Wednesday 19 June 2013

Berniat Ihram di Miqat


Definisi:
Berniat ihram ialah berniat untuk mengerjakan umrah. Niat tersebut hendaklah dilakukan di miqat. Definisi Miqat: Miqat ialah ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram umrah. Miqat terbahagi kepada dua iaitu Miqat Zamani dan Miqat Makani. 

MIQAT ZAMANI UMRAH
Miqat Zamani umrah ialah sepanjang masa bagi seseorang untuk berniat ihram umrah selain daripada masa ia sedang berihram haji menurut syarat-syaratnya.

MIQAT MAKANI UMRAH

 
Miqat Makani umrah ialah ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram umrah.


MIQAT MAKANI UMRAH BAGI PENDUDUK LUAR MAKKAH 

-  Yalamlam (al-Sa’diyyah):
  Miqat bagi penduduk-penduduk Yaman dan orang-orang yang datang dari arahnya. Yalamlam ialah nama 

  sebuah bukit yang terletak berhampiran Laut Merah di Semenanjung Tanah Arab. Jaraknya lebih kurang 89 
  kilometer dari Makkah.

-  Zulhulaifah (Abyar Ali/Bir Ali): 
  Miqat bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang datang dari arahnya. Jaraknya lebih kurang 425 kilometer 
  dari Makkah dan lebih kurang 10 kilometer dari Masjid Nabawi.

-  Al-Juhfah: 
 Miqat bagi penduduk Syam (Jordan, Lubnan, Palestin, Syria) dan orang-orang yang datang dari arahnya.  
 Jaraknya lebih kurang 187 kilometer dari Makkah. Pada masa sekarang, tempat berihram bagi miqat ini ialah di 
 kawasan yang dikenali sebagai al-Rabigh.

-Qarn al-Manazil (al-Sayl):
 Miqat bagi penduduk
Najd dan orang-orang yang datang dari arahnya. Jaraknya dari lebih kurang 94 kilometer  
 dari Makkah.

-Zatu`Irqin (al-Daribah):
Miqat bagi penduduk
Iraq dan orang-orang yang datang dari arahnya. Jaraknya kurang 94 kilometer dari Makkah.
Tempat berniat ihram umrah bagi penduduk Makkah dan juga bagi orang yang berada di Makkah ialah di Tanah Halal. Sebaik-baik tempat untuk berniat umrah menurut turutannya adalah seperti berikut:
1.        Ji’ranah - yang terletak lebih kurang 22 kilometer dari Masjidil Haram 
2.        Tana’im yang terletak lebih kurang 5 kilometer dari Masjidil Haram.
3.   
Hudaibiyah (Syumaisi) yang terletak lebih kurang 29 kilometer dari Masjidil Haram.



  •  Masjid Ji'ranah





Masjid Ji'ranah



Masjid Tannaim



Masjid Tannaim

Masjid Hudaibiyah
  • Tembok dibelakang ini adalah Masjid Asal yang telah runtuh
 Bekas peninggalan masjid asal




Monday 17 June 2013

DATARAN KAABAH

  KISWAH DILIHAT DARI DEKAT (KELAMBU KAABAH)

MASJIDIL HARAM YANG AKAN DALAM PERANCANGAN


Doa yang kulafaskan selepas tawaf wida di hadapan kaabah.
 Wahai Allah,
Aku bersyukur kepadaMu ,Kerana Engkau telah menjemputku,Menjadi tetamu AgungMu, Walaupun aku sebenarnya tidak layak. Wahai Allah, Dalam ramainya manusia di rumahMu, Akulah yang paling berdosa,Akulah yang paling hina, Akulah yang paling tiada apa, Akulah yang paling banyak melakukan maksiat.
 Wahai Allah,
 Ampunkan segala dosaku Walaupun sebanyak buih dilautan, Walaupun sebanyak pasir dipantai, Walaupun sebesar Gunung Uhud, Walaupun memenuhi antara langit dan bumi . Ya Allah, ku mohon ampun kepada mu di atas segala kesalahan dan dosaku, sama ada yang aku sengajakan atau tidak aku sengajakan. Sama ada zahir dan batin. Sama ada pada perkataan tulisanku atau perbuatanku.
Sesungguhnya tidak ada daya upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan keupayaan dan kekuatanmu Allah yang maha tinggi lagi maha Agong.
 Wahai Allah,
 Aku bersyukur kepadaMu, Kerana Engkau telah pilih aku, Dalam jutaan manusia seluruh alam Untuk datang ke tempat yang paling suci diatas muka bumi . Tempat lahir NabiMu Muhammad SAW, Tempat pengorbanan kekasihMu Ibrahim Khalilullah AS, Tempat dibesarkan UtusanMu Ismail AS. Wahai Allah, Janganlah Engkau hukum aku semasa hayatku, Janganlah Engkau azab aku selepas hayatku, Janganlah Engkau hina aku diakhirat nanti, Engkaulah Tuhan yang maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
 Wahai Allah,
 Janganlah Engkau biarkan dosaku tanpa diampunkan, Janganlah Engkau biarkan sakitku tanpa disembuhkan. Janganlah Engkau biarkan jalanku tanpa Engkau beri cahaya.Janganlah Engkau biarkan kesesatan tanpa Engkau beri Hidayah. Janganlah Engkau biarkan hajatku tanpa Engkau tunaikan. Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku dan terimalah taubatku. Aku tak sempurna dan aku nak memperbaiki diri. Bimbinglah aku ke jalan yang diredhai-Mu.
 Ya Allah, Berilah segala kemudahan kepadaku, Janganlah engkau beri kesusahan dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya. Wahai Allah, Aku memohon sebagaimana yang didoa oleh Nabi Ibrahim AS. Tetapkanlah aku didalam mendirikan Solat. Berikan lah aku kesabaran didalam menghadapi dugaan didunia ini. Juga kepada isteri dan zuriatku. Jadikanlah zuriatku insan berguna didunia dan Akhirat. Terangkanlah hatiku dan anak-anak ku dalam meneuntut ilmu pelajaran. Kau lembutkanlah hati anak-anak ku agar senang menerima Tunjuk ajar dari ku dan isteriku.Hindarkanlah aku dan anak-anak aku daripada penyakit mudah lupa apa yang telah dipelajari. Berikanlan Kejayaan dan kecemrlangan didalam pelajaran, Jadikan lah anak-anak ku insan berguna didunia dan diakhirat.
 Ampunakn lah dosa anak-anakku, Isteriku dan kedua ibubapaku. Kau murahkanlah rezki ku,Kau hindarkan aku dan keluargaku daripada dianaya & teranaya didunia ini. Kau permudahkanlah segala perkerjaan yang sukar menjadi senang. Berikanlah aku kesabaran.
 Wahai Allah, Kau murahkanlah rezki ku didunia ini. Kau berikalah kerberkatan keatas rezki yang kau berikan padaku. Perkenankanlah doaku ini.
 Wahai Allah,
 Jadikan aku membenci maksiat sebagaimana aku menyukainya. Jadikan aku hambaMu yang sentiasa taat,dan sentiasa beriman. Jadikan aku hambaMu yang sentiasa Ikhlas. Jadikan aku hambaMu yang engkau redhai .Jadikan aku kekasihMu, Walaupun Engkau tahu siapakah diriku. Wahai Allah, Semua mereka yang hadir disini adalah tetamuMu ,Semua mereka yang hadir disini adalah saudaraku. Engkau ampunkan segala dosa-dosa mereka Yang lampau dan yang akan datang, Aku tidak layak untuk berdoa, Aku tidak tahu bagaimana berdoa, Aku banyak meminta kepadaMu Tetapi aku jarang bersyukur kepadaMu. Aku juga jarang mentaati perintahMu. Dan aku banyak melakukan apa yang Engkau larang.
Wahai Allah,
Hanya Engkau yang Maha Melihat, Hanya Engkau yang Maha Mendengar, Hanya engkau yang Maha Mengetahui, Hanya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana, Hanya Engkau yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik buatku. Wahai Allah Perkenankanlah segala hajat dan doaku, Terimalah doa dan segala Ibadahku, Terimalah segala usaha dan pengorbanku untuk agamaMu. Terimalah Solatku, sujud, ruku, qiam ku, Terimalah diri dan hartaku. Wahai Allah, Kuatkanlah Imanku, Tetapkanlah Imanku, Matikanlah aku dalam beriman kepadaMu, Jauhkan aku dari siksa Kubur yang amat dahsyat .Selamatkan aku dari siksa di Mahsyar, Mizan dan Sirat, Bebaskan aku dari api Neraka Jahannam, Masukkan aku didalam Syurga Firdaus. Dengan RahmatMu Ya Allah.Dengan Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Sahabat Baginda dengan berkat dan keselamatan Segala Puji bagiMu Wahai Allah…Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
 Wahai Allah jadikanlan aku diantara hamba-hamba mu. Yang sentiasa merendah diri dan sujud kepada mu sebelum dipanggil pulang ke hadrat mu. Ampunilah dosa-dosa ku dan masukan daku keadaan Syurga mu.

MENARA JAM MEKKAH



Surah Al-Baqarah( Ayat 125 -126 ):
“Dan( ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah( Ka’abah ) tempat berkumpul dan tempat aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang iktikaf, orang yang ruku’ dan orang yang sujud!” ( ayat 125 ).Dan( ingatlah ), ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah( negeri Mekah ) ini negeri yang aman dan berilah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya, iaitu di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,” Dia( Allah ) berfirman, “Dan kepada orang yang kafir akan Aku beri kesenangan sementara, kemudian, akan Aku paksa dia ke dalam azab dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”( ayat 126 )
Kini  Mekah di mana merupakan lokasi Ka’abah didirikan menjadi tempat yang aman, penuh barakah dan direzekikan dengan pelbagai jenis buah-buahan. Walaupun ketika itu, ternyata lokasi tersebut adalah kering kontang dan tidak mungkin terdapatnya manusia dan tanam-tanaman, namun berkat doa Nabi Ibrahim, ia telah dimakbulkan Allah. Ini terbukti dengan kedatangan manusia saban hari ke bumi Mekah terutama untuk beribadat haji dan umrah serta pelbagai jenis buah-buahan yang dapat kita nikmati sehingga ke hari ini. Apa sahaja buah-buahan….kini, ada sahaja di Mekah.



Dilihat Dari Aras Bumbung Masjidil Haram



Dari Dataran Kaabah

Wednesday 12 June 2013

CARA MENGERJAKAN IBADAT UMRAH

Cara Mengerjakan UmrahBerikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk mengerjakan ibadah umrah. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya, insyaAllah.

Rukun Umrah

Sebelum itu mari kita pelajari rukun-rukun umrah. Rukun umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib
Huraian terperinci bagi setiap rukun adalah seperti dibawah.
1. Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
2. Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.
3. Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
  • Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.



Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berangkat

1. Memotong kuku;
2. Mencukur bulu kemaluan & bulu ketiak;
3. Merapikan rambut dan misai.
Cara-cara mengerjakan umrah adalah seperti imej dibawah:

 
Rukun Umrah terbahagi kepada 5 iaitu:
  1. Niat
  2. Thawaf
  3. Saie
  4. Bercukur atau bergunting
  5. Tertib
Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.
Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah
  • Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam. Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
  1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
  2. Menjaga larangan ihram.
  3. Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.

Tuesday 4 June 2013

Tawaf Wida' (Tawaf Selamat Tinggal)




 http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2012/08/doa-selepas-solat-tawaf-wada.jpg






 “Ya Allah, ya Tuhanku, Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali penghabisan di BaitullahMu. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali akhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Penyayang”.

Tawaf Wida' ialah tawaf perpisahan (Tawaf selamat tinggal). Wajib kena buat sebelum kita pulang ke Tanah air.


Doa yang perlu dibaca

Masa tawaf Wida' tiga perkara harus ditekankan semasa berdoa.
  1. minta Allah terima ibadah umrah yang telah dilakukan,
  2. minta Allah tidak jadikan umrah ini sebagai umrah terakhir,
  3. dan minta Allah sejahterakan segala urusan selepas ini.

"Ya Allah ya tuhanku, jangan jadikan tawaf dan ziarah hambamu ini sebagai sebagai kali penghabisan di baitullah, jika sekiranya di takdirkan menjadi yg terakhir maka hambamu pohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan rahmatmu wahai tuhan yg maha rahmat"..
Ya Allah hambamu ini terlalu ingin menunaikan haji/umrah bersama isteri dan anak-anakku ya Allah......
aku memohon dengan rahmat dan kasih sayangmu kau jemputlah kami ya Allah (Isteri dan anak2ku)
menjadi tetamumu Ya Allah..
Orang yang dikecualikan
Tak semua orang wajib kena buat tawaf wida' ni. Pengecualian dari tawaf wida' ialah orang yang uzur syara'i, orang yang ada penyakit tak boleh kawal kencing (penceramah ada sebut nama saintifik penyakit ni, tapi tak sempat salin), dan orang yang takut terlepas jadual perjalanan. Maksud dia, dia kesuntukan masa sebab kelam kabut, jadi kalau dia buat juga tawaf wida' tu, dia akan ketinggalan bas yang bawa dia ke lapangan terbang, dan selepas tu dia akan miss flight balik ke KL. Jadi orang macam ni pun dikecualikan. Moral of the story: kena planned in advance. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Waktu paling afdhal

Time paling afdhal buat tawaf wida ni ialah selepas sembahyang Zohor. Kami diberitahu yang fatwa dari Tabung Haji kata, boleh tawaf sebelum Zohor beberapa pusingan, then sambung lagi pusingan yang tak lengkap tu selepas Zohor. Contoh: buat lima pusingan tawaf, then break sekejap untuk sembahyang jemaah Zohor, lepas tu sambung lagi dua pusingan. Tujuannya ialah untuk kejar masa.

Pantang larang lepas tawaf wida

Lepas tawaf wida, tak boleh pergi membeli-belah, tak boleh tido di hotel, dan tak boleh lepak-lepak di masjid. Dalam erti kata lain, lepas je tawaf wida', jemaah mesti dalam keadaan 'ready' untuk berangkat naik bas meninggalkan hotel. Tu sebab tak boleh tido, atau lepak-lepak di bilik hotel tengok tv dan yang seumpama dengannya. Kalau langgar peraturan ni, kena bayar dam.

Monday 3 June 2013

TAWAF

Definisi Tawaf

Tawaf (ﻃﻮﺍﻑ) ialah mengelilingi kaabah ikut arah berlawanan pusingan jam sebanyak tujuh kali. Tawaf hanya dilakukan dalam Masjidil Haram, dan tawaf hanyalah mengelilingi kaabah dan bukan benda-benda lain.
Tawaf ialah rukun umrah yang kedua selepas niat. Selepas tawaf barulah boleh dibuat saie dan seterusnya bercukur.

Syarat-syarat Tawaf

Syarat-syarat tawaf adalah seperti berikut:
  1. Suci daripada hadas
  2. Suci daripada najis pada badan dan pakaian
  3. Menutup aurat
  4. Bermula dari penjuru kaabah yang ada Hajar Aswad
  5. Kaabah berada di sebelah bahu kiri dan berjalan ke hadapan
  6. Dilakukan dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ)
  7. Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin
Tengok foto di atas (ehsan dari www.gsalam.net/). Masa tawaf tak boleh masuk ke dalam Hijir Ismail (yang melengkung tu) sebab dulu Hijir Ismail tu adalah sebahagian dari kaabah juga. Tawaf ialah 'di luar kaabah' jadi kalau masuk ke kawasan Hijir Ismail tu sama macam masuk ke dalam kaabah jadi tak sah tawaf. Line hijau tu ialah permulaan tawaf dan di situ jugalah ending tawaf.

Perkara Sunat Semasa Tawaf

Perkara-perkara berikut adalah yang sunat dilakukan semasa tawaf:
  1. Bertawaf dengan berjalan kaki
  2. Memendekkan langkah
  3. Berjalan cepat dengan berlari anak
  4. Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar" (Istilam ialah mengucup Hajar Aswad, atau menyentuhnya dengan tangan, atau membuat isyarat isyarat atau melambai dengan tangan)
  5. Beristilam dengan tangan kanan
  6. Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya
  7. Beristilam di rukun Yamani
  8. Berittibak (kain ihram tidak menutup bahu kanan bagi lelaki)
  9. Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim
  10. Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam)
Ittibak ialah seperti foto di atas. Kain ihram dibuka di bahagian bahu kanan. Keadaan ittibak ini masa tawaf sahaja. Masa solat dan saie dah boleh tutup seluruh badan dengan kain ihram.  

Tawaf Sunat
Tawaf sunat ialah tawaf lain di luar umrah. Tawaf sunat masih perlu dibuat tujuh pusingan dan arahnya pun sama juga iaitu menentang arah pusingan jam (anti clockwise). Startingnya pun sama juga iaitu di sudut hajarul aswad yang ada tanda lampu hijau.
Tak perlu pergi ke miqat untuk buat tawaf sunat ni. Tak perlu pakai pakaian ihram. Tak perlu saie. Pakaian bebas. Pakailah apa pun asalkan sesuailah untuk beribadat. Tengok foto bawah (klik untuk besarkan gambar). Tak semua pakai ihram. Yang tak pakai ihram tu ialah yang sedang buat tawaf sunat.
JENIS-JENIS TAWAF  

-  Tawaf Ifadhah :
   Tawaf ziarah atau tawaf rukun 
-  Tawaf Qudum : 
   Tawaf selamat datang dilakukan ketika mula-mula sampai ke Mekah. tidak perlu bagi
    jemaah  yang mengerjakan ibadah umrah.

-  Tawaf Wida’    :
   Tawaf selamat tinggal dilakukan ketika hendak meninggalkan Mekah.

-  Tawaf Sunat

-  Tawaf Nazar    : 
   Tawaf yang dilakukan kerana menunaikan nazar yang telah dibuat.

   Tawaf Qudum

   Tawaf Qudum  tidak perlu dilakukan oleh 3 kategori manusia:

Penduduk Makkah dan mereka yang sama dengan hukum dengannya, iaitu mereka yang 
    tinggal dalam  lingkungan miqat

-  Mereka yang mengerjakan  ibadah umrah atau haji secara tammattu’

-  Mereka yang mengerjakan ibadat haji tetapi terus ke Arafah untuk wukuf


Tawaf Ifadhah atau Tawaf Ziarah

Ulama’ sepakat bahawa Tawaf Ifadhah ini merupakan rukun bagi ibadah Umrah. Tanpanya ibadat umrah tidak akan terlaksana. 
Tawaf Wida’

Tawaf Wida’  - meninggalkan tawaf Wida’ dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan dam kecuali yang tidak berkuasa langsung sampai ke Masjidil Haram dan adalah sunat tetapi digalakkan untuk mereka yang mahu keluar dari Makkah walaupun dia merupakan penduduk Makkah


Selain daripada 3 jenis ini,  dikira sebagai tawaf sunat.
 Syarat syarat Sah Tawaf -

1.     Hendaklah dimulakan digarisan yang membetuli dengan Hajar al Aswad.

2.     Berniat melakukan tawaf,

3.     Mengelilingi Ka’abah sebanyak 7 pusingan.

4.     Sentiasa mengarahkan bahu kiri ke arah Ka’abah

5.     Semata semata untuk tawaf

6.     Dilakukan di dalam masjid,  di luar Hijir Ismail dan tidak menyentuh mana mana bahagian Kaabah

7.     Suci daripada najis dan dalam keadaan berwuduk

8.     Menutup aurat seperti mana di dalam Solat.


Sunat Sunat Tawaf


1.  Berjalan kaki walaupun seorang perempuan.

2.  Mengistilamkan Hajar al Aswad dengan tangan kanan kemudian mengucupnya 
      dengan meletakan tangan di  dahi.

3.  Setiap tawaf itu hendaklah berdoa dan memohon apa saja yang dihajati. Doa yang 
    ma’thur adalah lebih baik daripada sebaliknya dan Al Quran adalah sebaik baik zikir yang
    diucapkan.

4.  Bagi setiap tawaf yang di ikuti dengan Sa’i, tiga pusingan tawaf yang awal hendaklah dilakukan secara berlari
     anak, selebihnya berjalan macam biasa.

5.  Bagi orang lelaki dan kanak kanak hendaklah memakai selepang yang disangkut ke atas 
     bahu kiri serta  dililitkan  ke bawah ketiak kanan semasa tawaf dan sai’

6.   Dilakukan secara berturut turut.

7.   Sunat merapatkan diri dengan Ka’abah

8.   Sembahyang 2 rakaat selepas tawaf dibelakang Maqam Ibrahim

9.  Sunat juga memasuki Hijir Ismail sebanyak yang boleh untuk bersembahyang sunat.


Kelebihan dan Hikmah Tawaf

Amalan tawaf di keliling Ka’abah  dimulakan sejak ribuan tahun yang lalu oleh Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya dan juga amalan amalan para malaikat. Allah  Ta’ala telah menurunkan pada setiap hari kepada orang orang yang berada di Masjid Haram sebanyak 120 rahmat, 60 rahmat bagi orang yang tawaf, 40 rahmat kepada sesiapa yang bersembahyang  dan 20 rahmat kepada yang memandang Ka’abah. Tawaf iaitu mengelilingi Ka’abah adalah semata mata untuk membesarkan Allah dan kekuasaanNya, bukan untuk memuja dan mendewakan Ka’abah yang berbentuk kubus yang dibina oleh manusia sendiri. Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak 7 kali. 7 adalah angka banyak yang paling minima dan 7 kali tawaf dikira cukup banyak bagi anak Adam yang kekuatannya terbatas berbanding dengan kekuatan para malaikat. 7 juga adalah angka ganjil dan Allah suka kepada angka ganjil. Rasulullah menyuruh para sahabat berlari kecil pada 3 pusingan pertama sesudah diberitahu bahawa orang orang Makkah mencemuh dan mengejek ngejek para sahabat yang tawaf dalam keadaan letih sesudah berjalan jauh. Ini bertujuan membuktikan bahawa tuduhan musyrikin Makkah adalah tidak benar kerana kaum muslimin kebanyakkanya masih sihat dan bertenaga. Mereka juga disuruh membuka bahu dan lengan di sebelah kanan supaya kekuatan lengan dapat dilihat oleh musuh. Sebab itulah di syaratkan bahu kiri hendaklah sentiasa mengarah ke Ka’abah. Dan sentiasa berpusing ke arah kiri sahaja.



Sunday 2 June 2013

Apa Itu Umrah

Pengertian Umrah

Umrah ialah mengunjungi Baitullahil-Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, saie, dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

Waktu buat umrah

Umrah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dalam setahun kecuali jika seseorang itu sedang buat ibadat haji.

Hukum Mengerjakan Umrah

Pendapat jumhur ulamak mengatakan bahawa umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Ada hadis yang menyebutkan yang umrah dalam bulan Ramadan menyamai pahala ibadah haji. Ada satu lagi hadis yang mana Rasulullah s'a.w. bersabda yang haji dan umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa mengerjakan yang mana dahulu.

Rukun Umrah

Rukun bermakna wajib buat. Kalau tak buat, tak sah ibadat tersebut. Rukun umrah ada lima dan lima-lima rukun ni wajib kena buat. Kalau tak buat salah satu rukun ni, maka umrah tu tak sah. Bak kata ustaz, hanya dapat exercise tapi tak dapat umrah. Kalau buat rukun tapi tak cukup syarat pun dikita tak sah umrah. Ini kerana, bila buat tak cukup syarat, maka tak sempurna rukun tu.
  1. Niat ihram umrah:
    Niat ihram umrah ini dilafazkan masa berada di miqat. Kena pakai ihram dulu sebelum berniat. Umrah aku dulu kami berniat di Bir Ali.
  2. Tawaf:
    Tawaf ialah mengelilingi kaabah mengikut arah lawan jam sebanyak tujuh kali. Kalau pusingannya kurang dari tujuh, maka tak dapat rukun tawaf tu, dah umrah jadi tak sah. Masa tawaf kena pakai ihram.
  3. Saie:
    Saie ialah berjalan ulang-alik sebanyak tujuh kali dari Safa ke Marwah. Bermula dari Safa pergi ke Marwah (1), patah balik ke Safa (2), pergi ke Marwah lagi (3), balik ke Safa semula (4), pergi balik ke Marwah (5), patah balik ke Safa (6), dan ke Marwah untuk kali terakhir (7). Bila cukup tujuh pusingan ni, selesailah saie tu.
  4. Bergunting atau bercukur:
    Bercukur rambut ni maksudnya potong rambut atau gunting rambut. Guna gunting saja. At least tiga helai rambut kena gunting. Gunting rambut ni dibuat di Marwah iaitu selepas selesai saie.
  5. Tertib:
    Tertib ni maksudnya rukun-rukun di atas tu kena dibuat ikut susunan, iaitu bermula dengan niat, lepas tu pergi tawaf, dah selesai tawaf pergi buat saie, dah habis saie terus bercukur. Selesai saja bercukur, maka jemaah umrah telah mencapai tahallul (sudah bebas dari pantang larang ihram yang 13 tu) dan umrahnya dianggap telah selesai.
Selesai umrah ni satu hal, sempurna umrah pulak satu hal yang lain. Walaupun umrah kita dah selesai,kita tak tahu umrah kita tu 'sempurna' atau tidak. Itu antara kita dengan Allah SWT sajalah.

Wajib Umrah

Wajib umrah ada dua. Wajib bermakna mesti buat. Kalau tak buat yang wajib ni, maka rukun umrah tak menjadi (tak sah). Bila rukun umrah tak sah, maka orang tu dikira tak buat umrah pun.
  1. Niat ihram di miqat
  2. Menjaga pantang larang ihram (yang 13 tu)

Sunat Umrah

Perkara-perkara sunat umrah ni tak buat tak apa, tak cacat pun umrah tu. Tapi kalau buat dapat pahala lebih.
Sunat-sunat sebelum ihram
  1. bersedekah sebelum pergi ke miqat
  2. kerat kuku
  3. andam (kemaskan) rambut, misai, janggut dan bulu ari-ari
  4. pakai ihram warna putih
  5. sembahyang sunah ihram (di hotel)
Sunat-sunat selepas pasang niat ihram
  1. baca talbiah selepas niat ihram sehingga start tawaf.
  2. berdoa di setiap lokasi umrah (ada doa tu dalam buku panduan umrah)
  3. kucup hajarul aswad atau kalau tak dapat, istilam (lambai-lambai tangan) sahaja pun mencukupi.
  4. sembahyang sunat di belakang makam Ibrahim selepas selesai tawaf tujuh kali.
  5. terus buat saie selepas tawaf.
  6. minum air zam-zam lepas selesai tawaf tujuh pusingan
  7. bercukur habis rambut tu selepas selesai saie.

13 larangan semasa ihram

  1. Pakai sarung tangan
  2. Pakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
  3. Pakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
  4. Cabut (tanggalkan) rambut atau apa-apa bulu lain di badan
  5. Kerat (atau potong) kuku
  6. Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
  7. Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
  8. Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
  9. Jimak (bersetubuh)
  10. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin Tambahan untuk lelaki sahaja
  11. Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum
  12. Tutup kepala atau sebahagian darinya (seperti pakai topi) Tambahan untuk wanita sahaja
  13. Tutup muka (macam pakai purdah)

Apa jadi kalau melanggar larangan ihram ini?

Ada 3 keadaan hukum bagi mereka yang melanggar larangan dalam ihram ni:
  1. Berdosa dan wajib bayar dam jika melakukan dengan hajat dan tanpa uzur.
  2. Tidak berdosa tapi wajib bayar dam jika melakukan tanpa niat tetapi terpaksa.
  3. Tidak berdosa dan tidak perlu bayar dam jika melakukannya kerana uzur atau jahil (tidak tahu), terlupa, dipaksa atau dilakukan ketika tidur.