Islam dan mengikuti sunnah Nabi-Mu..

يَا رَبِّ كَمَا هَدَيْتَهُمْ لِدِيْنِكَ وَعَلَّمْتَهُمْ كِتَابَكَ فَاهْدِنَا وَعَلِّمْنا

Yâ Rabbi, kamâ hadaytahum lidînika wa ‘allamtahum kitâbaka fahdinâ wa ‘allimnâ.
Wahai Tuhanku! Sebagaimana telah Dikau tunjuki mereka pada agama-Mu dan Dikau ajarkan kepada mereka kitab-Mu, maka tunjuki kami dan ajari kami..

وَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى حُسْنِ بَلائَِكَ وَصُنْعِكَ عِنْدِى خَآصَّةً كَمَا خَلَقْتَنِى فَاَحْسَنْتَ خَلْقِى، وَعَلَّمْتَنِى فَاَحْسَنْتَ تَعْلِيْمِى، وَهَدَيْتَنِى فَاَحْسَنْتَ هِدَايَتِى. فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى اِنْعَامِكَ عَلَىَّ قَدِيْماً وَحَدِيْثاً

Falakal hamdu ‘alâ husni balâika wa shun‘ika khâshshatan. Kamâ khalaqtanî fa-ahsanta khalqî. Wa ‘allamtanî fa-ahsanta ta‘lîmî. Wa hadaytanî fa-ahsanta hidâyatî. Falakal hamdu ‘alâ in‘âmika ‘alayya qadîman wa hadîtsan.
Segala puji bagi-Mu yang telah membawa daku pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu secara khusus bagiku. Sebagaimana Dikau ciptakan daku lalu Dikau jadikan daku dengan ciptakan yang baik, Dikau ajari daku lalu Dikau baikkan pengajaran padaku. Dikau tunjukkan daku lalu Kau baguskan petunjuk bagiku. Segala puji hanya milik-Mu puji atas segala nikmat yang telah Dikau berikan padaku yang dahulu atau yang baru..

فَكَمْ مِنْ كَرْبٍ يَا سَيِّدِى قَدْ فَرَّجْتَهُ، وَكَمْ مِنْ غَمٍّ يَا سَيِّدِى قَدْ نَفَّسْتَهُ، وَ كَمْ مِنْ هَمٍّ يَا سيِّدِى قَدْ كَشَفْتَه، وَكَمْ مَنْ بَلاَءٍ يَا سيِّدِى قَد صَرَفْتَه وَكَمْ مِنْ عَيْبٍ يَا سَيِّدِى قَدْ سَتَرْتَهُ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى كُلِّ حَال فِى كُلِّ مَثْوًى وَزَمَان وَمُنْقَلَب وَمَقَام، وَعَلَى هَذِهِ الْحَالِ وَكُلِّ حَال

Fakam min kurbin yâ Sayyidî qad farajatahu. Wa kam min hammin yâ Sayyidî qad kasyaftahu. Wa kam min balâin yâ Sayyidî qad sharaftahu. Wa kam min ‘aybin yâ Sayyidî qad satartahu. Falakal hamdu ‘alâ kulli hâlin fî kulli matswâ wa zamânin wa munqalibin wa maqâmin wa ‘alâ hâdzihil hâli wa kulli hâl(in).
Betapa banyak penderitaan pada Junjunganku yang Dikau bahagiakan. Betapa banyak kesengsaraan Junjunganku yang Dikau hilangkan. Betapa banyak kesukaran Junjunganku yang Dikau lepaskan. Betapa banyak cubaan Junjunganku yang Dikau singkirkan. Dan betapa banyak aib Junjunganku yang Dikau rahsiakan. Segala puji hanya milik-Mu puji dalam segala keadaan, tempat dan waktu, dalam keadaan ini dan segala keadaan..

اَللّهُمَّ اجْعَلْنِى مِنْ اَفْضَلِ عِبَادِكَ نَصِيْباً فِى هَذَا الْيَوْمِ مِنْ خَيْر تَقْسِمُهُ اَوْ ضُرٍّ تَكْشِفُهُ اَوْ سُوءٍ تَصْرِفُهُ اَوْ بَلاَء تَدْفَعُهُ اَوْ خَيْر تَسوُقُهُ اَوْ رَحْمَة تَنْشُرُهَا اَوْ عَافِيَة تُلْبِسُهَا، فَاِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ وَبِيَدِكَ خَزَآئِنُ السَّمَاوَاتِ وَالاَْرْضِ

Allâhummaj‘alnî min afdhali ‘ibâdika nashîban fî hâdzal yawmi min khayrin taqsimuhu, aw dhurrin taksyifuhu, aw sûin tashrifuhu, aw balâintadfa‘uhu, aw khayrin tasûquhu, aw rahmatin tansyuruhâ, aw ‘âfiyatin tulbisuhâ. Fa innaka ‘alâ kulli syay-in qadîr. Wa biyadika khazâinus samâwâti wal ardh(i).
Ya Allah! Jadikan daku tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang memperoleh bahagian yang paling utama pada hari ini dari kebaikan yang Dikau bahagikan atau penderitaan yang Dikau hilangkan; Kesulitan yang Dikau singkirkan, cubaan yang Dikau tolakkan, kebaikan yang Dikau curahkan, rahmat yang Dikau sebarkan, keselamatan yang Dikau berikan. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Hanya di tangan-Mu semua khazanah langit dan bumi..

وَاَنْتَ الْوَاحِدُ الْكَرِيْمُ الْمُعْطِى الَّذِى لاَ يُرَدَّ سَآئِلُهُ، وَلاَ يُخَيَّبُ آمِلُهُ، وَلاَ يَنْقُصُ نَآئِلُهُ، وَلاَ يَنْفَدُ مَا عِنْدَهُ بَلْ يَزْدَادُ كَثْرَةً وَطَيِّباً وَعَطَآءً وَجُوْداً

Wa Antal Wâhidul Karîmul Mu’thî alladzî lâ yuraddu sâiluhu, wa lâ yukhayyabu âmiluhu, wa lâ yanqushu nâiluhu, wa lâ yanfadu mâ ‘indahu, bal yazdâdu katsratan wa thayyiban wa ‘athâan wa jûdâ.
Dikau Maha Esa, Maha Mulia dan Maha Pemberi. Dikaulah yang tidak menolak orang yang memohon, yang tidak mengsia-siakan orang yang berharap, yang tidak kekurangan sedikit pun kurnia-Nya kerana orang yang memperolehinya dan tidak akan habis segala yang ada di sisi-Nya. Bahkan bertambah banyak kebaikan-Nya, pemberian dan kepermurahaan-Nya..

وَارْزُقْنِى مِنْ خَزَآئِنِكَ الَّتِى لاَ تَفْنَى، وَمِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ اِنَّ عَطَآءَكَ لَمْ يَكُنْ مَحْظُوْراً، وَاَنْتَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Warzuqnî minkhazâinikallatî lâ tafnâ wa min rahmatikal wâsi‘ah. Inna ‘athâaka lam yakun mahzhûrâ. Wa Anta ‘alâ kulli syay-in qadîr birahmatika yâ Arhamar râhimîn.
Kurniakan padaku dari khazanah-khazanah-Mu apa yang tidak pernah musnah dan dari rahmat-Mu yang sangat luas. Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah terhalang. Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu; Dengan rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
.
(Mafâtihul Jinân: Bab 2, Fasal 5)
.

Tuesday 1 October 2013

IBADAT QURBAN DAN AQIQAH


Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.
Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Dalil atau ayat dalam al-Quran yang berbicara tentang ritual qurban antara lain:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Artinya: “Maka laksanakanlah sholat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).” (Q.S. al-Kautsar: 2).
Selain itu, dalil tentang mimpi Nabi Ibrahim a.s. ketika diperintahkan Allah swt. untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail a.s., namun akhirnya Allah swt. menggantinya dengan seekor domba adalah sebagai berikut:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْىَ قَالَ يَبُنَىَّ إِنِّى أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّى أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى, قَالَ يَاَبَتِ افْعَلْ مَاتُؤْمَرُ, سَتَجِدُنِى إِنْ شَآءَ اللهُ مِنَ الصَّبِرِيْنَ. فَلَمَّآ أَسْلَمَا وَتَلَّهُ, لِلْجَبِيْنَ. وَنَدَيْنَهُ أَنْ يَآِبْرَهِيْمُ. قَدْ صَدَّقْتَ الرُّءْيَآ, إِنَّا كَذَالِكَ نَجْزِى الْمُحْسِنِيْنَ. إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَؤُاْ الْمُبِيْنُ. وَفَدَيْنَهُ بِذِبْحٍ عَظِيْمٍ.
Artinya: “Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab: “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.” Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (untuk melaksanakan perintah Allah). Lalu Kami panggil dia: “Wahai Ibrahim! Sungguh, engkau telah membenarkan mimpi itu.” Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (Q.S. ash-Shaffat: 102 – 107).

Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.
PENYEMBELIHAN QURBAN
                        Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)
                        "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)
                        Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
                        Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."    (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
HUKUM BERQURBAN
                        Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    *Islam
    *Merdeka (Bukan hamba)
    *Baligh lagi berakal
    *Mampu untuk berqurban
Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
                        Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
PERLAKSANAAN QURBAN
    *Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
    *Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
    *Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
    *Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
 1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda  Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAT
    *Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
    *Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
    *Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
    *Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
    *Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
    *Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
AQIQAH UNTUK ANAK
                        Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
                        Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.
                        Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).
                        Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.
HUKUM AQIQAH
    *Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
    *Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
    *Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
    *Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
    *Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH
    *Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
    *Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
          1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)."   (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).
          2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
    *Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
    *Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
    *Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
    *Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.
    *Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
    *Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.